Monday 23 June 2014

Malay Drama Die Hard Fan *cheeze*

 Assalamualaikum. hi!
wah! lamanya aq tak update post kat blog ni kan? *sedih* haha!
maaf la ye.. bukan apa, sekarang ni aq memang tgh busy.. (busy dengan buah hati) ceewah buah hati bantainya. takdelah buah hati. tapi aq sibuk dengan artis kegemaran aq ni. well, Amar Baharin and Izreen Azminda. haha.. kenapa? nampak aq ni mcm gila ke? aq tau lah aq ni nampak macam gila sebab minat satu drama tu over sangat. ok ni yang nak cerita ni. nak kasi basuh sikit orang2 yang salah faham dengan aq ni.
this is me.. aq memang seorang yang minat dengan drama melayu. (tapi tgk lah.. kalau jalan cerita mengarut or tak best, aq takkan tgk.) tapi tulah, kalau aq dah minat dengan satu cerita tu, aq memang akan minat betul2 and akan nak ambik tahu setiap scene.. kalau boleh memang taknak bergerak dah dari depan tv tu.. do diam2... hahaha! tapi kalau takat tu okey lagi. macam aq ni, kalau tertinggal even 1 minit pun, aq memang akan gelisah sampai lah aq boleh rasa tenang. macam tadi, waktu tu aq dekat kelas tuisyen. kelas aq habis pukul 7, waktu tu KTAR dah start.. aq memang gelisah memanjang..... huhuhuh ok close this story.. hope korang faham eh.. kadang2 aq memang annoying... ;)

**selit-selit**
korang tahu kan yang sekarang ni drama KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN (KTAR) tgh hots..  apa pendapat aq tentang drama ni? hhmmm... bagi aq kan, ktar ni dia lain dari yang lain.. (bagi aq lah) dengan watak #IndahHalina (izreen azminda) yang neutral seakan akan mcm tak bace dialog tu memang tip toppp.... #TajulRazin (amar baharin) pun bgus jugak... dia memang pandai tarik hati peminat dengan ayat, mimik muka, bahasa badan and so on..aq pun dah terikut jatuh cinta dekat amar baharin a.k.a abg zen a.k.a merak kayangan a.k.a tajul razin... hik hiks... ok ok
dah puas mengarut ni... ok bye!

sweet couple ever!

jgn lupa tgk ok kat TV3 pukul 7 tauu2

one of scenes in KTAR

cuite faces!

**THE END**

Saturday 14 June 2014

Izreen Azminda a.k.a Indah Halina

Assalamualaikum! hi!. so, untuk post yang lepas aq share pasal hero Kerana Terpaksa Aku Relakan, Amar Baharin a.k.a Tajul Razin. hari ni aq nak share pulak pasal heroin dia.. dia ni seorang yang lawa, cantik dan manis..

SHE'S IZREEN AZMINDA
ni sikit pasal dia.. sorry lah kalau ada tersalah information.

  •  Nama penuh: Izreen Azminda Aznam
  • Nama Popular :  Izreen Azminda
  • Tarikh lahir: 30 Ogos 1985
  • Umur :  29 tahun (2014)
  • Tempat lahir: Kangar, Perlis
  • Pendidikan: Diploma Kewartawanan Integratif, Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)
  • Drama: 
    • Sesuci Cinta Sofia
    • CID 3278
    • Gerak Khas
    • Atiqah Najwa 2
    • Dilema Wanita
    • Air Mata Maria
    • Pasrah
    • Pria
    • Bella
    • Gila Auto Cinta
    • Apa Kata Cinta
    • Sedetik Aku Berpaling
    • Nenek Kebaya
    • Puteri Arora Beradu
    • Ragam Menantu
    • Gelora Di Hati Sara
    • Pasukan Gerakan Marin
    • Isabella
    • Juvana
    • Mendongak Ke Langit
    • Tentang Dhia
    • Penjara
    • Tanggang Ayu
  • Laman Sosial
  • Pencapaian: Tempat ke tiga, Dewi Remaja 2005/2006 
bagi aq, Izreen ni, dia cute, and manis. aq first time tengok dia kat tv, cerita tanggang ayu.. sebenarnya banyak je cerita dia yang aq tengok. cuma aq betul2 kenal dia kat dalam cerita Tanggang Ayu. lakonan dia macam real doh.. lagipun aq tengok dia boleh bawak macam2 watak. senang kata serba boleh la.. jahat baik semua boleh. haha! kiranya aq bagi 5 star laa untuk lakonan Izreen ni! Bila tgk dia kat #KTAR, pergh! best gila dengan watak dia yang clumsy and ckp laju.... serious cute!!!
sampai sini jelah aq nak cerita pasal cik Indah Halina a.k.a Izreen Azminda ni.. sebelum tu, gambar dulu....

