Tuesday 16 May 2023

Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

 Assalamualaikum and hi.. lama betul kita tak bersua eh.

(dok tahu la ada lagi ke tidak reader nya tapi lantok ler... yang penting, i ada platform whenever i rasa nak menulis.)

So, i tahu i dah lama tak menulis... but today i have to. sebab hari ni i rasa special. Hari ni merupakan hari guru!

Selamat hari guru kepada semua pendidik. Terutama sekali yang pendidik yang banyak menyumbang dalam pembentukan seorang Nur Fahada. Bermula dari pendidik terawal iaitu bonda dan ayahanda, hingga ke guru sekolah dan pensyarah universiti.

To be honest, setiap guru yang hadir dalam hidup i memainkan peranan penting dalam membentuk diri i. Bila i kenang semula. bukan semua cikgu yang ajar i terus dapat bentuk i menjadi Nur Fahada. Ada yang hadir dan menjadikan i seorang Faa. Ada cikgu yang hadir dan membentuk i menjadi Fafa. Ada juga yang hadir dan menjadikan i seorang Adda. Dan kombinasi tunjuk ajar daripada guru-guru ini lah yang membentuk Nur Fahada. 

Apa yang i mengarut ni? hahaha

But itulah. Apa yang i nampak, kita tak boleh expect seorang guru boleh mengubah keseluruhan diri kita. sebab proses pembelajaran dalam kehidupan ni akan terus berjalan sampai kita mati dan guru kita bukan guru sekolah semata-mata. Bila kita dah habis sekolah, guru kita adalah pensyarah di universiti. and bila kita dah grad, guru kita pula adalah majikan atau supervisor atau senior di tempat kerja.

I bersyukur sebenarnya dipertemukan dengan guru-guru yang pelbagai ragamnya. yang mulut lancang, yang suka cari pasal sampai lah yang penyayang dan penyabar.

"taknak kenang ke mana cikgu yang paling best?"

Of course la ada.

I sebenarnya paling salute teacher english masa i sekolah menengah. sebab i masa sekolah banyak main dalam kelas. tapi alhamdulillah excel in exam. Cuma tula, malas nak buat homework atau classwork. Tapi teacher i ni sabar je. dia tak marah macam cikgu-cikgu lain. dia cari alternative lain. everytime my classmate tanya soalan kat dia regarding the exercise, dia akan pandang i and mintak i jawab. so secara tak langsung i pun jawab exercise dia. hahaha bijak betul my teacher ni. 

kalau nak ikut, banyaklah benda yang nak dikenang tapi biarlah yang lain tu tinggal sebagai memori. mengenang lebih-lebih ni buat i makin rindu and sedih je. 

apa-apa pun, Selamat hari guru untuk semua pendidik tak kira pendidik formal atau tidak formal. terima kasih untuk effort dan kerja keras guru-guru semua.

2011-2016 ❤️