Wednesday 27 February 2019

Unbox The Memories

Assalamualaikum! Hey guys~

So…

Ah.. Aku tak tahu nak tulis apa ini.

Ok ok.. Tadi aku macam nak unbox semua barang yang aku simpan dalam kotak dalam almari. Banyak doe.. aku rasa tadi ada dalam 4-5 kotak jugak. Tapi kotak kecik la. Kotak gift gitu.

Jadi masa aku unbox tu, macam-macam lah aku jumpa. Mostly memang menggamit kenangan doe. Sumpah rasa nak nangis je tadi.



Ada jugak certain barang yang aku buang je terus sebab aku rasa semak. Hm, so aku ada snap some photo of barang yang aku rasa sentimental value dia tinggi gila bagi aku.


1. Kertas Yang Penuh Dengan Impression Orang Bila First Time Jumpa Fafa


Kertas ni masa aku tingkatan 3. aku pergi kursus kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya. Jadi, kertas ni cikgu suruh tampal dekat belakang kita and semua orang boleh tulis apa je yang dia rasa pasal kita.
Jadi apa yang aku dapat is tinggi, comel, crazy girl, chef, gila-gila, ceria, semangat, sopan, panjang, cantik, smart, peguam. Paling banyak orang tulis tinggi la. Hahahaha. Kem ni kenangan gila sebab kat sini aku jumpa crush aku dan ex boyfriend aku. Haha. Tapi sekarang ni dua-dua tu aku dah tak heran. Maklumlah dah ada Payish. Ahahahaha

2. Photo With Syazwani



Gambar ni aku ingat lagi. Masa form 2, time tu ada exchange student from Indonesia. Gambar ni pun sebenarnya ramai tapi aku gunting sebab aku rasa wani cute masa ni. Hahahaha… awwwhhh I miss you syazwani!!!

3. Bendera Group PRS



Bendera ni direka masa ada kursus PRS peringkat sekolah. Bukan buat logo je, tapi siap ada chants. Cuma aku tak tau kat mana aku letak video chants tu. Rinduu doe dekat Seri, Ameera, Alep dengan Haziq.

4. Paramedik Kejohanan MSSD



Fuh setiap kali aku tengok gambar ni, aku macam akan teringat, jadi paramedik ni bukannya senang. Susah dan penat. Dalam gambar tu tak ada aku sebab aku tak ada masa tu. Aku datang sehari je sebab gilir-gilir. Pengalaman baru doe jadi paramedik MSSD.

5. Sampul Duit Raya


Yaaa ramai tak tau yang aku suka kumpul sampul duit raya yang lawa. Setakat ni je memang tebal la.. yang paling penting, aku still boleh ingat siapa yang bagi sampul tu. Hehehehehe…. okay tahun ni nak kumpul lagi laaa. Layak ke dapat??

6. Face Mask


Face mask ni Adam Aiman kot yang bagi. (aku yang mintak actually.) serius selesa gila pakai ni. Muka sentiasa lembap. Tapi sekali jela aku pakai sebab takdok pitih nak beli. Hahahahahaa

7. Hiasan Meja Form 4


Dulu aku memang suka hias meja. Dari aku letak gambar artis merepek, sampai akhirnya aku letak quotes dengan harapan sentiasa bermotivasi. Hahaahaha. Tapi tak jugak. Tidur jugak dalam kelas. Aduhai.

8. Checklist ICT


Aku rindu do nak belajar ICT lepas tengok ni. Dulu aku punya lah gila dengan komputer sampai balik rumah pun pergi buat eksperimen dekat PC sendiri. Hahahaha. Tapi syukur do, walaupun dah 2 tahun tinggalkan ICT, ada lah sikit ilmu yang aku still ingat.

9. Hadiah Birthday


Aku tak ingat actually ni form 4 atau 5. tapi serius aku terharu gila anjirr.. paling sweet Fazlin lah bagi gelang. Cantik weh gelang tu, aku still simpan sampai sekarang. Tapi aku malas nak cari so aku tayang kertas dia balut gelang tu jela. Yuppp dia letak gelang tu dalam kertas lepastu staple.


Next, Nestum. Hadiah paling comel daripada geng meja depan. Aku tak kisah.. asalkan orang ingat aku dan doakan aku, aku okay je. Hahahaha tapi memang tak sangka dapat ni. Ahhh rindunya Tia, Lisa, Zqah and Fazira!!!!



