Friday 6 December 2013

Fact About Me.. haha!

assalalamualaikum..
korang sihat? bagus alhamdulillaaahhh!
hari ni aku nak cerita pasal diri aku.. okayh!
aq ni simple je. aku suka warna hitam.. so tak hairan lah baju aq, seluar aq, tudung aq semuanya hitam. tapi sekarang ni aq tgh try untuk ber'mesra' dengan warna-warna lain mcm pink, kuning and biru.
tutup cerita pasal warma.. masuk cerita makanan..
aq ni memang cerewet.. aq alah dengan udang.. hehe sebenarnya aq tak suka.. bukannya alah. saja2 je. aq x suka makan sayur kecuali bayam and kangkung. tapi aq memang alergi dengan tapai. sebabnya, aq sendiri pun tak tahu. lagipun memang mak aq dah larang untuk makan. aq pun x suka tapai2 ni.. x sedap.
aq suka makan asam pedas ikan pari yg mak aq masak. sedap sangat. and aq ni pun jenis suka makan bubur nasi. kalau setahun makan bubur pun aq tak kisah.. lagi2 letak kicap and ikan bilis goreng...
ok.. tutup kisah makanan.. kita gi cerita minuman lak.. hehe..
aq paling2 suka minum fresh orang and sirap bandung.. aq tak suka susu.. *yucks* muak dorh! aq jarang nak suka minum soya... aq tak suka air mineral yg tertulis drinking water. aq suka mineral water. yg memang mineral...
aq ni gila2.. so sape yg tak suka tu boleh gi mati... damn damn damn.... aq ni kadang2 lambat load... lembap! hua hua hua!
ok aq malas nak cakap panjang2... lepas ni aq nak gi jb.. k bai..
lepchiuu!

**THE END**

Wednesday 20 November 2013

Nama Dia Niezam Zaidi. ♥

edited~ HAHAHAHA!
p/s : aku edit sebab viewers post ni ramai gila. ayat aku dah lah serupa budak tadika. so, sorry not sorry.

Assalamualaikum..
Hai semua. harini aku nak cerita pasal someone yang aku minat. (ergh ayat macam budak tadika) ok dia pelakon.  Nama dia Niezam Zaidi. Hhmm.. Ade je yang tak kenal dia ni sebab nya dia ni baru nak up.. Tak terror lagi macam Shaheizy Sam atau Aaron Aziz. Aq suka dia sebab dia cute.. Hehe.. Tapi aq pun suka tgk cerita lakonan dia. Macam cerita Diandra, Highland Towers and Pada Suatu Cinta Dahulu. Suka sangat-sangat! Seronok je tgk muka dia.
Btw, ni serba sedikit tentang diri dia..
Menurut google,

  • Nama penuh dia Muhamad Nizam b. Mohd Zaidi. 
  • Lahir pada 29 October 1992..
  •  Berasal dari Ipoh,Perak.
  • Tinggi dia 179cm 
  • berat dia 62kg. 
Cukup lah maklumat tu kan? Hehe..
btw, so far lakonan dia best sangat. that's why aku minat dia. setakat handsome tapi lakonan kelaut pun aku tak minat jugak. bagi yang tak kenal siapa dia, nilah orangnya......

 *AQ TAK NAK LETAK GAMBAR YANG LAGI
CUTE SEBAB TAK NAK KORANG SEMUA
TERGODA.. HAHAHAHA (GURAU JE)*

dah kenal? haa bagus~ hmm pada pandangan aku pasal dia ni..... hm, dia ni seorang yang boleh tahan lah mesra peminat. rajin jugak dia ni main retweet-retweet dekat twitter.  Kalau dia upload video kat Keek.. Aq suka sangat tgk sebab kelakar.. And bila dia nyanyi tuh.. Fuhh… cair beb!!  Walaupun suara dia agak sengau sedikit.. Sengau-sengau pun sedap bohh! Ada satu video kat keek ni dengan caption "#Akil.. menanti cinta qistina.. macam biasa.. dia.. Sawan. #seridewilasak #slotaksi" haha! Yang tu dia menyanyi.. Memang aq gelak tak ingat dunia.. Sumpah lawak much!
apa lagi nak cakap eh? hm, status dia aku tak berapa nak tau. tak kisah lah taken ke single ke married ke, yang pasti selagi dia punya lakonan baek, aku akan tetap support dia eventho aku takdelah nak vavavoom post gambar dia banyak banyak dekat instagram macam orang lain. HAHAHA!


