Monday 29 April 2019

Delirium Of Arts

Assalamualaikum. Hi.
Finally, we are at the end of April. Tak lama lagi nak puasa dah. Kejapnya masa berlalu.

So, tadi aku bukak instagram pameran seni haritu. Rasa rindu gila weh. Tapi dalam masa yang sama, puas hati gila.

Okay ni nak cerita ni.

Account instagram @doasm3kb18 ni aku create secara tak sengaja pun. Masa tu aku adalah one of the organizer team. Aku penolong pengarah projek. Sebab pengarah projek is Faris Hamizan. Jadi, masa tengah kelam kabut nak siapkan pameran seni ni... Aku terdetik nak buat satu account IG.. Sebagai kenangan.

Masa tengah pameran tu.. Tak terasa sangat pun bermaknanya Instagram tu. Tapi bila dah habis sekolah ni.. Account tu macam bukti tau. Bukti yang walaupun kitorang ni bukan budak unversiti, bukan budak diploma.. Tapi kitorang ni boleh je organize event.

Masa aku dengan team organize pameran ni.. Semua kami buat sendiri. Order banner, jemput vip, print and tampal poster keliling sekolah. Pemilihan nama "Delirium Of Arts" tu pun aku yang pilih sendiri. Cikgu hanya guide tentang protokol jemputan, protokol majlis je.

Jadi aku terkilan gila bila orang kata form 6 ni harap cikgu je suap. Semua benda tak reti buat. Bodoh.

Tu.. Instagram @doasm3kb18 salah satu bukti dan ingatan bahawa event tu kami yang uruskan sendiri.

Berhenti lah membanding banding dan merendah rendahkan orang. Masuk form 6 bukan bererti pengakhiran. Bukan bererti kau bodoh. Tapi itulah permulaan semula. STPM adalah platform untuk kau yang tak perform SPM bangkit dan perbaiki semuanya semula. STPM pun adalah platform untuk kau sambung belajar dan berjimat duit. STPM ni fast lane untuk kau sambung ijazah. Ya. Sama macam Asasi dan Matrikulasi.

Jangan kau ingat kau diploma, kau dah cukup matang, kau dah cukup hebat untuk downgrade orang macam kami. Kau struggle belajar, kami pun struggle belajar. Kita sama je. Cuma bidang dan subjek yang kita belajar je berlainan.

Satu lagi, STPM bukan bermakna kau bodoh masa SPM. Ramai yang masuk STPM sebab nak jimat duit, taknak berhutang banyak. Dekat tempat aku pun ramai je yang 7A masuk form 6. Alhamdulillah masih jugak perform.

Pesanan terakhir aku,
Walaupun aku budak sekolah... Pengalaman aku banyak. Orang yang aku jumpa dekat dalam dan luar sekolah pun pelbagai. Ragaman orang, macam macam aku hadap. Jadi, kau jangan ingat aku budak sekolah, minda aku tertutup. Wasalam.

Monday 22 April 2019

100th Days. Hurt.

Hiding the hurt, hiding the pain,
Hiding the tears that fall like rain.
Saying I'm fine when I'm anything but.
This ache in my soul rips at my gut.
My skin is on fire; I burn from within.
The calm on my face is an ongoing sin.
The world must stay out; I've built up a wall.
My fragile lie will collapse should it ever fall.
Loneliness consumes me; it eats away the years
Until my life is swallowed by unending fears.
Waiting for someone to see I wear a mask
And care enough to remove it; is that too much to ask?

Thursday 18 April 2019

#EffjayMasak: Cendawan Shitake With Sos Tiram

Bahan-bahannya:
5-6 biji cendawan shitake dipotong nipis
1 brokoli di potong kecil
1 inci halia muda dihiris nipis
4-5 tangkai cili di potong
2-3 ulas bawang putih
3 sb sos tiram
2 sb tepung jagung
Kicap manis, air dan minyak menumis secukupnya

Caranya
1- Tumis bawang putih, halia dan cili kering.
2- Masukkan sos tiram dan sedikit air.
3- Masukkan cendawan.
4- Masukkan kicap manis ikut suka nak hitam mana. Tambah air biasa dengan bancuhan tepung jagung.
5- Kacau rata, masukkan brokoli dan perasakan sedikit garam.
5- Mengelegak sahaja bolehlah tutup api.

