Tuesday 14 April 2015

The True Friend is The Great Friend

"A true friend is someone who has touched your heart and will stay there. Someone you care for, who cares for you. Someone you can do the stupidest things around and always be forgiven. Someone you'll instantly remember in ten years because they are in your heart and not just your mind. They have the ability to change you, even if they don't. They will be etched in your memories forever.

I was lost on a BUSINESS trip, walking around near Chelsea, London when I suddenly saw someone I knew was who, but couldn't remember. I hadn't seen his face in ten years, but our eyes met, and without saying a word, he took me to his car and asked me where I was going. 

Yesterday I realized how some people that I hung out with didn't really care for me. We had common interests, had fun together, did stuff together, but I knew something was missing when they looked at me strangely after I started shouting "BOOM HEADSHOT! I could dance all day, I could dance all day, c'mon try and hit me, try and hit me! BOOM HEADSHOT" as we were playing Halo. They aren't my true friends."

Assalamualaikum.. hai. rindu aku tak? tak? okay fine kbai.

hahaha acah je. tiba-tiba aku nak cerita pasal friends since aku rasa beberapa hari ini aku rasa diabaikan.

15 tahun aku hidup. aku tak pernah lagi jumpa kawan baik yang stick with me. i means yang sudi dengar luahan hati and cerita bodoh and doing everything with me.

aku ada lah jumpa kawan baru yang agak menyenangkan aku. and aku selesa dengan 'mereka'.
yaa.. new friends aku ni actually dalam satu group. tapi takde lah semua aku anggap as close friend. aku still stick dengan Syamina and Anis =..="
cuma aku lagi selesa dengan diorang, for me, this what i called true friend are for each other.

happening, gila-gila, putus fius. that's why aku suka sangat dengan diorang. walaupun sometimes aku adalah tersentap dengan ayat-ayat main lepas tu. tapi no hurt feeling lah. okay je. to me, diorang pandai dalam bergurau, and pandai dalam study. not excellent but okaylah. boleh tunjuk ajar orang..

bukan aku nak bandingkan dengan friends yang rapat dengan aku, tapi ini kenyataan. kebanyakan kawan-kawan baik aku they doesn't understand me. but they always ignore me. buat apa anggap kawan, geng or whatever tapi mengabaikan right?

pesan aku untuk readers yang datang singgah blog aku ni, better hargai kawan-kawan korang lah. jangan nak tunjuk korang bagus sangat. nobody perfect in this world. we are needed to complete each other. hahaha mat salleh gitu.

and satu lagi, kalau korang nak buat geng or what so ever, make sure yang korang akan selalu spend time dengan SEMUA member geng kau. jangan group kau ada A sampai C tapi kau selalu kepit dengan C. B pulak rasa terabai. rasa halimunan. they maybe smile.ZAHIRNYA. tapi dalam hati dia. tau-tau terluka, bernanah, berdarah. kesian dia tau.

SO HARGAI LAH KAWAN-KAWAN KORANG. DIORANG TU SEMUA PRICELESS.

[hambik kau. caps lock. hahaha]

lebih baik musuh jadik kawan daripada kawan jadi musuh ☺

**THE END**

Thursday 2 April 2015

Awak Selamanya Hulubalang Saya =')

Assalamualaikum.

hai hulubalang hero saya. [poyo ah kau~].

cuba baca entry saya ni. elok-elok tau.

Maaf awak, saya tahu saya ni tak layak untuk awak. saya tahu saya ni masih teruk. masih jahil. masih belum insaf.

mana layak nak dibandingkan dengan orang macam awak ni kan?

awak dah la baik. sopan. tiap patah kata yang keluar dari mulut sangat berbahasa. saya ni mana la padan dengan awak. saya ni gila-gila, cakap main lepas, cakap tak bertapis.

saya tak nak rosakkan persahabatan kita yang baru je terbina ni. biarlah saya simpan perasaan ni hanya dalam hati.

biar hanya Allah je yang tahu sedalam mana cinta saya terhadap awak,

biarlah saya kenal hati budi awak dulu sebelum hati ni melangkah lebih jauh. perjalanan kita masih terlalu jauh. jika kita berjodohan, kita akan bersama. maaf andai saya banyak menyusahkan hidup awak,

saya tahu sejak hadirnya saya dalam hidup awak, saya selalu buat hidup awak kacau bilau. tapi inilah saya, apa yang terpamer di wajah, itulah isi hati saya. saya tak pandai nak menipu soal hati dan perasaan.

moga awak akan sentiasa di bawah lindungan dan jagaan Allah.. Amin..

Ingat... Awak sentiasa Hulubalang di mata dan hati saya... selamanya. ;)

semoga cinta kita biar indah sampai nanti ♥

**THE END**

Wednesday 1 April 2015

Sultan Muhammad Al-Fateh

PENGENALAN

Sultan Muhammad II yang lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fateh (Pembuka Konstantinople) ialah salah seorang tokoh pejuang Islam dalam kalangan pemerintah selain beberapa orang lagi dalam kelompok yang sama seperti Sultan Salahuddin al-Ayyubi (Penyelamat Jerusalem) dan Sultan Saifuddin Muzaffar al-Qutuz (Penghancur Monggol). Dia menerajui umat Islam melalui Empayar Uthmaniyyah yang berpusat di Turkistan (Turki). Gelaran “Al-Fath” itu bersempena kejayaannya ‘membuka’ Konstantinople.

