Tuesday 31 December 2019

TwentyTwenty New Year


Alhamdulillah untuk semuanya. Tahun 2019 menyaksikan kedatangan dan kehilangan orang serta keadaan baru dalam hidup aku.. 2019 juga banyak mengajar dan memberi pelbagai kenangan tersendiri kepada aku.

Dalam banyak hal, minat & semangat sahaja tidak cukup. Perlu ada ilmu. Mungkin dalam perkara yang kita tak minat itu, wujudnya kelebihan kita. Aku tak pernah terfikir aku akan kembali menulis misalnya. Sebab aku dah hilang minat menulis cerita sejak habis STPM dulu. Alhamdulillah. Sambil aku menyambung Ijazah dalam bidang bahasa, aku cuba menajamkan lagi kemahiran menulis aku.

2019 juga mengajar aku erti sederhana sebenar. Betapa jangan terlalu mudah percaya. Dan jangan pula tidak langsung memberi peluang. Diri kita ini yang paling memerlukan banyak peluang. Kena memaafkan diri & yakin kita ini ada kelebihan (namun masih perlu merendah hati).

Tahun ini juga masih diizinkan Tuhan untuk saya mengenali ramai manusia baik dan hebat-hebat. Ada yang masih kekal dan ada yang baru kenal.

2019 juga memberi definisi tersendiri tentang pengorbanan. Perubahan tak akan datang tanpa melakukan sesuatu yang besar. Sukar tapi boleh. Kemampuan itu wujud dalam diri setiap kita. Cuma perlu letak rasa yakin bahawa kita boleh jika cuba. Terlalu banyak alasan mampu melemahkan.

Apapun yang kita lalui, tidak seharusnya buat kita mengalah untuk menghadapi hari depan. Perkara lepas, untuk mengajar & lebih menguatkan.
Kita yang menentukan apa kita bakal jadi. Namun tetap semuanya bergantung pada keizinan Dia. Sekian. Selamat maju jaya untuk 2020.

PS: Ada yang curi hati saya ke? Pulangkan balik please. Hiks.

Sunday 15 September 2019

My Degree Life

Assalamualaikum! hhello gais.
rasanya makin jarang aku menulis ye... maklumlah sejak dah start degree life ni, memang busy sikit. busy daripada pelbagai aspek. busy nak sesuaikan diri, busy nak siapkan assignment, busy nak kenal muka and nama classmate (ni paling susah aaa)

Tapi kan classmate aku semuanya fun. Kadang kadang tu bikin rindu je dekat kelas form 6 SMK KKB since semua ni lepasan STPM.

Lecturer pulak okay jugak kecuali lecturer tatabahasa
they're all funny tho. But you guys know what, i love my english lecturer more. She's cute i swear.

so far living in Shah Alam is not that bad. it just i can't control myself for spending money on food. (well i pernah kata dulu, never too poor for food)

aku rasa cukup sampai sini jelah celoteh aku. malas pulak nak taip panjang panjang.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
ye ye ye aku tau mesti ada geng masa sekolah aku ni tunggu cerita pasal hati dan perasaan kan?
tau dah. hahahaha

to be honest, aku tak ambik port sangat pun pasal lovey dovey ni. but i do have a crush on a guy dekat uitm ni. but aku taknak cakap apa apa pasal dia sebab aku tengah menghadap fasa broken heart.. sakit doh. like every second aku rasa sensitif gila.

but i really need a new best friend (priorities on boys. hahaha)


and i think i dah jumpa rasanya...

UPDATE 25.12.2019
-dah tak crush dekat dia sebab dah jumpa solmet. Hahahahhahaha

UPDATE LAGI 24.10.2020
- Sis crush dekat budak kelas sebelah. hioks

okay, done bebel.

love, FJ

Friday 30 August 2019

Zaman Sekolah

Assalamualaikum.. Ahhh menghitung hari nak sambung degree ni teringat pulak dekat zaman sekolah. Aku rindu zaman tu. Aku rindu nak pakai baju sekolah. Tapi apakan daya, masa tidak boleh diundur semula. Zaman sekolah adalah kenangan paling indah. Bila diimbas kembali mesti banyak memori manis, pahit, masin. lol. Dulu, masa sekolah aku selalu terfikir macam ni, dan aku pasti rata-rata pelajar sekolah juga berfikiran yg sama seperti ini ;

"Kelas? kelas tambahan lagi. Penat la"
"Homework tak siap lagi . . esok kena hantar"
"Bila aku nak habis sekolah ni"
"Tak sabar nak habis sekolah"
"SPM? cepat lah habis sekolah ! ! "
"Mesti best dah tak jadi budak sekolah lagi"
"Nanti habis sekolah, dah tak payah nak buat homework ni semua"

Ini dialog yang mostly aku sebut masa aku sekolah dulu. Biasa la tu, masa tu kita tak fikir apa-apa lagi. Dalam fikiran hanya terfikir BILA NAK HABIS SEKOLAH. Itu je saat yang kita tunggu. Tapi tak sedar, zaman persekolahan tu lah yang paling indah dan diinginkan oleh mereka yang sudah menyambung pelajaran ke IPTA/IPTS atau mereka yg sudah bekerja. Kalau boleh nak patah balik. Nak jadi budak sekolah balik.


Walaupun aku sudah berada pada zaman mahasiswi, tapi aku masih merasakan yang zaman persekolahan tetap yang paling seronok. Dekat sekolah tempat korang nak jumpa, pergi tandas sama-sama, pergi kantin sama-sama, buat study group sama-sama. Tapi, bila zaman sekolah dah berakhir masing-masing mula buat haluan sendiri. Semua dah ada komitmen sendiri. Nak jumpa? Ada yang sibuk. Ada yang takde masa. Kekadang bila kita free dia tak free. So, agak susah untuk berjumpa. Sebab semua dah ada kerjaya sendiri.


Tbh, zaman sekolah dgn zaman IPTA/kerja sangat berbeza. Bila masuk universiti or kolej, memang kita boleh lihat bermacam ragam manusia. Tambahan pula kita jauh dari ibu bapa dan kawalan mereka. Persekitaran kita hanya ada kawan-kawan. Dari situ kita kena berhati-hati dalam memilih kawan. Biarlah orang beranggapan kita ni memilih kawan, asalkan kita tahu apa tujuan sebenar kita buat macam tu. Takut nanti jika kita tersalah langkah, ia boleh merosakkan diri kita sendiri. Kekadang, ada yang kata bila dah masuk universiti or kolej ni bebas untuk buat apa sahaja. Tapi jangan terkejut, sebab sejak aku masuk ke zaman ini, aku mula lihat sesetengah remaja mula culture shock.

Jadi, buat mereka yang masih berada di alam persekolahan, gunakan lah peluang ini dengan sebaiknya, Suka tak suka, letak ke tepi. Yang penting biarlah kita cari ilmu itu dengan ikhlas. Bukan dengan paksaan. Walaupon terpaksa, kita cuba jadikan ia satu kebiasaan. Sebab di luar sana nanti lebih banyak cabaran untuk kita hadapi.

Doakan aku mampu kuat menempuh alam Degree nanti!

love, FJ!

Friday 2 August 2019

Syukur

Assalamualaikum~

Tahu tak?
Allah memberi kita perasaan.....perasaan yang pelbagai dalam jiwa kita untuk menghadapi setiap pengalaman hidup....

