Saturday 29 July 2017

FJ dan Ulangtahunnya.

Nur Fahada alias Fafa Jaynee kini sudah berumur 18 tahun tepat pada 29.7.2017, 3:05pm :')

Aww, cho chweet of me...
Walaupun tak update lama, kes kena rejam dengan telur dengan air busuk & serbuk kunyit dalam tekak tu aku malas nak sentuh.
Pasal boifren sepah sepah berciciran pon aku tak mau sentuh. ok ok.
Birthday kali ni, harinya pun boleh la dikatakan special, compared tahun lepas..
Ainiway, aku bersyukur sangat2.. Hidup lagi aku berumur 18 tahun ni.. (ayat tunggang langgang)
Happy, happy jugak tapi.. Hok aloh, STPM pulokkkk.

Terima kasih kepada yang ucap dan yang bagi hadiah..ecece :P
Bukan senang tau nak bagi hadiah kat teenagers ni, depa bukan macam budak budak yang
dulu dulu boleh la bagi kaler crayon pon kemain syok.
Tapi aku tak kisah ;P dapat chocolate cadburry peppermint pon jadi la. HAHAHA,
Ceh tak reti bersyukur -_-

Tapi kan, isu ni membuat kan aku rasa ada inspirasi nak buat pasal
'Hadiah apa yang sesuai utk para remaja ni bila nak sambut hari jadi?'
Setiap kali birthday kawan-kawan, aku jadi pening nak beli apa.
Nak dijadikan cerita, pernah aku buat tawaf kat shopping complex HANYA berfikir nak beli apa kat kawan. See, susah kan? Oi penat tau nak fikir teenagers sekarang suka menda apa.
Aku dah tanya Professor Google, tapi Professor Google pon give up.
Aku macam lawan kerut dahi dengan prof tersebut, fuhh 45 degree baq hang.ok dah sambung.
Tapi bukan isu ni aku nak picit. Eh, tekan.

Ada sesetengah pendapat kata takperlu benda yang mahal2.. Asalkan, benda tu boleh mengingatkan seseorang tu. K aku taktau macamana nak explain kat blogging.
Buat2 faham jea la. =.= Faham? Baguih.
Orang kata, perempuan ni susah nak bagi hadiah apa. Kang beli ni, tak suka.. beli tu, taksuka pulak.
And for guys yang ada GF tu,anda boleh tanya mereka straight away. Kami tau kami ni banyak garam eh gula, eh ragam.
Kepada girls, kasihankan lah BF anda, tak semena mena boifren hampa kena serang penyakit berbaur paranoid. Hahaha, eh ada kena mengena ke?
So, guys, beli bra je la. Comform wajib guna! Oh snap, pervert~ 18 dah.

Ok baik aku blah sebelum aku rasa aku-dah-18-tahun-tulis-benda-pervert ni.
Dah, tutup curtain.


**THE END**

Harapan, Harapan Layu.



Assalamualaikum hai gais.
Orang kata kalau tak nak jangan bagi harapan dekat orang yang tengah menunggu.

Betui ka ? Betui la kut kan. Sebab kadang kadang harapan ni boleh jadi menggembirakan kadang-kadang boleh menghancurkan, mengecewakan gitu. Lagi-lagi melibatkan perasaan/jodoh ni kan ? Aekeke. Bukan main serius entry aku kali ni.. mentang-mentang dah 18.. Tiba2 ja pasal perasaan. Dah kenapa, ye dok ? 

Bagi pendapat aku, lumrah manusia ni sebenarnya memang suka berharap dekat orang walaupun kita rasa kita ni tak memberi harapan dekat orang. Tapi macam mana lah ye orang boleh berharap ? 

Terfikir dakkk ?
Sebenarnya harapan tu datang tak tunggu pun org tu luah. 
"Oh akuuu cintaaa padamuu wahai kekasihhh pujaan hatiiii"

 Tapi ACTION tu ye. 

Contohnya kan, kita ada sorang kawan ni selalu sangat contact kita. The way dia layan kita tu memang buat you all sendiri keliru. Gila apa duk imagine masa depan sesama, on the phone bukan main lagi berejam2. Kadang-kadang nampak dia suka kita but in the same time, dia sendiri tak pernah confess. Cemana tu ? 

Alasan sebab takmau kita berharap sebab jodoh tu semua rahsia Tuhan. Tapi cara dia tu saje nak kita berharap. Gais. Kalau kita mmg tak pasti dan memang serah soal jodoh tu 100% kat Tuhan eloknya tak perlu pun dekat memana perempuan/lelaki. Kan dibuatnya orang betul-betul berharap dan korang blah macam tu ja tak ke kesian dekat orang ?

Maaf. Sekadar mengarut di malam hari. Aekeke
Adios :*

**THE END**

Thursday 27 July 2017

Sometimes.

✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

sometimes,
tanpa sedar,
kita bagi harapan dekat orang.

sometimes,
tanpa sedar,
kita buat orang menangis,
kecewa,
terluka.

sometimes,
tanpa sedar,
kita buat orang rindu sangat,
sampai hati rasa sakit.

sometimes,
tanpa sedar,
kita buat orang tertunggu-tunggu,
tanpa pasti.

ia bukan kehendak kita,
cuma perasaan tu hadir,
tanpa diduga,
tanpa diundang.

moga—
Tuhan menyembuhkan hati kamu,
dan gantikannya dengan yg baru :’)”

Fafa's Heart

Hati..
Bahagian paling sukar difahami.
Bila bibir mngukir senyum, belum tentu dia bahagia.
Bila air matanya mengalir tanpa dipaksa, belum tentu dia derita.
Hatinya. Hati itu sukar difahami bahasanya.
Kadang menghegeh mencari ruang.
Menebar rasa yang lama terpendam.
Mencari ruang untuk menyembuh.
Dek luka semalam.


