Monday 6 March 2017

iluvislam : Ketawa Penawar Terbaik?

Perkongsian daripada : iluvislam









Laughter is the best medicine. Pepatah Inggeris ini mungkin tidak asing lagi pada pendengaran kita.

Maka, berpasakkan pendapat bahawa ketawa itu penawar terbaik duka, mutakhir ini kebanjiran program televisyen berbentuk program realiti dan filem komedi semakin mendapat tempat di hati rakyat tanah air.

Persoalannya, adakah benar ketawa itu boleh mengubat duka atau hanya sekadar propaganda media bagi menaikkan rating rancangan televisyen?
Rendahnya Mutu Lawak

Indah dan sempurnanya Islam itu kerana ia mendidik bagaimana kita menjalani hidup kita. Dari sebesar-besar perkara yang melibatkan pemerintahan sesebuah negara sehinggalah dalam hal sekecil ketawa, semuanya lengkap terkandung dalam syariat.

Ketawa itu tidak pernah menjadi satu kesalahan dalam agama. Ditegaskan lagi, ketawa itu bukanlah satu kesalahan. Malah, terbukti secara klinikal, apabila ia mampu mengurangkan tekanan perasaan dan membantu kesihatan jantung.

Akan tetapi, jika disorot kembali program televisyen yang berasaskan komedi lawak jenaka yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di tanah air kita, seakan-akan belum diketemukan dengan satu lawak jenaka yang mendidik.

Tidak keterlaluan jika dikatakan hampir kesemuanya lawak yang mengajak para audiensnya hanya tertawa berdekah-dekah, terkeluar air mata sehingga menekan-nekan perut bahana dahsyatnya tahap kelucuan komedi mereka, tetapi isinya hampas.

Bagai kata pepatah, lebih sudu dari kuah. Itulah yang masyarakat kita bangga-banggakan dan war-warkan sebagai ketawa penawar terbaik duka.
Kesan Ketawa Berlebihan

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu, beliau berkata : Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda:
“Janganlah kalian banyak tertawa, kerana banyak tertawa akan mematikan hati.”
(Hadis Riwayat At-Tirmizi no. 2227, Ibnu Majah no. 4183 dan dinyatakan sahih oleh Al-Albani dalam Sahih Al-Jami’ no. 7435)

Panduan Terbaik Sepanjang Zaman
Jadi, apa yang boleh dijadikan panduan?

Teguran dari Allah yang bermaksud :
“Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit dan menangis yang banyak, sebagai balasan terhadap apa yang mereka selalu perbuat.”
(At-Taubah : 82)

Dari Aisyah binti Abu Bakar radhiallahu anha, beliau berkata:
“Saya tidak pernah melihat Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam tertawa terbahak-bahak hingga kelihatan tenggorokan baginda, baginda biasanya hanya tersenyum.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari no. 6092 dan Muslim no. 1497)

Lihatlah betapa indahnya akhlak yang dipamerkan oleh qudwah kita sepanjang zaman. Apakah tidak terkesan lagi di hati bila dibuat perbandingan dengan diri sendiri?
Mengambil Ubat

Ubat, jika diambil mengikut portion yang ditetapkan, ia menjadi penawar buat sakit yang dihidapi. Tetapi, jika over-dosage, ia akan memudaratkan pesakit.

Sama seperti ketawa, jika ketawa dengan bersederhana dan berpada-pada, ia menjadi penyeri hidup kita. Tetapi jika berlebihan, ia bakal membawa mudharat khususnya kepada hati.

Tuntasnya, bersederhanalah. Apa sahaja yang dibuat dengan melampaui batas, bakal membawa kerosakan dan mudharat.

Senyum itu satu kesederhanaan. Kesederhanaan yang sangat indah.

**THE END**

Thursday 2 March 2017

La Tahzan, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia..

Assalamualaikum! Sekadar perkongsian untuk semua!!


la tahzan
Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.
Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.
La tahzan.
Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.
Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.

Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.

Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.
Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.

Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya.
Ya, percaya.
La tahzan.
Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum.
Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
Just beside you.
Selalu.
Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears.
InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.
Tak mudah. Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.
Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu.
“Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]
La tahzan. Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.
“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]
Dan ingatlah,
“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-
La tahzan,
Jadilah wanita yang paling bahagia! ðŸ™‚
 
**THE END**