Birthday note daripada Anis ni lagi rare. Hahahaha dia main bantai je. But still, aku hargai sangat. Plus, aku rindu nak gaduh dengan dia. Ahahahaha

10. Kotak Gula Gula


Dua kotak gula-gula ni cikgu Zuhairy yang bagi. Sebab aku yang mintak. Hahaha. Aku simpan sebab setiap kali aku tengok aku mesti teringat aku ni student paling nakal suka sakat dia tak kira tempat. Kengkadang depan cikgu lain pun aku suka sakat dia. Pernah sekali tu sampai cikgu Lia pun gelak.

Okay….. kita stop sampai 10. sebab aku dah malas nak menaip. Ada lagi lebih 10 barang aku jumpa tapi aku sambung esok jelah okay…

Btw, thankyou very much dekat semua yang ikhlas bagi aku hadiah pesemua dan ingat birthday aku. Walaupun murah tapi ingatan tu.. tetap tersemat dalam minda dan hati selamanya. Love you guys!!!!

Xoxo, Fafa!


Sunday 24 February 2019

Post by Najia Maruzuki

“Hmmm… kenapa aku asyik teringatkan lelaki / perempuan tu? Ke aku dah jatuh hati kat dia?”

Persoalan paling relevan bagi seseorang yang mungkin ada perasaan terhadap seseorang yang diminati atau disukai atau dicintai.

Sama ada diminati atau disukai dalam diam atau secara terang-terangan menunjukkan tanda-tandanya.

Secara logiknya apabila mempunyai perasaan sebegitu, adakah ia membuatkan seseorang itu berada di alam realiti atau sekadar di alam fantasi semata-mata.

Dengan berkhayal bahawa seseorang yang disukainya itu akan menjadi isteri / suaminya, yang sentiasa bersikap romantik melayaninya, membelai-belai atau mengusap kepala selalu ketika bermanja dan berbagai lagi angan-angan yang dibayangkan.

Kebiasaannya yang mempunyai angan-angan sebegini hebat adalah kaum wanita berbanding orang lelaki yang tidak begitu ambil peduli sangat sebelum sesebuah perhubungan itu benar-benar terjadi di alam realiti dan menuju ke alam perkahwinan.

Jatuh hati dan suka terhadap seseorang itu normal dalam kehidupan.

Bahkan tanda-tanda bahawa seseorang manusia itu sudah baligh dan sudah bersedia untuk menjadi seorang yang mukallaf iaitu yang dibebani segala macam tanggungjawab ke atasnya dan diperintahkan untuk melaksanakan perintah-perintah wajib sebagaimana yang ditetapkan Allah Taala.
Namun, sejauh manakah kita berusaha mengawal perasaan itu supaya tidak terlalu berlebihan?Semua ini sangat penting agar perasaan itu tidak menjadikan kita terlalu berharap terhadap perkara yang masih belum pasti serta menyedarkan diri kita agar sentiasa berada di bawah ‘pemikiran yang rasional’.

Bagaimana yang dikatakan ‘pemikiran yang rasional’ dalam hal ini? Jawapannya adalah tidak semestinya seseorang yang kita minat, suka atau pun yang kita cinta akan menjadi milik kita.

Mengapa pula perlunya ada pemikiran ‘rasional’ yang sebegini? Hal ini kerana untuk mengelakkan diri daripada kecewa yang berlebihan suatu hari nanti sekiranya orang yang kita cintai ditakdirkan berjodoh dengan orang lain.

Benarlah bahawasanya cinta terhadap manusia itu sangat lemah berbanding cinta yang tinggi terhadap Allah.

Apabila seorang manusia mencintai seseorang, dia akan turut membenci atau tidak senang sekiranya ada lagi manusia lain yang turut mencintai orang yang dicintainya itu dan merasakan bahawa dirinya sahaja yang layak untuk mencintai.

Tetapi apabila seorang hamba yang mencintai Tuhannya, dia akan turut mencintai orang yang mencintai Tuhannya.

Lihatlah! Jauhnya perbezaan darjat apabila menjadikan Tuhan yang paling utama dibandingkan dengan nafsu.

Bagaimana pula untuk mengenal pasti sama ada cinta itu kerana Allah ataupun hanya nafsu semata-mata?

Saya pernah bertanyakan soalan ini kepada Ustazah Fatimah Syarha dalam satu program beliau yang pernah saya hadir.

Beliau pernah beritahu, jika kita nak tahu apa beza antara cinta kerana Allah ataupun nafsu, lihatlah bagaimana rupa ibadah kita. Adakah semakin bertambah atau semakin terganggu setelah kita mempunyai perasaan terhadapnya. Lebih kurang begitulah ayat ustazah.

