Monday 29 November 2021

Selamat Hari Kita Yang Ke-2 Tahun, Najwa Rythami.

 Assalamualaikum and hi guys.

Lama betul aku tak update blog aku yang dulu ownernya gilakan visitor tapi sekarang dah jadi macam personal space untuk curhat. Ya, betul lah orang kata, kenangan tu belum betul-betul bermakna jika baru sehari dua. Tapi menjadi mahal dan sarat dengan sentimental value bila sudah bertahun lama. Sama macam entri-entri blog ni yang kalau dihitung umur entri pertama blog ni sudah berusia 8 tahun.

Jadi entri kali ni merupakan satu entri yang aku harap akan menjadi entri paling mahal dalam blog aku. Because, i dedicated this entry for someone yang unexpectedly came into my life 2 years ago.

Najwa Rythami. tahun ni (2021) 22 tahun. berasal dari... tak tahu lah. dia punya asal usul keturunan ni macam banyak bona. Sekerat Sabah, sekerat Nismilan, sekerat pantai timur (k ni aku bedal je. haha)

I know her ever since before she knows me. And, our first conversation, it's happened.... unexpectedly. Ya, berkenalan dengan Najwa Rythami.. my life is full of "unexpectedly" since day 1. 😂

Langit Central i-City ketika itu, jingga disimbah mentari yang sedang berada di ufuk barat. Lensa telefon segara merakam sambil menantikan bas Smart Selangor yang akan membawa aku pulang kembali ke kolej. Entah kenapa, emosi aku berkecamuk. Serasa seperti pelbagai soalan muncul dalam fikiran. Drama-drama yang aku hadap dalam tempoh sebulan disini, menggerakkan aku untuk memulakan perkenalan dengan Najwa Rythami.

Jika kebiasaannya, langkah pertama menuju persahabatan, dimulakan dengan sapaan, namun langkah pertama persahabatan kami bermula dengan sebuah balasan insta story yang terkandung "Agree! 💯". Dari situ, tanpa apa sebarang peringkat atau fasa, Najwa Rythami yang aku sapa Wawa terus menjadi sahabatku. Berkongsi pelbagai pengalaman suka, duka.. Namun, ini bukanlah pengakhiran bagi cerita kami, Baru eksposisi. Klimaksnya...

Klimaksnya, bila dua jiwa semakin sebati.. Bicara mula menyentuh emosi. Kisah peribadi mula dikongsi. Kami saling bertukar cerita. Meluahkan rasa yang terbuku dihati. kadang-kadang menangis, kadang-kadang ketawa. kadang-kadang marah, geram.

Pada aku, bila kita dah berkongsi emosi, itu tandanya dua jiwa telah pun sebati. dan takkan mudah untuk dileraikan, Bak kata Beto Kusyairi dalam Istanbul Aku Datang.

Banyak aku nak cerita.. Tapi biarlah segala cerita peribadi ini, menjadi rahsia antara aku, wawa dan mungkin arip (sebab najwa selalu cite dengan arip. ahahahah)

Tujuan utama entri ini, adalah apresiasi kepada Nur Najwa Rythami.

Terima kasih wawa, sebab muncul dalam kehidupan fafa...Pada waktu yang tak diduga.
Terima kasih wawa, sebab selalu menceriakan hari fafa yang suram.
Terima kasih wawa, sebab sentiasa ada bila fafa memerlukan seseorang dengan segera untuk curhat.
Terima kasih wawa, sebab sentiasa bersabar dengan fafa.

dan, yang paling penting....

Terima kasih wawa, sebab sudi berkongsi tawa dan tangis. Semua orang sudi berkongsi tawa dengan kita.. Tapi, tak semua orang sanggup berkongsi tangis dengan kita.

Fafa cuma harap, ikatan persahabatan kita kekal, dan semoga kita berjiran di syurga nanti.

Sedar tak sedar, persahabatan kita rupanya hampir sebaya dengan Muhammad. Dari Muhammad kecik tapak tangan, sekarang dah besar. Rasa macam ada adik or anak? #SindromMakMak 😂

Najwa, sebagai seorang sahabat, aku ucapkan selamat maju jaya. Selamat melapor diri di pulapol. 
Dan, sebagai seorang sister, aku nak pesan, Jaga diri. Kalau down, kau ingatlah aku dengan mak aku. Doa kami, sentiasa bersama dengan kau. Aku ada kau je wa dengan mak, and 2 orang kawan sekolah aku. Korang banyak ada dengan aku masa saat-saat kritikal aku. terus sokong aku wa. sebab itu je yang aku perlu.

Terima kasih wa, sebab kedatangan kau ke rumah aku... bagi aku adalah satu hadiah yang paling bermakna untuk ulangtahun kita yang kedua ni.

Najwa, kalau satu hari nanti.. andai kata kita bawa haluan sendiri... Aku mesti rindu bila baca entri ni. Sebab bagi aku, entri ni macam gambar. walaupun orang dalam cerita ni berubah, tapi cerita ni akan tetap sama.. Sampai bila-bila.

Last but not least, aku sayang kau wa. Lillahi Taala. Aku minta maaf kalau ada terkasar bahasa dengan kau, buat kau rasa tak senang.. 

Tulusly, Nur Fahada
28/11/2021
1:53 am

***
Again, Selamat Hari Kita yang ke 2 Tahun!
Najwa sayang Fahada tak? 😜😘