niezam dengan atikah cute together do.


aku pernah jugak dreaming nak kahwin dengan dia (like seriously fafa? bongok ke?) HAHAHA budak budak weh. so no wonder lah. alaa macam kau berangan nak kahwin dengan prince charming lepas tengok cinderella time kekecik. eleh ingat aku tak tau.

And lastly, follow twitter @SupporterOfNZ <-- tu dia punya Fans Club…!!
Keep Calm And Love Niezam Zaidi FOREVER!! ... but before that.. meh aq bagi korang tgk sikit gambar2 dia yang lain...






okay okay, dia memang cute. *cair*


**THE END**

Monday 11 November 2013

Shout Awards And #SSID

assalamualaikum!
yeeehee!!! SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA menang Shout Awards bagi kategori Frest Tv Series Awards...ramai sangat yang happy bila dapat tahu SSID menang.. yelah.. penat2 undi.. tahu2 menang!!rasa cam berbaloi jer dok depan komputer tekan button 'VOTE'... and kalau yang hantar undi SMS tu tak sia2 bazir kredit.. hehee



*HAA... NI BARU SIKIT JER ORANG TWEET PASAL SSID MENANG*
KALAU IKUTKAN RAMAI LAGI.. HEHE

and then.... pasal matluthfi... haa!!! matluthfi pun menang and takde wakil nak ambik awards tuh.. same je macam SSID tak de wakil... wuuhuuu~~~ dua dua ni aq undi and dua dua ni menang! suka sangat... lena tido beb!

**THE END*


Friday 8 November 2013

Macam Cantik Jer.. Macam Comel Jer.. -_-

Assalamualaikum..

Huh! Sekarang ni makin menjadi jadi parody pasal cik Siti Syasya binti Rosaelmi atau nama panggilannya
Syasya solero yang menjadi bahan kutukan dan ejekan pengguna laman sosial tentang video dia yang 'Macam Cantik Jer, Macam Comel Jer.'.. Serabut!!
Sekarang ni ramai artis yang buat parody… contohhya, Sharifah Sakinah, Shahrul Shiro even Ainan Tasneem pun buat taw!! Haha! Lulz!
Aq tgk sekarang ni ramai yang mencari publisiti murahan untuk jadi cepat popular… bukan Syasya sorang jer.. Tapi macam Puteri Awani yang upload video pasal dia happy dal kapel seminggu… urrgghh!!! And macam baru2 nih kat FB seorang budak yang dah rupa orang asli *hahahaha* upload gambar pakai bra.. That's not a way to pull the attention… banyak lagi korang boleh buat untuk menarik perhatian orang ramai dan sekaligus menjadi popular! Macam Matluthfi…. Buat video yang penuh informasi, mengiburkan dan tidak membosankan serta mempunyai nilai.. Haa! Tahu2 dah tercalon dalam Shout Awards 2013 ni.. Kan gempak!! Not only Matluthfi.. Anuar Hadi.. Maria Elena… walaupun Maria tak tercalon dalam Award apa2 ke.. Tapi video dia still berinformasi dan menghiburkan..
Lagi satu.. Bila orang tu upload video.. Korang kutuk.. Ade je salah.. Human is not perfect! Kalau video or gambar tu mengandungi benda2 yang negatif, sepatutnya tegur lah atau bagi nasihat.. Kan senang… tukang upload tu pun tak payah stress sebab setiap hari kene terima kutukan korang.. *aq juz meluahkan apa yang patut jer*.. Terserah lah korang nak cakap apa… each one have their own choice.. ^_^…
Tapi aq tgk takde lah teruk sangat Syasya tuh.. Cuma dia ni memang cute.. Yelah.. Orang Kelantan. Ni mesti belah2 Pasir Mas.. Dengar citer orang Pasir Mas ni semua nya lawa2! Haha jelez mak!!!
BTW, jangan lah terpengaruh sangat dengan publisiti murahan…. -_-
And kepada cik Syasya.. saya tahu awak cute.. -_-'