Kadang2 kita rasa gembira...
kadang2 kita rasa sedih..
kadang2 kita rasa sayu.. kadang2 kita rasa marah..
kadang2 kita rasa tertekan..
kadang2 kita rasa bosan.... dan macam2 lagi..
Bersyukurlah dengan apa yang kita rasa...kerana perasaan itu adalah anugerah Allah pada kita....

Bila kita gembira... bersyukurlah kerana kejayaan dan kebahagiaan yang kita dapat...
Bila kita bersedih.....bersyukurlah kerana kesedihan itu adalah ubat untuk kita lebih mendekatkan diri padaNya...

Tiada orang yang lebih memahami kita melainkan Dia...
Tiada orang yang lebih mencintai kita melainkan Dia...
Tiada orang mampu menolong kita melain Dia....

Terima kasih Ya Allah..dengan segala rasa yang Kau beri...
Alhamdulillah........

Monday 22 July 2019

Random Talks

Assalamualaikum and hi guys!
Aku sebenarnya tak ada benda yang specific nak cerita.. It just aku tak boleh tidur walaupun jam sekarang (waktu aku menulis ni) dah pukul 2.40 pagi. tbh, aku memang jenis imsonia and susah nak tidur malam walaupun the whole day tu aku penat gila

So,

Have you guys been in a situation when you are in love with someone for a long time but end up with broke up. yep, i know it's sucks.
For those who is currently hurt because someone dumped you... Sabarlah. Ini hanya sementara. You will get a better person in future. in shaa Allah.

okay,
Sekarang ni, aku currently tengah tulis resepi dekat blog ni. Tapi weh sumpah malas gila sebab aku tulis resepi yang based on my own style and serious stress bila nak kena ingat balik segala bahan and cara masak tu. but, stay tuned.. ada some of recipes yang aku dah publish under label #EffjayMasak. tapi ada certain tu aku belum publish sebab aku nak make sure bahan yang aku tulis tu betul. kang kesian pulak beginner yang tak reti masak. dah la tak reti masak, lepastu salah resepi. hahaahaha..

tapi tak feel jugak sebab aku tak boleh nak picture the ways of cook, the bahan-bahan... maklumlah sekarang ni my vivo tengah dalam mood cinabeng (that's mean phone tu rosak dan sangat menyakitkan hati). Ye weh, aku tak tau lah apa silap aku. Sebab masa aku pakai samsung dulu selalu jugak aku overcharge tapi okay je. Yang vivo ni pulak, sekarang ni memang tak boleh turn on kalau tak connect dengan charger plug. power bank pun tak nak. haih NI HANDPHONE TAPI PERANGAI SERUPA LAPTOP NAK KENA CUCUK MANJANG DAH APAHAL? hm okay tenang fahada.

Oh btw, something gonna happen. After a long, long, long time living with this broken heart (I'm zonked u no). Those exes are wicked badass and i need a new hope now. so... i think i already stucked with somebody.

ps: since this entries are random talk.. so... sorry kalau merepek. as we know random talk always ridiculous and nonsense. hahahahahaha
 Image result for flip hair gif

love, FJ

Sunday 21 July 2019

Islamic Engagement

  Image result for ring on finger

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

"Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak. Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat." - Rabie Rusdi

sumber artikel : iluvislam.com

Monday 15 July 2019

#EffjayMasak: Sardin With Cili Padi

Bahan-bahan diperlukan:
1. 1 biji bawang besar
2. 3 ulas bawang putih
3. 4 biji cili padi (nak pedas boleh tambah)
4. 1 inci halia
5. garam dan perasa secukupnya
6. 1 tin besar sardin (sis  guna kingcup)
7. 2 biji tomato
8. Sekeping asam gelugor (asam keping)


Cara menyediakan dan memasak:
1. Blend cili, bawang putih, bawang besar. dan halia.
2. Tumis bahan blend dengan 3 sudu besar minyak
3. masukkan sardin dan asam keping. Kacau.. jika terlalu kering.. tambah sedikit air.
4. Perasakan dengan garam dan perasa.
5. Masukkan tomato dan kacau seketika.

Sedia untuk dihidang.

Selamat mencubaaaa!

Love, FJ.

Saturday 13 July 2019

Soulmate

"Lelaki, andai belum mampu memberi kepastian, jangan sesekali memberi harapan. Dan perempuan, andai belum menerima kepastian, jangan sesekali menyimpan harapan. Belajar mencintai dengan bijaksana. Sesuatu yang sering dilupakan oleh banyak manusia. Tidak gelabah dan terburu-buru, tidak terlalu menampilkan isi hati, pandai menyiasati perasaan, berhati-hati dalam berucap, pandai mengatur logika. Cinta tidak akan menjadi sebuah keindahan bila diikuti dengan laku yang tidak santun. Belajarlah untuk memperlakukan cinta kita kepada orang lain secara terhormat."


lalu aku menelusuri tulisan Bint Mohamoud.
tentang ini.

“If you are a sister, are you ready to obey another human being knowing that obeying your husband (in lawful matters) earns the pleasure of Allah and is a means of entering Jannah (Paradise)? Are you also aware that making your husband angry, denying him certain rights or intentionally disobeying him, earns the wrath of Allah and the angels? Are you ready to make certain sacrifices for the sake of pleasing your Lord? Are you ready to share the worries, concerns and joys of your husband and make your home a sanctuary from the harshness of the outside world? Are you ready for a commitment that has serious religious implications? The Messenger of Allah (salAllahu alaihy wasallam) said:

A woman came to ask the Prophet (salAllahu alaihy wasallam) about some matter, and when he had dealt with it, he asked her, 

“Do you have a husband?” 
She said, “Yes.” 
He asked her, “How are you with him?” 
She said, “I never fall short in my duties, except for that which is beyond me.”
 He said, “Pay attention to how you treat him, for he is your Paradise and your Hell.” 
(Ahmad)

dan ini.

“If you are a brother, are you ready to surrender to your wife knowing the natural disposition of a woman? Are you ready to be the pillar she leans on, the one who will help her in her religion and support her in her worldly endeavours? Will you see her as your other half, the one that will share your happiness and sorrows or will you see her as inferior? Will you appreciate her accordingly and honour her for not just being your wife but also the mother of your children? The Prophet (salAllahu alaihy wasallam) clearly stated the duties of a husband and what qualities the ideal husband should strive for;”




Sungguh,



“Marriage is not a light matter that should be rushed or underestimated.”

FJ :)
cc: Fazlina Humayra

Friday 12 July 2019

What It’s Like To Be Part Of A Broken Family


Being part of a broken family is something that many people live with, though a lot of the time, they don’t show it.

