Friday 27 March 2015

Note For The Tukang Sibuks

Assalamualaikum.

hari ni.. aku rasa.. rasa.. rasa tak faham lah. rasa blur.. rasa tak tahu apa motif insan-insan yang buat kerja free jadik tukang menyebok. benda kecik nak diperbesar-besar kan. come on lah guys... jangan terlalu sibuk jaga tepi kain orang sampaikan kain sendiri koyak pun tak perasan. [this is hiperbola. LOL]. selama ni aku tak pernah nak ambil tahu pasal hal semua orang. but why... 'mereka' perlu nak ambil tahu pasal aku? cuba nak korek rahsia aku? cukup lah aku, Eman and Fyna je tahu apa yang aku buat. nawaitu aku biarlah hanya aku dan Allah je yang tahu. 'mereka' semua tak perlu tahu.

lagipun.. best sangat ke hebah gosip ni? aku rasa buat tambah dosa je. penat-penat kau buat pahala then dapat dosa free. please lah guys. kalau korang sendiri tak suka orang lain masuk campur hal peribadi korang.. so korang pun tak perlu lah nak masuk campur hal peribadi orang lain. what you do is what you get. kau jangan nak marah kalau tiba-tiba satu hari nanti, ada someone yang terlalu sibuk nak korek rahsia kau and sebarkan satu sekolah.

one more thing... apa yang kau nampak.. kalau kau tak tahu cerita sebenar.. kau jangan nak main taram buat spekulasi. come on lah.. kau ingat hadiah coklat ni untuk couple yang tengah hot bercinta sakan? or untuk seseorang meluahkan perasaan cinta dia dekat somebody yang dia suka? gitu? hey.. wake up la gila! chocolate is for everybody.. not only for the dating couples. pasal chocolate pun kau nak kecoh satu sekolah. nampak sangat kau ni memang attention seekers. i'm sorry to say. mungkin aku memang nampak naif plus diam dekat sekolah. but not on my blog. aku diam sebab aku tak nak sakitkan tekak aku bercakap dengan orang yang tak reti langsung nak berfikir sebelum bertindak.

maybe mereka selamat sebab aku tak tahu siapa punya angkara yang sebarkan hot gossip yang mengarut ni. plus, maybe diorang ni batak. tak pernah nampak perempuan bagi chocolate lelaki maybe.

lagi satu.. 'mereka' tak payah lah nak cakap aku ni gedik.. mengeliat dengan jantan or whatever bitch things. aku tak pernah dan tak ingin nak menggedik dengan mana-mana jantan. just realize yourself lah. sebelum korang kata aku gedik.. korang judge dulu diri korang. korang dengan boyfriend tak halal korang tu.. baik sangat ke? manja-manja jugak kan. gatal. kalah miang keladi miang buluh.

last but not least.. korang fikir-fikirkan lah.. aku nak minta maaf kalau aku ada banyak sangat DOSA dengan korang. aku bukannya bidadari yang selalu perfect takde silap. wallahualam.

Pahit untuk ditelan. tapi itulah hakikat kehidupan.

**THE END**



Birthday Shout Out to My 'Hulubalangs'

Assalamualaikum.. hi! *smile*. lama dah tak post anything kan. busy la sikit. baru lepas exam. lepastu aku pulak ambik satu lagi subjek tambahan. Tasawwur Islam. love it. but kena usaha sikit la.
so.. kebetulan! hari ni 27 March! guess what.. today is my beloved friend's birthday. siapa lagi. Syazrul lah.. dah besar dah dia. ha ha ha.
okay, aku pun nak wish something. walaupun dia takkan baca. -.-"

Birthday shout out for you
Mohamad Syazrul b. Abdul Halim.
27.3.1998 - 27.3.2015

Happy 17th birthday!!!
thanks for being my greatest friend.
I love you Leader .  LOL
May Allah bless you..
Be a great adorable son.
Be the best student.
Be the happiest go lucky boy. ( kau kan suka senyum macam bahagia gila).
I know you could get straight As for SPM 2015. 
In shaa Allah.

Aku minta maaf sebab aku tahu aku ada buat salah dengan kau.
You are the best friend ever. Suka sangat dapat kenal kau. Tak rugi aku pergi kem tu. Dapat satu grup dgn kau. Banyak gila kan kenangan kita dengan kumpulan 7..
mohon kau suka hadiah yang aku bagi tadi. walaupun cekelat je.