Belum sembuh, barangkali.


Jiwa..
Luka semalam yang belum terbaiki kau jengah semula.
Perit lagi ya?
Jangan kau simpan diam-diam dalam dada.
Luahkan.
Luahkan satu-satu dalam sujudmu yang lama.
Moga jiwa-mu yang kekeringan membasah semula dalam redhaNya.


Sukar kan.
Memapar senyum.
Membalas tawa.
Saat diri terbenam dalam duka.
Kau sendiri pernah rasa kan?


Karena itu.
Kita, jangan sesekali cemuh hidup orang.
Kita, jangan sesekali hina hidup orang.
Jatuh bangun dia. Naik turun dia.
Cuma Allah tahu.
Dia struggle doplohpatjam sikit pun kita tak pernah tahu.
Kita main aci redah bising-bising komen pasal dia. Sikit pun tak menambah iman kita.
Berhentilah. 
Allah lebih tahu apa lebih baik untuk hidup dia. 
Doakan dia, moganya malaikat mendoakan kita semula.


Dulu, pernah ada yang bilang,

"Dalam hidup, ada masa engkau perlu berkorban. Korban jiwa, korban masa, korban tenaga. Air mata mungkin mengalir. Hati mungkin terguris. But, this will never be forever. You wish something better, but He knows something greater. Keep walk. Head up. Hidup tak lama. Korban sekejap. Senyum, lalui hidup sebaiknya."

Ketahui-lah.
Tiap perasaan yang kita ada, Allah yang ciptakan.
Maka, tika mana engkau lelah dengan apa jua perasaan yang ada, bicaralah sama Dia.
Puas. Kau akan puas.
Kerana atas atas izinNya perasaan ini ter-lahir dan hilang.
Sungguh, Dia pasti menitipkan kekuatan dari arah yang kau tak sangka-sangka.
Bisik sama hati,


"Tuhan, aku tahu semua ini tidak sia-sia".


Satu benda kau kena faham.
Satu benda.
Kita ini, bukan kuat mana.
Bukan tabah mana. 
Bukan cekal mana.
Tegar, tabah, cekal, kuat itu Allah yang bagi.
Kalau Tuhan tak bagi segala jenis kekuatan tu, nak bukak mata pun kau tak larat.
Ingat Tuhan. Cari Tuhan.


Lalu, saat kau pasrah dan putus-kan,


"Malas nak fikir. Let the time decide. Betul ke gitu kak? "
"Sayang, masa tak pernah menentukan apa-apa. Allah yang atur. Dengan izin-Nya. Tentang apa jua. Cuma masa itu memberi peluang utk kita usaha, doa, dan memperbaiki diri. Masa itulah yang Allah peruntukkan buat kita merawat hati."


Moga nanti kan kau fahami. 
Hikmah-hikmah yang ter-alir.
Moga jatuh bangun kita ini nanti kan men-senyumkan kita di ;
Syurga.

Tajuk Yang Aku Tak Tahu

Love is when the other person's happiness is more important than your own
H. Jackson Brown, Jr.
Duduk satu meja
Tapi mata menghadap entah kemana
Duduk satu meja
Tapi awkward taktau nak cerita apa
Duduk satu meja
Tapi semacam tak kenal entah siapa

Bukannya apa
Cuma rindukan saat dulu-dulu sahaja
Macam-macam benda semua nak cerita
Bertukar salam bertegur sapa
Ketawa bersama pelerai duka
Sentuhan kasih disulam bahagia

Kadang-kadang sedih melihat anak itu sepi tak bersapa
Walhal ibu & ayahnya wujud masih di depan mata
Adakalanya terkilan melihat sahabat kau duduk diam tak kata apa
Tatkala kau gian leka dengan peranti buatan dunia

Nanti disuatu masa
Andai jasad itu telah tiada
Aku takut kau tak sedar ditelan masa
Menyesal sudah tak kata apa
Waktu itu kau pasti meminta
Agar masa diputar kembali walau sekelumit cuma

Hargailah dia di depan mata
Selagi masa dipinjamkan Dia

You don’t choose your family. They are God’s gift to you, as you are to them.
~Desmond Tutu
**THE END** 

Wednesday 26 July 2017

It's All About Friendship

Assalamualaikum gais.



Sebelum apa apa, jawab dulu. Siapa kawan kau? Okay dah jawab kan? Teruskan membaca. Ada benda aku nak suruh kau buat.

Apa perasaan kau dan macam mana kau bertindak bila orang yang kau mengaku kawan, tak mengaku kau kawan dia? Orang tanya kau, "Siapa kawan baik kau?" Kau jawab "dia". Orang tanya "dia", "Siapa kawan baik kau?" tapi "dia" jawab orang lain. Okay sampai kat sini pun dah rasa sakit. Ada yang masih lagi boleh bersabar.

Mungkin ada sesetengah daripada kita pernah alami situasi yang macam ni. Lagi lagi bila kawan yang kita anggap kawan kita tu, berkawan dengan macam macam orang dan kau kenal dia pun daripada orang lain lepas tu jadi rapat.

Dalam kes ni, boleh lah dikira kau sebagai "syok sendiri" atau kalau nak tapis sikit bunyi kesian dia tu, jadi la "ss". Orang anggap kau kawan lepak gelak masa bosan je. Kau anggap dia kawan dunia akhirat sebab hanya boleh gelak sama sama sampai hentak meja, gelak sampai air liur tersembur. Dia balik terus tidur. Kau balik terus esoknya nak lepak lagi. Sedihnya. Haha.