You learn from a young age that people are often insensitive, as most people don’t care about what’s going on at your home and often don’t acknowledge it if they don’t see it. While you’re not seeking any pity, a little consideration goes a long way. However, you go on to learn that if it doesn't leave a physical mark, people often don’t care.
When you come from a broken family, it feels like you’re isolated and cut-off from the rest of the world. Being so distant to a parent or a sibling often pressures you into feeling like you need to deal with it by yourself. Why? Because it’s embarrassing. It’s embarrassing because it feels like you’re the only one with a family who can’t seem to get along. 
It hurts. It hurts because it’s sometimes difficult to understand why your family is like this. Why you have to suffer while everyone else is so seemingly happy with their families. Why you hurt so badly when other families get along so well. Why it’s not your fault.
It’s difficult to accept that it’s not your fault. A spiraling mind with endless thoughts and loneliness with no escape often leads to self-blame and guilt; the feeling that your birth was a burden and the cause of this whole mess. But you learn to accept that it’s not your fault, ever so gradually; that you shouldn't take responsibility for other people’s actions.
Most holidays pretty much suck. This is when an abundance of friends’ family pictures flow through your feeds, capturing everything your family isn't. You hear of your friends’ families traveling overseas just to be with their extended relatives. It’s astounding and you just long to be part of a family willing to go to such lengths to be with each other.
You hate every other event that requires a parent present, and it makes you crazy jealous when you see other parents who care enough to make such an effort with their children.
That being said, while it does suck to come from a broken family, you learn many things. You learn to endure hardships and persist in the face of adversity. You learn to face and deal with embarrassment. You gain a unique sense of compassion and empathy. You know to never mistreat someone as you never know what they have to face at home.
With these experiences, you form strong bonds between your friends and while you fear one day creating a broken family of your own, you know you’ll do whatever it takes to uphold a happy and supporting household.
FJ :)

Monday 8 July 2019

#EffjayMasak: Sardin Kicap

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 tin besar sardin cap Ayam Brand (sebab brand sardin ni bersih, tidak diragui dan lebih sedap)
  • secubit asam jawa
  • kicap lemak manis cap kipas udang (brand ni pun antara paling sedap rasanya)
  • 2 biji bawang besar dihiris halus (kalau suka mkn bawang boleh letak banyak sikit)
  • 3 biji bawang putih dihiris halus
  • 2 biji lada besar (boleh tambah jika suka pedas)
  • 1 biji cili padi

Cara menyediakan dan memasak:

  1. panaskan minyak
  2. keluarkan ikan sardin dari dalam tin dan goreng sampai sedikit garing. Sos sardin di dalam tin tersebut biarkan dulu dalam tin.
  3. Setelah semua ikan sardin digoreng, keluarkan dari kuali dan letak didalam pinggan
  4. guna minyak lain untuk tumis bawang merah, bawang putih, lada besar dan cili padi
  5. Setelah naik bau, masukkan sos sardin yang di dalam tin tadi.
  6. kemudian masukkan kicap sehingga kuah sos tadi berwarna kehitaman.
  7. rendamkan secubit asam jawa dengan air dalam 1/3 cawan kecil dan masukkan air asam jawa tanpa bijinya ke dalam kuali tadi
  8. Masukkan ikan sardin yang telah digoreng tadi ke dalam kuali agar sebati dengan sos/kuahnya
  9. Biarkan ia mendidih dalam 10 minit sebelum siap untuk dihidangkan :)
Nota kaki:
make sure masa goreng ikan sardin tu, kuali jangan panas sangat and api jangan besar. memang merecik hawau lah cerita dia.

Thursday 4 July 2019

#EffjayMasak: Sambal Tempe With Kentang

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 peket tempe - dipotong memanjang (1.5cm x 4 cm)
  • 2 biji kentang - dikupas dan dicuci bersih
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 3 tbsp cili kisar
  • 3 tsp gula
  • 4 ulas bawang merah - ditumbuk halus
  • 1/4 cawan air
  • sedikit garam dan kunyit
  • minyak untuk menggoreng
  • 1/4 kiub pati ikan bilis (optional-tak letak pun takper)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Tempe yang telah dipotong digaul dengan sedikit kunyit dan garam.
  2. Potong kentang nipis2 dan digaulkan dengan sedikit garam.
  3. Panaskan minyak, dan goreng kentang hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
  4. Kemudian masukkan pula tempe, goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Gorengkan pula ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan minyaknya.
  5. Tinggalkan sedikit minyak tadi di dalam kuali, masukkan cili kisar. Kacau hingga ia masak. Baru masukkan bawang tumbuk tadi. Kacau.
  6. Bila dah wangi, masukkan air dan tambah gula serta secubit garam (ini depends on, kalau tempe tadi dah masin tak perlu masukkan). Kacau hingga air agak kering dan rasa masin manisnya.
  7. Bila dah ngam dengan citarasa, masukkan semua bahan dan kacau sebati. Tutup api. Sedap dimakan terus sebab ia masih crispy.

Monday 1 July 2019

#EffjayMasak: Peria Kacau Goreng

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 biji peria panjang
  • 1 biji cili merah (dipotong serong)
  • 1 biji telur
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
  • 2 biji cili merah (ditumbuk/dikisar)
  • 2 sudu makan udang kering (ditumbuk/dikisar)
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • Minyak untuk menumis

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Peria dibelah dua, buang biji dan dihiris nipis. Rendam peria dengan air garam. (Saya masukkan 3-4 sudu kecil garam ke dalam air dan rendam selama 20minit).
  2. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
  3. Bilas peria dengan air dan toskan.Kemudian masukkan peria ke dalam kuali.Kacau sebentar
  4. Masukkan telur (yang telah dipukul sedikit dengan garfu).Kacau lagi.
  5. Masukkan kiub ikan bilis.Kacau sebentar sehingga peria sedikit layu.Akhir sekali masukkan cili merah sebagai hiasan.
  6. SELAMAT MENCUBA

Thursday 20 June 2019

#EffjayMasak: Sambal Goreng Jawa

Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 bungkus tempe (dipotong nipis dan digoreng tawar - asingkan
  • 3 biji kentang (dihiris dan digoreng)
  • Foo Chuk atau tahu kering dan Soo Hun yang direndam hingga kembang - dicuci dan dipotong sederhana kecil
  • 3 biji cili merah dihiris
  • 5 biji cili kering merah dihiris
  • 5 biji cili padi dihiris (kalau nak pedas boleh tambah lagi kuantitinya)
  • 10 ulas bawang merah kecil (dihiris)
  • 3 biji bawang putih dihiris
  • Setengah inci halia (dimayang)
  • Sedikit air asam jawa (sebab orang jawa hahahahaha)
  • 2 senduk kicap manis
  • Sedikit belacan yang dihancurkan dengan setengah cawan air
  • Garam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi dan layu. 
  2. Masukkan cili dan goreng hingga cili layu
  3. Masukkan kicap dan air asam serta air belacan
  4. Biarkan mendidih. Kemudian, rasa kalau kurang manis, tambah gula sikit, kalau kurang garam tambah garam sikit, kalau kurang kicap tambah kicap sikit (ikut tekak)
  5. Masukkan fucuk dan soo hun
  6. Masukkan tempe dan kentang yang digoreng tadi. Gaul rata. Goreng sebentar lagi. Kemudian, rasa, kalau ok, angkatlah.