Siap untuk dihidangkan.

Monday 15 April 2019

EffjayMasak: Sambal Terung

Bahan-bahan diperlukan:
2 biji terung sederhana panjang (potong serong & goreng letak garam sikit)
sejemput ikan bilis *
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih *
3 biji cili padi (ikutlah kalau rasa tahan pedas) *
3 sudu makan cili boh (kalau tak ada boleh guna cili merah 3 biji. Tumbuk @blend kan ia)
sedikit garam
Sedikit air asam jawa

Cara menyediakan dan memasak:

1. tumbuk guna lesung batu bahan bertanda *.. kalau tak ada lesung pakai blender pun boleh. Tapi jangan blend halus sangat
2. tumis bahan tumbuk tadi dalam kuali sampai garing
3. kemudian masukkan cili boh (cili kering blend) kalau ada. Kalau pakai cili merah tu abaikan jela.
4. Letakkan sedikit air asam jawa. Jangan banyak sangat nanti masam. Lepastu perasakan dengan garam dan perasa.
5. masuk terung & gaul sebati... SIAP!!!

Selamat mencubaaaaaa~~~

Thursday 11 April 2019

EffjayMasak: Bendi Tumis With Ikan Bilis

Aaaa... Aku takde mukadimah hari ni. uuhuhuhuhuhu


Bahan-bahan diperlukan:
6 biji bendi - dibersihkan dan dipotong serong
2 biji cili merah *tumbuk
1 biji bawang merah atau 4 biji bawang merah kecil *tumbuk
2 Ulas bawang putih *tumbuk
Segenggam ikan bilis *tumbuk
sedikit garam
sedikit air
minyak untuk menumis

Cara menyediakan dan memasak:
Panaskan sedikit miyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan sedikit air. Kacau.
Masukkan bendi dan kacau sebati.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau sebati.
Bila bendi berubah warna, tutup api. Tidak perlu masak terlalu lama cukup sekadar sayur itu sedikit layu.

Tuesday 9 April 2019

Kuala Lumpur International Book Fair 2019

Nak baca Cerita KLIBF2018? Tekan Sini

Assalamualaikum!!!!
Okeh. Aku dah tekad takmau taip panjang-panjang harini. So, entri hari ni of course lah pasal KLIBF2019. kan aku dah janji ritu. Hahahaha.

Niat asal aku sebenarnya nak pergi KLIBF ni hari jumaat masa first day tu.. Lagi pun hari jumaat tu kan weekdays dan cuti sekolah. So mesti belum ada yang buat rombongan en en en. Hahahahaha.

Tapi.. Disebabkan aku dapat tau yang Faiz ada kat sana 4hb April.. Maka aku pun postponed laaa niat aku tu.

Yang penting, aku kena jugak pergi KLIBF ni sebab nak meneruskan #FJjejakpenulis ... Sementara menunggu nak sampai ke hari Khamis 4hb tu.. Aku pun buat lah list buku apa yang aku nak beli..

List Buku Fafa
1. Anomali
2. Entiti
3. Mereka
4. Davika
5. Tuhan Lebih Saintifik
6. Catatan Sani Sudin: Di Dalam Dalam
7. Kisah Kisah Melawan Dalam Al Quran

Hm. Banyak jugak ni.. Aku berharap ada lah sale. Hahahaha.

Maka, aku pun sampaikan niat aku nak ke PWTC dekat mak aku... Dan biasalah aku mintak nak pergi sorang.. Sebab aku tak biasa lah jalan dekat "lubuk buku" tu dengan orang. Macam last year pun, aku pergi sana dengan rombongan sekolah... End up aku jalan sorang sorang je sebab taste kawan kawan aku tak sama dengan aku... Lagipun.. Dorang nak pergi Sunway Putra Mall je. Hm.

Awalnya mak aku bagi. Tapi, last minute dia offer nak ikut. (hm siap ambik cuti lagi).... Mak aku pun call la makcik aku dekat Sentul tu. And aku pun lupa PWTC ada LRT. AHAHHAHAHAHAHA DASAR NYANYUK.