Indah Halina.. suka tgk dia jdik Indah!!


with Tajul Razin @ Amar Baharin

perfect match!

Funny!

Indah Halina and Tajul Razin


Cutie

with Tajul Fahin, Tajul Razin, Tajul Zahin

**THE END**

Amar Baharin a.k.a Abg Zen ♥

Assalamualaikum hi... hari ni aq nak review sikit pasal hero kita yang sedang naik populariti nya nih..

He's Amar Baharin....
memang dulu waktu aq layan Anak Wayang, adalah minat dia.. tapi kejap je. lepastu sekali lagi aq nampak dia eluar tv waktu dia berlakon dalam cerita Ekspress Dania.. alaa yang Elfira Loy berlakon jadi pramugari bas.. haha
selalu kita tengok amar jadi 2nd hero,watak antagonis atau watak sampingan....so.. sekarang ni tengah hot jadi hero drama KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN #KTAR novel adaptasi karya umie nadzimah....
bagi yang x tahu lagi...novel nih terbitan karyaseni..
for me.....Amar ni very talented young man.. bukan senang nak bawak pelbagi watak.. especially antagonis.... tapi bila amar pegang watak tu...selalu menjadi tau...n still kekalkan kehenseman dia..hahah! melebih nampak..

ni sedikit biodata pasal Amar..kalo ada silap..maaf ek...

  • Nama Penuh: Amar Mohd Baharin
  • Nama Popular: Amar Baharin (sekarang nama glamour Tajul Razin @ Abg Zen)
  • T.lahir : 1 julai 1985
  • Umur: 29 Tahun (2014)
  • Bangsa: Melayu
  • Asal: Kajang Selangor
  • Menetap: Kuala Lumpur
  • Pekerjaan: Pelakon dan Model
  • Pendidikan:
    • SMK Bukit Bandaraya
    • Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan
    • Graduan jurusan kejuruteraan elektrik UITM Shah Alam
  • profile laman sosial:
apa pandangan aq & peminat pasal Amar.

  1. handsome..of course.. haha
  2. charming . (dia memang romantik nampak gaya lah)
  3. mata dia tu. lawa...
  4. friendly.. yeah, aq memang tak pernah jumpa dia. tapi tgk gaya dia yg suka sgt retweet tweet fan dia)
  5. talented ( dia ni boleh bawak macam2 watak... love him!)
drama2 lakonan Amar Baharin

  • tv3
    • kalimah jiwa
    • ramadhan jangan tinggalkan aku
    • mayang mengurai
    • laila manja
    • kerana terpaksa aku relakan
    • diari azura
  • astro:
    • mimi mencari cinta
    • khurafat the series
    • patah seribu
    • anugerah dendam terindah
    • kau & aku
    • ekspress dania

sekarang ni memang aq dah minat gila dekat Amar sebab lakonan dia.. memang best.. seriously feel.. haha!
ok. before aq end penulisan aq, jom usha sikit gambar dia..

Senyuman yang mencairkan peminatnya.. haha

Tajul Razin and Indah Halina
**Kerana Terpaksa Aku Relakan**

handsome!

with Izreen Azminda


Sweet Couple! ♥

Kerana Terpaksa Aku Relakan Akasia TV3

Tajul Razin a.k.a Abang Zen.. ah!! sweet smile!

note : sumber maklumat dari blog lain ni..

**THE END**

        

Sunday 8 June 2014

Cuti sekolah? Bila Habis?