***
tak lupa jugak dekat sepupu aku, Afiq Hafiz yang celebrate birthday dia semalam.. wuuu.. ada jugak birthday shout out untuk dia. mesti....

Muhammad Afiq Hafiz b. Mat Samadi.
26/3/1999 - 26/3/2015.

Happy 16th birthday!!! 
Thankyou for being my cousin. 
Be a great adorable son.
Be the best student.
Be the happiest boy.
I know you could get straight As for SPM 2016. Me too. 
In shaa Allah.



**THE END**

Monday 9 March 2015

The New BFF

Assalamualaikum guys! 12.3.2015 ni genap dua bulan aku dekat SM3KB. cepat je masa berlalu. Alhamdulillah. kawan pun dah ramai. haters pun boleh tahan jugak. but the best thing is.. aku ada BFF baru!! boy and girls. sukanya! *jerit excited*

EMAN..
Okay... dia ni sekarang kira rapat lah dengan aku. actually first day aku kat sekolah ni dulu... aku nyaris fall for him. tapi disebabkan Ruha (crush aku), aku terus tak jadik nak minat kat Adam ni. Kalau kau tak kenal dia.. dia ni nampak pendiam.. perahsia pun adalah jugak. aku pun perlukan 3 minggu nak dapatkan kepercayaan dia. yelah.. tak semudah ABC dia nak bagitahu rahsia dia.

[nak tau? sorry amanah bro~]

aku pun sekarang suka cerita pasal Ruha dengan dia. for me, he is the good listener. lagipun aku memang perlukan kawan baik lelaki. ganti tempat HAHIz [Haziq, Azam, Hakim, Izham]  la katakan. senang cerita, aku selesa nak share everything dengan dia sebab aku percaya kan dia. IshaAllah...
Hoping our friendship till Jannah.. Amin!

OTHERS FRIENDS
Selain daripada Adam and Fyna, aku pun ada 'agak' rapat dengan beberapa orang budak kelas aku. not all of them. just certain of them. contoh macam Azzuan.. aku agak rapat dengan Azzuan since aku ternampak dia doing something depan aku. [terpaksa dirahsiakan] and aku pun rapat dengan dia since dia berjaya bongkarkan kod fixi dekat atas meja aku yang mengandungi ayat jiwang-jiwangan aku terhadap Ruha. [till now aku malu dengan Azzuan sebab dah kantoi dengan Ammarul and Sham.]
Ammar pun aku rapat jugak. FYI, Ammar ni kawan aku since aku dekat SRA (sekolah rendah agama) dulu. and the things yang buat aku tak lupakan Ammar is, Surah An-Nabaa. dulu budak kelas aku suka main-main dengan ayat 1 surah ni yang berbunyi

"Amma ya tasaa aluun. Anin nabaa 'il adzim..." 

like that laa.. tapi version budak kelas aku pulak


"Amma ya tasaa aluun.. Ammar tak rasa maluu" 

Takpe zaman kanak-kanak lagi time tu. tak matang. Surah dalam Al-Quran dibuat main time tu not big deal lah. Tak takut dosa lagi. takut dosa bila cakap 'babi' haa ambik kau. taubat 7 hari 7 malam.


Actually aku tak kisah siapa kawan aku. aku boleh 'masuk' dengan semua orang. [tengok keadaan lah].. cuma satu je harapan aku.. Semoga Ukhuwah ni terbina kerana Allah, diberkati Allah dan kekal till Jannah... Amin! Sayang korang SAHABAT!!! ♥
-
-
-
-
Cerita Selit-Selit.
Tadi waktu aku dekat sekolah, satu unexpected thing jadik yang buat aku rasa menyesal tak berbulu till now. [tak berbulu? oh pelis]. tadi sebelum aku nak rehat, aku singgah makmal sains sebab aku nak letak buku. so, on the way tu aku sibuk sembang dengan Fyna pasal Ruha. and the magic happened.