Akhir sekali, apa yang hendak saya pesan di sini adalah jika sudah ada seseorang yang telah ‘mencuri’ hati kita, janganlah terlalu meletakkan harapan yang tinggi. Bukan apa, takut kecewa di kemudian hari.

Lebih-lebih lagi orang perempuan yang hatinya penuh dengan rasa sayang, yang begitu mudah terpesona dengan ayat-ayat manis.

Kuatkanlah hati kamu agar tidak mudah memberi kasih sayang itu kepada orang lelaki yang sebenarnya tidak layak pun untuk mendapatkan kasih sayang kamu yang mahal itu melainkan apabila si dia sudah bergelar suami.

Siasatlah terlebih dahulu si lelaki yang kamu suka itu yakni akhlaknya, cara layanannya terhadap ibu bapa dan adik beradiknya, psikologi tentang dirinya pula bagaimana. Setakat rupa yang handsome sahaja tidak cukup. Boleh jadi rupa tampan, tapi cepat naik tangan.

Andai si lelaki ajak untuk keluar berdua-duaan, jangan dipenuhi pelawaannya. Itu tanda kamu sudah termakan dengan ayat cairnya. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi lebih-lebih lagi risau jikalau maruah yang diambilnya.

Jangan mudah jadi ‘perasan’ apabila si lelaki bermain ayat-ayat manis. Sebab rata-ratanya lelaki yang mudah mengungkapkan ayat manis sebegitu, hakikatnya bukan kamu seorang sahaja yang telah di’tackle‘nya, sebenarnya sudah ramai wanita yang telah menitis air mata menangis kerana berasa hati dipermainkan.

Apatah lagi apabila si lelaki bertanya soalan seakan-akan soalan tersebut hanya sesuai untuk yang serius mahu berkahwin, rupa-rupanya bukan. Mungkin si lelaki tersebut hanya sekadar mahu test reaksi sahaja.

Ataupun boleh jadi juga kita sebagai orang perempuan cepat perasan sedangkan lelaki itu bertanya begitu untuk jadi orang tengah ataupun untuk tolong carikan jodoh bagi pihak kawannya. Lagi-lagi apabila si lelaki yang bertanya itu adalah yang diminati dalam diam, mana tak perasan, kan?

Pendapat saya, seboleh-bolehnya tidak usahlah orang perempuan yang ‘start’ dulu apabila suka terhadap si lelaki. Orang dulu sebut sebagai ‘perigi cari timba’. Ini hanya sekadar pendapat saya sebab saya lihat ia sangat tidak sesuai dengan uruf atau pun keadaan sekarang.

Mungkin kalian pernah dengar kisah Saidatina Khadijah yang terlebih dahulu memulakan langkah meminang Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Maisarah, orang yang dipercayainya.

Tambahan lagi dengan keadaan sekarang yang kebanyakan orang melihat murahnya nilai wanita berbuat begitu ditambah pula dengan cara pemikiran yang tidak rasional.

Tapi, bergantung kepada keadaan kalianlah pula bagaimana. Kalau waktu itu yang sesuai untuk kalian yang memulakan langkah, apa salahnya? Yang penting, cari perantara yang amanah dan boleh dipercayai.

Pesanan ringkas saya untuk golongan lelaki pula, hati wanita mudah sekali terusik. Jika kamu lelaki yang baik, kamu tidak akan merosakkan makhluk yang Allah utuskan untuk kamu jadi pelindung dan pemimpin baginya.

Ingat, jadi lelaki bukan mudah. Setiap satu akan dipersoalkan kelak.

Saturday 23 February 2019

Abadi

Kau datang bagaikan mimpi
Kau hadir tak sedari
Sekian lama ku nanti
Kau di sini

Mungkin kehendak Ilahi
Segalanya ku jalani
Biar lelap tidurmu
Dipelukku

Cinta ini
Ku persembahkan
Setulus hati kasih
Kepadamu
Seandainya engkau mengerti
Hanya kau yang ku miliki
Dalam hidupku

Kasih sayang ini
Semoga abadi
Kan ku bawa sampai akhir nanti

Thursday 7 February 2019

Another Boring Day

yes , i wish i can fly like a bird
i wish i can touch that lovely sky
but
there's a lot of risks
sometimes rain
sometimes it is windy
sometimes it is freezing
and sometimes it is hot
and now
i love my life damn much
with all those same routine,
i think it is the best way,
enjoy your life
don't too emotional
don't too ego
otherwise you will always get in trouble
---------------------------------
ok aku tau . english aku tak lah sehebat engko
sekali sekala ann ann . aku pun manusia biasa ,
nak luah luah gak
apa barang..
tettt~!