Assalamualaikum! hi! tak tidur lagi? awat? hhmm busy online le tu.. tak pun tgh usha blog aq an? haha.. ok tak kira lah korang tengah buat apa. bagi yang student tak kira la primary ke secondary ke, kindegarden ke, aq tau korang tgh syok cuti kan? haha same la.. bagi yg dpt cuti 3 minggu tu.. tahniah sebab aq kena korbankan 3 hari cuti pertama aq kat kelas tambahan... sedih2!  lepastu aq memang tak leh gi jalan kemana sebab aq ada tuisyen. tapi tulah dalam cuti2 ni aq rindu jugak ngan geng2 aq #Hazaizfa #Badiz ngan #Hananina.. dalam masa yang sama aq malas nak gi skolah... kakaaka! yelah.... budak cerdik.. hhmm.. cari story sat.. haa! ada 3 story disini..

story yang pertama
aq tak ingat la bila.. tapi weekend minggu lepas. aq pergi birthday party rumah hanah, adik angkat aku (mak dia kakak angkat aku.. cerdik kan haha) sampai je sana, aq kena peluk ngan dia adik hanah.. hhmm tangan kosong x de hadiah.. eyheehh.. aq dah bagi dah kat dia.. fb.. haha!

lawa tak? hhmm biasalah~ aq edit... semua lawa.. hhaaaha

hehee party tu memang happening.. family dorang pun gila2.. mana taknya, dari yg umur 2 tahun smpai lah yang dah masuk uni, siap main pepsi cola, musical chair (tu termasuk aq) hahaha.... lawak.. then mcm2 lah.. memang enjoy..  (kak win kate nak bawak aq gi iCity.. hurm biloo eh?? haha cam budak2 ahh aq ni)

Story yang kedua
ptg tadi aq saje main ask fm ngan adik crush aq... sebab anonymous kan, aq pun pulun ckp kat dia mcm2. aq minat abg dia ahh, aq suka abg dia ahh bla bla... pastu aq nak tanye dia ape ntah ter untick pulak anonymous tuu maluuuuuuu syiall! jadik aq agak gabra dan cuak disini.. **second story end**

Story yang ketiga
aq tegur dia! finally! yay! syg dia.. hahaha


kenapa? memang lah aq takde story.. mengarut ke? well pasal life aq.. memang lah mengarut.. cuba korang kat tempat aq baru korang akan paham..srs ni... hhmmm too many things happenin' my life since i was born in 1999...  too much thing yang aq hadap.. cinta monyet, cinta beruk, semua aq dah pernah rasa.. mmg x feel pun. tapi bila aq jumpa half of my soul, aq happy. cuma aq sedih he's taken and will engaged after aidilfitri.. bukan jodoh aq kut... tapi aq tetap doakan kebahagiaan dia... srsly! tapi dalam hati aq aq tetap harap dia.. bak kata lagu nomad, aku tetap menantimu.. cewahhhh... ok bye.. before that.. ape yg aq rasa skang.. nahh layan, Nomad-Tetap Menantimu

Seriously , when i play this song and tears on sleeve  
. 