Tu okay lagi. Kalau kau yang jenis berkawan dengan sikit orang bukan sebab kau sombong, cuma kau tak reti bergaul. Jadi, bila kau dah rasa selesa dengan seseorang tu, kau memang akan anggap dia kawan sebab tu jela kawan kau. Tak kisah lah siapa dia. Asalkan kau boleh kongsi semua benda sama sama. Bila dah kongsi semua benda, kau tak tahu yang dia pun kongsi semua benda dengan kawan kawan dia yang lain.

Kau akan rasa macam syok sendiri juga lah tapi kau nak buat apa? Halang dia berkawan dengan orang lain? Nak suruh dia berkawan dengan kau je? Silap. Memang kau kena tinggal lah macam tu.
Menjengkelkan juga lah "overly attached" friend ni.

Kalau kau pernah rasa macam tu, mungkin kau tak akan sampai tahap nak suruh dia jangan kawan orang lain tapi kawan dengan kau je, paling paling pun kau akan diam buat buat tak nampak je tak nak bagi hati sakit atau sedih.

Susahkan orang yang tak ramai kawan dan tak pandai bergaul ataupun yang mengaharapkan kawan orang untuk jadi kawan dia sendiri. Paling sakit bila kau ingat dia anggap kau satu satunya kawan rapat dia, tapi ada hari hari yang kau nampak dia tunjukkan kasih sayang dia pada kawan dia yang lain yang dia sendiri gelar kawan baik. Kau tidak.

Siapa je tak nak orang tanya seseorang yang dia anggap kawan baik dia, mengaku kau tu pun kawan baik dia juga. Dia punya rasa bahagia tu jangan cakap. Bagi aku, aku tak ramai kawan, tak pandai buat kawan, tak semua aku panggil kawan. Ada yang kawan biasa, ada yang aku anggap kawan baik yakni kawan rapat. Tapi aku tak suka tanya siapa kawan dia apa semua sebab aku sendiri tak yakin aku boleh terima atau tidak jawapan yang akan diberi. Aku cuma harap bila orang tanya soalan yang sama, jawapannya ada lah juga terselit nama aku. Nama paling akhir pun jadi la daripada tak sebut langsung.

Tapi ingat, tak semestinya orang selalu sebut nama kau kat luar, orang sebut juga dalam doa dia. Orang yang sebut nama kau dalam doa dia tu baru betul kawan baik.

Lepas ni tanya la kawan kawan kau, siapa kawan baik atau kawan rapat dia. Lepas tu dengar dia cerita pasal kawan dia tu. Kalau kau mengharapkan mereka sebut nama kau, tapi tak disebut, mesti dalam cerita yang indah tu kau rasa sakitnya umpama takda kawan. Haha.

Bagi aku senang je. Tak kisah siapa kawan kau, siapa kawan baik mahupun rapat kau, kau kena jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang kawan yang baik. Mereka yang kau anggap kawan tapi tak anggap kau kawan, biar je. Berkawan mana boleh paksa. Pastikan jatuh bangun mereka, kau ada. InsyaAllah, mula pada detik tu, mereka sedar, siapa kawan yang sebenar



**THE END**

Twenty Things

Banyak benda aku nak buat dan semestinya penuh tanda tanya.

1. Aku nak deactive account FB
2. Aku nak tukar no. phone.
3. Aku nak away dari lelaki yang tak pernah aku jumpa.
4. Aku taknak text kecuali zzat.
5. Aku nak pergi appointment gigi. Dan membuatkan aku gemuruh sebab takut kena cabut.
6. Aku nak hangout dengan kawan kawan yang takpernah aku hangout lagi. ( , sorry )
7. Aku tak nak BF. Ya , aku tak sambut valentine. Lagipun kat tv habaq jangan dok sambut.
8. Haram eh ?
9. No. 8 tak da motif.
10. Aku nak berterima kasih kepada mama kerana bawak aku tengok wayang.
11. berterima kasih juga kat papa sebab tolong bebel pasal bilik yang bersepah macam-tongkang-pecah-sampai-ada-burung-mati-bawah-katil. Ya, cerita benar.
12. Aku nak jadi loner buat masa sekarang.
13. No call, no text.
14. Aku rasa aku dah mention no, 13 tu,
15. Tapi takpa.
16. No. 14 dan 15 lagi sekali takda releven.
17. Ahh , aku nak kasi cukup 20 nih. AKu nyanyi dulu lah.
18. Like a g6..
19. Like a g6.. NANANANNA I'm feeling so fly like a g6
20. Okay dah cukup 20.

Dua Jiwa Yang Belum Ditemukan

"Lelaki, andai belum mampu memberi kepastian, jangan sesekali memberi harapan. Dan perempuan, andai belum menerima kepastian, jangan sesekali menyimpan harapan. Belajar mencintai dengan bijaksana. Sesuatu yang sering dilupakan oleh banyak manusia. Tidak ge.labah dan terburu-buru, tidak terlalu menampilkan isi hati, pandai menyiasati perasaan, berhati-hati dalam berucap, pandai mengatur logika. Cinta tidak akan menjadi sebuah keindahan bila diikuti dengan laku yang tidak santun. Belajarlah untuk memperlakukan cinta kita kepada orang lain secara terhormat." 

lalu aku menelusuri tulisan Bint Mohamoud. 
tentang ini.

“If you are a sister, are you ready to obey another human being knowing that obeying your husband (in lawful matters) earns the pleasure of Allah and is a means of entering Jannah (Paradise)? Are you also aware that making your husband angry, denying him certain rights or intentionally disobeying him, earns the wrath of Allah and the angels? Are you ready to make certain sacrifices for the sake of pleasing your Lord? Are you ready to share the worries, concerns and joys of your husband and make your home a sanctuary from the harshness of the outside world? Are you ready for a commitment that has serious religious implications? The Messenger of Allah (salAllahu alaihy wasallam) said: 

A woman came to ask the Prophet (salAllahu alaihy wasallam) about some matter, and when he had dealt with it, he asked her, 

“Do you have a husband?” 
She said, “Yes.” 
He asked her, “How are you with him?” 
She said, “I never fall short in my duties, except for that which is beyond me.”
 He said, “Pay attention to how you treat him, for he is your Paradise and your Hell.” 
(Ahmad)

dan ini. 