Monday 17 June 2019

#EffjayMasak: Ayam Masak Paprik

Bahan-bahan diperlukan:

  • 300 gm isi ayam - potong kecil/kiub
  • Kacang panjang/bunga kobis/carrot/jagung muda/tomato - dipotong kecil
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 ulas bawang besar - dipotong baji
  • 1/2 inci halia - diketuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 6 ulas cili padi - diketuk
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 3 helai daun limau purut - dikoyak-koyak
  • Garam secukup rasa (jika perlu)
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
  • Satu cawan air (jika suka berkuah)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, halia dan cili padi hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam, goreng dan kacau hingga nampak ayam dah putih.
  3. Masukkan semua sos dan daun limau purut. Tambah air untuk kuah, kacau lagi.
  4. Masukkan semua sayuran kecuali tomato masuk lambat sikit.
  5. Rasakan kuah, kalau kurang masin je br tambah garam (sos ikan selalunya dah cukup masin).
  6. Masukkan tomato dan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Siap untuk dihidang.
  7. NOTA - tambah tepung jagung jika perlu je, jangan banyak sgt nanti kuah tu kering coz terlalu pekat. Selamat mencuba!

Thursday 13 June 2019

#EffjayMasak: Sup Bayam

Serious cakap, ni resepi paling senang tau.... kalau kau masak tak jadi gak... tak tau lah den nak koba apo.

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ikat bayam merah/hijau
  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 2 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • ikan bilis (kalau tak ada boleh ganti dengan kiub pati ikan bilis)
  • air
  • garam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Potong sayur bayam dan bersihkan.
  2. Tumiskan bawang besar, bawang merah dan ikan bilis sehingga agak garing.
  3. masukkan air dan garam. tunggu sehingga mendidih
  4. Bila dah mendidih masukkan daun bayam dan biar hingga ia agak layu sedikit
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan.

Monday 10 June 2019

#EffjayMasak: Sup Tofu Telur

Assalamualaikum guys. so today aku nak share sup favourite aku. tapi, walaupun aku suka gila sup ni, aku boleh makan bila teringin je. sebabnya kalau aku makan banyak-banyak, aku jadi macam muak tau.

so here's the recipe

Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 peket Tauhu Jepun Telur
  • 1/2 kiub pati ayam Maggi.
  • 1 inci Halia (diracik halus2)
  • 3 ulas Bawang putih (diracik halus)
  • 1 biji Telur
  • 1/2 cawan air.
  • Garam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Tauhu dipotong kepada 8 @ 10 bahagian.Terpulang kepada individu yg suka nipis @ tebal. Kemudian goreng diatas minyak yang sedikit hingga kekuningan.
  2. Tumis bawang putih & halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan air dan kiub pati ayam Maggi. Biarkan mendidih sebentar. Masukkan telur. Bagi yg suka hirup kuah boleh tambah air lagi tapi bagi ssiapa yg suka pekat boleh campurkan dgn tepung jagung.
  3. Bila kuah sudah pekat masukkan pula tauhu yg telah digoreng sebentar tadi. Hidangkan bersama2 daun bawang.

Wednesday 22 May 2019

Istikhara?

Assalamualaikum~

Alhamdulillah, aku rasa ni coretan pertama aku untuk bulan Ramadan 1440H.
Masih mampu survive nampaknya.

Puasa kali aku rasa luar biasa sebab aku tiba-tiba nak try to be a better muslimah.
Mungkin kerana kurangnya hasutan syaitan kut. hahahaha~

So, idk. Topik yang aku nak cakap ni dah lama berlegar dalam fikiran aku. Sebabnya aku pernah bergaduh dengan ex boyfriend aku dulu pasal ni.

ya. Istikharah.

So, what's istikhara?

Maksud Istikharah ialah kita meminta bantuan Allah dalam membuat pilihan dalam pelbagai perkara dan urusan. The word Istikhara directly means, to ask Allah to guide one to the right sort of action concerning a job or deed. 'Khair' means good (asking Allah to guide you to the good or right answer). Meaning, you're not asking Allah to show you a vision, through a dream.

Menurut hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir RA, beliau berkata:

Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:
Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).
Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini  adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.


Please remember that Istikhara is not only for marriages! Istikhara should be an important part of every important decision that you make in your life. For example, if something comes up, and you only have a few moments to make a decision, you can still do Istikhara because it's technically just a prayer.

Menurut al-Imam al-Nawawi, seseorang yang melakukan istikharah, maka dadanya akan terbuka luas untuk sesuatu urusan, malah dia akan terlihat kebaikan pada perkara yang akan dilakukan atau sebaliknya. Bersangka baik dengan sesuatu pilihan, selagi pilihan itu berada di jalanNya, dengan berlandaskan iman, bukan nafsu yang membuak-buak. Ubah mentaliti tentang mengharap mimpi datang, atau petanda berdasarkan keadaan, kerana kita yang membuat keputusan, dan tuhan yang menampakkan hasil di sebalik pilihan. Petunjuk itu memang ada, cuma jangan menantinya serta mengharapkannya, hindarinya, kerana syaitan berusaha mengambil kesempatan pada dalam kesempitan. Berhati-hati dengan pilihan kita, jika memudaratkan, penuh keburukan, jelas sekali, bukan dariNya, melainkan syaitan yang berusaha menyesatkan kita.

I do hope that this clears away any misconceptions that you had regarding Istikhara. It is beneficial to make it a habit to recite the Istikhara prayer whenever we can. I don't think any one of us would want to make the wrong decision, leading to problems in the future. Whether this be a decision regarding school, people, friends, jobs etc., pray to Allah to help you make the decision that would be beneficial to you in this world and the next.

May Allah enable us all to be servants that aim to please our Lord, Ameen!

Note: If there's anything that I've stated above that is incorrect, please let me know. I am in no way an expert on religion or Islam. May Allah forgive me for my mistakes, Ameen.


Cintaku

kerana hari esok bukan milik aku.
kerana hari yang datang akan mari pergi tanpa memberitahu.

semoga detik2 yang tersisa ini disempatkan penuh untuk ketawa dan jalur2 bahagia.

semoga kau dijaga tenang.
semoga kau dipelihara sampai aku datang.
semoga kau tunggu aku.
semoga kau tetap untuk aku.

kalau ini cerita kita;
ayuh kesat mata dan cari rahsianya.

masa terlalu sedikit untuk kita raung2 dan murung2.
untuk apa dibazirsia,
untuk apa dituang tanpa tadahnya.

bukankah telah aku bisik tadi malam;
bila taufan sudah surut.
tetap datang petir ribut.

saksikan aku sedayanya mencengkam sumpah setia.
selagi ada nyawa.
selagi ada cinta.

selagi ada.

kerana tuhan lebih tahu
apa yang terpaling cantik
untuk kau.
untuk aku.

maka diam.
dan peluk aku.