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw pernah berkata: 
“Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”
Hadis ini telah membakar semangat sekian banyak tokoh dan tentera Islam untuk menakluki dan ‘membuka’ Konstantinople yang terkenal dengan keutuhan tembok berlapisnya. Dari semasa ke semasa ada saja perwira yang mahu diri mereka memenuhi maksud hadis Nabi itu. Sejak zaman para sahabat sehingga 800 tahun kemudiannya, pelbagai kempen ketenteraan dilakukan namun kesemuanya gagal menembusi tembok Konstantinople. Konstantinople yang berada dalam Empayar Byzantine ini sangat penting kerana ia merupakan laluan utama untuk ‘membuka’ Eropah keseluruhannya. Runtuh sahaja pintu Eropah, bermaksud mudahlah untuk sesiapa sahaja menerobos ke luar sana.

Tuhan menzahirkan kebenaran kata-kata Nabi Muhammad saw itu melalui Sultan Muhammad al-Fateh. Namun kita kena memahami satu perkara, iaitu Konstantinople dibuka sekurang-kurangnya dua kali. Sultan Muhammad al-Fateh ialah pembuka yang pertama manakala pembuka utamanya akan datang tidak lama lagi. Bahagian ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut di bawah nanti. 

Seorang sahabat Nabi bernama Abu Ayyub al-Ansari menemui kesyahidannya berhampiran tembok kota Konstantinople. Dia melancarkan serangan pada zaman Kekhalifahan Bani Umayyah. Dikatakan antara hujah Abu Ayyub ke sana ialah kerana dia pernah mendengar Rasulullah saw memberitahu bahawa akan ada seorang lelaki yang akan dikuburkan di sana. Dia berharap agar dialah orangnya. Selain itu, jika dia gagal membuka Konstantinople, dia berharap dapat mendengar derap kuda “sebaik-baik raja dan tentera” itu.


ZAMAN KECIL

Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 30 Mac 1432 di sempadan Turki-Bulgaria. Bapanya Sultan Murad II (1401-1451) seorang yang soleh, handal dalam perang jihad dan mempunyai wawasan yang hebat. Dia memberikan didikan yang sempurna kepada anaknya sehingga Muhammad jadi seorang yang berketrampilan sejak kecil lagi.

Muhammad belajar dan menguasai pelbagai cabang ilmu seperti agama, politik, seni tempur dan beladiri, ilmu peperangan, tasauf, psikologi dan lain-lain. Dia berkebolehan dalam 7 bahasa iaitu bahasa Arab, Turki, Greek, Hebrew, Parsi, Latin dan Serbia. Hal ini menggambarkan kecerdasannya yang luar biasa.

Kekhalifahan Uthmaniyyah yang bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah aliran Asha’irah dan bermazhab Hanbali itu sangat mementingkan ilmu tasauf kesufian. Pihak istana mengamalkan Tariqat Naqshabadiyyah. Para khalifah mempunyai bilik suluk khas mereka. Peribadi yang banyak membentuk rohani Sultan Murad dan anaknya ini ialah seorang mursyid besar Tariqat Naqshabandiyyah iaitu Syeikh Shamsuddin al-Wali, seorang berketurunan Sayyidina Abu Bakar. Dia bertindak sebagai penasihat kepada Kerajaan Turki Uthmaniyyah ketika itu.

Ketika Muhammad masih dalam buaian, Syeikh Shamsuddin pernah berkata kepada Sultan Murad, bahawa bukan baginda yang akan menguasai Konstantinople tetapi anaknya yang ketika itu sedang berada dalam buaian itu. 


ZAMAN REMAJA

Muhammad al-Fateh mula memangku jawatan sebagai pemerintah daulah Islam pada tahun 1444 ketika baru berusia 12 tahun. Ketika itu bapanya iaitu Sultan Murad ada urusan di luar kerajaan. Tugas ini dijalankannya dengan baik selama hampir 3 tahun. Pada tahun 1451, ketika usianya 19 tahun, barulah dia secara rasminya menjawat jawatan khalifah. Sultan Muhammad ialah khalifah Uthmaniyyah yang ke-7.

ZAMAN DEWASA

Sultan Muhammad al-Fateh memimpin sendiri 25 kali kempen ketenteraan sepanjang hidupnya. Walaupun dia ketua seluruh umat Islam pada zaman itu, namun dia seorang yang berjiwa rakyat. Dikatakan ketika tentera Islam membina Benteng Rumeli Hisari, Sultan Muhammad membuka serban dan bajunya lalu turut sama menjadi buruh binaan. 

Sultan Muhammad sangat gemar mengenakan serban, begitu juga dengan tentera dan rakyat Turkistan ketika itu. Selain daripada mempraktikkan sunnah, serban besar mereka itu tidak lain ialah kain kafan mereka sendiri. Hal ini menunjukkan kecintaan mereka kepada syahid pada bila-bila masa dan tentunya kecintaan kepada sunnah. Sebab itu kesemua tentera Islam pada zaman itu mengenakan serban.

Walaupun Sultan Muhammad sudah dilantik sebagai khalifah, tetapi dia masih memerlukan tunjuk ajar bapanya, yang juga mahagurunya. Oleh itu, sungguhpun Sultan Murad sudah bersara dan mahu memberi tumpuan pada amal ibadah, Sultan Muhammad tetap mahu bapanya ke medan juang. Setelah Sultan Murad uzur, barulah dia dibiarkan berehat. Kata-kata Sultan Muhammad al-Fateh kepada bapanya setelah dia menjawat jawatan khalifah:
“Kalau ayahanda fikir ayahanda masih seorang khalifah, menjadi kewajipan ayahanda untuk turun ke medan perang. Tapi jika ayahanda memandang saya yang khalifah, maka saya perintahkan ayahanda untuk turun berjuang.”
Begitulah lebih kurang. Dengan kata-kata ini, Sultan Murad tidak dapat berhelah lagi. Memang benar, perjuangan tidak ada hari berhentinya. 


