Monday 5 December 2016

Setahun Pemergian Idola

Scheduled post : 12.11.2016

5 Disember 2015, aku dikejutkan dengan khabar pemergian Almarhum Tunku Jalil. terkejut bukan main. Sepatutnya aku tak terkejut kerana aku dah tahu dari awal yang dia menghidap kanser hati. cuma hati aku berkata "ah, apakah secepat ini?"

6 Disember 2015, laman sosial diselubungi kesedihan, gambar yang dulunya hanya untuk simpanan peribadi dikongsi kepada warga internet. whatsapp, direct message twitter dan insta juga dibanjiri permintaan untuk mendapatkan gambar dan video yang berada dalam simpanan ku.

5 Disember 2016, setahun berlalu. sepanjang setahun ini, jujur aku cakap, aku rindu update di instagram dan facebooknya, video kelakarnya. even aku jugak rindu saat berebutkan dia dengan kawan-kawan aku walaupun kami tahu yang kami takkan dapat dia pun. hahahaha!

kami bukan je suka dia hanya kerana dia handsome, kacak, mempunyai rupa paras bak edward cullen (hehehe) tapi hati baiknya. sekali pandang tak seperti anak raja.


apa tujuan aku menulis ni sebenarnya? (hhmm)


aku sendiri pun tak tahu. mungkin nak cerita betapa aku obses dengan dia dulu sampaikan aku pernah cakap dengan mak nak kahwin dengan dia. hahahaha.
atau mungkin nak cerita pasal macam mana aku dah kawan aku berebut dia macam nak bergaduh. hahahaha!

entah lah. cuma apa yang aku tahu, post ini adalah sempena mengingatinya, Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim.

Tunku Jalil Dalam Kenangan...... ♥

nah aku belanja gambar sikit. sikit je. tak boleh nak kasi lebih lebih










Al Fatihah Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim
5 July 1990 - 5 December 2015


love, fafa