*video yang mencetuskan fenomena.. haha*


*Siti Syasya Rosaelmi*

**THE END**


Don't play with my heart!

Almost a month dah lepas aq pergi lawatan kat teluk senangin and kem kat karak… truly aq lebih rindukan kem .. And geng A8.. Hanim.. Ain.. Farhana.. Aina.. And everyone.. Aq tak rasa rindu pun ngan CR tuh.. He makes me feel annoyed.. Totally two weeks ago ade lha jugak tegur.. But now? HARAM…. He told me to understand his life bla bla bla! But he can't understand my condition!!!! Bila aq dah cakap yang aq punya phone cousin aq pinjam.. Faham2 lha.. Makne nye aq x gune phone dah… and actually, phone aq masuk laut waktu kat Desaru.. And then waktu kat JB.. Terjatuh and retak.. Sekarang phone aq tgh repair kat Plaza Angsana… how can? Aq kat KK phone kat PA… huhuhu!!!! T^T
Aq send IM pun dia tak reply.. So kalau camtu… go to hell je lah! Aq tak kisah kalau  dia nak end our relay.. Lagipun HE HURTS ME LOT!!!!!!
Hhmm.. Aq rindu nak kacau naqeem tapi internet slow tak boleh nak buat apa2~ huhuhu
Alaaa!!! Bosan lha!  T^T
Well.. Minggu nih aq pulak banyak dengan amsyahr… budak Rawang.. Hihihi! Sekarang dy yang paling banyak aq mentioned kat Twitter and FB.. Hohoho! Tapi aq tak kisah kalau dy pengganti CR.. Aq terima jer… aq pun dah penat dengan orang yang suka memancing dengan ayat2 manis.. Puihhh!!! Aq tak suka dipermainkan…. Aq rase nak balas dendam jea!
Hhmm… cakap pasal dendam.. Akhirnya dendam JDT dekat Kelantan terbalas jugak bila Kelantan Kalah dalam Piala Malaysia menentang Pahang… aq disini bukan untuk mengutuk tapi dorang yang sokong Kelantan tu annoying gila! Tapi truly yang tak boleh blah tu time game habis… terserlah kekecewaan dari muka Norfarhan tuu…
Tu lah.. Lain kali.. Jangan OTT sangat! Bahaya.. Haha! So moral of the lesson is… Over confident membawa padah.. BTW, Tahniah Pahang!!! Hidup Elephant Army! Hehehe =)

+Hehe....luaskan kuasamu johor!!+


 **THE END**

Friday 1 November 2013

Holiday coming

assalamualaikum..
yeah... cuti dah start... apalagi. plannig dalam kepala otak.. *I need Vacation*
haish.. tapi aq masih celaru and keliru... ni mcm mane aq boleh sangkut kat 2 org mamat neh?? huhuhu!!! dua2 aq syg.. dua2 tu important bagi aq.. tapi kalau dari segi layanan... memang berbeza...
okay.. aq malas nak cerita panjang2.. apa yg aq nak cakap... AKU KELIRU.... that's all...
hurm.. bila cuti2 nih.. actually rindu jugak kat BUDDYZ aq yg mcm baldi tuh.. tapi bodoh2 pun.. dorang ni berguna jugak. that's why kalau ada konflik pun aq x pernah memberontak sebab aq tahu yg satu hari aq akan perlukan dorang jugak.. and aq sayang dorang.... okay aq nak tidow. aq penat!!