poof~

Ruha betul-betul dekat depan aku. gilalah. aku tak percaya! jarak aku dengan Ruha hanya 0.5 cm. anggaran je. jangan percaya sangat. tu sebab aku nak gambarkan betapa dekatnya aku dengan dia. tapi tulah, aku punya crush, Anis yang over gelabah biawak. dia lagi excited nampak Ruha dari aku =..="... aku ingat nak cakap "hai" dekat dia. tapi si Anis debab comel bolat ni pergi genggam tangan aku macam nak patah.. kalau ikutkan aku dah meraung sakit dah. tapi sebab depan Ruha, aku kepit sikit suara aku. ha ha ha! nonsense. okay lah. esok exam duh! Math pulak tu.macam tak percaya first day dah subjek yang buat aku seteghes. (Stress)....

malam ni episod akhir suamiku encik sotong.. AMAR BAHARIN!!! hahahaha!

I LOVE YOU, FRIENDS AND RUHA. ♥.

**THE END**

Wednesday 4 March 2015

Bad + Good Wednesday Day~

Assalamualaikum guys~
hari ni kan.. aku rasa sedih .. sedih.. SEDIH sangat!
tadi aku rushing... so that aku grab a few books je. sampai kat sekolah.. ambik kau... semua buku teks aku tak bawak. buku tulis je. tu pun tak semua.

tu baru first..

second is.. part of folio aku HILANG! aku ulang sekali lagi.. HILANG!!!
sinopsis, nilai & pengajaran.. sedih lah wei!!then cikgu Zul kata takpe. fotostat je kawan yang buat folio ni dengan aku. aku pun apa lagi.. aim Syamina laa. nasib baik dia back up aku.

kali ketiga is bila aku pulak terlupa nak bawak folio aku yang dah kena cop tu. urghh! benci ini! aku pun pergi ambik folio Mina kat bilik CIkgu Zulfakar.then fotostat...

tapi kan... all bad day ni semua bertukar jadi good bila aku nampak 'Dia'..he really makes my day.
cuma aku sedih time aku kawad waktu koko dia takde. tapi time aktiviti sukan, aku asyik usha dia je. dari start dia main bola sampai la dia dah nak balik hostel. bergetar kejap jantung dapat dengar suara dia. hehehe. *tutup muka dengan bantal.*

okay .. sleepy lah you. tidur dulu yaaa... peace one love!

**THE END**

Monday 2 March 2015

Coretan Hari Rabu

Assalamualaikum. hi.  again? haha
hari ni memang mood aku nak blogging sampai lebam. ha ha ha. [folio tak siap lagi woi~]
so.. hmm apa nak cerita?

haa aku nak cerita  ni.  minggu ni macam-macam benda kelakar jadik. takde lah banyak benda kelakarnya. isnin, ada apa-apa ke? macam takde je... haa selasa,.. selasa banyak cikgu tak de.  minggu ni a week aku tak belajar English dengan Perdagangan. sebab cikgu takde,. okay rabu.. excited nak cerita ni...

hari rabu waktu TMK a.k.a ICT... aku masuk-masuk je makmal, cikgu pulak nak ambik gambar. okaylah. cute jer semua orang. ha ha ha! after that, dalam kelas aku ada budak baru... nama dia Salman Bin Shuhir Karmawi [aku tak sure eja betul ke tak] yang penting, first day dia dah panas dengan soalan cikgu Zulfakar yang pelik-pelik tu. Lepas tu... time koko pulak,
minggu ni perjumpaan unit beruniform and seingat aku, untuk perjumpaan kali ni, cikgu Hafliyati cakap nak ajar nyanyi lagu BSMM. Tapi lain yang jadi. Hazim cakap petang tu ada kawad dan aku yang kena handle! what!? gulps, nasib baik lah Tuan Hanafiah dah turunkan ilmu dia dekat aku. sedikit sebanyak boleh la membantu aku dalam menghandle 78 orang platun perempuan.
seksa jiwa I tau! dah la majoriti budak cina and india. memang nak dengar cakap kut. =,='
tapi aku tolak tepi semua rasa geram, marah, rasa nak penumbuk orang dan yang sewaktu dengannya sebab kebetulan, berdekatan dengan tempat aku train diorang kawad, ada crush aku. dia pun train budak kawad. tapi polis la. aww~ ... blushing kot. whatever. forget it... kbai

**THE END**