Thursday 31 December 2020

2020: A Sad Year.

 Assalamualaikum my blog! Akhirnya kita di hari terakhir 2020.

As usual.. Aku akan throwback lah sikit kejadian sepanjang 2020 ni. To be honest tahun ni merupakan tahun yang paling tough untuk aku dan kita semua disebabkan pandemik Covid-19. Tapi taknak lah cerita yang tak best.. kita cerita yang best dulu lah.

Aku rasa moment 2020 yang paling best bila aku start life as student dekat rumah sewa. Jumpa housemate baru, buat kawan baru.... Siapa sangka, niat aku nak jauh dari dunia UiTM lepas habis waktu kelas dengan duduk bersama student UNISEL jadi suatu moment yang unforgetable. Oh tak lupa Kak Zue dan kucing-kucingnya, Snow & Baby. Seronok gila bila balik kelas ada kucing sambut. Hilang terus rasa penat, stress. Yang paling penting boleh masak-masak.. Teringin nak pergi rumah Jiha dekat tingkat atas lepastu masak untuk classmates.. ahhhh!.. and rumah tu serious ada vibes feels like home. Oh i miss baiduri.

Yang selalu muncul depan pintu bilik setiap pagi

nanti kita gathering lagi okay <3

rutin kalau bangun pagi.. coffee di beranda!

dan rutin kalau take five masa buat assignment. Coffee lagi!

Next, of course lah kehadiran orang baru dalam hidup. I mean, kawan-kawan, family.. Apresiasi aku yang pertama, aku tujukan kepada Najwa Rythami.. Sahabat maya yang dah setahun bersama dengan aku through thick and thin. Yang selalu dengar pahit maung kisah suka duka aku sepanjang ODL ni. Tak cukup kata untuk gambarkan rasa syukur aku ada kawan macam kau wa.. 



maceh sebab selalu teman aku. 
gambar lawa kau biar aku jela yang tengok. hahaha

Makteh Zetty, makciknya Arisha yang aku jumpa masa convocation Arisha.. Tak sangka dengan sekali pertemuan.. terus "kamcheng" sampai sekarang... Rasa macam dapat makcik baru pulak. hahahaha. Tapi makteh ni dari kecik dah pernah je jumpa.. cuma kecik kan.. apa tau.. huhuhuhu



Seterusnya, kenalan baru yang jumpa di SACC Shah Alam masa pesta buku  Selangor.. abang hijjaz aku panggil sebab dia jaga booth Hijjaz masa tu. Akhirnya bertukar number phone. eh. Jadi kawan lah kita. hahahaha Oh Cakap pasal pesta buku selangor ni... Masa ni lah aku belajar hidup sendiri di bumi Shah Alam.. naik bas, jalan kaki ke SACC.. beli buku, ambil order.. masyaAllah... penat.. tapi puas hati.

Tak sampai sebulan, pandemik Covid pulak.. PKP... terkandas lah aku di bumi Shah Alam selama 3 bulan... dari dengan housemate ramai, sampai jadi bertiga dan akhirnya sendiri... Seronok juga dapat merasa pengalaman berpuasa jauh daripada keluarga. makan apa adanya. tak cerewet macam dekat rumah sebab nak jimat. ahahaha..

Ni nanti aku buat posting lain kompilasi makanan yang aku buat sepanjang duduk dekat Shah Alam... hahahaha

Mana mungkin aku lupa Myra Azeera, yang menemani aku sepanjang aku di Shah Alam.. teman baik yang most of time ada dengan aku..kemana-mana semua sama-sama... Beli barang dapur sama-sama, midnight movie dekat icity sama-sama, masak sama-sama, berbuka sama-sama.. aih rindunya... Jaga diri Mai.. nanti kita jumpa okay.

my everything!


Tapi, dalam manis ada pahitnya.. beberapa hari puasa... Dapat pula berita kembalinya sepupu tercinta ke rahmatullah... Teman bermain, teman membesar sama-sama... Al-Fatihah buat Ayu. 