*Friendz Till Jannah*

**THE END**

Friday 25 October 2013

Short Vacation To Teluk Senangin.. ^_^

assalamualaikum...
12 and 13 oktober hari tu, aku, saidatul and tonah pergi teluk senangin.. Well, trip with Kadet polis.. -_-
Best la jugak.. Tapi apa yang terbaik nya, naik trak.. Yup~~ new experience~~ yang jahanam kelautnya.. Hurmm, sebilik dengan Ifya and budak budak form 1 yang urrgghh.. Hahaha bangang abadi! After 2 years teringin nak mandi pantai, finally dapat.. With my super bff! Wow.. Free from my mom hoyeah! Such a wonderful time! Oh yea.. Forgot to tell you all.. Ada 6 orang anggota polis ikut.. One of them, urrmm… my... halahhh nanti aku cerita. *giggles**! Wakaka!! Okay, back to the story.. First lepas bergerak dari sekolah, kitorang breakfast dekat area kalumpang maybe.. Nasi Lemak.. Urghhh.. memang aku ni spesies makan pagi pun.. Dah la aku ni sejenis yang tak suka kacang.. aku pun tak makan timun.. And aku tak suka nasi tu.. Nak tak nak, aku bagi timun dekat tonah and timun dekat saidatul. Aku?? Makan nasi dengan sambal. Memang bahagia teramat kott! TRULY.. AKU MEMANG CEREWET.. Haha!! Okay.. Sambung jalan… hush! Benci! Benci! Dah la dalam tu semua urrgghh~~ nasib baik fq and geng dia naik van.. Kalau tak.. Lagi banyak aku merepek pasal dia dalam blog ni.. Hahaha!! So far sepanjang perjalanan... Tonah dengan navigator dia, saidatul with DSLR dia... Aku?? on the phone with ijam.. And *ZZzzzz* haha… tidur .. And dengar lagu.. lepastu.. 

After almost 3 hour sitting in the truck~~ sampai jugak. First thing yang aku cakap is.. WOW! Amazing! I like the beach! And Walaaweyyhhh~~ hahaha!! Mula mula check in bilik.. Rest.. Aq tukar baju. finally, beach activities!! Sea! Here I come.. Haha! (Fa ni memang out of act kalau nampak laut).. Then aku terserempak dua orang mamat yang aku gelar "Mr-Handsome-but-annoying" kat sana yang tak habis habis simbah air laut tu kat aku. Dah la masin and memedihkan mata aku (tapi so far agak bahagia kut). Lagi satu.. Diorang panggil aku FACEBOOK!!!!! memandangkan aku pakai baju fesbuk~ hush~ nevermind. Past is past. Haha…  cakap pasal syahmi.. Ermm,, tak fikir apa pun pasal dia.. Hahaha!! Okay stupid faa, continue please! And then dapat naik banana boat.. Awesome! Nak naik lagi tapi hush! Everyone get once!!  Pastu dah nak senja.. Semua naik.. aku nak masuk bilik?? Harapan.. Sudah tentunya waktu tu senua budak bajet hot tengah conquer bilik mandi tuh.. And lucky, ada abe polis yang belanja ice cream~ haha! I like and thanks! *flying kiss*.. hahaha! Lepastu.. Haha!! X sweet macam sunsweet pun… (-_-)