MEMBUKA KONSTANTINOPLE

Sebelum melakukan kempen ketenteraan ke atas Konstantinople, Sultan Muhammad membuat persediaan rapi. Dia belajar daripada sejarah yang menyaksikan sekian banyak kegagalan tentera Islam terdahulu dalam menyerang kota tersebut. Dengan tembok kota berlapis empat, setinggi 25 kaki dan berparit air di hadapannya, kota ini sungguh kebal. Untuk itu perancangan dan persediaan yang luar biasa mesti dilakukan. Antara langkah awal yang diambil oleh Sultan Muhammad al-Fateh ialah mengerahkan pembinaan meriam paling besar dan berkuasa pada zaman itu. Meriam ini mampu menembak sejauh satu batu dengan peluru antara 300-1600 kilogram setiap biji. Tentera musuh memang gentar akan teknologi ketenteraan umat Islam ini. Meriam ini hanya boleh melepaskan 15 tembakan setiap hari. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya untuk umat Islam menguasai teknologi.


Tentera Islam tiba di Konstantinople dengan jumlah lebih kurang 150,000 orang. Apabila mereka solat berjemaah beramai-ramai, gementar hati tentera musuh melihat betapa ramai, berdisiplin, harmoni, bersungguh-sungguh dan bersatu hatinya tentera Islam. Dari segi psikologi, moral tentera musuh sudah menjunam jatuh. 

Selain tembok kebal, penghalang besar antara tentera Islam dengan Kota Konstantinople ialah Selat Bosphorus. Kapal-kapal tentera Islam tidak dapat membuat serangan kerana tentera Kristian sudah memasang rantai besi yang merentangi selat. Strategi ini BERJAYA menghalang kemaraan tentera Islam untuk tempoh yang agak lama juga. 



Sultan Muhammad yang berusia 21 tahun dan tenteranya tiba di Konstantinople pada 19 April 1453. Mereka menghujani kota itu dengan tembakan meriam selama 48 hari, namun Konstantinople masih utuh berdiri. Pihak musuh diperteguhkan pula dengan bantuan daripada Pope berupa 5 buah armada perang. Oleh itu, mereka yakin tentera Islam akan kehabisan ikhtiar, kelesuan dan akhirnya akan pulang dengan tangan kosong.

Satu keajaiban berlaku. Pada suatu malam, Sultan Muhammad mengerahkan tenteranya menggerakkan kapal melalui jalan darat. Mereka menarik kapal-kapal itu lalu melabuhkannya di dalam selat. Hal ini memang satu idea yang sungguh luar biasa.

Esoknya, tentera Kristian terkejut besar melihat sebanyak 72 kapal perang tentera Islam sudah berada di dalam selat dan bersedia melancarkan serangan. Mereka berasa hairan kerana rantai perentang masih tidak terjejas, jadi bagaimana kapal-kapal tentera Islam boleh melompat masuk? Ketika inilah peperangan hebat berlaku.

Sudah berlalu 53 hari namun Konstantinople tetap gagah. Sultan Muhammad tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan. Dengan tekad muktamad dia memberikan ucapan : “Saya hendak mati! Sesiapa yang mahu mati, mari ikut saya!”

Ucapan ini benar-benar membakar semangat tentera Islam. Seorang pahlawan bernama Hasan Ulubate dan 30 orang perajurit menyerbu masuk ke kubu musuh. Mereka BERJAYA memacakkan bendera daulah Islam di dalam kubu. Bendera yang berkibar itu membuatkan tentera Islam ‘naik syeikh’. Mereka bertarung sambil mengharapkan syahid. Dengan izin Allah, akhirnya Konstantinople tunduk melutut ke bawah tentera Islam. Hasan Ulubate dan 30 orang perajuritnya berjaya mendapatkan syahid. Allahu Akbar!

Konstantinople ialah kubu utama Kerajaan Byzantine. Kerajaan Byzantine lemah lalu akhirnya hancur selepas kota ini jatuh ke tangan Sultan Muhammad al-Fateh. Sultan Muhammad menukar nama Konstantinople kepada Islambol, yang membawa maksud “Islam Keseluruhannya”. Nama Islambol diubah pula kepada “Istanbul” oleh seorang musuh Allah bernama Mustafa Kamal Attarturk, Bapa Pemodenan Turki. Gereja St Sophies ditukar oleh Sultan Muhammad menjadi masjid, iaitu Masjid Aya Sophia. Sekarang dijatuhkan maruahnya sebagai sekadar sebuah muzium. 

Selepas itu Sultan Muhammad menyebarluaskan lagi agama tauhid ke Hungary, Bosnia, Serbia, Albani dan sekitarnya.


JUMAAT BERSEJARAH

Selepas BERJAYA menakluki Konstantinople, sampailah ketikanya untuk tentera Islam mengerjakan solat Jumaat yang pertama kalinya di sana. Timbul satu masalah, siapakah yang akan bertugas sebagai imam? Sultan Muhammad al-Fateh bertitah kepada tenteranya:

“Siapakah antara kamu yang pernah meninggal solat fardhu setelah baligh, sila duduk.”