“If you are a brother, are you ready to surrender to your wife knowing the natural disposition of a woman? Are you ready to be the pillar she leans on, the one who will help her in her religion and support her in her worldly endeavours? Will you see her as your other half, the one that will share your happiness and sorrows or will you see her as inferior? Will you appreciate her accordingly and honour her for not just being your wife but also the mother of your children? The Prophet (salAllahu alaihy wasallam) clearly stated the duties of a husband and what qualities the ideal husband should strive for;”

Sungguh, 

“Marriage is not a light matter that should be rushed or underestimated.”

My Childhood was Awesome!


Aku sangat rindukan childhood moment aku.
Aku takperlu fikir masalah yang perlu aku hadapi,
takperlu hadapi masalah yang perlu dilalui.

Tiada perasaan apa-apa.
During your childhood moment, all you need to do is just playing with toys instead of expensive gadgets, plus eat and stay grow.
Follow your parents going to anywhere they want.
For me, my best present from my parents during child were just a big box of Faber Castell colour pencils. It was an expensive colour for me. A good colour.

Pencil colours + pencil + eraser + drawing block + study table + a chair = heaven

Sekarang ?

iPad + game = heaven gila babpig.

zaman berubah, maju.

**THE END**

Fafa Can't Sleep

I can't sleep,
Thanks RedBull. Thanks a lot. It's 12.40 AM. And I don't have much to do.
Nothing.
I'm sweating right now, because my room's temp are so damn hot.
I'm not gonna use that CFC air condition.

I'm hungry.
I want cadbury peppermint chocolate so bad !!

I got homework,
Do I have to do ? The answer is yes, but I would say no.

My eyes look so dull,
EYES, Y U NO SLEEP ?!
My brain is just like ''THE NIGHT IS STILL YOUNG..... "
And I was like '' defak.. ''

I want low fat yogurt drink,
My house has ran out of yogurt.
Damn, I forgot to tell my mum to buy a Nestle Bliss.
Stupid me-71-year-old-lady.

DEMMMMMMMMMMMMMM.

Tuesday 25 July 2017

I Used to be So Rempitz at Facebook

tetiba aku teringat zaman main facebook dulu do~ hahahahahaah!

Facebooker A : '' I hate rempitz ! Please don't add me ! If you do so, I won't approve you ! ''
Facebooker B : '' F*ck rempit. Piece of sh*t ''
Facebooker C : '' ReWmpIwtZ cAm ShiAL aH, mENcIkz tAo '' <---- tak sedar diri

Aku ni dulu pernah digelar budak 'terlampau kreatif' suatu ketika dahulu.
Tak percaya? Cer tengok balik post-post dahulu. Meremang beb. Meremang.
Tapi nak meremang jadah apa? Akuuuuuuu jugak yang post menda alah tu.
Ahh sekarang apa ? Bebel sorang2 kat blogging ? Eh sekarang twitter pulak hot?
Ahhh saks saks saks.

Bila sebut aje twitter, oh maaf,
Bila aku taip aje twitter, teringat pulak yang sebenarnya twitter WAYYYYYYYYYYYYYYY more ohsem dari Facebook. Wahahahha :D
Buktinya ? Oi, ramai budak budak fehbuk dah guna twitter.
Di twitter , kalau orang tu hot atau dikenali, ianya dipanggil twitfamous.
Tak pakai lah ayat 'Budak Hot Twitter'
Myspace ? Entah lah, dah lama aku tak dengar cerita.
Like a ghost town like a ghost town. (nada like a g6)

OKAYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY
keluar tajuk eytu perkara biasa oghayh?
So, i used to be a rempit when I was 12-13.
Haha why ? Pengaruh Myspace lah dulu. BAGI AKU LA, tulisan kecik besaq kicik besaq tu macam tarikan utama orang nak baca serta fancy.
Ntah apa pulak jadah fancy ini ?

Tapi sekarang tak dahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh *mata bulat, mulut nganga*
" hha,..bla ktew tgat blik an ayt nih''sy ingt nk bt date'' tuh..
waahaha..then,sdar lak yg dye tu kcik agy..ahakz..ngekk~
bdak tu lak mkin lma mghindari dri drpd ktew...wuhuu..=[
tp sbnrnya,itu hnya ilusi smata2..da lak nk bt date 12 tawun..
gyler..dpt taw kt ma ktew..10 cop jari mlekat kt pp nih ha..
haha...kcik2 da pndai mggatal a.k.a ngengade... ''

-dipetik dari post 19th of May 2009, blog Her Illusionist

ayat yang di bold itu merupakan 'kesalahan' dialek pelat yang melampau. FAILED.
Sekian.


**THE END**

Fafa Kuat. *Tunjuk Muscle*

''Kadang-kadang kita terpaksa lepaskan sesuatu yang amat bermakna kepada diri kita untuk sesuatu yang lebih baik ''

Kadang-kadang jugak, kita perlu tunggu masa yang sesuai untuk perkara yang lebih baik pada masa yang akan datang
Aku faham situasi aku macamana, bila kita dah meningkat remaja, makin banyak masalah yang kita kena lalui.
Hypothesis is accepted -_-

Kawan karib aku ada pernah kata kat aku ;
'' Zaman remaja ni lah best kau nak buat something awesome. You're still young babe, buat lah kesalahan, tapi jangan sampai merana time kau dewasa. Ada la batasnya, ''

Tak bermaksud 'membuat kesalahan' tu nak buat all the time.