lepastu, (haish.. banyaknya phrase 'lepastu' aku guna.. Haha) okay!!! It's barbeque time! Tapi before that. Waktu tu aku pening and aku kena dengar ceramah yang tak macam ceramah dari Tuan Din.. Tush! Damnshit! Bosan der! aku ni dah nak pitam and mabuk dahh.. Then finally, habis jugak and makan time! Aku makan Kerang and ayam. Hahaha…. tak kuasa nak makan banyak. Sengaja nak ambik chance spend time dengan "mr-handsome-but-annoying" hehehe..seriously dah start tersuka without reason tau. Sikit... tengah aku sedap lepak dengan dia... amsyahr pulak call. Adumak abang oi.. then.. tidur time. Again.. aku and saidatul kena tidur dekat lantai betul betul hadap angin air-cond.. Huhuhu.. Sejuk gila sial! Actually aku bukannya tidur pun.. aku chatting dengan... adalah. Hahahahahaha
And pukul 6 pagi aku bangun or sebetulnya 3:21 pagi!!!! Brrr,… sumpah menyesal! dalam pukul 7 pagi camtu aku kemas bilik.. Damn! Hujan.. So aku dengan saidatul buat sesi fotografi dengan tuan din.. Hahaha~~ lawak ke? tak lawak k.

Aku dengan saidatul ambik gambar sampai hujan berhenti and mamat 2 orang tu pun keluar dari bilik dia....  Mandi laut lagi.. And "Mr-Handsome-but-Annoying" turun lagi. Walaweyh! My mind keep saying, don't like him. Just hate him.. . Ergghh!! Aku tembak jugak diri aku ni karang.. Haha! Ok! Ok! Then balik time! Tak sedih pun k (okay lah ada sikit.) Lepastu aku pakai baju yang aku jarang pakai.. Too girly! Huhuhu (T_T) .. Selama ni aku suka pakai baju tshirt or baju kemeja yang besar dengan jeans. Tapi kenapa hari tu aku pakai baju blouse? Why? Why? Why? Urgghh! Forget it! Haha
Tapi kan… cun jugak aku pakai blouse dengan shawl tu.. Cehh… masuk troli sorong sendiri nampak? Haha..
Lepastu pergi pekan Lumut.. Shopping. Okay.. Ni pun aku kurang berkenan. aku mana lah tahu bershopping.. Selalu nya mak aku jer yang shop semua. Aku just bawak barang jer. Okay. Aku mals nk cerita panjang.

Waktu datang Lumut, dalam trak.. aku duduk belakang… and asyik kena je dengan si Candy tuh. So aku nak duduk depan..

Sebenarnya, Ada banyak sebab kenapa aku nak duduk depan..

  1. Sebab aq tak nak goyang-goyang then terlanggar langgar.. Dah la dok sebelah jantan.. Haish!
  2. Sebab aku malas nak hadap muke somebody somewhere nihh.. (adelaaa)
  3. Sebab aku nak rasa duduk depan..
  4. Sebab aku nak bergosip dengan saidatul.
  5. Sebab aku nak meroyan melalak ngan saidatul..
  6. Sebab aku dengan saidatul nak kacau abang Candy tuh.
  7. Sebab aku nak privasi?? Hehe acacah jer..
  8. Sebab kitorang nak kenakan budak budak kat belakang..

And tu lah sebab sebab aku dengan saidatul nak duduk depan. Haha!.. Memang tak lawak kot.. then time nak balik tuh, boleh pulak ternampak husna accident.. Haish.. Kecik dunia neh.. :P
So.. Tu jer lah yang aku nak cerita pasal short vacation aku, saidatul and tonah.. But.. Just one thing I wanna say!! BAJU FACEBOOK AKU HILANG!!! Siapa ambik baik ngaku?? Hurm.. Sedih.. Da la aku sayang baju tuh.. Baju tu bagi aku banyak kenangan,,, 
Btw.. This is the most happening vacation yang pernah aku hadap and aku suka gila walaupun this is only the short vacation… I enjoy it.. Love it.. =)


hokeh… aq show gambar yeh.. Tapi tak banyak. Kalau ikutkan banyak.. Tapi, malas nak tunjuk semua.. Hahaha.. 

*ni semua polis polis yang bawak kitorang.. naa i don't really like some of them'*

berSELFIE with abang kandi...

iskandar my dear little brother yang always cute!