Thursday 16 May 2019

#EffjayMasak: Ayam Masak Merah

Bahan-bahan diperlukan:
  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
  • 1 biji tomato - potong dadu (kalau taknak letak pun tak apa)
  • 1/2 cawan sos tomato (kalau tak ada boleh ganti dengan sos cili jugak)
Bahan-bahan kisar
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
Bahan Hiasan (tak wajib pun)
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya
Cara menyediakan dan memasak:
  1. Bersihkan ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hiasan. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.
selamat mencubaaaa~

Monday 13 May 2019

#EffjayMasak: Sup Ikan Merah

Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 keping ikan merah / ikan ape2 korang suke....
  • 1 sup bunjut ikan daripada adabi *
  • 3 ulas bawang putih yang dimayang *
  • 5 ulas bawang merah yang dimayang *
  • 1 batang serai yang dititik / ketuk
  • 3 kuntum bunga lawang *
  • 3 biji buah pelaga *
  • 3 biji cengkih *
  • 1 batang kayu manis *
  • 2 inci halia yang diketuk *
  • 1 biji tomato yang dibelah empat
  • 1 pokok daun sup yang dimayang
  • 1 pokok daun bawang yang dimayang

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Basuh ikan dengan air asam jawa dan biarkan seketika
  2. panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang bertanda * sehingga wangi
  3. Masukkan air dalam 2 gelas / ikut kemahuan anda
  4. setelah air menggelegak, masukkan ikan
  5. masukkan garam atau perasa jika suka
  6. tunggu sehingga ikan masak dan masukkan tomato
  7. tutup api dan taburkan potongan daun sup dan daun bawang tadi
  8. sedia untuk dihidangkan

Thursday 9 May 2019

#EffjayMasak: Siakap Stim @ Kukus

Assalamualaikum. Hi guys.

So today aku nak share lauk paling senang tapi sihat. hehehhehe

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan siakap (saiz sederhana)
  • 1 batang serai (di racik halus)
  • 2 ulas bawang putih (di tumbuk)
  • 2 ulas bawang merah kecil(ditumbuk)
  • 2cm halia (di racik)
  • 4 ulas cili padi
  • 2 sudu sos tiram
  • sedikit sayur (bunga kobis,lobak merah)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 3 btg daun sup (di racik)
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1 biji limau nipis/3 biji limau kasturi

Cara menyediakan dan memasak:

  1. gaulkan ikan bersama garam,sos tiram.kemudian masukkan bawang merah dan putih yang telah di tumbuk serta halia & serai yang di racik
  2. perapkan seketika lebih kurang 15minit didalam loyang.sementara itu panaskan pengukus.
  3. masukkan loyang ke dalam pengukus tadi dan kukus ikan yg di perap tadi selama 10 minit
  4. masukkan bancuhan tepung jagung (air jgn byk..nnti bnjir pulak ikan tu)
  5. campakkan sayuran2 dan cili api
  6. selepas 5minit,tada..da siap..perah la asam limau dan tabur la daun sup..untuk hiasan

Monday 6 May 2019

#EffjayMasak: Pak Choy Tumis Sos Tiram

assalamualaikum and haluuu gais. so untuk lauk hari ni, sis nak share Park Choy tumis dengan sos tiram... Park Choy ni dia macam sawi tapi lagi sedap lah. manis manis gitu... hhehehhe
and lauk ni paling simple even kalau aku malas pun aku boleh masak.

Bahan-Bahan:
4-5 pokok sayur Pak Choy
4 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih, cincang halus
satu hirisan nipis halia, cincang halus
sedikit serbuk pati ayam atau pati ikan bilis
1 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
sedikit bawang goreng
hirisan cili api

Cara Penyediaan:
Panaskan air di dalam periuk atau kuali sehingga mendidih dan masukkan secubit garam. Celur sayur Pak Choy cukup sekadar layu kemudian tapis air.
Masukkan pula air sejuk ke dalam sayur untuk hentikan proses memasak dan mengelakkan sayur menjadi pucat dan tidak segar. Tapis kembali, potong batang sayur dan susun di atas pinggan.
Untuk masak kuah, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta halia sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan sos tiram, pati ayam dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih dan masukkan pula air bancuhan tepung jagung tadi supaya kuah menjadi pekat. Perasakan dengan gula secukup rasa.
Tuang kuah sos tiram dan tabur bawang goreng bersama hirisan cili jika suka.
Tips:
make sure sebelum masukkan garam tu korang rasa dulu sebabnya sos tiram ni pun dah rasa masin actually.

selamat mencuba geng.

Monday 29 April 2019

Delirium Of Arts

Assalamualaikum. Hi.
Finally, we are at the end of April. Tak lama lagi nak puasa dah. Kejapnya masa berlalu.

So, tadi aku bukak instagram pameran seni haritu. Rasa rindu gila weh. Tapi dalam masa yang sama, puas hati gila.

Okay ni nak cerita ni.

Account instagram @doasm3kb18 ni aku create secara tak sengaja pun. Masa tu aku adalah one of the organizer team. Aku penolong pengarah projek. Sebab pengarah projek is Faris Hamizan. Jadi, masa tengah kelam kabut nak siapkan pameran seni ni... Aku terdetik nak buat satu account IG.. Sebagai kenangan.

Masa tengah pameran tu.. Tak terasa sangat pun bermaknanya Instagram tu. Tapi bila dah habis sekolah ni.. Account tu macam bukti tau. Bukti yang walaupun kitorang ni bukan budak unversiti, bukan budak diploma.. Tapi kitorang ni boleh je organize event.

Masa aku dengan team organize pameran ni.. Semua kami buat sendiri. Order banner, jemput vip, print and tampal poster keliling sekolah. Pemilihan nama "Delirium Of Arts" tu pun aku yang pilih sendiri. Cikgu hanya guide tentang protokol jemputan, protokol majlis je.

Jadi aku terkilan gila bila orang kata form 6 ni harap cikgu je suap. Semua benda tak reti buat. Bodoh.

Tu.. Instagram @doasm3kb18 salah satu bukti dan ingatan bahawa event tu kami yang uruskan sendiri.

Berhenti lah membanding banding dan merendah rendahkan orang. Masuk form 6 bukan bererti pengakhiran. Bukan bererti kau bodoh. Tapi itulah permulaan semula. STPM adalah platform untuk kau yang tak perform SPM bangkit dan perbaiki semuanya semula. STPM pun adalah platform untuk kau sambung belajar dan berjimat duit. STPM ni fast lane untuk kau sambung ijazah. Ya. Sama macam Asasi dan Matrikulasi.

Jangan kau ingat kau diploma, kau dah cukup matang, kau dah cukup hebat untuk downgrade orang macam kami. Kau struggle belajar, kami pun struggle belajar. Kita sama je. Cuma bidang dan subjek yang kita belajar je berlainan.

Satu lagi, STPM bukan bermakna kau bodoh masa SPM. Ramai yang masuk STPM sebab nak jimat duit, taknak berhutang banyak. Dekat tempat aku pun ramai je yang 7A masuk form 6. Alhamdulillah masih jugak perform.

Pesanan terakhir aku,
Walaupun aku budak sekolah... Pengalaman aku banyak. Orang yang aku jumpa dekat dalam dan luar sekolah pun pelbagai. Ragaman orang, macam macam aku hadap. Jadi, kau jangan ingat aku budak sekolah, minda aku tertutup. Wasalam.

Monday 22 April 2019

100th Days. Hurt.

Hiding the hurt, hiding the pain,
Hiding the tears that fall like rain.
Saying I'm fine when I'm anything but.
This ache in my soul rips at my gut.
My skin is on fire; I burn from within.
The calm on my face is an ongoing sin.
The world must stay out; I've built up a wall.
My fragile lie will collapse should it ever fall.
Loneliness consumes me; it eats away the years
Until my life is swallowed by unending fears.
Waiting for someone to see I wear a mask
And care enough to remove it; is that too much to ask?