Tidak ada seorang pun dalam ribuan perajurit itu yang duduk. Maksudnya mereka tidak pernah meninggalkan kewajipan solat fadhu. Beginilah salah satu ciri sebaik-baik tentera.

“Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat rawatib setelah baligh, sila duduk.” 

Sebahagian daripada tenteranya duduk.

“Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat tajahud setelah baligh, sila duduk.”

Semua tenteranya duduk, kecuali Sultan Muhammad sendiri. Hal ini menunjukkan pemerintah besar ini tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat rawatib dan solat tahajjud sejak dia cukup umur. Alangkah hebatnya peribadi seorang pemimpin sebegini! Ada lagikah pemimpin umat Islam yang sebegini?

AKHIR HAYAT 

Sultan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hurkascayiri, Gebe. Ada pendapat mengatakan dia meninggal kerana menderita penyakit ghout. Ada pula yang mengatakan dia diracun. 

Siapa yang meracunnya? Seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa. Ada orang mengaitkan putera Sultan Muhammad sendiri dalam hal ini. Allahu a’lam.


KISAH POTRET SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

Potret ini memang masyhur. Siapakah pelukisnya?

Pelukisnya ialah seorang Itali bernama Genti le Bellini. Dia dihantar oleh Senat Venice ke Istanbul pada tahun 1479 untuk bertemu dengan Sultan Muhammad al-Fateh atas urusan hubungan diplomatik. Dialah yang melukis potret baginda.


PEMBUKA KONSTANTINOPLE SETERUSNYA

Hadis Nabi bercerita tentang kedatangan Yakjuj Makjuj. Kedatangan tentera Khazar, Monggol dan Rusia juga ternyata gerombolan Yakjuj Makjuj. Namun Yakjuj Makjuj yang utama akan muncul selepas kedatangan Imam Mahdi dan Nabi Isa al-Masih nanti.

Begitu juga dalam kes Pembuka Konstantinople. Sultan Muhammad al-Fateh dan tenteranya memang benar sebaik-baik raja dan tentera pada zaman mereka yang BERJAYA membuka Konstantinople, namun Pembuka Konstantinople yang utama akan tiba tidak lama lagi. Mereka juga sebaik-baik raja dan tentera, untuk penghujung akhir zaman ini.

Kita lihat apa yang dinukilkan oleh Syeikh Ibnu Hajar al-Haitamy dalam kitabnya Al-Qaul al-Mukhtasor fi ‘Allamah al-Mahdiy al-Muntazor:

“Al-Mahdi akan memerangi Rom selama 3 hari. Pada hari ketiga itulah Rom runtuh. Kemudian menyerang Konstantinople. Ketika mereka membahagi-bahagikan emas di Konstantinople dengan memakai takaran perisi, tiba-tiba ada orang yang berteriak: “Sesungguhnya Dajjal telah menundukkan keluarga-keluarga kamu semua.”

“Al-Mahdi akan menundukkan Konstantinople dan Jabal ad-Dailam.” (Abu Nuaim)

Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya mereka menundukkan Konstantinople dan Rom dengan membunuh 40,000 jiwa……. Ketika mereka membahagi-bahagikan harta rampasan perang, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan berita kedatangan Dajjal…”
Sabda Nabi: 

“Peperangan yang terbesar ialah tertakluknya Konstantinople. Dan keluarnya Dajjal ialah selama 7 bulan.” 

Hadis riwayat al-Hakim: 

“Sesungguhnya pasukan yang menundukkan Konstantinople ialah pasukan Hijaz……. Kemudian mereka dikejutkan dengan orang meneriakkan tentang kedatangan Dajjal.” 

“Tertakluknya Konstantinople ialah keluarnya Dajjal.” 

“Ketika menundukkan Konstantinople, Al-Mahdi menancapkan benderanya untuk mengambil wudhuk dan mengerjakan solat Subuh.” 

Cuba perhatikan, penaklukan Konstantinople dikaitkan dengan al-Mahdi dan pra-kezahiran Dajjal. Maksudnya pembukaan utama Konstantinople belum berlaku. Ia akan dibuka oleh sebaik-baik raja dan tentera iaitu Imam Mahdi dan pasukannya. 

Anda mahu jadi salah seorang ahli pasukannya yang sebaik-baik tentera itu? Bandingkan amalan anda dengan amalan para perajurit Pembuka Konstantinople yang pertama iaitu tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Tentunya kualiti tentera yang membuka akan membuka Konstantinople kali ini adalah lebih hebat daripada yang pertama. Layakkah anda? 

Satu hal yang menarik, orang yang mengatakan Konstantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam ialah Nabi Muhammad saw, Pembuka Konstantinople yang pertama ialah Sultan Muhammad manakala Pembuka Konstantinople yang utama ialah Muhammad bin Abdullah iaitu al-Mahdi. Ketiga-tiganya Muhammad.
**THE END** 