Nota kaki;
Sebenarnya ada cerita yang aku sorok berkenaan hati dan perasaan sepanjang aku dekat teluk senangin... tapi nanti lah aku cerita. Lima tahun lagi ke... hahahahaha



**THE END**


Kem RIMUP 2013 *9-11 OCTOBER 2013*

assalamualaikum and evening...
hhmm.. hari ni aq nak cerita pasal aq pergi kem RIMUP 1 Malaysia kat Dusun Eco Resort, Karak, Pahang haritu...best sangat!!

FIRST DAY..
mula2 aq datang sekolah and pergi PPD Hulu Selangor berkumpul. lepastu naik bas!! tak sangka jiran sebelah rumah aq ni pun pergi jugak. haha~ mula2 excited gila sebab dapat keluar selangor. tapi ending nya, kat sane takde line sebab memang kaw2 kat dalam hutan.. huhuhu tak boleh calling2.. mesej2.. and apa yang peting TAK BOLEH BLOGGING!! huhuhu.. so, bila sampai sana, fuhh lega.. walaupun tak ada cikgu dari sekolah aq yang ikut, tapi ada lah jugak fasilitator yang aq pernah jumpa kat Restu Ibu Resort kat Hulu Yam tahun 2011 dulu.. antara nya Cikgu Hasanal and Cikgu Rosmadi..  tapi ngan tuan Hasanal lah yang aq rapat sebab dulu dy jadik kem komandan.. sampai kat sane, nasib baik duk dalam dorm. sebab aq pun x sanggup nak duduk dalam khemah... mengerikan. haha! and.. aq ketua dorm. wow! bangga kejap.. haha.. and kat situ, aq terjumpa beberapa orang kawan yang sekarang nih dah jadik bff aq.. dan orang itu adalah :

*Ain Rabbiyyatul
*Nabila Hanim
*Farhana Adila
*Aina Roslan

 dan beberapa orang junior yg same dorm ngan aq.. senang kate kitorang ni geng A8.. A8 tuh number dorm kitorang.. hehe.. okay2.. pastu kena berkumpul.. aq dapat ahli kumpulan yang boleh diharap lah jugak. kumpulan aq name dia ACTIVE 10.. ketua dia MUHD SYAFIQ AFFENDY.. ermm aq pernah lah jugak crush kat dia.. tapi err takpelah.. pastu kat dalam grup aq ada sorang budak nih.. nama dia aq lupa tapi sekarang ni aq panggil dia Kodan Cicak.. hehe unik kan.. nak tahu sebab ape? jap lagi aq bagi tahu.. okay antara ahli kumpulan yang lain :

*Alya Qistina
*Ainin Sofiya
*Ikhsan
*Arif

ada lagi dua orang tu aq lupa.. haa yang arif ni , dia famous jugak seba orang kata muka dia macam Tegar. haha/,, cute je.. okay.. aq kat dalam group tu sebagai Setiausaha yang tak setia.. hahaha..  malam tu aq ngan syafiq kena bentangkan pasal logo kat bendera group aq and pasal nama group aq. haish.. orang lain hantar 3 orang wakil.. aq pulak berdua je ngan dia.. memang x malu kot. dah la baru kenal.. huhuhu..
then.. dah habis semua tu, it's time for MAGGI CUP!!! yay! then.. tido time!