**THE END**

Wednesday 4 June 2014

Dia yang ku pilih

Assalamualaikum! hi!
tgh2 malam macam ni aq terasa nak menulis la pulak. sebenarnya aq tgh down. disebabkan aq anak tunggal dan aq takda tempat kat dlm rumah ni nak share masalah and cerita, so blog is the way. bagi yang follow up blog aq (walaupun secara silent,) aq tahu mesti korang tahu siapa yang aq pernah suka.. well aq pernah post kat post2 terdahulu. termasuk bomba poyo tu.. (sila rujuk older post).
tapi tu semua aq suka sebab paras ruma and lidah manis dorang.. memang bukan taste aq. sebenarnya aq dah pun jumpa dengan si 'dia' yang aq idamkan. tapi maaf lah. aq tak nak cakap siapa sebab aq nak biarlah aq dan beberapa orang yang percaya je tahu. aq tak nak benda ni nanti jadik isu yang sangat, sangat besar. seriously, aq cakap, first time aq jumpa dia, aq memang dah jatuh hati dekat dia. tapi hati kan, boleh je berubah... yelah aq pun mula2 fikir camtu. tapi lepas 4 bulan, aq jumpa dia balik dlm kem pengawas sekolah aq. seriously aq memang happy, hati berbunga. tak dinafikan. then bila tgk dia imamkan solat berjemaah, bercerita, handle program, dia senyum, aq terus.. jatuh cinta dekat dia. aq jujur sebab aq dah tak boleh nak simpan. semakin aq cuba pendam.. perit. hari last kem pengawas tu, aq happy sebab aq dapat bercakap dengan dia, gelak dengan dia. walaupun dia tak dapat rasa apa yang aq rasa, aq tak kisah. aq happy. then aq dapat tahu yang dia is TAKEN.. jujur jantung aq ni tak ubah macam dihiris pisau rambo, disimbah asid dan di siram kuah gulai lemak cili api. perit, pedih dan sakit. aq tekad nak lupakan dia. sebab kalau aq terus mengharap dia pun tak guna jugak. dia dah ada pilihan dia.. aq memang kena undur diri. tapi semakin aq nak lupakan dia, semakin tu dia sering hadir dalam bayangan, dunia realiti, dan mimpi aq.. sometimes aq bahagia, sometimes aq menderita. sebab aq betul2 sayangkan dia. mungkin bagi korang aq masih budak and tak layak untuk cakap pasal cinta. aq tak kisah. aq just nak luah apa yang aq nak luah. sebab aq sakit.
cinta dan sayang itu anugerah Allah. semua orang akan merasakan cinta. aq pun cintakan dia. dan aq janji aq takkan pandang orang lain.. selain dia.  demi Allah, aq sayang dia.

aq sgt berharap lelaki macam dia yang akan jadi teman hidup aq

aq berharap beginilah kehidupan aq dan keluarga aq lepas aq kahwin.. mudah-mudahan~ aminn =')

**THE END**



Monday 2 June 2014

Khas untuk Newbie blogger

assalamualaikum! hi!
well, hari ni aq saja2 je buat blogwalking. macam-macam jenis blog aq jumpa. dari yang simple tahap abadi sampai lah yang sarat dengan widget.ok, ni aq nak bagi petua kepada korang yang newbie atau pun yang bukan newbie tapi tak tau cara nak handle blog..

bagi newbie yang nak sangat adda visitors kat blog dia, make sure korang kena pandai dan selalu update post. dan make sure cerita yang korang update tu biar menarik and jangan hanya terbatas kat cerita peribadi. (kalau cerita personal yg menarik, apa salahnya..)

then, pasal widget pulak,, jgn lah sarat sangat, sebab nanti nampak mcm serabut tau....  lain lah kalau korang pandai nak handle and susun... ;)

that's all for my tips today. se you next time.. haha

actually aq bosan. sebab tu lah aq saje update post mengarut. padahal aq pun newbie jugak.. hehehe! ok ok cuma aq nak share tadi aq main game ju on.. apak seram.. seram tahap CADBURY!! huhuhuhu

tgk tu.. siap nak sumpah aq lagi.. jahanam punya hantuu....!


**THE END**

Bingkai Kehidupan - Shoutul Harokah

Assalamualaikum.. hi! ni saja je aq nak throwback waktu aq gi kem Daurah pemantapan aqidah kat tempat aq. ada satu lagu ni, dari first aq dengasr waktu kat kem tu, terus aq minat sampai sekarang.. aq rasa rindu nak pergi lagi kem tu tapi untuk cuti sekolah kalini dah penuh meh.. jadi aq agak terkilan. huuhuhuhu
ok ok.. ni aq nak kasi korang dengar.. sedap ke idak tu nanti2 boleh komen ye.. semoga lagu ni bagi semangat kat korang!


layan okehh .. bye! assalamualaikum!

**THE END**

Sunday 1 June 2014

Kenapa Bukan Dia?

Assalamualaikum.. hi!!
korang pernah tak jatuh cinta? ataupun sedang di lamun cinta? ok.. cuba baca ni..


Tatkala kita diuji dengan satu perasaan yang tidak pernah kita rasa sebelum ini, ia datang begitu hebat, kita tidak mampu untuk menyekat. Acap kali kita berkata jiwa kita penat, penat untuk merasai perasaan itu lagi, serik untuk cenderung ke arah rasa itu. Bukankah ia anugerah dari Allah yang maha Esa. Benar ia anugerah tapi ingat ia juga akan menjadi fitnah andai kita tidak tahu mengemudinya. Cinta itu lahir dari hati yang suci untuk dipindahkan kepada hati yang penuh nurani namun andai cinta itu datang dari jiwa yang kotor dan rosak ia akan menjadi sebuah cinta yang penuh noda dan dosa. Moga kita semua dijauhi dari malapetaka ini. Cinta itu lahir dari syurga kembalikan ia juga ke syurga!