Selang beberapa bulan, berita pemergian Mak Simah pula.. dan selang dua minggu, Pak Ngah pula menyusul. sedih, hanya Allah yang tahu.. Semua yang pergi adalah insan yang dah dengan aku dari aku kecik.. Orang-orang yang aku membesar dengan mereka. Yang dah tertanam berjuta kenangan manis. Termenung jugak lah lepas beberapa hari tu.. Jadi lost... apa apa pun.. Al Fatihah buat Simah binti Sajam dan Arshad bin Ahmad

Kisah perhubungan? tak ada lah. tahun ni saya single. huhu. Tapi tipulah kalau tak teringat dengan crush yang diberi gelaran "Crush SAMT"... yang dari tingkatan 3 diminati... rasanya macam dah dimiliki.. tak apalah biar aku mengundur diri. ah gituuu... Adalah juga minat dengan kawan satu course.. kelas lain.. tapi tulah.. dah tak pernah bertegur, acano.. haih sampai hari ni tak tau acano nak mula coversation ni.. hahaha okay dah lah... tu jela

Jadi konklusinya, 2020 ni tahun yang banyak menduga aku. dari segi kesabaran, dari segi kesetiaan, dari segi kejujuran.. Aku kena tipu dengan lelaki kot. terus serik nak kapel-kapel ni.. sekarang ni aku paling percaya ejen Ali je. uhuhu. hahahaha

Oh sebelum aku terlupa, tahniah ex-ex zaman sekolah aku yang dah mengakhiri zaman bujang. tahniah juga dekat abang aku kenal di teluk senangin masa lawatan sekolah dulu... cantik wife. huhu. Doakan jodoh aku pulak akan tiba nanti. insyaAllah amin...

Last but no least, kepada semua yang ada dengan aku sepanjang tahun ni.. yang banyak bantu aku bangkit.. terima kasih banyak.. jika disenaraikan nama kalian.. mungkin tak akan habis.. I LOVE YOU GUYS!!!!!!!

Semoga tahun 2021 membawa keceriaan kepada kita semua.. semoga 2021 menjadikan kita orang yang lebih kental berbanding tahun sebelumnya. Happy New Year semua!

rindu iCity!!!


xoxo, Fafa Jay.


Friday 11 December 2020

Ini Kursus Saya: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Bahasa Melayu Komunikasi Profesional) UiTM

 Whoa... aku rasa dah boleh masuk record ni title paling panjang dalam blog aku... hahaahah.


eh Assalamualaikum adik adik. hehe


Macam yang korang boleh tengok, tajuk panjang berjela tu... yep.. hari ni sis akan kongsi tentang satu kursus pengajian di UiTM. Kursus ni di bawah fakulti Akademi Pengajian Bahasa (APB) iaitu LG241 (formerly known as LG221) iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Bahasa Melayu Komunikasi Profesional).. tapi kalau sis, sis panggil bahasa melayu komunikasi profesional je. panjang sangat ler nama penuhnya tu.

Sebelum tu, kalau adik-adik datang sini lepas lulus temuduga, sis nak ucapkan tahniah dan selamat datang ke Akademi Pengajian Bahasa UiTM dan kalau adik adik datang sini untuk tinjau-tinjau dulu atau survey-survey, silakan. Semoga kursus ini menarik minat adik adik ya. hehe.

Jadi, kursus LG241 ni berkaitan apa?

Kursus ni memfokuskan bahasa, linguistik dan komunikasi. Dalam kursus ini korang akan belajar tentang tatabahasa, budaya, terjemahan, protokol serta subjek-subjek komunikasi seperti perucapan, penghujahan dan perundingan. Korang juga akan didedahkan dengan subjek-subjek linguistik seperti Sosiolinguistik, Semantik, Pragmatik, Linguistik Am dan sebagainya.Yang seronoknya,kursus ni dalam bahasa melayu sepenuhnya kecuali ada beberapa subjek seperti English for Oral Presentation, English For Business Correspondence, dll. Jadi tak ada alasan nak kata susah nak tangkap apa lecturer cakap. (Melainkan kalau ada istilah-istilah khusus tu yela pening jugak. hahaha)

Selain tu, semua pelajar juga perlu mengambil subjek bahasa ketiga seperti Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman, dll.

