Sunday 16 February 2014

Surat Dari Future Wife!!



*Sila baca dengan nada dan intonasi relax serta bersahaja yea.*

Wahai my ONLY future husband. Sorry sebab I hantarkan surat ni kat you. I tulis surat ni adalah sebagai reply kepada surat you yang kerek terdahulu. I tak berniat sebenarnya nak tulis ni. Tapi, apakan daya, you dan kaum you kerek sangat dengan ego masing-masing. Biasalah, boysss.You, I tak nak lah tulis intro panjang-panjang. So, apa kata kalau I direct to the point je yea.First of all, I nak bagi tahu yang I paling paling paling paling paling sakit hati dengan cara kaum you mengurat kaum I. I tak faham. Kenapa bila lelaki nak tackle perempuan je, dia mesti gunakan ayat;

"Kita macam pernah jumpa lah. Tapi kat mana yea?"
You, bertahun-tahun I hidup balik-balik ayat tu yang I dapat. You ingat perempuan tak bosan ke, you? Cheesy punya pick up line (Ayat mengurat) baik tak payah, you. I rasa semua lelaki gunakan pick up line tu mungkin sebab lelaki zaman you dah tak ada idea nak mengurat dah. So, I memang faham kalau kenapa lelaki zaman you ramai yang tak couple dan kahwin lambat.Sayang, I nak tanya you ni. Lelaki ni memang ada supplier nombor telephone ke? I pelik lah bila tiba-tiba ada orang call I kata nak berkenalan. Entah mana kaum you dapat no telephone I pun I tak tahu. Mesti mintak dengan orang lain. Tak ke you rasa mintak nombor telephone orang lain, dari orang lain adalah satu cara yang tak gentleman langsung?Pula tu, bila call je, kata nak berkenalan. Tak pun cakap nak berkawan. Tapi kan, mana ada lelaki call perempuan semata-mata untuk berkenalan. Ni mesti nak mengurat punya lah. Macam lah I tak tahu.Lagi satu kan kan you. I tak faham kenapa bila perempuan tu tak layan lelaki yang mengurat dia, lelaki tu akan cakap yang perempuan tu jual mahal dan sombong? But then, bila perempuan layan, sesedap hati je cakap yang perempuan ni murah dah mudah melayan. What the hell, you?

Dear ONLY you.Tahukah you bahawasanya kaum lelaki you tu mudah perasan? Bila perempuan tegur and layan lelaki tu dengan baik je, mesti lelaki tu perasan kononnya perempuan tu suka dan nak tackle dia. Padahal perempuan tu just being nice. Can't you boys see that? Can't you?Hunny, you bagi tau lah kat kawan-kawan lelaki you tu. Kasi tau dieorang, kalau betul-betul suka kat someone tu, mengurat lah habis-habis. InsyaAllah kalau niat iklas boleh je dapat. Dan masa nak mengurat tu, tak perlu lah ayat manis-manis. Ayat-ayat manis akan membuatkan kami (perempuan) berasa geli tau. Dan jangan risau lah kalau muka you all (Lelaki) macam longkang ke apa ke. Kita orang (Perempuan) boleh terima sebab kita orang ni bukan macam you all (Lelaki) yang hanya tengok luaran. Pantang nampak perempuan cantik, terus jadi ulat bulu yang berbulu-bulu. Tak guna.
Tapi kalau dah dapat perempuan selepas mengurat tu, tak payah lah nak touch and go. Masa belum dapat, sayang bagai nak gila. Tapi bila dah dapat, buat dono je. Masa tengah mengurat, rasa bahagia je main tarik tali. Tapi bila dah lama couple, rasa bosan. Semuanya sebab lelaki lah; mudah sangat bosan sengan sorang awek. Actually, you guys patut bersyukur sebab perempuan mudah terima segala kekurangan yang ada kat you all. Tapi you all, sibuk nak macam-macam dari perempuan. Lelaki memang mengada-ngada lah. Tak reti bersyukur langsung.