So now, I am enjoying my life cuz tetiba eh mama ajak tengok wayang, papa belanjaaaaaaa wohoooooooooooooooooooooooooo . ( keluar tajuk )



**THE END**

Fafafififufu Fionafafa

Assalamualaikum.

sebenarnya post ni mengutuk orang tadi.. tapi aku tak sampai hati nak post. jadi aku pun delete and mulakan cerita baru.

Selalu nya bila orang tag aku , aku memang malas nak post entry.
Tapi kali ini aku memang tak ditag. Tapi gatai jugak nak ambik. Arghhhhhh.

Aku jenis suka describe diri aku sendiri. tu pasai la aku rasa nak melalut pi post. huak3.

1. Real Name : Nur Fahada
2. Nickname : Fafa/Faa/Fada/Fahada
3. Zodiac Sign : Leo
4. Male or Female : PondanFemale
5. Elementary School : Sekolah Orang Gila (11-selamanya)
6. Highschool : High School Musical :D (tipu di situ)
7. College : dah bagitau kan ?
8. Hair Colour : Black+ Dark brown
9. Tall or Short : I'm a tall girl
10. Sweater or Jeans : Sweater
11. Phone or Camera : or (maksudnya both)
12. Health Freak : *takmau jawab*
13. Orange or Apple : AAAAAAple
14. Do you have a crush on someone : Yes 
15. Eat or Drink : *ape punya soalan la ni*
16. Piercings : 2 jela cukup lelebih tashanggup
17. Pepsi or Coke : TigerPepsi


Have you ever...

1. Been in an airplane : You can pretend that airplane in the night sky are like shooting stars blabla. 
2. Been in relationship : Yes
3. Been in car accident : Alhamdulillah.. belum lagi
4. Been in a fist fight : Yes

semoga terhibur. =p

**THE END**

Blok Form 6 SM3KB Berhantu?

Assalamualaikum.. hey guys. Fuh. aku baru lepas settle-kan slide untuk pembentangan BM nanti.
maklumlah. STPM kan. Esok kena present lah pulak. bukan tu je. sejarah pun sama. haih. nasib baik lah aku ni power bab present-mem'present'. #fafariakteruk

ni aku nak cerita ni.. semalam kan aku stay sampai petang sorang-sorang dekat sekolah. (memang ni kira termasuk dalam rutin mingguan aku. hahaha) selalu okay je. eh tak jugak.

tengah aku melayan perasaan nyanyi lagu Wany Hasrita, aku tengok langit mendung je. lepastu angin kuat.

ah sudah.

selalu angin kuat okay je. tapi semalam.. dia punya angin tu lain macam do. aku rasa lain macam sebab since 2 months ago aku memang selalu lepak sekolah sorang-sorang.

ah lepastu dia pergi main pintu pulak. ey bengangnya aku. sudahnya aku malas nak layan.. baik aku layan Tajul nyanyi Sedalam Dalam Rindu.

haa lepastu aku teringat time bulam pertama aku dekat blok form 6 ni. time tu aku datang pagi gila. dalam 6:35am gitu. memandangkan aku memang form 5 dekat SM3KB tu and aku pun dah biasa datang awal pukul eman setengah gitu... aku pun selamba badak sumbu badak berendam naik lah kelas. korang bayangkanlah, kelas aku dahlah tingkat atas sekali.... fuh.. penat gila cinabeng.

lepas aku naik tangga tu, aku akan hadap kelas upper 6 cimos dulu baru kelas aku. haa ni klimaks dia. elok badan aku selari dengan pintu 6 cimos tu, aku terdengar bunyi macam ada orang baling meja dari atas ke bawah. kiranya hempas meja lah.

aku rasa kalau ada cctv kat koridor tu, pihak pentadbir atau pakgat dah gelak dah tengok aku bukak langkah silat sebab terkujat (terkejut).

lepastu? apa kau buat weh?

dalam kepala aku ada 3 benda je:

1. Lari balik turun
2. Terjun koridor
3. pedulikan lah. lantak lah dia. janji dia tak tunjuk kan diri.

no 1, memang tak lah. HANG TAU DAK PENAT GILA NAK NAIK TANGGA TUH. 4 TINGKAT GAIS! oh sorry tercaps lock. hehehe
no 2, aku tak mau jadi ahli neraka oi mati sia sia.
no 3, ni macam okay sikit. jadi memula aku beranikan diri masuk kelas cimos tu bukak lampu. nak kepastian actually. manalah tau meja dalam kelas tu memang dah nak jatuh ke..

bila aku bukak je lampu.. masya Allah... terkejutnya aku wehhhh!!!!!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
kelas tu kemas je. meja tak berterabur pun.. alhamdulillah.. tak ada entiti pelik. jadi aku masuk kelas sambil ditemani Bruno Mars - Grenade. hahahaha~

dan sejak itu, dan sejak ayah aku cerita blok tu memang 'keras', aku datang sekolah sekarang tepat pukul 7. hahahaahah!

tapi stay petang sorang-sorang aku okay je. setakat benda tu kacau-kacau manja, lantak lah. dengki apahal, aku nak duduk cari ilham menulis je.

dah ah. aku nak fikir cerita apa nak tulis dekat entry lepas ni. ingat malam ni nak post entry lebih sikit. haahahahahah!

**aku tengah mengidam laksa penang terok~

**THE END**

Sunday 23 July 2017

Shopping Seorang?

Assalamualaikum *nada serius*

Bila aku dah kedepan, aku takkan kebelakang balik. Prinsip beb. Prinsip..*tiba-tiba*
***
Shopping sorang-sorang ni sebenarnya lagi bagus kalau nak shopping dengan kawan-kawan atau family.
Kita boleh beli barang dengan tanpa gangguan, pada masa yang sama kita boleh teliti barang-barang contohnya baju sama ada ia berkualiti ke cantik ke, matching ke.