**THE END**

Bola

Bola = ball

apakah kena mengena dengan tajuk ini ?
apa ? fishball ?.
oh bukan bukan .
hum ? bola kena sepak ?
umm .. 50% lahh aku kasi .
kalau tak nak ,kasi kat aku markah itu ,supaya x fail exam aku nanti.
ehh . maaf . terlanjur kata ..
aku terlanjur cinta ..kepadamu .. ..
ok ok .

sebenarnya actually , aku nak jadi orang yang ulas pasal bola tu ..

mcm nihh

YA!! MESSI SEKARANG INI SEDANG MEREMBAT ROONEY LALU MENGGELEK ehh maafMENGGELECEK DAN ..GOLLLLLL!!!!!!!!!

fushh . minat lahh
tapi but .. aku takut kalau aku tersasul ..
uhmm ..
x pa
cancel cancel
DOKTOR ?


TING ! Encik Anaf bin David Beckham * maaf sila contact sy jika ini nama anda
sila masuk ke bilik rawatan DR. FAFA sekarang


DR : ya encik ,boleh saya bantu err Anaf bin David Beckham ??! wahhh komesial nya nama encik !
PESAKIT : perli ke ?
DR : ok lah,maaf .jadi, encik sakit apa ?
PESAKIT : saya sakit seluruh badan cik . asal saya sentuh mana mana badan. saya rasa sakit sangat !
DR : ha ? uhmm .. encik ada muntah-muntah ke, batuk KRONIK * ke ,demam ?
PESAKIT : tak ada lah cik .
DR : jadi sakit seluruh badan la ye ?
PESAKIT : Ye .
DR : well , saya ada ubat nk rawat penyakit ganjil encik ni jadi.....
PESAKIT : kejap, saya try pegang kaki saya ... ADOIIIIIII!!!! saketttttt !!!
DR : yang encik gatai dok try pehal ? saya belum suruh check ..
PESAKIT : oh ye ke ..
DR *thinking* mari saya nk check tangan encik .
PESAKIT : aduhhh . yang ni lagi sakitt lahhh
DR : hurm . saya rasa,yang sakit nih tangan encik bukan anggota badan encik ,patut lah,encik pegang anggota badan encik rasa sakit ! aduhhhh !!!!
PESAKIT : la ye ke .. patut lah
DR : jadi sekarang , encik aada 2 penyakit . 1 encik sakit tangan 2, encik salah guna pain receptor !*


take note : pain receptor punya subject ,rujuk lah buku science form 2 

well . aku takut kalau situasi ini berlaku pada diri ku .
tidak tidak .
maybe ini saja dapat anda baca luahan seorang kanak2 yang x mengerti apa apa tentang cita-cita..
tak tak .bukan cinta-cinta


moral of story : jangan jadi bengap sangat nak buat cerita . pilihlah cita-cita yang anda rasa suitable dengan kegeniusan anda . and jangan bersikap tamak haloba [ apa kena mengena ? ]

Belum Fikir Tajuk

Bukannya bumi pinta bulan selalu disisinya,
bukan juga kita inginkan siang pasti ada malamnya,
bukan hak kita untuk memilih mengikut kehendak kita,
bukannya juga menjadi kawan semata-mata,
bukan mudah mencari seorang yang setia.

2016, 03:29
victorifae





fuh nostalgia gila weh puisi ni.

Otak dan Tindakan Tak Synchronize

Assalamualaikum hey guys.
okay, since aku dah lama sangat tak update entry dekat sini,
jadi hari ni aku akan post entry.

tapi,
aku terfikir.
masih relevan ke blog ni? yela, sekarang kan dah ada tuwider, instageram, muka buku. bebel jela kat situ kan.

"daripada kau fikir, baik kau tanya balik soalan tu kat diri kau. apahal kau tak post kat socmed?"
-soalan daripada mariah kari anak pak dollah.
okay la. aku tak post pasal life aku dekat insta sebab insta sekarang banyak budak tiktok. disturbing sia. lepastu facebook pulak banyak makcik bawang. kang aku salah taip kang tak pasal viral dalam page siakapkeli, rotikaya, rotiboom, ohbulan. hahahahaha

hm. aku rasa mukadimah aku panjang sangat ni.

ok. tadi pagi, lepas aku kemas rumah. aku bancuh milo letak nestum sikit. lepastu kan aku minum sambil sembang dengan mak aku. lepas air tu habis, aku rasa macam nak minum milo lagi tapi aku tuang air sejuk.

dan masa aku minum tu tetiba aku terkejut. hahahahaha

lama gak aku cuba brain situasi tu. mungkin aku terkejut kot sebab aku ingat milo tapi air kosong. hahahaha.

ok cerita hari ni memang macam hambar sikit sebab aku sendiri pun dah tak tau nak cakap apa.

tapi satu je yang aku nak bagi tau.