Virus cinta ini semakin terkesan di dalam diri remaja baik yang ‘biasa-biasa’ atau yang sudah punya nilai agama. Matlamatnya sama cuma pendekatan berbeza. Bagi yang biasa-biasa, keluar berdua, makan bersama, bergambar mesra, dan saling berpimpinan tangan sudah menjadi kebiasaan dan bagi yang ada nilai agamanya juga menggunakan istilah ‘Islamik Couple’ bunyinya seakan menghalalkan tetapi ia penuh kesengsaraan, persoalan untuk menguruskan hati dan perasaan. Bolehkah bertahan tanpa ada sebuah pertemuan? Mampukah hati mengawal nafsu yang kuat melawan dan setiakah hati menanti janji Tuhan? Benar ada doa, ada istikharah tetapi bagaimana istiqamahnya? Adakah dijaga dengan sebaik mungkin. Kita inginkan buah mangga yang manis, tetapi kita hanya menaman benihnya sahaja kemudian tidak dijaga dan diberi baja secukupnya. Tidak adil bukan.

Entah ke berapa bicara tentang cinta dicoretkan di sini tetapi ingatlah bukan untuk menyatakan diri ini terlalu bagus dan baik tetapi hanya peringatan buat diri dan buat sahabat yang sudi menghayati bingkisan ini. Cinta itu fitrah dari Allah. Kita tidak mampu untuk menghalangnya tetapi kita mampu untuk mengawalnya. Perlukan kawalan dari setiap segi, kawalan nafsu, hati, pancaindera dan minda. Ramai di antara kita yang punya pengalaman bercinta baik semasa alam persekolahan atau alam universiti hinggakan sudah yang ke berapa pengalaman kita itu. Bercinta dan putus, bercinta lagi dan putus lagi dan terus bercinta kemudian terus putus. Nah, bahaya bukan cinta yang sebegini. Tapi itulah satu pengalaman mahal yang perlu kita bayar di dalam mengemudi hati kita. Setiap kali kecewa baru kita bertemu siapa pencipta kita, setiap kali kita berduka baru kita berjumpa siapa pencipta kita dan setiap kali hati kita terluka baru kita sedar bahawa hati kita ini milik DIA.

Mengapa harus kita membenci pengalaman lalu, jadikan ia sebagai madu kemanisan walau hakikat ia pahit tetapi itu yang menyebabkan kita bangkit. Ingat, cinta yang sementara itu hanya pinjaman dari DIA untuk menguji kesetiaan dan kekuatan kita pada DIA. Adakah untuk dia yang kita cinta atau melebihkan DIA yang memberi cinta. Tepuk dada tanya hati anda. Cinta itu bukan hanya dinikmati kepada golongan berseluar jeans mahupun berskirt pendek tetapi ia juga turut dirasai oleh insan yang berkopiah putih dan bertudung labuh. Ada gaya tersendiri. Terpulang pada hati menilai peribadi. Bukan pakaian itu yang salah jika akhlak tidak mengikuti dengan apa yang dipakai tetapi, si pemakai itu yang salah kerana tidak berakhlak untuk mengikutinya.

Cinta itu berkait rapat dengan soal hati. Bagi yang pernah merasainya tahniah diucapkan dan bagi yang sedang merasai atau akan merasai, takziah diucapkan kerana bala menunggu di hadapan andai tiada langsung kawalan. Cinta dalam diam. Mungkin ada yang sedang mengamalkannya. Di pihak lelaki atau perempuan menyukai seseorang itu tanpa pengetahuannya. Jika itu jalan yang anda pilih, teruskan berdoa mungkin itu jodoh anda tetapi usah terlalu berharap kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Perit dan sakit apabila kita mengalami kegagalan dalam bercinta. Tetapi percayalah itu bukan kegagalan tetapi kejayaan buat kita kerana kita tidak lagi berdosa!