Bicara Tentang Hati

“Ummu, kau pernah suka seseorang tak?’’ temanku bertanya.
Teralih perhatianku untuk menikmati keindahan alam.
“Adalah jugak. Tapi dah lama, dah hilang dah pun perasaan itu. Kadang-kadang memang terasa macam ada sesuatu dalam hati; tapi perasaan tu juga buat aku rasa tak sedap hati at the same time. Bila macamtu, aku doa je kat Allah. So, sebenarnya, aku pun tak pastu aku pernah suka lelaki ke tak. Hehehe”
“Kau doa macamana?”
Ya Allah, kau tahu perasaanku terhadapnya kerana Kau Maha Mengetahui, jika memang sudah tertakdir jodohku dengannya, Kau peliharalah rasa sukaku terhadapnya sebaliknya jika aku memang tidak tertulis untuknya, Kau hilangkan rasa sukaku terhadapnya. Kerna Kaulah yang sebaik-baik perancang.
Hanya itu yang mampu ku jawap. Mahu menghilangkan rasa gusar di jiwa temanku. Tersenyum dia mendengar jawapanku.
“Nasib baik kau ada, kalau tak mesti aku dah terlanjur jual cinta aku untuk yang tak sepatutnya.”
…..
Yang Dinamakan Hati
Memendam perasaan itu dinamakan jihad. Kerana kita sedang memperjuangkan diri kita daripada terjebak dengan dosa. Andai seseorang meluahkan perasaannya terhadap kita dan kemudian kita menerima perasaannya, mengikat sebuah hubungan haram, membuka hati kita untuk menerima cinta kepada yang tak sepatutnya. Samalah, seperti balang gula-gula yang telah terbuka dari penutupnya.
Dan ketika sedang menjalin hubungan tanpa ikatan dengannya, kita sibuk menzahirkan cinta, meluahkan sayang kepadanya, kerana ketika itu, hidup kita hanya untuk membahagiakannya. Ini diibaratkan seperti gula-gula yang terdapat dalam balang itu telah diberikan kepada dia.
Lalu, akhirnya dia pergi meninggalkan kita setelah puas mempermainkan kita yang leka dalam cinta. Balang gula-gula itupun yang sudah terbuka penutupnya, hanya tingal sedikit sisa-sisa, beberapa gula-gula. Dan hati kita itu, hanya  balang gula-gula yang tinggal sedikit isinya. Adakah hati itu yang bakal kita persembahkan kepada seorang Adam yang bergelar suami, halal keatas kita, dan bakal menghabiskan masanya bersama kita?
Si suami bakal mendapat cinta secondhand. Tidakkah kita merasa malu untuk berdepan dengannya, kerana hati ini pernah menjadi kepunyaan orang lain?
Suka pada seseorang. Itu namanya fitrah. Kerana itulah, berada di alam remaja, merupakan alam yang paling mencabar.
Ada sesetengah manusia, menjadikan cinta sebagai media pemuasan hawa nafsu. Inilah yang berlaku pada akhir zaman sekarang. Kes buang bayi, mengandung anak luar nikah, semakin banyak terjadi. Inilah umat akhir zaman.
Cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata, sebenarnya cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan.
Al-Farabi
Tidak malukah kita? Disamakan dengan haiwan?
Muhasabah diri. Suka seseorang, pendamkan sahaja. Fikir dahulu,tidakkah kita berasa malu? Mencintai seseorang, tanpa terlebih dahulu mencintai Dia. Bagaimana kita, mahu mengetahui tanda-tanda kita mencintai Allah?
…..
Tanda-tanda Mencintai Allah
Kalau cinta, rindu untuk bertemu.
Bagaimana sikap kita sewaktu hendak berjanji temu (solat) dengan Allah?
Kalau cinta, suka apabila disuruh.
Bagaimana sikap kita  sewaktu diperintah menutup aurat, menjauhi zina dan lain-lain?
Tidak malukah kita? Mencintai hambaNya terlebih dahulu tanpa mencintai Dia?
Andainya kita risau, orang yang kita sukai bakal jatuh ke tangan orang lain, ingatlah kita ini siapa. Orang yang disukai itu bukan milik kita sebaliknya milikNya. Layakkah kita merisaukannya. Ingatlah, jodoh itu ketentuan Tuhan, kita hamba tidak perlu bersusah payah memikirkannya.
Apa guna bercouple? Sedangkan dia yang kita sukai itu belum tentu lagi jodoh kita. Elakkan. Kerana ia selangkah menuju kepada perbuatan zina. Dan Allah sendiri telah berfirman:
“Dan janganlah kamu mendekati zina…. (Al-Isra’ 17:32)”
Cinta selepas kahwin itu indah. Kerana apa yang haram untuk dibuat, halal untuk kita lakukan terhadapnya. Simpan diri untuk yang halal. Bila hati diuji kerana fitrah, peganglah pada prinsip: ‘hati itu ibarat balang gula-gula.’
Wanita, peliharalah cintamu untuk yang halal. Memendam itu berjihad. Tidak perlu bercouple untuk melampias fitrah. Kita wanita, senang menuju ke syurgaNya.
.....

