Saturday 31 May 2014

Kisah Seorang Pemuda

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa serbuah novel yang tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya . Tertulis disitu ''Catrina, ikhlas perlukan sahabat''


Tergerak hati jejaka itu untuk mengutuskan surat kepada gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka tersebut menulis surat kepada gadis untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan jejaka tersebut.



Hari bertukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu dengan si gadis misteri dan begitu juga si gadis tersebut. Walaupun kedua-duanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap terbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapatr berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskan sepucuk surat yang berbunyi '' kalau Allah panjangkan jodo kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum bunga mawar merah. Aku akan mengenalimu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah.Setelah itu, izinkanlah aku membawamu makan malam bersama orang tua ku ''
Maka pergilah si jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan ....

Beberapa bulan kemudian.......
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memgang sekuntum bunga mawar merah ditangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut mebawa bunya mawar merah.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi,sedikit hitam dan berjerawat dimuka duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannnya cacat sebelah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaaanya selama ini berbeza dari imiginasi nya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

''Catrina?" Gadis itu tersenyum ceria ke arah jejaka tersebut. Sijejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis tersebut '' aku amat merinduimu .Terimalah bunga mawar ini dan pelawaan untuk makan malam bersama orang tuaku. Orang tuaku tidak sabar lagi bertemu denganmu.'' kata si jejaka tersebut.
Sigadis itu tersenyum lebar dan berkata ''aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis yang cantikjelita memberikan bunga ini kepada ku sebentar tadi.Dia meminta ku memberitahu kamu bahwa dia akan menunggu kamu di restorangn dihadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam bertemu dengan orang tuamu''



Berapa ramaikah lagi manusia yang sesuci hati jejaka ini??
Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu???

NOTE : DICOPY DARI BLOG PENGEMIS CINTA ILLAHI

**THE END**

Friday 30 May 2014

Essay : It's All About Nazmi Zaidi

Assalamualaikum.. Hi! Wahh Lamanya tak update blog ni! Sorry. Busy!  Well, baru-baru ni, aq hantar esei aq dekat cikgu yang namanya dirahsiakan. Ni sebenarnya untuk assignment (alaa esei pendek je pun). Aq pun mula-mula mati kutu jugak nak tulis pasal apa. Tajuk diberi 'FAMOUS PEOPLE'.. Cikgu tu kata kalau nak markah tinggi, jangan buat serupa dengan orang lain. Aq nak tulis pasal Matluthfi tapi ada hamba Allah ni dah tulis… aiseyh! Demi nak markah tinggi, aq pun reject la matluthfi.. Fikir punya fikir last-last aq pun tulis lah pasal Nazmi Zaidi, dia ni Viner. Kalau korang tak kenal dia, korang boleh search kat twitter @Nazmizaidi.  Tu lah dia. Kenapa aq boleh terfikir nak tulis pasal dia? Sebabnya budak2 kelas aq tak ramai yang kenal dia.. Bukan tak ramai, tapi memang takde kenal langsung. So mula2 aq fikir, dari mana aq nak dapat information pasal dia? Dia bukannya artis yang sekali search kat google je dah boleh dapat. Tiba-tiba aq teringat yang dia ni boleh tahan la peramahnya. First aq ingat aq nak tanya kat profile ask.fm dia. Tapi cam.. Entah.. So aq pun ambik keputusan memberanikan diri tanya dia sendiri kat facebook. Well hati agak dup dap dup dap jugak. Yelah, bantainya dia tak reply, malu 10 tahun aq… tapi dia reply! So maknanya dia ni bukannya sombong. Aq tanya 13 soalan je. Actually banyak nak tanya. Tapi takpelah. Mintak sikit2 je lah.. Bila dah dapat information, aq pun mula lah mengarang cerita. Lepas berberapa hari lepas , aq dapat keputusan.. Aq agak sedih sebab markah esei aq tuh…. 36 dari 40 markah! Heheh! Paling tinggi weh.. Cikgu cakap maklumat yang aq bagi memang lengkap dan banyak. Adalah jugak dia tanya aq mana aq dapat information ni, hehe aq tak nak gi tau sebab cikgu aq ni agak bermulut laser.. Haha! Penggunaan tatabahasa pun not bad. Hehehe! By the way, thanks a lot! Syukran! Arigatoq! Nadreiii! Xie xie! Terima kasih banyak2 kat nazmi sebab sudi nak share pasal diri dia. Korang nak baca ke esei aq?? Hhmm nah.. This for you guys…. ;) sorry kalau banyak typo .. Sebab aq taip ni pun dah tersengguk-sengguk.. Ngantuk.

