Sunday 30 May 2021

Corona Ramadan CovEid

[Draft May, 30th]

Assalamualaikum guys! hey. lama betul aku tak menulis dekat blog ni.
Rasa rindu pulak. ehe.

Tanpa disangka, Syawal sudahpun 8 hari bertandang. Tapi segalanya berbeza.

Tahun ni seluruh dunia dilanda pandemik Corona Virus (Covid-19) menyebabkan ramai yang kehilangan kerja terpaksa duduk di rumah. Para pelajar sekolah juga terpaksa dicutikan. rasanya sudah hampir 3 bulan mereka ni tak bersekolah.... sabar jelah adik adik.

aku pula sebagai mahasiswa.. kelas berjalan seperti biasa menggunakan kaedah atas talian yang lebih memenatkan daripada kelas fizikal. mana taknya.... masa kelas hadap laptop dan phone... lepas kelas, nak siapkan assignment pun kena hadap laptop juga. kadang-kadang tu sampai berair mata. mujur tak buta. hahaha~

Apa je aku nak cerita dekat sini...
nak cerita pasal aktiviti harian pun aku tak buat apa apa. dah sejak PKP ni berkurung je. Masa duduk dekat Shah Alam haritu ada lah jugak grocery shopping dengan Myra. tapi sekarang ni takde lah.

But, aku nak share something doe...

Ada satu hari tu.. macam biasa lah sejak duduk rumah sewa ni, aku punya sleep schedule pun berubah. aku banyak berjaga malam than siang. so bila masuk bulan ramadan, aku memang senang nak bangun sahur sebab aku tak tidur. and selalunya aku suka lambatkan isyak (astaghfirullah jangan tiru aksi ini). aku akan isyak around pukul 2-3 pagi gitu and kalau rajin aku selit la solat sunat. tapi ada satu malam tu, lepas solat, aku suddenly rasa sedih. sedih gila weh. so aku pun ambik phone bukak quran (since mak kata quran boleh tenangkan hati.) but guess what, masa aku baca yassin tu lagi deras air mata aku mengalir... after that, setiap kali lepas solat, aku mesti macam termenung.

and lepastu, one day aku teringat kat IA...

**update: 16.08.2021**
tak terluah.. rindu sebenarnya.. stop sampai sini k.