Thursday 18 April 2019

#EffjayMasak: Cendawan Shitake With Sos Tiram

Bahan-bahannya:
5-6 biji cendawan shitake dipotong nipis
1 brokoli di potong kecil
1 inci halia muda dihiris nipis
4-5 tangkai cili di potong
2-3 ulas bawang putih
3 sb sos tiram
2 sb tepung jagung
Kicap manis, air dan minyak menumis secukupnya

Caranya
1- Tumis bawang putih, halia dan cili kering.
2- Masukkan sos tiram dan sedikit air.
3- Masukkan cendawan.
4- Masukkan kicap manis ikut suka nak hitam mana. Tambah air biasa dengan bancuhan tepung jagung.
5- Kacau rata, masukkan brokoli dan perasakan sedikit garam.
5- Mengelegak sahaja bolehlah tutup api.

Siap untuk dihidangkan.

Monday 15 April 2019

EffjayMasak: Sambal Terung

Bahan-bahan diperlukan:
2 biji terung sederhana panjang (potong serong & goreng letak garam sikit)
sejemput ikan bilis *
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih *
3 biji cili padi (ikutlah kalau rasa tahan pedas) *
3 sudu makan cili boh (kalau tak ada boleh guna cili merah 3 biji. Tumbuk @blend kan ia)
sedikit garam
Sedikit air asam jawa

Cara menyediakan dan memasak:

1. tumbuk guna lesung batu bahan bertanda *.. kalau tak ada lesung pakai blender pun boleh. Tapi jangan blend halus sangat
2. tumis bahan tumbuk tadi dalam kuali sampai garing
3. kemudian masukkan cili boh (cili kering blend) kalau ada. Kalau pakai cili merah tu abaikan jela.
4. Letakkan sedikit air asam jawa. Jangan banyak sangat nanti masam. Lepastu perasakan dengan garam dan perasa.
5. masuk terung & gaul sebati... SIAP!!!

Selamat mencubaaaaaa~~~

Thursday 11 April 2019

EffjayMasak: Bendi Tumis With Ikan Bilis

Aaaa... Aku takde mukadimah hari ni. uuhuhuhuhuhu


Bahan-bahan diperlukan:
6 biji bendi - dibersihkan dan dipotong serong
2 biji cili merah *tumbuk
1 biji bawang merah atau 4 biji bawang merah kecil *tumbuk
2 Ulas bawang putih *tumbuk
Segenggam ikan bilis *tumbuk
sedikit garam
sedikit air
minyak untuk menumis

Cara menyediakan dan memasak:
Panaskan sedikit miyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan sedikit air. Kacau.
Masukkan bendi dan kacau sebati.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau sebati.
Bila bendi berubah warna, tutup api. Tidak perlu masak terlalu lama cukup sekadar sayur itu sedikit layu.

Tuesday 9 April 2019

Kuala Lumpur International Book Fair 2019

Nak baca Cerita KLIBF2018? Tekan Sini

Assalamualaikum!!!!
Okeh. Aku dah tekad takmau taip panjang-panjang harini. So, entri hari ni of course lah pasal KLIBF2019. kan aku dah janji ritu. Hahahaha.

Niat asal aku sebenarnya nak pergi KLIBF ni hari jumaat masa first day tu.. Lagi pun hari jumaat tu kan weekdays dan cuti sekolah. So mesti belum ada yang buat rombongan en en en. Hahahahaha.

Tapi.. Disebabkan aku dapat tau yang Faiz ada kat sana 4hb April.. Maka aku pun postponed laaa niat aku tu.

Yang penting, aku kena jugak pergi KLIBF ni sebab nak meneruskan #FJjejakpenulis ... Sementara menunggu nak sampai ke hari Khamis 4hb tu.. Aku pun buat lah list buku apa yang aku nak beli..

List Buku Fafa
1. Anomali
2. Entiti
3. Mereka
4. Davika
5. Tuhan Lebih Saintifik
6. Catatan Sani Sudin: Di Dalam Dalam
7. Kisah Kisah Melawan Dalam Al Quran

Hm. Banyak jugak ni.. Aku berharap ada lah sale. Hahahaha.

Maka, aku pun sampaikan niat aku nak ke PWTC dekat mak aku... Dan biasalah aku mintak nak pergi sorang.. Sebab aku tak biasa lah jalan dekat "lubuk buku" tu dengan orang. Macam last year pun, aku pergi sana dengan rombongan sekolah... End up aku jalan sorang sorang je sebab taste kawan kawan aku tak sama dengan aku... Lagipun.. Dorang nak pergi Sunway Putra Mall je. Hm.

Awalnya mak aku bagi. Tapi, last minute dia offer nak ikut. (hm siap ambik cuti lagi).... Mak aku pun call la makcik aku dekat Sentul tu. And aku pun lupa PWTC ada LRT. AHAHHAHAHAHAHA DASAR NYANYUK.

Pada hari kejadian, dengan hati yang bermunge munge.. Aku pun pergi ke Sentul. Naik train dari Sentul Timur menuju ke PWTC dengan hati yang teruja bercampur excited (teruja dengan excited tu bukan ke sama?)

Aku sampai dekat PWTC tu rasanya dah pukul 10 lebih kot. Tapi yang penting dah nak pukul 11. Jadi aku terus tarik mak tengok Faiz. Makanya kakiku melangkah ke Bilik Mawar. Lepas dah berjalan pusing satu bilik mawar tu, kitorang pun keluar.

So dua beranak ni pun merayau lah sekeliling aras 3 tu.. Aku rasa dalam pukul 11.30 gitu aku ajak mak aku pergi balik Bilik Mawar. Tapi otw nak ke Bilik Mawar tu aku ternampak.... HAZALIFFF!!!!! yesss Alif Teega husband si Aisyah Hijanah. MasyaAllah.. Maka segera lah aku berhenti dekat booth nurelhikmah ni. Grab buku Biarku Lindung Mendungmu dan aku grab satu buku tulisan Kak Sabatini Dzue, Be Starry You. Gigih ah aku beratur nak dapatkan sign Alif. Eh Sempat jugak bergambar. Hiksssss..



Syukran Alif!! 🌹

Seriously buku ni
Best! 

So kesimpulannya, aku TAK beli pun buku yang aku sepatutnya beli tu. Yang dalam list kat atas tadi.. Hahahahahha

Tapi masa aku dekat booth ITBM, aku terjumpa Sani Sudin. Like.. Wowwww idolaaaa wehhh..


Video Sani Sudin
Perform ada dekat
Ig: fafajaynee

And yang paling sendu is, aku tak perasan kak Sabatini Dzue ada kat sebelah Alif Teega masa aku mintak sign tu. Hmmmmm

Okey lah. Aku rasa cukup lah sampai ni je aku bebel. Bukannya ada yang baca pun.

Asal aku rasa macam panjang je eh aku menaip ni?

Dibebel Oleh
Fafa si Cantik

Monday 8 April 2019

#EffjayMasak: Asam Rebus Ikan Kembung

Haluuuuuu!!! So hari ni sis nak share resepi paling senang dalam dunia. Serious senang dan sesuai untuk insan-insan yang sedang bercinta berdiet. Seriously beginner... kalau masak ni pun kau tak reti, kau kena cari guru lah belajar depan depan. (aku bukan jenis suka demotivate-kan orang tau. Kalau masak asyik tak jadi, pergi berguru. Sebab kekadang kita kena tengok orang demonstrate depan kita baru boleh jadi.) hm panjang mukadimahnya. okeh jum start! Eh lupa nak bagi tau nama resepi. HAHAHAHA. eh tapi dekat title dah ada kut. halamak eyyy.