You, kenapa bila some girl tu dah reject some kaum lelaki, dieorang akan berdendam? Kacau pak we perempuan tu lah, stalk lah, apa lah. What? Everygirl in this world loves you? Diaorang kena terima you sebagai BF? Kalau tak you akan rosakkan seluruh hidup dia? You dan kaum you akan berdendam dengan dia kalau dia reject you? Bleeeh. Patut lah kaum you makin pupus. Agak-agaknya kalau kaum you sama banyak dengan kaum I, mesti huru hara dunia ni. Oh, oh. I cakap pasal kaum you tau. I tak cakap pasal you. I tau you baik. Dan setia.

Dear my ONLY husband.Hunny, I harap you jaga sikit mata you tu. I tau yang lelaki suka pandang perempuan. I tak kisah pun kalau skali skala you nak cuci mata pandang perempuan cantik sebab lelaki memang dasar macam tu. Tapi jangan salah kan I kalau I pun pandang lelaki. Ah, awal-awal lagi I dah tau mustahil you tak kisah kalau I pandang lelaki. You pandang perempuan boleh. Tapi I pandang lelaki tak boleh. Kenapa yea, you?Lagi satu. Kenapa it is okay kalau you borak dengan perempuan tapi bila I borak dengan lelaki je, you kata I curang? I borak sebagai kawan. Tapi you tu lelaki. Gatal. Kalau dah borak, mesti dengan perempuan cantik. Lelaki kalau dah dengan perempuan cantik mustahil borak-borak tak ada makna. Huh.You, I perasan yang you nak cari isteri(s) baik-baik. Tapi perangai you entah macam apa-apa. Nak jadi imam konon. Sembahyang solo pun banyak tinggal. Nak imam apanya. Doa. Doa apa you reti baca? Doa masuk tandas? You, kita mungkin akan mandi bersama. Tetapi doa masuk tandas tu tak perlulah you lead kan. I pun reti lah.

Hubby. Dalam banyak-banyak benda yang I paling tak puas hati adalah bila lelaki bercakap bab kahwin lebih dari satu. Kononnya sayang sangat kat I so you kawin lebih dari satu so I boleh masuk syurga? Oh pehlis larh. Lelaki memang macam tu. Asal tanya kenapa perlu kahwin lebih dari satu, mesti kasi jawapan "Supaya Isteri pertama boleh masuk syurga dan dapat payung emas di syurga. Hey, banyak lagi cara kaum hawa boleh masuk syurga tau. Asalkan bersolat, puasa, jaga maruah dan metaati suami, sure masuk syurga. Tak payah nak kahwin 2-3-4. Nak kasi isteri pertama masuk syurga konon. Padahal nak menggatal. You ingat kaum I tak tahu? Kaum I tahu semua tu you. Kami comel with the brain tau.Sebelum kahwin, kaum you asyik rosakkan kaum I. Mintak MMS gambar tak pakai tudung lah. Gambar tak pakai baju lah. Selepas tu, mintak yang bukan-bukan. Tapi bila nak kahwin, sibuk nak cari yang perfect, yang baik-baik dan dara. Kenapa you? Nasib baik lah teruna lelaki tak boleh di tengok. Kalau boleh, memang kantoi lah semua lelaki kat dunia ni tak teruna. Kan? Dan you pulak, you teruna tak you?

Akhir kata dari I, kalau nak mengurat kaum I tu, kasi lah cara kretif sket. Ubah sikit teknik tu. Guna kan inovasi dan kretiviti. Hantar lagu ke. Hantar bunga ke. Tengok lah sikit cerita korea tu. Belajar la dari dieorang. Dieorang tu bukan je hot, hensem, malah romantik. Macam Kim Hee Chul, Kim Hyun Joong dan Lee Min Ho. Btw Hubby you tau, nasib baik kaum perempuan ni tak gila lelaki hensem. Kalau tak, jangan harap ah lelaki Malaysia akan ada awek. Dah lah tak handsome. Tak romantik pula tu.Well you. The most fragile part in a girl body is her heart. So, take a good care of it. Its nice to see. Nice to hold. But once broken, considered for ever! Ingat tau nasihat I ni. Nasihat ikhlas dari your future wife. Jaga diri elok-elok sebelum jumpa I.