His name is Nazmi Arif bin Zaidi. Born on February 23, 1998 at Kajang Hospital . He is an entertainer through video on social networking site ' Vine' . Why I chose to write about him ? This is because the video uploaded by Nazmi very entertaining and made ​​me in stitches look - funny joke made ​​and I am very interested in him because I was so impressed that he studied in Egypt at a young age of 16 years. For me about himself , Nazmi is a non- arrogant and love to treat his fans and friends . Received his early education in Tadika Aisyah Seksyen 3, SK Jalan 4 and SMK Jalan 4 , Nazmi now studying at Darul Tahfiz Mahaad Rahim , Cairo , Egypt in the age of 16. Cheerful and friendly manner just makes him more approachable and comfortable friends. Son to Zaidi bin Mohd Zin and Hamidah bt Mohd Yusof also  love to eat Chinese fried rice and drink  tea o ice and take advantage of the colors red and green . Nazmi start early involvement in the ' Vine ' at the beginning of April this year, is to spend their time . The second of five siblings also make sports as a hobby and also enjoys soccer team Manchester United. Growing up with a sister and three young brother and sister , cheerful man who has a happy face  also adhere to the principle "biar diam berprinsip, jangan bising menjahil ". Although his name is now increasingly being touted by thousands of users of social sites , Nazmi never felt proud even more humble . Hopefully Nazmi always successful in his life and continuing to upload videos nature.

Hehe nampak je pendek. Tapi dalam kertas yang aq tulis tu, panjang yaa amat! Hehe! Ok lah. Dah bace? Sila komen pendapat anda oukey! Bye bye! Eh kejap. Meh aq letak sikit gambar dia.


**Bersama adiknya**

**THE END**

Wednesday 28 May 2014

Surat Cinta (Heartbroken ver.)

Assalamualaikum! hi! lama tak mengarut.. so harini aq rasa nak mengarut.. kat bawah ni adalah surat cinta yang aq tulis.. agak mengarut kan?? tahuu.. so enjoy it!

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Pluto itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-B secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari besi basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku (err sejak bila aku ada abang ipar??). Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau dah berpunya, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga aku terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.


Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi Upin dan Ipin tidak tua , aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik di hadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak? :p


**THE END**

Thursday 15 May 2014

Zooming Skills and Best Leader Syed Faizal

Assalamualaikum and hi!
lama tak berblogging kan? hehe! ok ok.. ape cerita aq sekarang? baru-baru ni aq ada program ngan UPSI and cikgu syed faizal.. best memang best...so start hari sabtu (10 mei) sampai hari Ahad (11 mei)..
first dengar pasal program ni pun rasa excited gila.. mula-mula excited tu sebab fikir-fikir mesti ada abang fasi yang handsome. (-__-) i'm quiet sakai right? hhhahah! ok continue the story..

first day program tu sebenarnya sekolah ganti.. mula-mula lagi dah kena gertak dgn cikgu suhana.. dia kata kalau aq tak datang, nanti aq kena buat 11 salinan kuiz.. ahh memang aq tak pedulikan pun. aq ada reason. dan aq bukan tak datang sekolah.. aq cuma tak masuk kelas je. lagipun ada program kan...
mula-mula tengok abg2 and akak2 fasi tu, memang ternganga habis. ramai gila beb!
akak2 semua cute2.. lagi2 ada yang pakai tudung labuh tu.. (lupa nama meyh). ok.. skip story.. kenal2, ice breaking.. bla bla, lepas tu we start our first activity dengan bengkel buat wordpress... disebabkan aq dah biasa dengan blogger.. so bagi aq wordpress agak merimaskan! sebab aq tak biasa dan editing dia memang lain gila ! huhuhu ok lepastu rehat. makan nyam nyam nyam! then sambung dengan adobe photoshop. well agak best dan aq agak berpuas hati dengan hasilnya. tapi sayang, gambar itu TERformat waktu aq nak copy video montaj dari akak dalila a.k.a monopod....huhuhu TT_TT
lepastu balik..

second day program..we start our program with senaman si tommy.. ahaha feveret aq tuh..


korang rajin? try lah buat.. hahaha!

then we start our first session with ceramah cyber security (keselamatan siber). banyak jugak yang dikongsi dan dibincangkan. kami saling bertukar-tukar pendapat. at the end, memang banyak info yang aq dapat. lepastu minum pagi and sambung dengan movie maker.. well so far agak tension sebab movie maker tu old ver.. tu yg agak gilossssss!!! lepastu lunch then ada slot dengan Syed Faizal!!! wuhuhuuu
serius dia memang best! best sangat!
lepas tu ada majlis penutupan.. then rasa berat hati sebab abg2 akak2 fasi semua best2!!!!! huhuhuhuhuhu

memory..