Kursus ni juga merupakan kursus bertemuduga. jadi sebelum diterima masuk kena lalui temuduga dulu. Kisah temuduga sis boleh dibaca di SINI

Subjek apa yang ada dalam kursus ni?

Subjek dalam kursus ni antaranya, Tatabahasa Melayu, Penulisan Akademik, Linguistik Am, Budaya & Kosmologi Melayu, Sosiolingustik Melayu, Bahasa & Media Interaktif, Bahasa Melayu Khusus, Analisis Kontrastif, Protokol & Etika Sosial, Terjemahan, Analisis Wacana Ketrampilan Perucapan, Semantik, Pragmatik, Penyuntingan, Korpus dan Fonetik. Siapa yang daripada lepasan STPM boleh lah tarik nafas lega sedikit sebab apa yang korang belajar di tingkatan 6 korang akan jumpa kembali dalam kusus ni contohnya dalam subjek tatabahasa.

Subjek-subjek ni sis tak boleh nak bagitahu secara detail setiap semester korang akan jumpa subjek apa sebab bermula sesi Mac 2020 , sis dapat tahu yang pelajar semester satu ada yang dah ambil bahasa ketiga. tak macam sis yang ambil bahasa ketiga masa semester 2. So probably dah ada perubahan dari segi subjek setiap semester. Apa yang boleh sis kongsi, masa sis semester 1 dulu, subjek yang sis ambil Tatabahasa Melayu, Penulisan Akademik, Linguistik Am, Budaya & Kosmologi Melayu, Protokol & Etika Sosial. Semester 2 pula heavy sikit dengan Sosiolinguistik, Bahasa & Media Interaktif, Analisis Kontrastif. Untuk semester 3, sem yang sis tengah hadap ni pula ada subjek Fonetik & Fonologi, Pembangunan Media Interaktif (Kesinambungan Media Sem 2), Ketrampilan Perucapan, Terjemahan, Analisis Wacana. Okay, takat ni je sebab sis baru semester 3. hahaha

Kursus ni senang ke susah?

Hm, macam mana nak cakap eh.... Dia depends pada tahap kecekapan korang untuk faham subjek tu. Bagi sis, ada yang senang.. dan ada yang susah. ada yang kita rasa santai bila belajar... ada yang kita rasa tertekan bila belajar. Alaa, mana ada benda yang senang dalam dunia ni. 

Lepasan Kursus ni boleh kerja apa?

Peluang pekerjaan ni sebenarnya bergantung kepada rezeki kita lah kan? Kursus ini sebenarnya lebih memberi penekanan kepada korang untuk jadi seorang editor, pensyarah, penterjemah, perancang bahasa dan sebagainya. Korang nak jadi cikgu pun boleh. Tapi cikgu di sekolah swasta ataupun cikgu MRSM lah sebab untuk jadi cikgu di sekolah milik kerajaan kena ada Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) yang boleh juga korang ambil lepas tamat pengajian kalau korang nak juga mengajar di sekolah milik kerajaan.

Korang kena yakin dan jangan sempitkan fikiran seperti "belajar bahasa, kerja pun kena bahasa". walaupun kursus ni berkaitan bahasa melayu, tapi kursus ni juga ada komunikasi profesional. Jadi korang juga boleh jadi pegawai perhubungan, pembaca berita pun boleh tau.Tapi apa apa pun, yang penting, kemahiran berkomunikasi tu harus mantap. barulah orang tertarik nak ambil kita bekerja.