Cinta Khaliq VS Cinta ‘Abdun

”Bila CINTAMU kenal ILAHI, jadilah CINTAMU BERSTATUS TINGGI.”- Ustazah Fatimah Syarha.
”Apa-apa yang membawa ke SYURGA, itulah CINTA.”- Hilal Asyraf.
Bila manusia terlalu asyik dibuai dengan keindahan cinta dunia, cinta manusia, hukum DIA dicampak entah ke mana-mana. Bila ‘cinta’ yang selama ini dipertahankan bertahun-tahun lamanya, terputus di tengah jalan, mulalah hati rasa kecewa, merana, putus asa. Kadangkala, tidur tak lena. Makan tak rasa apa-apa. Segalanya hambar, kosong, tidak terdaya. Ibaratnya, hidup sudah tiada makna.
KAMU. Iya, kamu. Kamu yang sedang patah hati kerana ‘cinta manusia’.
Aku mahu tanya. Adakah ini ‘cinta’ yang kita agung-agungkan?
Cinta yang membuat kita futur dari Tuhan?
Cinta yang membuat kita berputus asa dari AL-RAHMAN?
TIDAK SAMA SEKALI. Ini bukan cinta. Ini malapetaka.
KAMU. Iya, kamu.
Kamu yang sedang MENZALIMI HATI YANG ALLAH AMANAHKAN UNTUKMU.
Sedarkah bahawa kita sedang menzalimi hati kita dengan cinta manusia?
Aku mengerti. Aku mengerti akan tuntutan fitrah yang satu itu.
Aku juga manusia. Manusia biasa yang punya hati dan perasaan, sama seperti kalian.
Aku bukan robot, yang hatinya tidak pernah wujud.
Kita sama-sama punya ‘rasa cinta’,tapi cara kita MENGURUSKAN CINTA itu berbeda.
Aku tidak kata, aku arif menguruskan fitrah cinta. TIDAK.
Tapi, InsyaAllah. Mari, aku khabarkan apa yang aku tahu tentang CINTA.
Buat sahabatku yang sedang patah hati dan kecewa kerana cinta manusia.
Subhanallah, MashaAllah. Sedarkah kalian sebenarnya Allah mencintai kalian?
Iya. Mungkin kau fikir Allah itu kejam kerna DIA ambil orang yang kau sayang.
Tapi, ayuhlah. Buka mata hatimu, lihat hikmah yang terbentang luas di hadapanmu.
Sedarkah bahawa Allah ingin mengisi hatimu dengan cinta yang tiada belah bahagi pada-NYA?
Subhanallah. MashaAllah. Tabarakallah.
Aku tahu. Perit rasanya ‘cinta’ yang selama ini kau pertahankan, akhirnya putus di tengah jalan.
Setiap apa yang kalian janjikan, kini hanya tinggal angan-angan.
Bertabahlah. Allah itu tidak pernah kejam.
Malah, DIA sebenarnya ingin nyatakan DIA SAYANG AKU, MEREKA DAN KALIAN.
Kamu tahu? Seharusnya yang bertakhta di hati manusia itu cuma DIA dan Rasul-NYA.
Kalau benar dia cintakan kamu, dia tidak akan sesekali mengajakmu
MENDEKATI JALAN NERAKA.
Iya. MENDEKATI JALAN NERAKA.
Sahabat. CINTA itu tidak salah. Tapi, cinta yang bagaimana?
CINTA itu untuk siapa? Milik siapa? Untuk apa? Bagaimana? Kapan tiba?
- CINTA itu milik DIA. Untuk DIA. Untuk dapatkan redha-NYA bukan murka-NYA.
Dengan mengikuti segala apa yang telah ditetapkan-NYA.
Bila-bila masa dan di mana saja kita berada.
Seperti yang aku katakan tadi. Cinta itu tidak salah. Kau mahu bercinta? Silakan. Tiada yang menghalang kalian. Tapi, cinta yang bagaimana? Cinta yang berpaksikan Allah semata. Cinta yang mengharapkan redha-NYA. Cinta yang makin mendekatkan kamu pada-NYA. Yang membuat kamu semakin bersemangat untuk bercinta dan mengenal DIA dan Rasul-NYA. Cinta yang membuat kamu menjadi manusia yang hebat di mata Allah dan seluruh penduduk langit khususnya. Lalu bagaimana untuk mendapatkan cinta sebegitu? Dengan mengisi nama-NYA semata-mata. Kamu tahu? Ada bedanya
‘KERANA ALLAH, AKU MENCINTAIMU’
dengan
‘KERANAMU AKU MENCINTAI ALLAH.’
Apa bedanya? Bedanya pada siapa yang kau aulakan cintanya.
CINTA ALLAH, atau cinta manusia?