**THE END**





Wednesday 7 May 2014

6 Penawar Sakit Hati Terbaik Yang Diajarkan Rasulullah

✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿
Assalamualaikum and hi!!

sakit hati sakit hati


Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya.
Baik dalam keluarga, bersahabat, mahupun bermasyarakat.
Sebagaimana sifat sedih dan gembira, rasa ini adalah suatu kewajaran dalam hidup manusia.
Apatah lagi, manusia adalah mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan.
Sebab-sebab datangnya perasaan ini pun bermacam-macam.


Dari masalah yang simple hingga masalah besar, dapat menjadi penyebabnya.
Misalnya bermula dari perbezaan pendapat, 
adanya konflik atau ketidakserasian, sehingga iri hati dan dengki.
Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, 
maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stress dan tidak akan ceria. 
Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia dari RabbNya.
Na’udzubillaahi mindzaalik.

Bagaimana menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa kepada kita sendiri?
Antara petua – petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :

1. Muhasabah Diri
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata – kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita bersikap demikian.
Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.


2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki

Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang yang menjadi pintu 
bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.
Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli.
Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan – angan cenderung 
akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.
Demikian sifat iri hati dan dengki.
Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, 
kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.
Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang. 
Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain 
memiliki kelebihan melebihi dirinya. Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, 
sehingga dengki menghilang

Rasulullah bersabda,

“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).


3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.

Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.
Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”


4. Memupuk Sifat Pemaaf.

“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.

Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya. Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.

Rasulullah bersabda,

“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).

5. Husnuzon (Berprasangka Baik).

Allah berfirman:

“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).

Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan orang lain. 
Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik.
Tentu, perkara ini yang tidak benar.
Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik yang cenderung untuk memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.

6. Ikhlaskan Diri.

Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan. Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah.
Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur.
Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.
Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.
Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.


Memaafkan adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah,
Sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak terhingga.
Kadangkala, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita disakiti oleh orang lain.
Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf..

NOTE :DICOPY DARI BLOG FAZLINA HUMAYRA..

**THE END**

Zaman Kegemilangan Dolu-Dolu

Assalamualaikum and hi!
tadi aq saja lah nak refresh zaman kegemilangan sekolah rendah aq.. hua hua .. agak lawak dengan tudung selebets nya, muka noob haha! bukan apa.. bila dok terkenang kan, rasa rindu pun ada.. waktu rasa free dari masalah.. tak de pun nak fikir-fikir.. (budak lain x de masalah. tapi aq banyak masalah)

FLASHBACK
waktu aku masuk tadika dulu, (Tadika Mahkota), aq adalah seorang yang amat noober tapi aq tak delah teruk sampai nak nangis guling2 bila first day masuk tadika tu aq tgk semua orang nangis.. apa yg nak ditakutkan pun aq tak tahu.. mak dia bukannya campak dorang kat rumah hantu ke haper.. tadika je pun.. tapi aq tak nafikanlah yang cikgu dia memang garang.. gerr.. kalau aq buat salah, pipi aq yg tembam menjadi mangsa kena cubit.. sakit woo!
Bila aq dah grade dari Tadika tu, mak aq campak aq dekat SK Ampang Pecah. adeh.. jauh benoo.. jauh dari rumah... alasan mak aq sebab kat sane ada makcik and pakcik aq.. (-_-) aq dari standard 1 until 6 aq memang ntah laa. x suka dgn ada cikgu ni.. such a tuuttt~
dalam aq bersekolah SK Ampang Pecah tu, aq pun skolah sesi petang kat SRA KKB.. well aq suka sekolah agama ni sebab ustaz and ustazah dia semua sempoi.. lagi-lagi Ustaz Raof.. (dia suka panggil aq debab (-_-) ) .. tapi waktu aq tahun 1 smpai 2 hidup memang tak best kat skolah agama tu.. sebab unsatazah semua garang2.. kecut je! tapi bila dah masuk tahap 2 tu, aq yang jadik ketua gengster.. hehe! mana taknya, aq lah yang kuat ponteng kelas, aq lah yang kuat buli orang, aq lah yang kuat mem'pau' air free kat kantin, dan mcm2 lah.. tapi waktu aq tahun 6 aq baik sikit sebab waktu tu aq scandal dengan Nazief (skang ni dy adik angkat aq).. cerita pasal scandal ngan dia ni memang klakar sebabnya, kiotang ni kenal secara x sengaja.. waktu tu aq masuk nasyid untuk KAMIL peringkat daerah.. aq vokalis grup nasyid perempuan and nazief second vocalist untuk grup lelaki.. tapi bila latihan, kami semua sau team sebab nyanyi lagu sama.. so bila unstazah suruh nyanyi duet lagu tu, mesti aq ngan nazief jadi mangsa.. hihi! tapi aq tak dapat pun pergi KAMIL tu sebab saat2 akhir aq kena tarik diri.. mak aq sakit.. huhuhu! walaupun KAMIL dah habis, but kitorang tetap rapat, sampaikan orang solat terawih, aq ngan dia jumpa senyap2.. kakai! biasa lah cinta beruk makyeh~. bila aq masuk form 1, dia lupakan aq, aq pun lupakan dia.. bila jumpa balik dia siap panggil aq mak nenek lagi.. sengalbingai betul!
ok lah penat bertaip.. kby!