**THE END**

Thursday 13 February 2014

tak habis-habis kisahnya

assalamualaikum.. hi!
korang sihat ke? haa ni aq nak cerita pasal JDT ngan T-Team yang isu 'terowong larkin' tu.. baru2 ni, semua player dari kedua dua team kene angkat sumpah.. ok.. kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang boleh search kat google... so skang aq nak cerita pasal ape yg aq bace kat fb tadi... nah bace sendiri :

Pasukan JDT akhirnya tersepit dek percaturan licik FAM dan pihak media. Misi FAM untuk merosakkan imej JDT melalui jentera media sejak tahun lalu mencapai objektifnya pada tahun ini.

Segala usaha putar belit dan manipulasi media terutama akhbar Kosmo! dan Metro dalam menghasut orang ramai supaya membenci JDT dan para penyokongnya mula membuahkan hasil.

Pemangsa telah berjaya ditonjolkan sebagai mangsa manakala mangsa berjaya diputarbelit menjadi pemangsa dalam setiap insiden- itulah kepakaran pihak media sejak sekian lama.

Mereka mampu mengubah persepsi orang ramai hinggakan yang dipukul sampai berdarah dapat digambarkan sebagai yang jahat manakala yang memukul pula dilonjakkan sebagai umat harmoni dan sejahtera.

Kenyataan ini bukan fitnah. Bukti cukup ketara dalam kejadian di Stadium Darul Makmur apabila berita tentang penyokong JDT dibaling dengan botol air dan batu hingga cedera dan berdarah tidak diutamakan.

Sebaliknya tindakan segelintir penyokong JDT yang tidak tahan hati dan cuba bertindak balas terhadap provokasi itu pula yang diperbesar-besarkan oleh media sebagai ganas dan berbahaya.

Pengadil memberi `green light' kepada pasukan lawan mengasari pemain JDT tidak dijadikan sebagai bahan berita, tetapi pemain JDT yang mempertikaikan pengadilan pula dihebahkan dalam akhbar dan televisyen sebagai tidak berdisiplin dan ego.

Mungkin ramai tertanya-tanya mengapa FAM dan media cukup gentar dengan JDT hingga sanggup bersikap jijik seperti itu? - Jawapannya kerana FAM takut dengan bayang-bayangnya sendiri.

Mungkin ramai tertanya-tanya mengapa media bersengkokol dengan FAM untuk misi hasad dengkit tersebut? - Jawapannya kerana ramai wartawan sukan merupakan penyokong fanatik kepada pasukan masing-masing.

FAM resah pembangunan yang dibawa pasukan JDT dalam Liga Malaysia akan menyebabkan kepimpinan mereka sejak berpuluh tahun lalu mula dipersoalkan pendokong sukan bola sepak tanah air kerana gagal membawa sebarang pembaharuan positif.

Media pula menjadi `tentera' mereka dalam perang propaganda ke atas JDT kerana wartawan sukan mempunyai kepentingan peribadi memastikan penguasaan pasukan kesayangan mereka dalam Liga Malaysia tidak tergugat.

Bagaimanapun, pasukan JDT dan penyokongnnya yang `kerdil' tiada daya untuk melawan perancangan busuk itu. Kuasa media mempengaruhi minda orang ramai tiada noktahnya dan kuasa penentu dalam sukan bola sepak Malaysia pula ditangan FAM.

Maka, JDT dan penyokongnya tidak boleh lagi menoleh ke belakang. Mereka telah tewas kepada konspirasi FAM dan propaganda media tetapi itu bukan beerti mereka harus mengaku kalah. Mereka boleh beralah tetapi bukan beerti kalah.

Pemain JDT perlu membuktikan mereka sebuah pasukan profesional dengan mencatat kemenangan dan mencari jalan untuk mengatasi taktik kotor dan ganas oleh mana-mana pasukan lawan.

Penyokong pula perlu menunjukkan kepada masyarakat bahawa mereka bukan samseng dengan memastikan tiada insiden buruk yang boleh diputar belit oleh pihak media.

Penulis dalam pada itu difahamkan provokasi yang berlaku dalam kejadian baling botol air dan batu semasa perlawanan JDT vs Pahang baru-baru ini bukan dilakukan oleh penyokong Pahang sebaliknya penyokong dari sebuah pasukan lain - Penyokong Pahang profesional dan bukan golongan `gedebe' malangnya mereka juga termakan dengan hasutan itu.

Penghasut sengaja melakukan provokasi itu untuk melaga-lagakan kedua-dua penyokong supaya berbalah dan bergaduh.