MAAF. Aku memang tidak arif bersastera, berbicara soal cinta. Tapi, aku mahu kalian dan aku sendiri membuka mata hati yang selama ini sengaja buta menilai cinta-NYA dan Rasul-NYA. Aku tidak kata menyimpan nama orang lain dalam hatimu itu satu dosa. TIDAK. Allahu’alam. Aku tidak tahu. Sungguh, yang namanya DOSA dan PAHALA itu hanya ALLAH yang berhak menilainya.Tapi, nasihatku untukmu juga untukku, simpan saja ‘dia’ dalam DOA kita, bukan dalam hati kita. Kerana apa? Kerana hati itu bolak-balik sifatnya. Kalau DOA itu, InsyaAllah, sampai kepada-NYA.
Kamu tahu? Bercinta dalam diam itu sungguh indah rasanya.
Kerana apa? Kerana cinta itu tidak disandarkan pada manusia.
Hanya disandarkan pada Allah semata. Bagaimana?
Katanya cendekiawan,
”kalau mahu lihat apa manusia itu penting dalam hidupnya berbanding yang lainnya,
lihatlah berapa kerap dia menyebut namanya dan menyimpan namanya
dalam doa dan sujudmu pada-NYA.”
Benar sekali katanya, tiada dusta!
Kata Nabi, orang yang ‘jatuh cinta’, cenderung untuk selalu mengingati
dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu).
Kata Nabi, manusia juga bisa ‘diperbudak’ kerana cintanya (man ahabba syai’an fa huwa ‘abduhu).
Persoalannya; APA PANTAS MANUSIA ITU LEBIH DIINGATI BERBANDING PENCIPTA?
Persoalannya; APA PANTAS MANUSIA ITU LEBIH DISEBUT BERBANDING ASMA’-NYA?
Cinta yang mana yang kita sedang dustakan? Cinta yang mana yang kita sudah agungkan?
Tanya; CINTAKAH KITA PADA TUHAN?
Tanya; CINTAKAH KITA KEPADA NABI MUHAMMAD SAW?
Jadi, cinta yang mana harus kita utamakan? Apa pernah kita berdoa khusus meminta cinta Tuhan?
Apa pernah kita berdoa khusus agar kita lebih mencintai Muhammad
solla llahu ‘alaihi wasallam berbanding manusia yang lainnya?
Apa pernah kita berdoa khusus untuk ibu dan ayah kita?
Atau kita hanya berdoa khusus agar DIA menjaga ‘dia’ sebaik-baik jagaan-NYA?
Cinta yang mana yang kita dambakan? Cinta yang sementara atau cinta berpaksi DIA semata?
Cinta yang mana yang kita utamakan? Cinta kepada si ‘dia’ atau cinta kepada-NYA?
Ayuh, muhasabah diri.
Selama ini, kita tidak ‘bercinta.’
Tapi, kita hanya berpura-pura.
Yang namanya ‘cinta’ itu sangat suci.
Usahlah kita nodai dengan racun-racun yang membuat kita jauh dan futur dari RABBI.
KAMU. Iya, kamu.
Tidak apa jika tiada manusia di hati.
Asal ada RABBI.
Aku mahu cintamu berstatus tinggi.
Aku mahu cintamu kenal ILAHI.
Kerana pada hakikatnya, cinta itu punya sebabnya sendiri.
‘Cinta akan lenyap bersama lenyapnya sebab.’
ALLAH itu tidak akan pernah lenyap.
Jadi, niatkan kerana-NYA.
Aku mahu kau mencintai-NYA dan Rasul-NYA lebih daripada segala-galanya.
Aku mahu kau ke syurga, bukan neraka.
Aku mahu kau usaha untuk mujahadah seperti mana aku sedang cuba.
Aku mahu kita sama-sama jadi yang terbaik pada pandangan-NYA.
Aku mahu kita cari DIA. Hanya DIA semata.
Yuk! ISTIGHFAR.
Yuk! BERCINTA DENGAN-NYA!
Yuk! BERCINTA DENGAN RASUL-NYA!
Yuk! BERCINTA DENGAN ILMU-NYA!
Yuk! SALING MENCINTAI KERANA-NYA HINGGA KE SYURGA!
p/s: Tuhan; ALLAH telah membentangkan jalan penuh hikmah; nikah.
Kenapa perlu memilih jalan mudarat, jalan penuh maksiat?
Kalau masih tidak mampu untuk menikah, maka mujahadahlah.
InsyaAllah, ada ganjaran di sisi-NYA.
Hidup ini bukanlah untuk diisi dengan kecintaan terhadap manusia semata.
Fitrah, usah nafi. Tapi jangan makan diri.
Doa tanpa henti. Biar fitrah direstui Ilahi.
Semoga saudaraku yang berada di Gaza, Syria, Mesir dan lainnya baik-baik saja.
Semoga ‘cintaku’ sampai kepada mereka.
Malunya aku pada adik-adikku di sana yang masih kecil.
Tiada masa untuk fikir soal cinta manusia.
Yang mereka tahu adalah;
HIDUP DAN MATIKU HANYA KERANA-NYA.
Kau dengan cinta ‘dia’.
Aku dengan cinta DIA.
Cinta kita berbeda.
Maka, siapa lebih bahagia?
***
penulis : El Husnayan (I Luv Islam)