Bahan-bahan diperlukan:
3 ekor ikan kembung
3 biji cili merah (Dikisar)
½ sudu teh belacan (Dikisar)
3 biji bawang merah (Dikisar)
1 inci kunyit hidup (Dikisar)
3 keping asam keping@gelugur
2 tangkai daun kesum *optional. kalau takde pun takpe
¼ biji nanas (Dipotong kecil) *optional jugak. kalau takde pun takpe.
4 cawan air
Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:
1. Bersihkan ikan kemudian toskan. Kalau nak potong dua boleh. nak masuk seekor tu terus pun boleh.
2. Masukkan semua bahan yang dikisar dan air ke dalam periuk. (jangan bukak api lagi)
3. Bukak api. Make sure api jangan besar sangat. nanti melimpah. Masak sehingga mendidih.
4. Bila dah mendidih, masukkan ikan, lepastu masukkan garam. Kacau sopan sikit nanti ikan tu hancur.
5. Bila ikan tu nampak dah masak, tutup api dan hidangkan.

Tips:
-Selain ikan kembung, boleh jugak guna ikan parang, ikan merah, ikan bawal, ikan siakap dan ikan ikan lain yang sesuai.
-Selain letak nenas, boleh jugak letak bunga kantan, bendi.
-Lagi sedap kalau kau potong bawang holland (ring cut) lepastu tabur lepas masuk ikan tu. fuh sedap.

Thursday 4 April 2019

#EffjayMasak Kangkung Tumis With Ikan Bilis

Assalamualaikum and haluuuu!
So hari ni basically aku tak buat apa apa. Tetiba tekak teringin nak makan kangkung. Hm.
Ni yang best bila dapur kita conquer sendiri. Asal teringin je terus masak sendiri.. Takyah dah tunggu orang. Okay jum start.


Bahan-bahan diperlukan:
1 ikat kangkung-basuh & potong
3 biji bawang kecil atau 1/2 biji bawang besar merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 biji lada merah-buang biji & tumbuk
Ikan bilis sesuka hati-basuh & tumbuk
2 biji cili merah - tumbuk
Beberapa biji cili api ikut level kepedasan memasing - tumbuk
Garam secukup rasa
Minyak masak

nota kaki: untuk sayur kangkung ni, kalau nak blend bahan yang kena tumbuk tu pun boleh. tapi kalau macam mak aku, dia prefer tumbuk sebab rasa kasar-kasar. baru sedap.

Cara menyediakan dan memasak:
1. Panas kan minyak dlm kuali.
2. Tumis bahan-bahan yang kau tumbuk dan masukkan garam secukup rasa.. masuk air sedikit kalau kering sangat. Biar lah berkuah sikit baru sedap.
3. Masukkan kangkung yg telah dipotong. Balik-balikkan sekejap.. siap utk dihidang.

Cara basuh sayur kangkung:
lepas dah potong tu, rendam kejap dalam 3 minit lepastu jangan tuang dalam tapis terus tapi kaut sayur tu masuk tapis and air tu buang. Tujuan rendam tu supaya pasir celah celah daun kangkung tu turun ke bawah. Lepas tu bilas je macam biasa and toskan.

Monday 1 April 2019

EffjayMasak: Sup Ayam

Assalamualaikum. Hi!
So sekarang ni dah almost 3-4 bulan aku duduk rumah sementara tunggu result UPU keluar. Memandangkan aku tak kerja.... Jadinya kerja aku dekat rumah dah serupa bibik takpun suri rumah.
Tapi buat kerja rumah pun bosan jugak. jadi aku akan start share resepi yang mudah untuk geng geng sebaya aku atau pun student student yang duduk rumah sewa, mahupun geng geng sebaya aku yang dah kahwin nak masak untuk suami tapi still level beginner.Heh aku pun beginner jugak. Masak kejap jadi kejap tak jadi. haih~

So hari ni aku nak share resepi Sup Ayam. resepi ni mak aku yang bagi. selalunya memang gitu... dia list bahan je.. aku lah yang kena masak. haahaha


Bahan-bahan diperlukan:
1/4 ekor ayam (Ni terserah. kau nak potong macam mana pun takpe. lagipun kau yang nak makan. hahaha)
1 biji bunga lawang & kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji kentang (potong 6 @ 4 bergantung saiz)
1 biji bawang besar merah (kalau guna bawang merah yang kecil tu pakau dalam 6 biji je)
[tips: bawang banyak sangat pun tak sedap. Nanti manis bawang tu dominate rasa kuah sup kau.]
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu perencah sup (aku pakai either adabi ataupun baba's)
minyak masak
garam secukup rasa
beberapa mangkuk air

Cara menyediakan dan memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis bunga lawang, kayu manis dengan buah pelaga. (eh basuh dulu tau. 2. jangan main campak je dalam minyak.)
Kemudian tumis bawang merah, putih & halia yg telah blend (kau nak tumbuk pun boleh. tapi aku ni dah malas level saiton.. blend kan aje.) Tumis sehingga naik bau. Lepastu masukkan perencah sup.
tips: untuk beginner yang baru nak belajar menumis and takut hangus.. aku suggest tumis pakai kuali non-stick. kalau kau biar pun, dia jadi garing je takdelah rentung lepastu berkerak.
 
Masukkan air, ayam, kentang,  juga garam secukup rasa. Biarkan pada api sederhana selama 1/2 jam. Pastu bila kau agak agak kentang tu dah empuk, tutup api and then hias lah dengan daun sup ke, bawang goreng ke..

ps: sorry lah takde gambar. sebab aku kalau masak, malas gila nak pegang phone. hahahaha
pps: Sis share #EffjayMasak setiap hari Isnin dengan Khamis okay. muah.

Sunday 24 March 2019

Rahsia?



Assalamualaikum guys!


Makin hari makin malas aku nak jenguk blog aku ni. Tambah pulak aku sekarang tak buat apa apa. So tak ada cerita nak post.

But, since sekarang ni aku tak boleh tidur, makanya harini aku akan update satu entry. Hm.


Kita semua ada rahsia. Ada rahsia yang kawan-kawan tahu tapi ibu ayah tak tahu. Ada rahsia yang semua orang tak tahu, tapi kita sendiri sahaja yang tahu. So today, I’m gonna tell you a rahsia. Rahsia yang asalnya rahsia.. tapi bonda terchenta sudah tahu sebab aku yang kasi tahu.


1. Masa aku kecik.. around 5-7 years old.. perut aku tertusuk benda sampaikan berparut waktu aku pergi holiday dekat Taiping dengan makcik, pakcik, cousins. But nobody know yang parut tu wujud sebab aku tak sedar tempat aku meniarap tu ada paip air pancut yang tajam. Makcik pakcik aku ingat perut aku berparut sebab aku main gelongsor. -- I tell this truth to my mother lepas 13 tahun benda tu jadi.


2. Aku mudah baran tapi aku pendam.. Aku cerita dekat mak yang ada satu masa tu aku rasa annoyed gila dekat classmate aku. Tapi aku tak nak gaduh. So aku simbah cat kat meja dia. Hahahahahahaa.