*THE END*

cerita mengarut nukilan Hazaizfa

Assalamualaikum and hi! korang sihat?? kalau sihat bagus arr..
well aq rasa aq dah lama tak update post baru kan?? busy.. kalah perdana menteri. ahaks. haa, tak sah kalau aq update post tapi x de story.. mestilah ada.. wesy.. story kali ni bagi aq mengerikan;.. kalau boleh aq taknak cerita ngan korang.. tapi sebagai pengajaran, harus ku cerita jugaa!!!
kisahnya camni :
pd suatu hari aq terjumpa seoraang mamat hensem ni tapi tak bleh la mention nama dia.wkt dia lalu dpan aq,aq rsa mcm nak pengsan je.hatiku cair macam aiskrim dan hatiku tertunduk saje didepan mamat tu,aku senyum kat mamat tu tapi babipun datang keaku.aku terjatuh sebab kena sondol dgn binatang tu,sakit ooh.lepas tu mamat tu dtg dekat aq.aq rasa segan kerana aq terjatuh tadi tapi ayat yg kuar dari mulut dia adalah bleh saye tolong cik adik perghhh merah padam muka aq.lepas tu aq jwb yg aq ok je aq bangun je kaki aq rasa mcm ....

NOTA : Sebenarnya, aq yang kena update post.. tapi memandangkan aq dekat sekolah.. bukan aq yang update..  tapi 'haiz' yang update... sengalnya dorang ni... sabor je lahhhhh

sahabat sampai mampuss

**THE END**

Sunday 4 May 2014

Wedding Mama

Assalamualaikum! Hi! Korang sihat wahai readers ku? Demam? Selsema? Batuk? Ouhoo kesian.. Jangan lupa makan ubat ye. Takut2 melarat.. Al maklumlah … musim penyakit sekarang ni. Cuaca tak menentu.. Kejap hujan, kejap panas, kejap ribut kejap petir.. Well aq nak cerita pasal wedding makcik aq (adik ayah aq yang no 4).. Nikah dan sanding (opss lupa, dorang takde sanding. Makan beradab je) 1 mei 2014 bersamaan1 rejab.. Ouu nice date. Ahaha! Ok.. Serius, aq penat gila.. Well takde lah banyak kerja tapi aq kena layan cikgu2 SEMEKAP… ramai wehh! Yang aq nampak dan sempat tegur tuu,

Teacher Ravender
Puan Tan Gee Loi
Ummi Comey (cikgu yati)
Cikgu Hasnida
Cikgu Salmah
Cikgu Naili and qalesya
Ustazah Enezah (he he he! Nampak ustazah, aq terus berlari kat dia! )

Cikgu Nazarudin (haish, dia pakai selipar warna pink kuning.. Lawakk!)

memang ramai sangat orang waktu tu.. aq pun pening.. mcm tak cukup oksigen.. tapi ape yang best.. family berkumpul  .... walaupun aq kureng ngan dorang.. tapi aq tetap happy.. sebelum bersurai tu hafiz shiroe merangkap kameraman sempat berselfie.. hahahaha it's wonderful moments!


muka kuu peace you

with family baruuuu

**THE END**