Wednesday 2 March 2022

Part 2: Motivasi Fadh dan Ayah Shakib

 Assalamualaikum Hi...

ni sebenarnya sambungan daripada entri sebelumnya. Klik sini untuk baca part 1

aku pun tak tau kenapa aku kena buat part-part macam dekat tiktok.

apa apa pun.. kisah yang aku nak cerita tu begini...

sejak aku dapat tau mental health aku dalam keadaan yang tak berapa yang stabil.... emotion aku asyik tak tentu arah. yang paling ketara adalah aku dah tak boleh nak control rasa marah dan sedih lagi-lagi depan family. walhal aku ni adalah makhluk tuhan yang selalu cuba untuk tunjuk kuat dekat depan family.

tapi sejak dua menjak ni, aku susah nak kawal. kalau aku sedih, aku cakap dengan mak yang aku sedih. kalau aku marah aku cakap dengan mak yang aku marah. even perkara kecil yang jadi pun boleh triggered emotion aku. entah berapa kali aku marah disebabkan benda-benda kecil yang asalnya dulu aku ignore je.

dan harini, dia jadi lagi... aku cerita ni bukan nak raih simpati sesiapa. tapi memang atas dasar untuk aku luahkan rasa.

macam yang aku ada tulis dalam entri aku sebelum-sebelum ni, aku start satu business as dropshipper. aku jual hair treatment product. Aku sebenarnya tak berminat nak involve dalam business, lagi-lagi bila social skill aku makin hari makin kurang. Aku takut nak promote, aku takut nak bercakap. Tapi atas support makcik aku, aku gagahkan juga. walaupun ada masa aku down.

awal tahun 2022 haritu aku down sebab gigih aku promote dan buat content tapi tak capai satu sale pun lagi. aku cuba tolak tepi rasa down tu dengan azimat "susah dulu senang kemudian". tak lama lepastu aku dapat satu customer. customer yang pada aku sangat berpotensi untuk repeat order dan jadi regular customer aku since beliau dah lama kenal produk yang aku jual. Lagipun, dia kawan lama aku. kawan dari tadika. cuma jarang benar contact.

sejak contact dia balik ni, rajin juga la aku interact dengan dia walaupun tak selalu. and ada satu hari tu aku nampak status dia ke langkawi. aku kirim la coklat memandangkan lama aku tak rasa coklat dri pulau legenda tu. everything was normal sampai lah petang tadi tiba-tiba aku dapat whatsapp.

Assalamualaikum.Fafa sorry jangn  Chat <nama> lagi...Sbb ...Nak jaga Hati Orang yg <nama> Sayg .

masa aku baca ni, bercelaru otak aku. Di antara nak carut dengan nak mengamuk. Ok dua dua pun negatif. dekat otak aku masa cuma satu je... "dah 2022 pun masih ada girlfriend bodoh macam ni ke?" aku marah sebab aku dah lah jarang interact dengan kawan aku ni. 

Lepastu yang buat emosi aku lagi berkecamuk bila aku teringat yang dia ni lah setakat ni satu-satunya customer aku yang ada potensi untuk repeat order in future. Tapi kalau dah tak boleh chat macam ni macam mana nak teruskan muamalat? Aku terus meletup sambil memberikan sebakul makian terhadap si girlfriend. Aku rasa masa ni yang tindakan si girlfriend tu hanyalah cubaan menutup periuk nasi aku.

aku pun buka instagram. teguran Tuhan yang pertama buat aku adalah melalui Fadh. kawan satu fakulti aku. quotes daripada Taylor Swift.. 1989 tour at Japan. aku tersentak pada satu ayat.


"When you have bad days that just won’t let up, I just hope that you will look in the mirror and remind yourself of what you are and what you are not."

kenapa aku kena fikir siapa yang pergi. Aku kena terima dengan hati yang terbuka bahawa setiap yang pergi tu menandakan rezeki aku untuk dengan dia adalah sampai situ. tak kira lah dengan pasangan, kawan, keluarga, laptop, pen.. Aku kena fikir dan lihat apa yang aku ada. Apa yang masih ada dengan aku. ya, aku kena belajar bersyukur.


walaupun mungkin apa yang aku dapat dari story Fadh ni bukanlah maksud asal quotes tu, tapi sekurang-kurangnya aku berjaya pujuk hati aku.


Tapi tak semudah itu untuk hati aku terpujuk. Aku fikir lagi... Aku post beratus story, berbelas content dan terlihat bodoh untuk dapatkan satu sale. Tapi, seorang perempuan yang aku tak kenal, dalam sesaat dengan satu mesej je, menghilangkan peluang aku untuk dapat sale seterusnya. Aku down balik.


teguran Allah kali kedua datang. Kalini melalui Sir Shakib. dan betul betul tepat menusuk dalam hati aku.




Kalini apa yang aku dapat adalah, teruskan berusaha. Sebab rezeki tak pernah salah alamat. Rezeki tu, kalau zahirnya susah dicapai tapi kalau dah tertulis untuk kita... tetap akan jatuh ke pangkuan kita. Tapi rezeki tu kalau dah tertulis bukan untuk kita... dah berada dalam mulut pun boleh keluar kembali. Rezeki tetap ada untuk kita. cuma cepat atau lambat je.


Konklusinya, aku patut bersyukur berada dalam circle yang positive. Yang walaupun secara tak langsung mampu menasihati aku bila aku memerlukan. syukur. Alhamdulillah.


ok, dah lega. boleh la aku tidur. maaf kalau entri kalini lari konti.