Mana lebih kita suka antara malu dengan kawan akibat putus cinta atau malu dengan Tuhan akibat kita terlalu banyak berdosa. Bayangkan kalau dosa itu berbau, pasti tidak ramai yang akan mendekati kita. Cukuplah dosa yang kita ada apabila bercinta dengan makhluk yang bukan sah dengan kita lagi. Mari sama-sama kita bermuhasabah diri. Ada di antara kita yang sudah bercinta bertahun-tahun lamannya dan di dalam tempoh percintaan itu terselamatkah kita dari zina hati, mata, kaki, kemaluan dan tangan? Andai masih terjaga Alhamdulillah. Andai sudah menghampiri ke arah itu Nauzubillah. Bertaubatlah kerana taubat itu sentiasa terbuka luas untuk kita. Ingatlah Allah itu maha berkuasa tetapi Allah tidak zalim, Allah maha penyayang. Allah itu maha kaya tetapi Allah tidak bakhil, Allah maha pemurah.

Kenapa bukan dia jodoh kita? Soalan itu yang sering kita ucap dan keluhkan. Bersabarlah wahai hati yang tenang. Kita sendiri sudah ada jawapannya kerana, DIA telah menetapkan siapa jodoh kita yang sebenarnya. PASti dan PASti! Pernah kita dengar kadang-kadang Allah pertemukan kita dengan insan yang salah bukan untuk membuatkan kita kalah tetapi memberi janji bahawa kita tidak seharusnya mengalah. Kalah bukan bererti kita akan mudah mengalah. Persiapan diri kita sebagai suami/isteri mithali perlu kita lakukan bukan menunggu bila tiba masanya tetapi ia harus segera! Hari ini kita juga sudah kembali memutar sejarah bahkan mengulangi sejarah. Berkahwin pada usia muda. Ya sejarah ini sudah ada bermula dari zaman Nabi sehinggalah zaman nenek moyang kita. Bukankah ia sesuatu yang mulia bahkan menyempurnakan sebahagian dari agama. Namun perlu diingat kalau cinta tiada persediaan dan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu ia pasti tidak akan berkekalan. Wajah yang cantik itu hanya indah ketika muda tetapi apabila usia makin bertambah kecantikan itu akan sirna. Masih adakah erti cinta? Wujudkah lagi istilah setia?

Kemudilah alam ini sebaiknya. Ranjau sudah pasti ada di hadapan. Bagi sahabat yang sudah melalui alam ini, teruskanlah dan tunjukkanlah keindahan cinta yang sebenar bukan menunjuk-nunjuk! Hindari diri dari fitnah manusia. Bagi yang sedang merancang ke arah itu, teruskanlah menyiapkan diri dan berusaha sebaik mungkin. Jalan keredaan itu ada kalanya susah tetapi memerlukan hati yang tabah. Cintailah orang yang tahu mencintai kita bukan mencintai orang yang menunggu dirinya dicintai.

**THE END**

Trilogi Sahabat

Assalamualaikum.. hi!!!
Mungkin ramai yang pernah alami situasi begini.Persahabatan yang melibatkan nombor ganjil.

Contoh : berkawan 3 orang ,5 orang atau seangkatan dengannya.




Selalunya,persahabatan begini akan menyebabkan salah sorang akan rasa ‘tersisih’.Kawan yang rasa ‘tersisih’ tu pada awalnya akan rasa ‘cool’ jek , cam tak de apa2 .Tapi lama kelamaan disebabkan selalu sangat memendam rasa kecik hati , akhirnya yang ‘tersisih’ tu mengundurkan diri , lalu membiarkan 2 orang kawan tersebut.Yang 2 orang tu mungkin akan rasa pelik & hairan ,dan timbullah persoalan antara mereka ..

Contoh :- “napa perangai dia pelik semacam jek?”,,”kenapa dia tiba-tiba jauhkan diri ekk ? kita ada wat salah ke ??”.

Antara situasi/contoh2 rasa tersisih:-

1-Kawan yang 2 orang tu saling bercerita tapi terlupa yang kawan yang ke 3 tu turut ada 

   sekali.(buat macam tak wujud jek)
2-kawan yang 2 orang saling berkongsi cerita dan mengetahui rahsia masing2,tapi tidak  

   kawan yang ke 3,kalau tau pon,dia orang yang terakhir tau.