Justeru, penulis cadangkan kelab penyokong JDT berpakat dengan kelab penyokong pasukan lain dalam setiap perlawanan selepas ini supaya mengawasi pergerakan penyokong masing-masing dan menahan individu yang cuba melakukan provokasi untuk diserahkan kepada pihak berkuasa. Rakam siapa sebenar mereka.

Penulis yakin semua kelab penyokong lain cukup profesional dan akan bekerjasama dalam usaha murni ini demi pembangunan sukan bola sepak tanah air.

Cuma yang membimbangkan penulis penyokong JDT tidak sempat untuk memperbetulkan keadaan kerana tidak mustahil FAM akan bertindak lebih jauh untuk menjatuhkan JDT termasuk mengharamkan atau menggantung pasukan JDT daripada terus beraksi dalam Liga Malaysia.

Harapan penulis,mari kita share dan tag ramai2 supaya benda macam ni dapat sampai ke KJ, dan FAM.

Terima Kasih,kerana sudi membaca.

**THE END**

Sunday 9 February 2014

Ceritera Usman Awang

Assalamualaikum, hai!
hari ni aq nak share satu sajak yang ditulis oleh Usman Awang pada tahun 1988 (Betul Ke??)
saja ja.. sebab sekarang ni ramai sangat yang menghina johor dengan cacian dan makian.. aq pun sebak. walaupun aq bukan anak jati kelahiran johor, tapi mak aq orang johor... jadi aq suka dengan adat dan budaya johor tuu. so sesape yang cuba2 menghina johor, aq pun turut terasa hati!

SAJAK JOHOR - USMAN AWANG (1988)
-----------------------------------------------------------------------------
Melayu Johor
telah terlalu banyak kita kehilangan
sawah ladang bertukar tangan
pekan dan bandar kita menumpang
Teluk Belanga entah ke mana
yang tinggal hanyalah pakaian
sedarah sedaging hampir hilang
yang ada hanyalah setulang
Selat Tebrau kian sempit
hati rindu jauh tergamit.

Di Johor,
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar itu Melayu
Minangkabau memang Melayu
Aceh dan Siak adalah Melayu
Jakun dan Sakai lebih Melayu
Arab dan Turki pekat Melayu
Mamak dan Malbari jadi Melayu
malah Muallaf bertakrif Melayu.

Melayu itu maknanya bijaksana
“jika menipu pun bersopan”
kurang ajarnya tetap bersantun
dajalnya cukup selamba
budi bahasa jangan dikira
beraninya cukup benar
tunduk bila bersalah
“lembutnya cukup jantan”
setia sampai ke kubur
biar mati adat jangan mati sahabat.

Anak Johor,
luka di Tanjung Putri
parutnya di Parit Raja
muka biar berseri
mulut biar berbahasa.

Berkelahilah cara Melayu
menikam dengan pantun
menyanggah dalam senyum
marahnya dalam tertawa
merendah bukan menyembah
meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
jiwa Melayu mengangkat persahabatan
kasih sayang kekeluargaan
ringan tulang saling bertolongan
jujur memaafkan, ikhlas memberikan.

Berdamailah cara Melayu
silaturahim yang murni
di mulut sama di hati
maaf senantiasa bersahut
tangan dihulur bersambut
luka pun tidak lagi berparut.

Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
dalam kekeruhan ini carilah perdamaian
sifat terpuji setiap insan.

Bermuafakat supaya berkat
bersaudara dunia akhirat
berikhtiar dengan tabah
kepada Allah berserah.

**THE END**

Monday 3 February 2014

Cutiku Dah Nak Habis :-(

assalamualaikum.. hai!
cuti raya cina aq dah nak habis! sedih sia!aq sebenarnya malas sangat nak pergi sekolah sebab ada hamba2 Allah yang kufur ni, diorang ni, menyesal aq baik dengan dorang balik.. kalau aq tahu lah kerja diorang ni nak mengikis duit aq, rasa mcm nak tibai je. tapi apakan daya, aq pun pengecut... hhahaha! itulah fake friend atau bahasa melayunya kawan PALSU! aq sebenarnya rasa menyesal gila bila dapat tahu kawan aq ni semua pisau cukur.. mintak duit bebanyak.. lepastu aq tanye :
"kalau aq bagi kau semua duit aq habistu aq nak makan ape?"
boleh pulak dia jawab,
"Makan pasir"

ok. ni memang dah melampau dan aq pun tak boleh dah nak kasi muka. better aq musuh terus dengan diorang daripada aq dapat malu sebab ada kawan yang pisau cukur tak reti faham perasaan orang. ntah lah.. aq pun dah tak tahu nak meraban apa lagi.... cuma sedih dapat kawan yang pisau cukur.. haha! dah berapa banyak kali aq mentioned menda ni? heeh eeeheee!

baik layan lagu best best kan!