3. Aku ada crush. Tapi aku tak bagi tahu pun mak aku. Dia tau sendiri.. naluri mak mak kot. Tapi dia tak cakap pun dia tau.. And mak positive gila weh. Like, everyday dia tanya ada tak IA message aku ke apa. Hm. Nampaknya dia dah jumpa bakal menantu favourite dia.


So ni je lah.. Ada banyak lagi tapi aku dah ngantuk lah pulak. So.... Bye. Hahaaha



Assalamualaikum.. Tak jawab dosa. Kalau jawab anda awesome. 💖

Tuesday 12 March 2019

I Miss You Sayang

Sayang,


I hate being apart from you, but our long distance love gives me something to look forward to each and every day. I keep counting down the moments until I get to feel your arms wrapped around me, until I get to fall asleep to the sound of your soft breathing, until I get to hear your laugh the second it leaves your lips instead of through the delay of the phone. I love you and I miss you — but the pain of not seeing you is worth it. You are worth it. I would wait a lifetime for you.
Sayang,
Not seeing you has been slowly driving me insane. I cannot wait until the day when we live together. When we will only have to separate for some hours at a time while we are both away at work. I keep feeling the phantom touch of your fingers slipping across my skin. I keep hearing the ghost of your voice, teasing me. Sometimes I turn and expect to see you right beside me and am disappointed when reality hits me. I hate being so far away from you.
Sayang,
I don’t want to wait until your birthday or our anniversary to remind you how much you mean to me. Hint: You mean everything. I know I don’t always say how I’m feeling because I have a nasty habit of keeping my heart guarded, but I hope you realize how much I care about you. I never thought it was possible to have this much love for someone, I never thought my heart could handle it. I know there are days when we argue, but you are the only person I would want to have those arguments with.
 I am never going to love you less. I am never going to want anybody else. I hope you know that. I’m in this for the long haul, sayang.
forever in love with I ❤💖

Wednesday 27 February 2019

Unbox The Memories

Assalamualaikum! Hey guys~

So…

Ah.. Aku tak tahu nak tulis apa ini.

Ok ok.. Tadi aku macam nak unbox semua barang yang aku simpan dalam kotak dalam almari. Banyak doe.. aku rasa tadi ada dalam 4-5 kotak jugak. Tapi kotak kecik la. Kotak gift gitu.

Jadi masa aku unbox tu, macam-macam lah aku jumpa. Mostly memang menggamit kenangan doe. Sumpah rasa nak nangis je tadi.



Ada jugak certain barang yang aku buang je terus sebab aku rasa semak. Hm, so aku ada snap some photo of barang yang aku rasa sentimental value dia tinggi gila bagi aku.


1. Kertas Yang Penuh Dengan Impression Orang Bila First Time Jumpa Fafa


Kertas ni masa aku tingkatan 3. aku pergi kursus kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya. Jadi, kertas ni cikgu suruh tampal dekat belakang kita and semua orang boleh tulis apa je yang dia rasa pasal kita.
Jadi apa yang aku dapat is tinggi, comel, crazy girl, chef, gila-gila, ceria, semangat, sopan, panjang, cantik, smart, peguam. Paling banyak orang tulis tinggi la. Hahahaha. Kem ni kenangan gila sebab kat sini aku jumpa crush aku dan ex boyfriend aku. Haha. Tapi sekarang ni dua-dua tu aku dah tak heran. Maklumlah dah ada Payish. Ahahahaha

2. Photo With Syazwani



Gambar ni aku ingat lagi. Masa form 2, time tu ada exchange student from Indonesia. Gambar ni pun sebenarnya ramai tapi aku gunting sebab aku rasa wani cute masa ni. Hahahaha… awwwhhh I miss you syazwani!!!

3. Bendera Group PRS



Bendera ni direka masa ada kursus PRS peringkat sekolah. Bukan buat logo je, tapi siap ada chants. Cuma aku tak tau kat mana aku letak video chants tu. Rinduu doe dekat Seri, Ameera, Alep dengan Haziq.

4. Paramedik Kejohanan MSSD



Fuh setiap kali aku tengok gambar ni, aku macam akan teringat, jadi paramedik ni bukannya senang. Susah dan penat. Dalam gambar tu tak ada aku sebab aku tak ada masa tu. Aku datang sehari je sebab gilir-gilir. Pengalaman baru doe jadi paramedik MSSD.

5. Sampul Duit Raya


Yaaa ramai tak tau yang aku suka kumpul sampul duit raya yang lawa. Setakat ni je memang tebal la.. yang paling penting, aku still boleh ingat siapa yang bagi sampul tu. Hehehehehe…. okay tahun ni nak kumpul lagi laaa. Layak ke dapat??

6. Face Mask


Face mask ni Adam Aiman kot yang bagi. (aku yang mintak actually.) serius selesa gila pakai ni. Muka sentiasa lembap. Tapi sekali jela aku pakai sebab takdok pitih nak beli. Hahahahahaa

7. Hiasan Meja Form 4


Dulu aku memang suka hias meja. Dari aku letak gambar artis merepek, sampai akhirnya aku letak quotes dengan harapan sentiasa bermotivasi. Hahaahaha. Tapi tak jugak. Tidur jugak dalam kelas. Aduhai.

8. Checklist ICT


Aku rindu do nak belajar ICT lepas tengok ni. Dulu aku punya lah gila dengan komputer sampai balik rumah pun pergi buat eksperimen dekat PC sendiri. Hahahaha. Tapi syukur do, walaupun dah 2 tahun tinggalkan ICT, ada lah sikit ilmu yang aku still ingat.

9. Hadiah Birthday


Aku tak ingat actually ni form 4 atau 5. tapi serius aku terharu gila anjirr.. paling sweet Fazlin lah bagi gelang. Cantik weh gelang tu, aku still simpan sampai sekarang. Tapi aku malas nak cari so aku tayang kertas dia balut gelang tu jela. Yuppp dia letak gelang tu dalam kertas lepastu staple.


Next, Nestum. Hadiah paling comel daripada geng meja depan. Aku tak kisah.. asalkan orang ingat aku dan doakan aku, aku okay je. Hahahaha tapi memang tak sangka dapat ni. Ahhh rindunya Tia, Lisa, Zqah and Fazira!!!!



Birthday note daripada Anis ni lagi rare. Hahahaha dia main bantai je. But still, aku hargai sangat. Plus, aku rindu nak gaduh dengan dia. Ahahahaha

10. Kotak Gula Gula


Dua kotak gula-gula ni cikgu Zuhairy yang bagi. Sebab aku yang mintak. Hahaha. Aku simpan sebab setiap kali aku tengok aku mesti teringat aku ni student paling nakal suka sakat dia tak kira tempat. Kengkadang depan cikgu lain pun aku suka sakat dia. Pernah sekali tu sampai cikgu Lia pun gelak.

Okay….. kita stop sampai 10. sebab aku dah malas nak menaip. Ada lagi lebih 10 barang aku jumpa tapi aku sambung esok jelah okay…

Btw, thankyou very much dekat semua yang ikhlas bagi aku hadiah pesemua dan ingat birthday aku. Walaupun murah tapi ingatan tu.. tetap tersemat dalam minda dan hati selamanya. Love you guys!!!!

Xoxo, Fafa!