Yang takbestnya bila shopping sorang2 ni nanti kita akan jadi awkward dengan orang sekeliling.
Tambah-tambah ada sekumpulan lelaki hensem terpesona-macam-zayn-malik-aaron-aziz tetiba pandang kita dengan mengangkat kening 60 darjah. Awww cair la bangggg.

Aku suka sangat buat macam ni. Peace wat lek wat pis je.
At the same time jugak, kita boleh buat apa yang kita suka bila nak shopping. Senyap je, so bila shopping sorang mestilah cepat habis. Ce shopping dengan kawan, fuh mahu berjam-jam. Setakat shopping sorang pun dah nak dekat 2 jam. ==' Perempuan ada 9 nafsu ok? Semua rambang mata, Tapi aku ni jenis pilih satu saja yang berkenan.

Tapi aku tak selalu la shopping. Tak main la setiap hari setiap minggu aku shopping ni.
Anak orang kaya boleh ah setiap hari, baju semua branded branded.
Aku ? Aku camana pun tetap bersyukur baju apa pun. Janji lawa dan match. I wonder how teenager nowadays boleh dapat sehari RM 200++ untuk shopping sahaja?
Bertuah ? No no, for me, kalau aku dapat, aku simpan kot. Mana tahu esok besar tetiba tadak duit dah, habistu meroyan tak tahuluan sebab dah terbiasa dapat duit dari parents.

Ah sudah aku dah lupa aku nak bagitahu apa benda pasal shopping sorang2 ni. Tu la melalut tak tentu hala.

***


Ok dah aku nak out. aku rasa blogger sekarang dah tak best macam dulu. *bak kata Ayeem*
ye lah, sunyi je. Lain lah kalau Hanis Zalikha punya blog. Dan orangnya pulak lawa kemain. untung suami dia. amboi, main suami2 kau min.
So konklusi nya aku nak buat diari sahaja akaun blog ni. Ya, diari terbuka membolehkan orang baca.
Tak faham?
Nampak permainan dia?
Ok bye. untuk pengetahuan blogger suma, saya demam hari ni sebab esok sekolah dan esok ada exam BM. Sumpah demi Allah aku tak tipu weh. Aku demam sebab terkejut. Aku takut kot soalan tu susah. and aku takut cara aku jawab nampak ciri ciri nak fail. apa jadah kalau aku jawab STPM macam ni jugak?
I WORK AT MCDONALD.  oh god... why...

**THE END**

Saturday 22 July 2017

Dulu vs Sekarang

Assalamualaikum haii!!!!!!
Dulu lain Sekarang lain... Tapi situasi ni membuatkan aku rasa nak buat entri dulu dan sekarang. Apa yang aku buat dulu ? Sekadar budak hingusan la kalau nak ikut era globalisasi zaman sekarang. Budak-budak zaman sekarang... haa, takyah cakap pun korang dah tahu kan kan kan ? err. 


Dulu
 


1. Ikat toncang hairband warna warni time darjah 1 hingga darjah 5. Ya, aku stat pakai tudung darjah 6. Tu pun mau takmau. Aku ingat lagi paksu pernah balon aku tak pakai tudung. Time tu aku just "Kisah pulak aku ?"

2. Tudung herot tak kisah pun time tu. Jadi ke tak jadi ke aku buat muka inesen. Apa jadahnya nak cantik-cantik time tu ? 

3. Botol air yang paling ranggi dipandang tinggi. 

4. Begitu juga beg roda yang paling ranggi. Emm, time aku sekolah rendah dulu, bagi pelajar perempuan, beg barbie ialah beg yang diidamkan. Jadi, memang jangan tanya lah .. Aku dulu ada beg barbie warna pink merlik. Ya, aku dipandang tinggi ketika itu. 

5. Penggunaan kata ganti nama diri ialah " Hampa " dan " Kami " 

6. Kasut magnet prap prap. Ape jadahnya nak pakai All Star ? 

7. Ketua darjah sangat digeruni ketika itu. Sapa bising and berjalan kena tulis nama. Pastu nama-nama tersebut kena bagi kat cikgu kelas. Then cikgu kelas panggil pastu kena rotan depan orang ramai. Sistematik bukan ? 

8. Cikgu suruh buat kerja semua buat. Cikgu suruh catat, memang catat besar-besar tau habaq mai! 

9. Dulu kelas muzik and time Pendidikan Jasmani sangat best. Ye la, sbb time tu la budak-budak nak main main pon kan ? 

10. If kena denda muka semua muka 100% bersalah. Siyes taktipu. Esp bila kena berdiri atas kerusi, ketuk ketampi dan duduk kat luar kelas. Sebab ? Tak bawak buku text je. 

11. Kalau boleh semua buku nak bawak. Sebab tkathu nak ikut jadual. " Eh, eh kenapa cikgu bagi kertas yang ada tulisan BM,BI, M3, PJ ni ? Apa semua ni ? " - jadi kesimpulannya beg sekolah sangat berat. Bila mama suruh buang buku sikit, kata " Tak , takboleh nanti kena denda " #takutdenda 

12. Setiap pagi papa aku tolong kejutkan. Tapi bila lewat, aku tak pergi sekolah. Heaven nya time tu. 

13. Zaman kegemilangan pencapaian akademik semua 100% markah ! 

14. secret admire semua pakat takmau bgtahu sebab malu. 

15. Wajib bawak tisu 3 helai, botol air isi air masak kadang-2 air manis, pastu duit RM1 je. 



Sekarang 

1. Pakai tudung sekolah sebab tudung sekolah jadi. (bagi perempuan la, lelaki aku takda pengalaman ok?) 

2. TUDUNG HEROT??! Ahh , menci tawww tudung ni. Erm, kena buat jugak sampai jadi. If seterika 10 kali takjadi, ha 10 kali la lagi la kau seterika tudung. Bila tudung hangit, hangat satu badan. 