**MY BABY YOU - MARC ANTHONY**

korang nak tahu macam mana aq minat lagu ni? lagu ni aq minat sebab ada satu hari tu 'enchek Jay' aq nyanyi lagu ni.. so start dari situ la aq minat lagu ni... korang nak lirik? ada kat bawah tuu.

As I look into your eyes
I see all the reasons why
My life's worth a thousand skies

You're the simplest love I've known
And the purest one I'll own
Know, you'll never be alone

My baby You
are the reason I could fly
And because of you
I don't have to wonder why

Baby, you
There's no more just getting by
You're the reason I feel so alive

Though these words I sing are true
They still fail to capture you
As mere words can only do

How do I explain that smile?
And how it turns my world around
Keeping my feet on the ground

My baby You
are the reason I could fly
And 'cause of you
I don't have to wonder why

Baby, you
There's no more just getting by
You're the reason I feel so alive

I will soothe you if you fall
I'll be right there if you call
You're my greatest love of all

You are the reason I could fly
And 'cause of you
I don't have to wonder why

My baby, you
There's no more just getting by
'Cause you're the reason I feel so alive
Arianna I feel so alive

**THE END**




JDT Oh JDT

NUKILAN DARIPADA SEORANG PEMERHATI SUKAN...

Nasib JDT jadi mangsa konspirasi...
-----------------------------------------------------------------------
Zaman kegemilangan sukan bola sepak tanah air pernah menyaksikan Malaysia melayakkan diri ke Sukan Olimpik Munich 1972 dan Sukan Olimpik Moscow 1980. Begitu hebat Malaysia pada waktu itu hinggakan pasukan bola sepak berstatus seperti dunia Jepun dan Korea Selatan turut mengeruni pasukan ini di era tersebut. Namun kemegahan itu tidak lama kerana selepas tiga abad berlalu,secara perlahan-lahan Jepun dan Korea Selatan meninggalkan Malaysia jauh ke belakang daripada segi kualiti, mutu dan gaya permainan. Situasi itu kerana dua negara terbabit telah mengorak langkah menerapkan corak permainan moden dan profesional dalam liga masing-masing. Liga Jepun dan Korea Selatan berubah daripada budaya permainan yang semata-mata bergantung kepada aspek fizikal pemain kepada permainan penuh taktikal serta strategi. Budaya Liga Malaysia pula kekal ditakuk lama dengan mengamalkan budaya permainan kasar, bola melambung-lambung, menghantar terus bola bahagian atas untuk direbut beramai-ramai oleh pemain dengan harapan nasib menyebelahi. Cukup mengelikan hati apabila pendokong bola sepak Malaysia yang mendakwa diri mereka pakar sukan bola sepak menyifatkan corak permainan `kuno' itu sebagai kelas dan hebat. Natijahnya, pasukan-pasukan bola sepak di Malaysia seronok sendiri dalam liganya sendiri hingga tahun 2012 tanpa dunia mempedulikan. Kemunculan JDT -------------- Selepas bertahun-tahun BUDAYA permainan hambar diamalkan dalam liga Malaysia, tiba-tiba liga ini kembali mendapat perhatian antarabangsa gara-gara kemunculan JDT hasil penjenamaan semula dilakukan Tengku Mahkota Johor ke atas pasukan itu sejak tahun lalu. Pasukan bola sepak selatan tanah air dengan jolokan Harimau Selatan itu dilihat serius mahu membawa pembaharuan dalam liga Malaysia bagi mempertingkatkan martabat kekampungan liga Malaysia kepada martabat profesional dan moden. Pelaburan jutaan ringit dibuat sejak tahun lalu untuk memastikan hasrat itu tercapai dengan mengubah infrastruktur Stadium Larkin supaya menjadi stadium pertama di Malaysia mencapai standard Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). JDT turut menjadi pasukan pertama di Malaysia berjaya menarik pemain profesional bertaraf antarabangsa iaitu Dani Guiza...Simone Del Nero..Pablo Aimar dan Luciano Figueroa selain mengumpulkan pemain-pemain ternama tanah air dibawah satu bumbung pada musim ini. Pengurusan JDT yang diketuai Tunku Mahkota Johor pastinya berhasrat kemahiran dan corak permainan profesional Guiza...Del Nero...Aimar dan Figueroa kelak