Pada hari kejadian, dengan hati yang bermunge munge.. Aku pun pergi ke Sentul. Naik train dari Sentul Timur menuju ke PWTC dengan hati yang teruja bercampur excited (teruja dengan excited tu bukan ke sama?)

Aku sampai dekat PWTC tu rasanya dah pukul 10 lebih kot. Tapi yang penting dah nak pukul 11. Jadi aku terus tarik mak tengok Faiz. Makanya kakiku melangkah ke Bilik Mawar. Lepas dah berjalan pusing satu bilik mawar tu, kitorang pun keluar.

So dua beranak ni pun merayau lah sekeliling aras 3 tu.. Aku rasa dalam pukul 11.30 gitu aku ajak mak aku pergi balik Bilik Mawar. Tapi otw nak ke Bilik Mawar tu aku ternampak.... HAZALIFFF!!!!! yesss Alif Teega husband si Aisyah Hijanah. MasyaAllah.. Maka segera lah aku berhenti dekat booth nurelhikmah ni. Grab buku Biarku Lindung Mendungmu dan aku grab satu buku tulisan Kak Sabatini Dzue, Be Starry You. Gigih ah aku beratur nak dapatkan sign Alif. Eh Sempat jugak bergambar. Hiksssss..



Syukran Alif!! 🌹

Seriously buku ni
Best! 

So kesimpulannya, aku TAK beli pun buku yang aku sepatutnya beli tu. Yang dalam list kat atas tadi.. Hahahahahha

Tapi masa aku dekat booth ITBM, aku terjumpa Sani Sudin. Like.. Wowwww idolaaaa wehhh..


Video Sani Sudin
Perform ada dekat
Ig: fafajaynee

And yang paling sendu is, aku tak perasan kak Sabatini Dzue ada kat sebelah Alif Teega masa aku mintak sign tu. Hmmmmm

Okey lah. Aku rasa cukup lah sampai ni je aku bebel. Bukannya ada yang baca pun.

Asal aku rasa macam panjang je eh aku menaip ni?

Dibebel Oleh
Fafa si Cantik

Monday 8 April 2019

#EffjayMasak: Asam Rebus Ikan Kembung

Haluuuuuu!!! So hari ni sis nak share resepi paling senang dalam dunia. Serious senang dan sesuai untuk insan-insan yang sedang bercinta berdiet. Seriously beginner... kalau masak ni pun kau tak reti, kau kena cari guru lah belajar depan depan. (aku bukan jenis suka demotivate-kan orang tau. Kalau masak asyik tak jadi, pergi berguru. Sebab kekadang kita kena tengok orang demonstrate depan kita baru boleh jadi.) hm panjang mukadimahnya. okeh jum start! Eh lupa nak bagi tau nama resepi. HAHAHAHA. eh tapi dekat title dah ada kut. halamak eyyy.


Bahan-bahan diperlukan:
3 ekor ikan kembung
3 biji cili merah (Dikisar)
½ sudu teh belacan (Dikisar)
3 biji bawang merah (Dikisar)
1 inci kunyit hidup (Dikisar)
3 keping asam keping@gelugur
2 tangkai daun kesum *optional. kalau takde pun takpe
¼ biji nanas (Dipotong kecil) *optional jugak. kalau takde pun takpe.
4 cawan air
Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:
1. Bersihkan ikan kemudian toskan. Kalau nak potong dua boleh. nak masuk seekor tu terus pun boleh.
2. Masukkan semua bahan yang dikisar dan air ke dalam periuk. (jangan bukak api lagi)
3. Bukak api. Make sure api jangan besar sangat. nanti melimpah. Masak sehingga mendidih.
4. Bila dah mendidih, masukkan ikan, lepastu masukkan garam. Kacau sopan sikit nanti ikan tu hancur.
5. Bila ikan tu nampak dah masak, tutup api dan hidangkan.

Tips:
-Selain ikan kembung, boleh jugak guna ikan parang, ikan merah, ikan bawal, ikan siakap dan ikan ikan lain yang sesuai.
-Selain letak nenas, boleh jugak letak bunga kantan, bendi.
-Lagi sedap kalau kau potong bawang holland (ring cut) lepastu tabur lepas masuk ikan tu. fuh sedap.