3. Botol Air liat nak bawak, konon takcukup masa nak bersihkan botol la,nak isi air lagi la. 

4. Beg BodyGlove adalah beg yang paling ramai pemakainya. Nipis je. Sapa bawak beg roda ? Ehhm,ntah tak pernah jadi lagi. 

5. " Aku " , " Hang " , " Kau " ? Mana ada la, panggil babi sial pon dah normal okay ? 

6. Kasut diidamkan ialah All Star dan Supra. Sebab ? Paling mahal je. Sapa pakai kasut prap prap dianggap skema yang melampau. 

7. Ketua Tingkatan satu kepala, " hang bising heran apa? " dan suka memerli cikgu time mngajar. Sebab dia kan berkuasa ? ;X 

8. Cikgu bagi kerja skolah semua merungut. Konon ada kucing beranak kat rumah, kucing dia main kayu tiga dgn kucing betina lain lah. Macam-macam alasan. 

9. Kelas PJ ialah kelas yang paling boring. Malas nak riadah, bila cikgu panggil turun main riadah semua muka cuka (perempuan je kot, lelaki tak kan ?) , pastu time PJ ni ialah time yang paling sesuai nak buat kerja sekolah yang belum disiapkan. 

10. Kena denda muka nak makan cikgu,nak maki cikgu. Ya Allah, dah realiti kan ? 

11. Kalau boleh buku suma tknak bawak. Kena denda? Ala, lari kelas je, apa susah ? So, pergi sekolah beg nipis je. Ntah-ntah bawak phone je ? 

12. Ha, setiap pagi mestila kejut sendiri guna phone alarm tu. Ok yang ni je boleh nak bangga daripada statement yang lain. Hampeh je kan. 

13. Gagal semua mata pelajaran muka cool je beb. 

14. If ada kita minat seseorang tu, pakat bagitahu habis kat kawan " Weh, aku minat dia la. Cool aww aww. Alaaa, tu la yang orang panggil dia PakLebaiAnakCikAli.. " 

15. Tisu mintak kat kawan chinese. Duit mintak RM 5 sehari konon makan bnyak ,padahal nak beli topap. 

ya, 90% berbeza dulu dan sekarang.

P.s ; Berikut merupakan kepada sekolah harian biasa sahaja. Mungkin tak semua macam ni.. :) chillex 


**THE END**

Friday 21 July 2017

Crush Dalam From 6


Assalamualaikum. Haiih. Aku dah tak tau ni post entri aku yang keberapa..
ni semua sebab si sofea lah ni. (hahaha aku tak tahu kenapa aku suka panggil Sofea instead of calling her Farra. comel plak.)

tapi entah kenapa aku rasa syok sangat sampai kena mandi wajib. ghairah sangat lah kot. (ah muhong ja)

so untuk post yang terakhir ni.. (harap harap lah).. aku nak cerita pasal crush aku yang Sofea panggil dia jang. aku tak tau lah nak cakap apa pasal jang ni.

"bongok lah kau ni. kau cerita la macam mana kau suka kat dia bodo."

alaa tak payah lah marah. ni kan blog aku. sukati aku lah nak tulis apa pun. hahaha! okay lah aku cerita macam mana aku kenal dia.. actually aku dah lama kenal dia. em em em...  lama lah 4 tahun dah. ihiks. hahaha! selama ni aku follow update pasal dia semua kat facebook je. dia wakil sekolah sana sini semua aku tau dari facebook dia. tapi time tu aku tak minat dia. aku just suka nama dia je. and aku pun tak ingat yang aku pernah jumpa dia. dasar pelupa. aku minat dia since orientasi form 6. aku nampak dia dalam dewan. maybe sebab dia charming sangat dan dia ada ciri-ciri lelaki yang aku idamkan mungkin. 

"panjang sangat cerita kau. skip terus macam mana kau boleh fallen in love dekat dia"

okay, alkisahnya begini. time aku aku tengah lepak dekat astaka sebab ada satu perjumpaan ni tetiba kena cancel. so aku malas nak masuk kelas jadi aku lepak lah. dia pun ada jugak dekat satu sudut astaka ni dengan budak aspura. lepastu dia ada satu benda yang menarik minat aku. ada ah... mana leh gitau. dari benda tu lah aku dengan dia start sembang and tegur and jadi kawan... and kitorang pun suka sembang pasal benda tu. ada minat sama weh

"ooo macam tu. apa yang ada dekat dia sampai kau tangkap cintan do?"

entah lah.. maybe sebab senyuman cute dia dan sifat matang dia kot? dia ni sekali pandang nampak sombong. dua kali pandang nampak charming sangat. nak-nak bila kau dah rapat dengan dia.. awh... rindunya awak!

"kau nak berharap ke?"

kau tau kan berharap tu sakit.. Kata Amir Mukhlis, jangan terbang tinggi, nanti jatuh kan parah.. tapi bagi aku, kalau kita tak cuba berharap.. sampai bila bila kita tak tau hasilnya.. sekurang kurangnya kalau kita gagal, kita dapat nikmat mencuba tu. so dipendekkan cerita, tipulah kalau aku tak berharap. tapi harapan aku tu tak tinggi mana. cuma tulah.. bila aku nampak dia.. aku jadi tak keruan. 

ish dah lah aku taknak cakap pasal ni lagi.. nanti aku banyak merepek.