Oh ya, ini adalah prospek pekerjaan yang sis dapat dalam laman web Akademi Pengajian Bahasa UiTM.

Bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan adalah seperti berikut :

Agensi Kerajaan dan Swasta
Penerbitan Khusus Bidang
Pengurusan dan Pentadbiran
Perhubungan Antarabangsa / Diplomatik
Perhubungan Korporat
Perhubungan Awam
Pemasaran
Media (Radio / TV)
Periklanan
Kewartawanan
Pengurusan Sumber Manusia
Pelancongan, Perkhidmatan & Khidmat Rekreasi


Apa persediaan untuk menjadi pelajar LG241?

Hm, sediakan hati yang ikhlas belajar (ecewah)... hahaha... Dari segi rohani, siapkan lah mental supaya kita tak hilang fokus walaupun baru awal semester dan kekalkan fokus itu sampai akhir semester. Dari segi fizikal, sediakanlah kelengkapan yang sesuai. Kalau dalam kursus LG241 ni, siapkan sebuah laptop yang sesuai untuk semua kegunaan seperti menaip dokumen, edit video atau gambar dan lain lain fitur tambahan sebabnya dalam subjek media nanti ada buat video dan reka logo, modul, poster dan sebagainya.

untuk buku pula, sis cuma mencadangkan sediakan satu buku tatabahasa dewan. yang lain-lain ikut pensyarah masing masing.

Okay itu sahaja perkongsian daripada sis.. semoga membantu. kalau ada soalan ke apa ke, boleh DM sis dekat media sosial bawah ni:

Instagram: nfafajay
Facebook: Nur Fahada
Telegram: @nfafajay

xoxo, FJ

Being 'Budak Kolej' and Non Resident UiTM

 Assalamualaikum hey guys!

Kembali lagi dalam entri terbaru sis. Maklum lah, sejak study from home ni memang banyak lah jugak masa nak buat kerja lain. (practice piano je tak sempat sebab busy). So, hari ni sis nak cerita pengalaman jadi student UiTM yang duduk dekat kolej (hostel) dan duduk di luar kampus (Non Residen atau NR)

Effjay Being Budak Kolej

Jadi apa yang ramai tahu, setiap pelajar kemasukan baharu (semester 1) wajib duduk kolej walaupun rumah sejengkal je dari kampus. Masa zaman sis masuk last year, penempatan di kolej ikut fakulti.Macam sis duduk dekat Kolej Mawar (yang dikatakan berhantu tapi tak tau lah sebab tak pernah jumpa hantunya.)

Memandangkan sis ada satu semester je pengalaman duduk dekat kolej, jadi of course lah sis nak kata Kolej Mawar best. Apa yang best? Pengurusan. Boleh dikatakan pengurusan Kolej Mawar dikira tip top lah. Macam kalau buat aduan ke cepat je diorang ambil tindakan (Biasanya masalah yang kitorang hadap dulu masalah pintu, lampu dan lain-lain masalah teknikal). Aktiviti kolej pun boleh tahan menarik jugak. Kalau macam zaman sis dulu, boleh dikatakan setiap bulan ada je aktiviti dekat dewan tu. tak kisah lah ceramah ke, forum ke apa ke.. atau pun ada jualan foodtruck. ni paling best lah. Tapi tulah setiap kali jualan benda nya sama je.. Mango Shake, Nasi ayam goreng kunyit.. and favourite sis Hazelnut Iced Blended... sedapnyaaaaaaa....