Thursday 4 April 2019

#EffjayMasak Kangkung Tumis With Ikan Bilis

Assalamualaikum and haluuuu!
So hari ni basically aku tak buat apa apa. Tetiba tekak teringin nak makan kangkung. Hm.
Ni yang best bila dapur kita conquer sendiri. Asal teringin je terus masak sendiri.. Takyah dah tunggu orang. Okay jum start.


Bahan-bahan diperlukan:
1 ikat kangkung-basuh & potong
3 biji bawang kecil atau 1/2 biji bawang besar merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 biji lada merah-buang biji & tumbuk
Ikan bilis sesuka hati-basuh & tumbuk
2 biji cili merah - tumbuk
Beberapa biji cili api ikut level kepedasan memasing - tumbuk
Garam secukup rasa
Minyak masak

nota kaki: untuk sayur kangkung ni, kalau nak blend bahan yang kena tumbuk tu pun boleh. tapi kalau macam mak aku, dia prefer tumbuk sebab rasa kasar-kasar. baru sedap.

Cara menyediakan dan memasak:
1. Panas kan minyak dlm kuali.
2. Tumis bahan-bahan yang kau tumbuk dan masukkan garam secukup rasa.. masuk air sedikit kalau kering sangat. Biar lah berkuah sikit baru sedap.
3. Masukkan kangkung yg telah dipotong. Balik-balikkan sekejap.. siap utk dihidang.

Cara basuh sayur kangkung:
lepas dah potong tu, rendam kejap dalam 3 minit lepastu jangan tuang dalam tapis terus tapi kaut sayur tu masuk tapis and air tu buang. Tujuan rendam tu supaya pasir celah celah daun kangkung tu turun ke bawah. Lepas tu bilas je macam biasa and toskan.

Monday 1 April 2019

EffjayMasak: Sup Ayam

Assalamualaikum. Hi!
So sekarang ni dah almost 3-4 bulan aku duduk rumah sementara tunggu result UPU keluar. Memandangkan aku tak kerja.... Jadinya kerja aku dekat rumah dah serupa bibik takpun suri rumah.
Tapi buat kerja rumah pun bosan jugak. jadi aku akan start share resepi yang mudah untuk geng geng sebaya aku atau pun student student yang duduk rumah sewa, mahupun geng geng sebaya aku yang dah kahwin nak masak untuk suami tapi still level beginner.Heh aku pun beginner jugak. Masak kejap jadi kejap tak jadi. haih~

So hari ni aku nak share resepi Sup Ayam. resepi ni mak aku yang bagi. selalunya memang gitu... dia list bahan je.. aku lah yang kena masak. haahaha


Bahan-bahan diperlukan:
1/4 ekor ayam (Ni terserah. kau nak potong macam mana pun takpe. lagipun kau yang nak makan. hahaha)
1 biji bunga lawang & kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji kentang (potong 6 @ 4 bergantung saiz)
1 biji bawang besar merah (kalau guna bawang merah yang kecil tu pakau dalam 6 biji je)
[tips: bawang banyak sangat pun tak sedap. Nanti manis bawang tu dominate rasa kuah sup kau.]
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu perencah sup (aku pakai either adabi ataupun baba's)
minyak masak
garam secukup rasa
beberapa mangkuk air

Cara menyediakan dan memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis bunga lawang, kayu manis dengan buah pelaga. (eh basuh dulu tau. 2. jangan main campak je dalam minyak.)
Kemudian tumis bawang merah, putih & halia yg telah blend (kau nak tumbuk pun boleh. tapi aku ni dah malas level saiton.. blend kan aje.) Tumis sehingga naik bau. Lepastu masukkan perencah sup.
tips: untuk beginner yang baru nak belajar menumis and takut hangus.. aku suggest tumis pakai kuali non-stick. kalau kau biar pun, dia jadi garing je takdelah rentung lepastu berkerak.
 
Masukkan air, ayam, kentang,  juga garam secukup rasa. Biarkan pada api sederhana selama 1/2 jam. Pastu bila kau agak agak kentang tu dah empuk, tutup api and then hias lah dengan daun sup ke, bawang goreng ke..

ps: sorry lah takde gambar. sebab aku kalau masak, malas gila nak pegang phone. hahahaha
pps: Sis share #EffjayMasak setiap hari Isnin dengan Khamis okay. muah.