SECOND DAY..
pukul 4:50 pagi aq dah bangun pasal sejuk. disebabkan semua kena bangun pukul 5, sebagai ketua dorm.. aq kejut semua anak buah aq pukul 4:56 pagi.. sebab senang.. nanti takdelah diorang kena berebut dengan budak dorm lain. and aq suruh dorang pergi solat subuh.. tapi aq ngan hanim.. tak pergi.. tido jer. hahaha!! then, pagi tu kitorang start dengan senamrobik sebab lepastu kitorang ada rentas halangan.. memang best and mencabar lah... lepastu bila dah habis.. mandi kolam!!!!! suka nih! then disebabkan excited mandi kolam sampai terlupa nak makan.. hasilnya aq terlambat.. and aq kesian dekat member2 aq semua sebab dalam etika kem, kalau nak makan, semua ahli kumpulan dah ada baru boleh makan.. pastu bila dah makan, kitorang diberi masa untuk bincang pasal malam kebudayaan. so malam kebudayaan tu kitorang kena buat sketsa dan nyanyian tentang perpaduan. haish.. sekali lagi, aq jadik tukang cakap.. menggigil satu badan.. tapi waktu tu, aq cam happy sebab tu lah first time syafiq senyum kat aq dengan penuh ikhlas dan tulus... hahaha... then lepas habis sketsa.. kitorang kena nyanyi.. and tegar malaysia kot yang nyanyi. so when the show end... group aq kena tahan dengan cikgu nih.. adoiyh.. rupanya dy suke dengan kumpulan kitorang! yay! (tapi x menang pun)..pastu.. maggie lagi.. cuma kali ni dengan penuh kesedihan sebab dah nak berpisah dengan gengA8.. huhu..

LAST DAY.. ='(
semalam tu aq kejut dorang... tapi kali ni dorang yang kejut aq. tapi.. harapan lah aq nak bangun.. semalam penat sangat byk aktiviti.. tu yang penat.. aq sambung tido sampai pukul 7..lepastu pergi senamrobik.. and b'fast.. lepastu majlis penutupan.. tang kat sini yang sedih.. huhuhu sedih berpisah dengan syafiq and my member.. ACTIVE 10 menber. hahaha..

*so ni lah budak2 yg akan aq rindu.. wakakaka*

so kami dapat hamper kumpulan paling aktif.. so, kebanyakan nye aq ngan syafiq yang conquer.. hehehe... budak2 lain dapat sikit jea.. haha!! tapi memang best lah!!! takkan lupakan pengalaman yang indah nih..

+aq rasa seronok sangat bila dapat kenal ramai budak2 yang memang tip top sempoi!+

*inilah Ain yang aq sayang.. muahh!!! hahaha... dia lah bff aq dunia akhirat!!*

**THE END**



Tuesday 8 October 2013

Takkan Ada Yang Pisahkan Kita Semua

assalamualaikum and evening all~
hurrmm~~ hari ni memang pokai aq sebab ade ah long ni mintak duit ngan aq.. wuwuw (syahmi, ijam, zahid ngan amin) takpe2.. dorang kan kawan aq.. okayh~~ mcm2 problem yang datang ke telinga aq pasal buddyz.. hurrmm~~ kenapa nih? pasal Atul?? hurmm kesian dy. byk masalah yang mendatang sampaikan dy aq pun risau tgk dy. huhuhuhu~~ aq rase kesian dekat dy sebab dy nih ... huhuhu~~
haa ni yang nak cerita nih!
kalau kawan kita ada masalah, kita dengar je luahan hati dia. sebab waktu tu dia bukan nak mendengar leteran dan nasihat dari kita. dia cuma ingin kita dengar masalah dia. kalau kita pergi bagi lagi nasihat berserta leteran, itu sama saje seperti kita force dia dan dia mungkin akan stress. so kalau anda ada perangai suka membebel kat orang, jangan lakukan dekat kawan yang sedang frust.. silap2 kene sebijik penumbuk lebam mate.. hahaha...
hurmm buat SuperBabyBoo Pendeks aq.... jangan sedih2.. esok kita nak enjoy pergi Karak!! yippie.... relax jer kay.. packing barang.. love you my pendeks~~ beruang sayang pendeks!!!!