mempengaruhi corak permainan pemain tempatan apabila mereka bermain bersama-sama dalam sebuah pasukan. Bagaimanapun, akibat gara-gara tidak mendapat sokongan badan berkepentingan dalam industri sukan bola sepak tanah air iaitu FAM dan pihak media, pasukan JDT berhadapan laluan sukar merealisasikan hasrat murni tersebut. Cukup ketara FAM bersikap dingin ke atas pasukan JDT dan sering membuat keputusan tidak menyebelahi pasukan itu dengan insiden paling ketara pada perlawanan di Pahang tahun lalu yang menyaksikan penyokong JDT dicederakan dengan batu tetapi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor 2012(PBNJ) pula dipersalahkan dan didenda. Lebih teruk pada musim ini, FAM dengan jelas enggan memastikan mutu pengadilan yang baik dan adil dalam setiap perlawanan membabitkan JDT - seolah-olah memberi `licence' atau `green light' kepada setiap pasukan lawan untuk mengasari dan mencederakan pemain JDT. Keputusan berat sebelah dan tidak profesional pengadil menyukarkan pemain JDT mempamerkan permainan gaya profesional dan moden sepanjang 90 minit perlawanan sedangkang corak permainan profesional mendambakan mutu pengadilan yang profesional. Malah, pemain profesional dunia seperti Aimar turut mempersoalkan perkara itu hingga mendapat liputan meluas media luar negara - berdasarkan peraturan FIFA pengadil dikehendaki melindungi pemain bertaraf bintang kerana mereka golongan berisiko dianiaya atau dicederakan di atas padang. Itu tidak berlaku dalam liga Malaysia. Semalam sekali lagi menyaksikan pasukan JDT dianiaya apabila pasukan lawan dengan sengaja enggan meneruskan perlawanan di Stadium Larkin selepas menyedari penguasaan penuh JDT dalam perlawanan terbabit sewaktu JDT mendahului mereka 2-1. Dakwa pasukan lawan, berlaku pertelingkahan antara jurulatih dan mereka enggan meneruskan permainan disebabkan hal itu - cukup remeh alasan tersebut kerana pertelingkahan mulut antara jurulatih mahupun pemain sewaktu perlawanan lumrah dalam permainan bola sepak di seluruh dunia. Berdasarkan peraturan FIFA, JDT perlu mendapat KEMENANGAN PERCUMA memandangkan pasukan lawan menarik diri semasa permainan berlangsung. Malangnya, Komissioner Perlawanan, Zainal Mukri dengan bersahaja memaklumkan bahawa perlawanan itu cuma ditangguhkan. Jelas FAM mahu membantu mengelakkan pasukan lawan tumpas kepada JDT malam kelmarin. Desas-desus mula tersebar tentang teori konspirasi untuk memastikan JDT kecundang teruk pada persaingan tahun ini bagi mengaibkan usaha TMJ berikutan bimbang dengan pemilihan pucuk kepimpinan FAM pada tahun ini. Sudah tiba masa Menteri Belia dan Sukan memantau dan menangani perkembangan negatif ini kerana usaha JDT mewujudkan budaya permainan bertaraf antarabangsa dan moden di Malaysia pasti terhalang sekiranya isu iri hati dan hasad dengki ini tidak diatasi segera. Penulis difahamkan kebanyakan wartawan sukan di Malaysia pula amat fanatik terhadap pasukan negeri masing-masing dan terlalu bimbang kemuncukan JDT menggugat peluang pasukan kesayangan mereka menguasai Liga Malaysia. Sikap tidak profesional wartawan sukan Malaysia terbukti melalui beberapa insiden berlebihan seperti kenyataan-kenyataan berbaur provokasi yang sering dilemparkan oleh pengulas sukan bagi memburuk-burukkan kredibiliti TMJ dan pasukan itu. Begitu juga dengan kenyataan-kenyataan peribadi ramai wartawan sukan melalui akaun Facebook mereka yang terus menerus memperlekehkan dan mempertikaikan TMJ dan sebarang perkara yang membabitkan pasukan itu. Laporan akhbar pula memutar belit kenyataan pengurusan JDT dan menyiarkan artikel bagi niat memberi imej buruk kepada pasukan itu. Kini semua pihak menunggu keputusan FAM berhubung tindakan pasukan lawan JDT menarik diri semasa perlawanan sedang berlangsung di Stadium Larkin semalam. Namun, penulis yakin keputusan itu nanti sekali lagi tidak menyebelahi JDT - Nasib JDT kerana jadi mangsa konspirasi dan iri hati.