Not forgeting masa musim konvokesyen UiTM, dekat kolej Mawar ni selalu jadi tumpuan aktiviti. Last year ada konsert PesKo (Pesta Konvo). dapat lah sis jumpa Najwa Latif yang sis minat since sekolah rendah dulu. huhuhuhu

Sis pun sempatlah merasa join aktiviti kolej pergi Kelantan untuk program volunteering. Haa ni actually tips untuk korang yang minat leadership.. boleh start asah skill leadership korang dengan join sekretariat kolej atau jawatankuasa perwakilan kolej (JPK). Kelebihan dia... confirm dapat duduk kolej setiap semester selagi korang berbakti sebagai Seki dan JPK. hahaha Sis dulu malas nak ada komitmen. sekali terus kena tendang kolej sebab kupon tak cukup. (Kupon ni macam token. lagi tinggi jumlah kupon korang, makin tinggi lah korang punya peluang nak duduk kolej untuk semester depan)

Yang penting bila duduk kolej ni senang nak kumpul buat discussion atau pun lagi tepat, lepak sambil siapkan assignment. Ahhh bila cakap pasal lepak ni... sumpah rindu nak lepak dekat Dataran Cendekia.. Dataran ni also known as DC atau Dataran Cinta sebab dia ni macam centre. Most of student tak kira lelaki ke perempuan akan lepak dekat sini since DC dekat dengan Fac Engine, Kolej2 lelaki (teratai, delima) and paling dekat dengan kolej Mawar. I think ni jela pengalaman jadi budak kolej. hahahaha.


Effjay Being Budak NR

Okay, bila masuk semester 2 mula mula tu sis tak dapat kolej. So sis terus cari rumah sewa and at the same time apply for rayuan. Alhamdulillah dapatlah rumah sewa dekat Apartment Baiduri. Sebenarnya banyak choice.. tapi ni je yang menepati kriteria murah, dekat, selamat. First time masa tengok rumah tu macam omagash... sebab one of my housemate, Kak Zue nak pindah dah.. So memang penuh barang. hahaha. Bila dah duduk tu... somehow sis rasa sumpah selesa. like eventho rumah tu takdelah perfect mana tapi rumah tu buat sis rasa macam rumah. bukan hostel. plus, my housemates semua student unisel. Jadi, bila balik daripada kelas je, terasa keluar dari dunia uitm kejap. hahahaha.

So Sepanjang 3 bulan lebih hidup menyewa dekat luar ni (sebab lepastu pkp. kelas pun 3 minggu je haha. then stuck sebab tak boleh rentas negeri), to be honest sis lebih relax. Walaupun ada satu masa tu tak ada duit, tapi takde lah teruk macam dekat kolej dulu sampai tak cukup makan. As long as ada beras dekat rumah, macam-macam resepi boleh create.

Apa yang seronok duduk luar ni, of course lah dah tak ada curfew. boleh keluar masuk rumah sesuka hati. tak perlu takut guard kunci gate. plus, sis jadi more independent. Beli barang dapur, keluar shopping, jalan-jalan semua sendiri. And yang paling best, sis belajar naik bas Smart Selangor laluan lain pula. selalu sis naik SA04, sekarang sis naik SA01 yang selalunya akan stop dekat area KTM Shah Alam.

Tempat lepak pula, kalau dulu i-City, masa jadi budak NR, port lepak sis banyak dekat medan selera Seksyen 2, PKNS, Plaza Alam Sentral, SACC daaaaannnnnn CHECKERS!!!! OMG, sis dah jadi mak mak dah ni suka lepak cari barang dapur. 

Tapi masa PKP and puasa, benda paling best bila berbuka dengan jiran-jiran lah. yep, sis kenal jiran sebelah masa PKP sebab group yang uitm form untuk budak NR. dengan jiran ni lah sis pergi ambil bantuan, makanan yang uitm bagi. kalau tak berlagak kemahen sis masak sendiri. haahahah.

So far tu jela pengalaman sis as budak first year yang duduk kolej and menyewa dekat luar. Next semester insyaAllah kalau tak ada apa-apa sis still akan pilih untuk menyewa dekat luar. hehe.

Yang penting, jaga diri semua. Dekat luar ni, kita tak ada pantauan daripada sesiapa. housemate tak kisah pun kita nak balik pukul berapa. Tapi kita lah kena set curfew untuk diri kita sendiri.

xoxo, Effjay.