Bila situasi ini terjadi,mula la kawan yang rasa dirinye ‘tersisih’ merasakan,dia dah tak diperlukan dalam persahabatan 3 segi ini.Dia rasa terpinggir.Mungkin hal ini tidak disengajakan oleh 2 kawan tadi.

Kadang situasi ini berlaku bila 2 orang yang dah lama bersahabat,tapi tb2 muncul watak ke’3’ atau ke’5’,yang kira sama kepala ,maka berlakulah persahabatan yang sedemikian,tapi lama2 ianya makin pudar mungkin disebabkan keserasian 2 orang sahabat itu maka sahabat yang sorang lagi merasakan diri dia rasa ‘tersisih’.

Jadi,sapa2 yang mengalami situasi begini:

Yang pertama sekali anda kena ingat dalam kepala yang mereka adalah kawan anda juga dan anda pernah menjadi rapat dengan mereka. Tak ada gunanya anda asingkan diri dari mereka kerana akhirnya nanti anda yang akan rasa terpinggir dengan perbuatan tersebut. Kalau perkara itu terjadi bukanlah salah mereka tapi salah anda sendiri!

Anda boleh berbincang dengan mereka tapi elakkan dari berbincang secara 3 orang.

Mulakan dengan perbualan yang lebih selesa seperti bercerita mengenai peristiwa-peristiwa atau kenangan-kenangan lepas yang boleh membuatkan korang semakin mesra dan rapat. Pilih topik perbualan yang menyenang dan boleh mengembalikan kemesraan korang sebagai kawan. Pastikan diri anda sendiri dan kawan anda dalam keadaan selesa semasa berbual dan tidak berasa janggal.

Apabila keadaan telah menjadi selesa, beritahu sejujurnya perasaan anda yang rasa terpinggir dan tersisih secara lemah lembut dan penuh budi bahasa. Elakkan daripada menyindir. Kalau anda rasa takut atau janggal, luahkan dengan menggunakan nada seperti bergurau. Jangan lupa untuk menyatakan sebab-sebab mengapa anda rasa terpinggir dari mereka. Kalau dia seorang kawan yang baik, dia takkan biarkan anda rasa seperti itu dan cuba untuk melegakan perasaan anda yang rasa terpinggir itu.

Untuk menjadi sahabat yang baik kita hormatilah perasaan sahabat kita kalau nak sahabat kita menghormati perasaan kita.Kita pon kena hormat perasaan kita sendiri,kena tau sempadan kita,supaya kita tak buat perkara yang memalukan semata2 untuk menarik perhatian sahabat kita.

Dalam persahabatan juga kena ada rasa saling percaya. Bercerita masalah peribadi dan rahsia anda pada mereka membuatkan mereka berasa istimewa dan mereka pun akan turut bercerita hal peribadi mereka sendiri.

Ada masanya kita perlu memikirkan bahawa sahabat kita juga memerlukan teman untuk mendengar cerita dan masalah mereka. Kita tak boleh mementingkan diri sendiri. Bukan kita sahaja yang ada masalah dan perlukan kawan. Orang lain juga perlukan keperluan sebegitu. Ambillah masa untuk mendengar. Apabila mendengar masalah dari sahabat kita elakkan dari memberikan reaksi seperti,

"tulah.."
"hmmm.."
"yeah.."

 dan reaksi-reaksi yang menunjukkan seperti korang tak berminat..

Tapi seeloknya dengarlah dengan teliti apa yang mahu disampaikannya. Jangan cuba untuk memotong atau memintas percakapan mereka. Jika kawan-kawan korang meminta nasihat daripada anda, berilah nasihat yang terbaik dan terbijak pada mereka. Dengan cara ini anda boleh mendapat rasa hormat mereka dengan begitu mudah dan menjadikan mereka lebih rapat dengan anda.
 

Persahabatan itu ibarat 'isi dengan kuku',,bagai 'aur dengan tebing'
kalau ada perselisihan ibarat 'sedangkan lidah lagi tergigit'
sakit sahabat kita ibarat 'cubit peha kanan,peha kiri turut rasa sakit'

Note : Dicopy Dari Blog  Lyssa Faizureen

**THE END**