***
Bonus:

Taylor Swift Motivational Speech

“Maybe you lost someone you never expected you would lose.
Maybe you lost yourself. That’s even worse.
When you have bad days that just won’t let up,
I just hope that you will look in the mirror
and remind yourself of what you are and what you are not.

You are not your mistakes.
You are not damaged goods or money from your failed explorations.
You are not the opinion of someone who doesn’t know you.

You are a product of the lessons that you’ve learned.
You are wiser because you went through something terrible.
And you are the person who survived a bunch of rainstorms and kept walking.

I now believe that pain makes you stronger.
And now I believe that walking through a lot of rainstorms gets you clean.”


Uzairi, Maths Clinic dan Ayah Shakib

 Assalamualaikum. Hai. Bila last entri aku eh? Oh January.

Macam biasalah.. Bila ada entri baru di blog aku ni, maknanya aku sedih atau aku gembira. hahahaha

Aku tak nak cakap aku sedih ke gembira. kalian as reader... kalian nilai sendiri.

***
Aku tak tahu sebenarnya kenapa title aku untuk entri kali ni macam tu. sebab asal mula cerita dalam entri aku harini tentang perkara lain... tapi tah lah.. mungkin sebab aku dah lama memendam... jadi takpelah kot kalau title merepek. random katanya....

Sebenarnya sekarang ni aku tengah cuti semester... Biasanya bila cuti semester ni aku akan enjoy buat perkara sia-sia.. tapi kali ni aku bazirkan 3 minggu cuti aku dengan perasaan yang unstable. menghairankan.

Ok lah...

Semenjak kebelakangan ni, aku rasa nak putus harapan je. Aku jadi mudah tersentuh dengan perkara-perkara kecil. Aku jadi asyik reminiscing masa lalu. especially benda-benda pahit. Benda ni terlalu random sampaikan aku rasa macam benda ni affected dailly life aku. bayangkan lah.. aku tengah memasak, aku rasa sebak sebab teringat aku kena buli masa aku darjah 4. aku tengah makan, aku rasa happy bila teringat conversation merepek dengan crush masa tingkatan 3. Tapi most of time aku rasa sedih. rasa yang negative. rasa yang bila dia datang, dia buat aku jadi gelap.

Aku jadi paranoid dengan semua perkara. padahal aku lah yang paling confident suatu ketika dahulu. apa je benda aku berani nak cuba. tapi kenapa sekarang tak boleh fa?

Fast Foward cerita, aku cuba bangkit. mencari sesuatu yang boleh mengembalikan diri aku.
Orang kata, kembali kepada tuhan akan mengembalikan spiritual kita.

Dan disini kisah aku dan MC Plus bermula.

Aku dah lama mengikuti Maths Clinic ni. Dari masa Sir Uzairi viral sebab circle challenge dan masa Sir Fathi aku kenal sebagai mathsanova (siyes beb aku tak tau sir fathi and mathsanova ni orang yang sama. hahaha)... tapi dulu ikut ikut gitu jela. takde la aku follow pun account instagram mereka ni. Tapi sejak aku aktif dekat tiktok last year dan fyp aku kerap lalu content mengajar tutor Maths Clinic ni (masa ni baru tau dah jadi MC Plus) aku jadi berminat la pula nak mengikut rapat content mereka ni. antara nama yang aku ingat selalu keluar dekat fyp tiktok aku ni selalunya Hoona, Qasdina, Musnaira and ramai lagi. tapi tiga nama ni aku selalu la nampak. Aku layan je. kurang-kurang ada lah sikit sinar dalam hari aku yang gelap.

Sampai lah awal 2022, ada kelas mengaji anjuran MC Plus yang diberi nama Kelas Mengaji Al Plusian.... dikatakan percuma untuk Muslim Malaysian. aku teruja la. Semangat aku nak join. Macam yang aku kata tadi... Orang kata kembali kepada Tuhan akan meng-refresh spiritual kita. Alhamdulillah, aku dah jadi a part of plusian. student Al Plusian. walaupun dah tua tapi boleh la.. menuntut ilmu kan tak mengira usia. lagi-lagi ilmu Al Quran. kalam Allah. gittew.

Aku ingat, sampai sini jelah sumbangan MC Plus dalam meng-reset mental health aku. Rupanya aku silap. Lepas tu, lagi banyak content tutor lain keluar dekat fyp aku. ah sudah!

dan kalini, the content hit my emotion like a truck.

budak-budak plusian ni buat content motivational mat. Nak pula dia lalu pukul 3 pagi, time aku baru lepas breakdown sebab assignment tak siap lagi. meleleh air mata aku. setiap butir bicara sir mcplus ni kena tepat kat hati. menusuk.

dan perkara ni berlanjutan. sampailah Sir Shakib pula muncul dalam social media aku. Rupanya big boss mcplus. plusian panggil Ayah Shakib. aku panggil sir jela kot. aku dah bukan level anak anak dah ni. hahahhaa. 

content motivasi sir shakib pula lalu fyp aku... dia punya effect tu sampaikan aku follow terus instagram dia. Terus terang cakap, tiap patah kata yang keluar dari mulut sir shakib ni, memang terasa sampai hati. memang rasa warkah dari ayah kepada anak.

jadi sebab tulah title entri ni uzairi, maths clinic dan ayah shakib i guess. sebab aku kenal sir uzairi dulu, then mcplus lepastu sir shakib. (sian big boss mc plus, last sekali baru kenal dia shshshsh)

Tapi bukan tu je yang aku cakap... kalau aku sambung part 2 boleh tak? hahahaha

***