Wednesday 22 July 2020

First Year of My Degree Journey! [Completed!]

Assalamualaikum guys! ahhhh finally sis dah completed first year degree. 2 years to go.

so far, setahun di alam universiti ni sangat lah mencabar. dari segi habluminallah (ecewah) dan habluminannas serta kewangan.

Kawan-kawan okay lah. I'm still the old me. Jenis susah nak terima orang baru.. nak serasi tu susah wei.
ini jelah masalah paling besar aku yang buatkan aku ended up tak ada kawan. hahaahhaahhaha

actually ada je tapi kalau kawan rapat, baik susah senang sama-sama tu macam tipis gila nak jumpa..

hm.. kalau pasal hati dan perasaan pulak, crush tu ada lah. dengan kelas sebelah. dia....

eh sibuk je nak tahu. hahaha

tapi yang penting bagi FJ, relationship masa study ni sumpah mengarut. hahahahaha.. jadi FJ nak focus study dan berfoya-foya (gittewwww)

bab kewangan pulak, tipulah tak pernah jatuh miskin dek kebodohan diri sendiri yang tamak dan ikutkan kata hati.
Tapi sejak masuk semester dua dan duduk rumah sewa, sis rasa lagi jimat sebab masak semua sendiri.. lapar2 boleh masak walaupun setakat nasi, telur dan kicap.

(cubalah cerita pengalaman paling syok?)

pengalaman paling best is bila aku pandai naik public transport... sorang.
yep, Bas smart selangor tu aku sampai dah hafal dari SA01 sampai SA04. merayau tu lagilah entah berapa puluh kali. Train pun sama, dari naik KTM sampai LRT hinggalah MRT rilek jurrr... semua sendiri.

pernah ada sekali tu, pesta buku selangor dekat SACC Convex... Aku jadi personal shopper.. ada lah 3 hari berturut aku ulang alik pergi sana naik bas sendiri. penat tu memang lah penat. habis ke kelas, tunggu bas uitm, stop dekat baiduri, tukar bas naik SA01, then stop dekat dataran MBSA melintas pergi SACC Convex. tapi untunglaaaaaa hehe.

So in conclusion, tahun pertama degree ni banyak ajar aku cara nak be independent. sebab, ada masanya nanti kita kena buat semua sendiri.

jadi, yeah. this is my first year experience.

insyaAllah semoga tahun kedua dan seterusnya jadi lebih baik buat FJ. hehe.

xoxo, FJ.

Post-Semester Random Talk

Assalamualaikum semuaaaa!!!!!
weiii finally ada masa nak update this dusty blog.

okay update!

sekarang ni aku tengah cuti semester. and currently tengah buat bodoh sambil fikir how to buat duit easily.
and now aku tengah berjinak-jinak dengan business sandwich sambil dipantau mak aku. hahahahaha..

since sekarang ni pun tengah pkp lagi.. so tak ada benda menarik pun aku nak buat. nak berjalan pun takde lah sangat.

oh ada sekali tu aku pergi picnic dengan nurin and aisyah. omg so fun wei walaupun niat asal just nak ambik gambar je. gigih gila dengan fahada siap bawak cermin aduiiiiiii

oh oh lepastu, aku pergi Shah Alam sebab nak lumpa Ly then pergi jumpa makteh Zetty. fuh 2 hari yang memenatkan.

wow random gila. posting kalini. hahahahaha

so, aku ingat sepanjang cuti semester ni aku nak rajin kan diri update blog and vlog (yep, aku dah ada youtube channel wei. hahahaha)

jadi dah lah. aku penat nak so random ni.

see ya later.

xoxo, FJ.