"Kelas? kelas tambahan lagi. Penat la"
"Homework tak siap lagi . . esok kena hantar"
"Bila aku nak habis sekolah ni"
"Tak sabar nak habis sekolah"
"SPM? cepat lah habis sekolah ! ! "
"Mesti best dah tak jadi budak sekolah lagi"
"Nanti habis sekolah, dah tak payah nak buat homework ni semua"
"Homework tak siap lagi . . esok kena hantar"
"Bila aku nak habis sekolah ni"
"Tak sabar nak habis sekolah"
"SPM? cepat lah habis sekolah ! ! "
"Mesti best dah tak jadi budak sekolah lagi"
"Nanti habis sekolah, dah tak payah nak buat homework ni semua"
Ini dialog yang mostly aku sebut masa aku sekolah dulu. Biasa la tu, masa tu kita tak fikir apa-apa lagi. Dalam fikiran hanya terfikir BILA NAK HABIS SEKOLAH. Itu je saat yang kita tunggu. Tapi tak sedar, zaman persekolahan tu lah yang paling indah dan diinginkan oleh mereka yang sudah menyambung pelajaran ke IPTA/IPTS atau mereka yg sudah bekerja. Kalau boleh nak patah balik. Nak jadi budak sekolah balik.
Walaupun aku sudah berada pada zaman mahasiswi, tapi aku masih merasakan yang zaman persekolahan tetap yang paling seronok. Dekat sekolah tempat korang nak jumpa, pergi tandas sama-sama, pergi kantin sama-sama, buat study group sama-sama. Tapi, bila zaman sekolah dah berakhir masing-masing mula buat haluan sendiri. Semua dah ada komitmen sendiri. Nak jumpa? Ada yang sibuk. Ada yang takde masa. Kekadang bila kita free dia tak free. So, agak susah untuk berjumpa. Sebab semua dah ada kerjaya sendiri.
Tbh, zaman sekolah dgn zaman IPTA/kerja sangat berbeza. Bila masuk universiti or kolej, memang kita boleh lihat bermacam ragam manusia. Tambahan pula kita jauh dari ibu bapa dan kawalan mereka. Persekitaran kita hanya ada kawan-kawan. Dari situ kita kena berhati-hati dalam memilih kawan. Biarlah orang beranggapan kita ni memilih kawan, asalkan kita tahu apa tujuan sebenar kita buat macam tu. Takut nanti jika kita tersalah langkah, ia boleh merosakkan diri kita sendiri. Kekadang, ada yang kata bila dah masuk universiti or kolej ni bebas untuk buat apa sahaja. Tapi jangan terkejut, sebab sejak aku masuk ke zaman ini, aku mula lihat sesetengah remaja mula culture shock.
Jadi, buat mereka yang masih berada di alam persekolahan, gunakan lah peluang ini dengan sebaiknya, Suka tak suka, letak ke tepi. Yang penting biarlah kita cari ilmu itu dengan ikhlas. Bukan dengan paksaan. Walaupon terpaksa, kita cuba jadikan ia satu kebiasaan. Sebab di luar sana nanti lebih banyak cabaran untuk kita hadapi.
Doakan aku mampu kuat menempuh alam Degree nanti!
love, FJ!
No comments:
Post a Comment