*My Pendek W/ Beruang~.. love her!!*


*the end*

Sunday 6 October 2013

Dia pendeks saya.. saya beruang dia.. kami Beruang Pendeks!!

hai!!
jumpa lagi kita.. hari ni nak cerita pasal one of our member yang aku panggil dy Atul atau Pendeks.
dy nih comel2 je.. macam patung. tapi dy manusia~ haha!!
dia ni baik, cute, comel, dan baik.. senang cerita semua ada... hidup aq tak lengkap kalau x jumpa dy. mesti rasa rindu jer. dy nih lah penyeri hidup aq setiap hari. =)
dy ni tgk je kecik tapi ganas woo.. dy dah belajar taekwando.. hahahaha~~~ takutnyerr... habis nanti kene saiihhh!!! tu jer yang nak di cerita. dy ni cute. memang happening. tapi dalam hati dy, tuhan je yang tahu. hahaha.. dy nih pun dah diTAKEN.. so jangan mimpi nak tackle eh.. silap haribulan kene terajang kang.. hahaha.. okayh sampai sini jer.. nak blah~~ penat gak main taip taip nih.. sebelum tuh, aq tunjuk sket gamba dy...
-
-
-
-
-
haa yang baju merah tu lah Atul.. yang laki tuh pakwe dy.. tawu lah tak hensem...
 jangan kutuk ehh.

**the end**





First post : Kisah Yang Terindah *_*

assalamualaikum~~
haish~ ni first post aq tentang #BuddyzForever. sebelum ni ade jer blog.. pastu ntah ade binawe mane ntah telah menjahanankan blog aq.. sabar je lah.. okayh.. ni yang nak cerita nih...
4 october hari tuh.. aq dengan Buddyz dah buat satu b'day party untuk Syaidatul Umirah~~
so memang happening giler. nak gambar?? ehh ade ~~ 

jap eh
-
-
-
-
-
-
-


ni gambar kek buatan aq untuk dorang~~ heheh cekelat..

sebenarnya byk lagi gambar, tapi dengan keadaan internet yang nazak nih, aq terpaksa tangguh hasrat aku untuk upload gamba. lain kai je lah aku upload ye.
mcm hal jadik waktu majlis nih. sepatutnya yang ambik aku dari sekolah ke taman millenium tu ayah fatonah. tapi haish~ Syahmiadha pulak yang muncul.. hhmm,, saper syahmi nih?? hahah dy ni big brother aq yang annoying. tapi aq sayang dia.. hehe~ so back to the story. aq naik lah motor ngan dy.. memang terseksa... sangat!!!! laju yang amat.. tension la sebab kene handle kek tu.. kang silap2 mau terbalik kek tuh.. haha~~ tapi hati aku gedebak gedebuk hanya Allah yang tahu.. hohoh~
bila dah sampai, aq cari fatonah, tapi fatonah ikut nadia. jumpalah sahabat selamanya aq kat sane. ermm Atul bawak bihun..
lepak punyer lepakk sampai krim kek aq dah nak cair, baru lah start program.. yang tak bleh blah nyer syahmi lah~~ aq nak nyanyi *happy b'day to atul* dy nyanyi *happy b'day to double* hahaha~~layan je lahh..
memandangkan waktu tu fatonah beli tepung, so aq ngan Jaja pun melarikan diri dengan berjogging satu trek taman~ tawu2 aq sampai sumer putih, and turn aq ngan jaja x teruk pun. cume fatonah la, dah macam hantu tepung aq tgk. haha~ perang sakan sampai tergolek2 atas tanah. hehe~~ tapi kami masih steady. ^_^V
lepas dah menggila, yang lelaki pulak nak beransur.. yang perempuan pulak tunggu ayah fatonah. haish~ satu jam tunggu!! last2 jalan kaki!!tapi nasib baik ada yang baik hati sudu tumpangkan sampai sekolah. sampai jer sekolah, aku terus cabut lari.. hahah
tapi cerita ni tak terhenti disini.. ada lagi part dorang gi PA!! cumenyer aku tak join. haha~ tapi walaupapeponn.. aq sayang buddyz aq and HAPPY BIRTHDAY SYAIDATUL UMIRAH!!!

**the end**