**THE END**

Tinggi Sangat Ke Darjat Kau?

hai , assalamualaikum semua blogger :)
hari ni saya Fafa, takkan merapu dan akan terus serius dalam hal ni
sebab saya tak suka orang yang berbanding banding dengan darjat

nak aku translate ka apa tuh darjat ?
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
Ya laaa , aku translate !

menurut dewan bahasa dan pustaka , darjat ialah
sebagaimana yang biasanya ditentukan atau dipengaruhi oleh asal keturunan, kekayaan dll.tingkatan kedudukan (dlm pengertian yg luas)

aku akan tekankan di sini dari segi kekayaan dan kedudukan
aku nak nak bagi ceramah , aku pun tak perfect
so just nak bgtahu my opinion sahaja

normal lah kalau opinion itu ada yang taksuka kan ?
okay mari aku kasi satu situasi laa

ada seorang budak perempuan ni
dia kaya semua orang tahu
ibu bapa nya orang orang berada
aku tak hairan lah
so ada satu hari ni , dia show off something
kepada kawan kawannya
i don't really know la apa yang dia nak show off tu boleh buat dia jadi artis red carpet ka
aku pun taktau
pastu kutuk kutuk orang kat budak yang berpakaian tak berjenama
atau lebih senang
kutuk orang yang lowclass dari dia

mak oiiii ..taksukanya aku .
manusia semua sama
dijadikan daripada tanah
ada akal , ada mulut
bila hidup , semua akan mati
kita hidup untuk mati ok ?
*pesanan ini dipetik daripada pengetua sekolah aku.  time perhimpunan rasmi. ahh ngantuk gila time tuh.

----

lepas tu satu lagi..
aku sering kali nampak ayat nih
time aku blogwalking
ayat dia tulis header lagi .
macam nih :

'' If you don't like or hate me , just go to hell ''
'' This is my blog , my blog my way ''

pastu mencarut sana sini

amboiiiiiii , sedap bahasa ?
ingatlah kawan kawan
budi bahasa budaya kita

ahh , tensyen tensyen -.-



**THE END**

Mengata Kata Kata~

Assalamualaikum Hi~

untuk pengetahuan anda ,
mengata juga merupakan satu 'tradisi' bagi masyarakat kaum melayu
kenapa aku tiba tiba serius ?
no more theMelalut dalam entry ni pelis .

dalam 2 hari lepas
i was soooo not in mood
why ? why ?
dan untuk pengetahuan anda kepada yang bukan lagi
dalam zaman persekolahan ,
zaman persekolahan la ni, memang ramai sangat cikaro yang
BODOH/STUPID/MORON
*nak lagi bahasa cina / kadazan / india ?

maaf kalau tersasar bahasa
kenyataan memang begitu
ingin ku beritahu HANYA SEBERAPA SAHAJA !
jangan nak terlalu terasa
pelis faham . Aku nak lepas geram sat

Di ws hari tu ,
aku dengan my group
just sembang about pelajaran . suddenly suddenly ,
Aina , throwback kisah dia dengan YJ kat seminar Baron.

Aina : Min, kau tau dak ada orang tanya aku pasal kau masa kat Seminar Baron tu

Min : Siapa ? dia kata apa?

Aina : dia duduk sebelah aku , tapi seriously aku taktau dia sekolah mana

Min : Apadia ?

Aina : dia kata cam ni '' Weyy , ko kenal tak Yasmin Johan dari smkkb ? '' so , aku jawab lah '' Kenal , she's my friend '' then dia tanya '' Dia ok ke kat sekolah ? '' aku jawab la " dia ok je . Asal ? '' then tanya soalan wartawan lagi '' Dia tu mix kan ? '' '' Yup .. dia mix '' then wartawan tu kata lagi '' Dia ingat dia tu bagus kot.... '' kau tau min . aku tersentak . 

Min : habis tu kau kata apa lagi ?

Aina : aku kata '' kenapa dia buat apa kat hang ? '' then budak selenge tu jawab '' Takda la , dia fikir dia bagos kot . Nyampah gile ''

Min : Oo , kau agak2 dia sekolah mana ?

Aina : Tu la , aku agak2 dia sekolah Smk Ayer Hangat kot .

Min : thanks for your information 

Aina : Kau tak rasa apa2 ?

Min : aku ok je . Dah biasa

----------------------------------------------

maaf lah kawan2 ,
sesiapa yang terbaca ni
seriously aku nak minta maaf kalau apa2 benda yang aku lakukan
korang tak suka dan meluat
tegur je.
AKU BENCI PENGECUT MACAM MINAH YANG KONDEM ARWAH MIN TU .

sudah , entry menyayat hati bagi ku kali ni.
al fatihah Yasmin Binti Johan ;")


**THE END**

Gosip?

Assalamualaikum hai!

Amenda gosip ni?

menurut kamus oxford edisi lama muka surat 539..

jap aku translate untuk kasi senang korang baca
'' casual talk about the affairs of other people , typically including rumour and critical comments ''

ex 1: Don't believe all the gossip you hear
ex 2: She's too fond of idle gossip
ex 3: It's common gossip that they're having an affair.

lagi satu bagi yang otak lembap sikit
'' gossip is informal writing about people and social events , eg , newspaper or letters . ''

amacam english aku ? hebat tak ?
boleh dapat A kot ?
[ hotak hang, aku dapat B+ tau baru-baru ni english SPM .. kecewa gila]
apa kena mengena gosip ni kat belog aku ?
mengata korang laa
orang malays ni gossip namber one .
tak tau ? hampa bukan malays kot ?
HAHA . suka aku elaborate pasai korang..
kalau korang tak tau . p la gugel .
senang cerita . Happily Ever After . Happy Deepavali .
ok ok . tak tak .

apa apa pun sila meng*fikir apa entri ni .
apa ? salahkah professor bahasa melayu buat ayat ni?
mengfikir ? dipermikiran ? mengefikirkan?
fikir la sendiri .


**THE END**