NOTA: Artikel ini pandangan peribadi penulis daripada Melaka - tiada kena mengena dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ)...






Sumber : https://www.facebook.com/groups/jdtads/permalink/466255786836870/






**THE END**

Sunday 2 February 2014

Kisah Semalam

assalamualaikum. hai!
dah lama x berblogging ni rasa janggal la pulak nak menaip.. hehe!
sebenarnya aq nak cerita pasal insiden kat Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin semalam.
ni kes T-team tak turun padang waktu separuh masa kedua mula. penat team JDT tunggu.. aq dengar cerita ade kes bertumbuk.. dan yang di tumbuk tu pemain T-team ngan jurulatih kecergasan dorang.. tapi, sumber yang aq dapat dari laman sosial Johor Darul Takzim FC, si admin kata :

FAKTA SEBENAR INSIDEN PERLAWANAN PIALA FA, JDT LWN T-TEAM :

Pihak PBNJ melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan Pengadil Perlawanan pada malam ini di mana perlawanan tersebut di atas telah ditangguhkan dengan tiada keputusan yang saksama.

1. Sebaik sahaja wisel penamat untuk separuh masa pertama dibunyikan, Stefano Impaguazzo , Jurulatih Kecergasan pasukan T-Team telah membuat provokasi dengan Cesar Fernando Giminez, Ketua Jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim.

2. Tiba-tiba pemain impot T-Team, Evaldo Rodrigues, memakai jersi nombor 16, telah meluru masuk menuju terus ke hadapan muka Cesar Fernando Giminez dengan memarahi Cesar dan ini terus berlarutan hingga ke terowong menuju ke bilik persalinan.

3. Pihak keselamatan stadium yang diketuai oleh PDRM Johor telah berjaya meleraikan masalah tersebut.

4. Tiada apa-apa insiden yang buruk berlaku kepada pemain pasukan lawan dan juga penyokong pasukan lawan.

5. Segala perjalanan dalam perlawanan di tengah padang juga amat cemerlang.

6. Perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana pasukan T-Team telah membuat keputusan mengejut dengan menarik diri serta pulang awal sebelum perlawanan pada masa kedua dimulakan.

Pihak PBNJ tidak bersetuju dengan keputusan perlawanan ditangguhkan pada malam ini kerana apa yang berlaku tidak melibatkan pemain-pemain di tengah padang mahupun penyokong-penyokong ketika perlawanan sedang berlangsung.

so sekarang ni, kalau korang nak tahu lebih lanjut atau macam tak percaya, korang boleh search laman sosial facebook Johor darul Takzim yang di tubuhkan oleh fans.. kat situ mereka pun ada bagi keterangan.. apa yang penting, kita sebagai rakyat malaysia harus menyokong sukan negara. macam mana sukan di negara kita nak maju kalau korang asyik bergaduh, maki hamun, kutuk mengutuk?? memanglah kita menyokong berlainan pasukan tapi dalam skuad harimau malaya kan ada pelbagai pemain dari pelbagai pasukan seperti JDT, TRW, Red Giant dll, kalau korangx sokong mereka siapa lagi nak sokong? takkan orang myanmar kot? haha! ok ok!
itu pendapat aq je. korang nak dengar atau tak tu bukan problem aq.. yang pasti MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!

**THE END**