Sunday 12 April 2020

#EffjayMasak Sup Kentang Cendawan Enoki

Assalamualaikum guyss! Lamanya FJ tak celoteh kat sini... Maklumlah.. Sibuk dengan komitmen belajar.. Lepastu sekarang ni dah musim pandemik corona virus atau Covid-19. Kerajaan pun dah umumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) jadi berkurung lah.. ok cerita panjang dekat post lain ye. Hahahaha.

Jadi lama sangat sis tak masak sejak universiti bagi makan free. Hari ke 26 PKP baru berkesempatan nak masak..

Jadi harini sis share menu simple je especially untuk student yang masih terkandas di rumah sewa iaitu sup cendawan enoki dan kentang.

Bahan-bahannya:
1. 6 biji ubi kentang (depends pada size sebenarnya. Macam yang sis beli ni kecik so kena pakai 6 biji)
2. Satu paket Cendawan Enoki
3. 4 ulas bawang putih dicincang
5. Sedikit  putih serbuk lada sulah (tapi kalau tak ada, pakai lada hitam pun boleh. Sikit je buat rasa)
6. Sedikit minyak untuk menumis.
7. Garam dan perasa secukupnya.
8. Satu mangkuk air.

Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Tapi jangan sampai terlalu panas. Nanti masa masuk bawang putih tu terus hangus.
2. Tumis bawang putih dan sedikit lada putih.. Tumis sehingga sedikit garing.
3. Masukkan air.
4. Biarkan mendidih.
5. Masukkan kentang dan cendawan enoki.
6. Masukkan garam dan perasa.
7. Biarkan mendidih sehingga kentang empuk.

Siap untuk dihidang.

Nota:
Lagi sedap kalau ada daun sup. Tabur setelah api dimatikan.

Tips:
Untuk beginner yang takut tumisan hangit, masukkan minyak dan bawang putih sebelum api dinyalakan. Setelah itu baru buka api sambil sentiasa mengacau tumisan bawang putih itu.

Selamat mencubaaaaa! ❤️

Love, FJ