AKU ADA BOYFRIEND. NGEH NGEH NGEH NGEH.


dibebel oleh,
Fafa Yang Cantik

Saturday 2 February 2019

Aku dan Talia

Assalamualaikum guys~
Ahh, semenjak ada internet yang laju ni, rajin betul aku update entries. Hahahaha!

maklumlah, bahagia.

Masa aku kemas barang, aku terjumpa barang yang mengingatkan aku dekat Talia. Klien pertama aku semasa aku jadi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Talia banyak sedarkan aku tentang stigma masyarakat. Bahkan kata-kata Talia sendiri banyak kali menampar emosi aku.

Pertama kali aku berjumpa Talia adalah kerana kesnya dirujuk oleh kaunselor kepadaku. Kata kaunselor, Talia tidak mahu bercerita tentang masalahnya walaupun ditanya berkali-kali.

Pertama sekali yang aku lakukan saat bertemu Talia adalah untuk turut menjadi dirinya. Tak sangka Talia sangat sukakan chocolate. Aku memang sentiasa menyimpan stok gula-gula dan chocolate kerana setiap kali aku melintasi kelas Pendidikan Khas, aku akan menghulurkan seketul gula-gula kepada salah seorang yang bertuah. Bagi aku, chocolate ini secara tak langsung menyampaikan message bahawa kita sayang seseorang itu. well, chocolate kan sinonim dengan cinta.

Sambil Talia makan chocolate itu, aku memandang wajahnya. Manis. Lamunan aku terhenti apabila Talia mengajak ku menemaninya ke toilet. aku turutkan permintaannya.

Dalam perjalanan ke toilet itu, aku terdengar suara-suara sumbang yang berbunyi "Eh Ustazah Talia dah ada pengikut baru ke?", "Wuuu barang boek ah."
Talia tertunduk. langkahnya terhenti dan dia berpaling untuk berpatah balik ke bilik kaunseling. Talia terus menangis. Dia berkata kepadaku, "Salah ke aku yang jahat ni nak ajak orang buat baik? Dulu memanglah, aku usaha nak jadi baik. tapi bila orang kata macam-macam, aku terus give up. Aku memang jahat, pernah gugurkan janin dalam rahim aku, tidur dengan ramai lelaki. Tapi tak pernah ada orang pun tanya kenapa aku jadi macam tu. Ayah aku gambler, kaki botol, penagih. Mak aku kerja kedai makan. Aku pulak dengan adik aku je. Aku buat macam tu sebab aku nak duit je. Tapi sekarang aku dah sedar.. duit tu tak boleh bahagia kan kita pun. Jadi lepas aku dengar ustazah cakap kat perhimpunan haritu pasal dhuha dan rezeki, aku cuba solat dhuha. aku ajak kawan-kawan aku, tapi aku kena maki balik. katanya, di dahi aku ni memang dah di cop ahli neraka . Aku dah tak layak nak cakap soal agama, tak boleh bagi nasihat."

Aku diam kejap. Masa ni aku sendiri tak tahu nak react apa - apa. Sebenarnya dari awal aku dah tahu siapa Talia. Memang ramai yang memandang rendah kepada Talia kerana sifatnya. Even aku sendiri pun pernah kutuk Talia ni dengan classmate aku sebab dengar cerita dia kena tangkap mandi sungai dengan lelaki time koko. sungai tu pulak sebelah sekolah je.

Aku pun tertanya-tanya. memang stigma masyarakat ni selalu negatif ke? Asal pelacur je tak boleh bagi nasihat. Asal jahat je confirm ahli neraka. Asal curang je tak layak nak cakap soal jodoh. Apa hak kau untuk buat kerja Tuhan?

btw, sesi kaunseling antara aku dan Talia berjalan lancar. Sampai kering sendiri airmatanya, sampai dia tersenyum, lalu dia balik semula ke kelas. Ahh rindunya nak dengar masalah orang. Aku dengar sekarang ni Talia pun dah bahagia. dah ada suami dan anak. Talia ni masa aku jumpa, dia form 4 dan aku form 2. haaaa muda engko. hahahahaa

disclaimer: Talia bukan nama sebenar..