**THE END**

Masjid dan Perkahwinan

Assalamualaikum. hai! hari ni tiba-tiba nak masuk topik kahwin. hahaha! dah gatal nak kahwin ke? [tak tak tak!]
cuma sekarang ni based on my pemerhatian, ramai member yang sebaya, tua dan muda dari aku yang tengah bercinta a.k.a bercouple. couple sebelum nikah. couple yang tak diketahui sejauh mana kekalnya. so, untuk kawan-kawan aku yang dah gatal sangat nak kahwin tu, why not spend time baca ni dulu. 

renung-renungkan dan selamat membaca. ^_^




Dalam masyarakat Melayu Islam memang sering mengungkapkan bahawa perkahwinan atau berumahtangga itu sebagai membangunkan masjid. Tanpa huraian mendalam pun, sudah ada satu tanggapan atau persepsi bahawa membina rumahtangga itu punya maksud yang suci murni dan nilai yang tinggi hingga dikatakan sebagai membina masjid. Masjid pula adalah satu institusi yang wajib ada dalam kehidupan masyarakat. Dan sudah tentu dalam pembinaan masjid bukan boleh dibuat sambil lewa. Semua aspek yang berkaitan dengan masjid mesti tiada yang tertinggal. Misalnya masjid mesti tepat arah kiblat. Dibina dengan sempurna supaya tiada gangguan dalam penggunaannya. Penjagaan masjid yang berterusan mesti diperkirakan dari awal kerana masjid bukan sekadar hendak dipakai untuk tempoh yang singkat, sebaliknya penggunaan masjid sampai bila-bila.
Sekarang mari kita tinjau lebih terperinci lagi tentang konsep dan falsafah masjid dan bandingannya dengan rumahtangga.
1. Masjid dibina kerana Allah SWT. Dilarang membina masjid dengan niat-niat yang lain. Begitulah dalam membina rumahtangga, tidak boleh dengan niat lain. Terpesong niat akan dengan mudah memusnahkan rumahtangga. Umpamanya niat berumahtangga hanya sekadar untuk memenuhi tuntutan naluri atau sekadar hendak melepaskan nafsu semata-mata. Niat-niat yang tidak murni ini awal-awal lagi mengundang kemurkaan Allah SWT. Tuhan tidak pimpin dalam menjalani hidup berkeluarga. Hilang keberkatan dari Tuhan. Hasilnya rumahtangga itu tidak akan tenteram. Amat perlu diingat bahawa tanda sebuah keluarga yang hilang keberkatan ialah apabila suasana tidak tenteram, sering marah-marah, sering bertengkar, hilang kasih sayang, mementingkan diri sendiri, hidup nafsi-nafsi.
2. Arah kiblat semua masjid adalah tepat. Arah kiblat yang salah membatalkan sembahyang. Semua anggota keluarga mesti memiliki niat dan arah kehidupan yang sama iaitu mencari keredhaan Allah SWT melalui rumahtangga dan hidup berkeluarga. Barulah rumahtangga itu akan melahirkan orang-orang yang mudah sepakat, bermuafakat, seia sekata, saling memiliki rasa bersama, bekerjasama dan bertolong bantu. Andainya niat berumahtangga itu tidak tepat, ibarat masjid salah kiblat. Biarpun berjaya juga dibendung dari timbulnya krisis, namun rumahtangga itu hakikatnya sudah berpecah belah.Untuk sementara waktu mungkin boleh bertahan. Dan mungkin juga masih boleh bertahan kerana belum ada sebarang cabaran atau gangguan. Lazimnya sadikit saja cabaran yang melanda akan mudah rapuh dan terbarai.
3. Masjid adalah tempat membesarkan Allah SWT. Ertinya rumahtangga adalah saluran anggota keluarga membesarkan Allah SWT. Bukan tenpat membesarkan dunia, nafsu dan syaitan. Rumahtangga yang sering berkrisis adalah berpunca kerana dalam diri masing-masing subur cinta dunia, subur perangai syaitan, bertunjangkan nafsu dan tabiat haiwan semata-mata. Cinta dunia, angkara nafsu dan syaitan adalah punca dunia porak peranda dan tidak ada noktah dari bermusuh dan berperang. Inilah juga akibat yang bakal ditanggung oleh rumahtangga yang memiliki faktor yang serupa. Iaitu rumahtangga yang Tuhan tidak dipedulikan, Tuhan terpinggir, Tuhan tidak dibawa bersama dalam kehidupan.
4. Masjid adalah tempat ibadah. Tempat beramal mengabdikan diri kepada Allah SWT. Masjid bukan tempat hingar bingar, bukan tempat kelakar dan lucu dengan hilai ketawa berdekah-dekah, bukan pasar yang riuh rendah tanpa haluan dan bukan juga arena konsert atau tempat menonton sebarang permainan. Ini bukan bererti tiada kegembiraan dan gurau senda dalam rumahtangga. Namun semuanya berlaku dengan penuh berdisiplin, kaya dengan adab sopan, tata susila dan ketertiban. Suasana yang aman tenteram seolah-olah dalam suasana menjaga ibadah. Seperti mana dalam masjid tiada maksiat, kemungkaran pertengkaran, kata nista, maki hamun, sumpah seranah, bertegang leher, maka begitulah suasana dalam rumahtangga.
5. Masjid adalah tempat berlakunya pengajian, majlis ilmu,nasihat menasihati dan peringatan. Secara khususnya atau rasminya adalah Khutbah Jumaat. Begitulah keadaan yang seharusnya berlaku dalam rumahtangga.Terutamanya suami, selaku ketua keluarga mesti mampu menjadi imam sembahyang, mengadakan majlis pengajian yang ringan-ringan terutama di bidang fardhu ain,adab-adab dan membaca Al-Quran. Juga mesti mampu memberi tunjuk ajar dan peringatan kepada anggota keluarga.
6. Masjid adalah tempat manusia merendah diri, berkasih sayang, hormat menghormati dan saling bermaafan.Demikianlah sewajarnya terjadi dalam rumahtangga.Hidup dengan ketiadaan ego dan sombong, berkasih sayang,saling selamat dan menyelamatkan, saling menghiburkan, prihatin, setia dan bela membela. Yang tua mengasihi, manakala yang muda menghormati. Yang tidak tahu diberi tunjuk ajar, yang bersalah meminta maaf dan yang tidak bersalah memberi maaf.
7. Bangunan masjid itu merupakan gabungan berbagai komponen dan bahan binaan. Gabungan yang lengkap itulah menjadikan sempurnanya sebuah masjid. Ditambah lagi dengan berbagai ukiran yang menambahkan lagi cantiknya sesebuah masjid. Dalam konteks rumahtangga, ianya bukan setakat ikatan antara dua orang atau sepasang suami isteri itu saja. Lebih dari itu bermula dari ikatan dua orang suami isteri, terjalin hubungan antara keluarga kedua-dua pihak. Sanak saudara antara kedua pihak bertukar menjadi ikatan kekeluargaan yang lebih besar. Termasuk juga selepas perkahwinan itu akan mendapat anak, seterusnya menantu pula, maka bertambah lagi anggota keluarga. Selepas anak-anak dan menantu- menantu, datang pula cucu-cucu. Cucu-cucu pula berkahwin maka bertambah lagi jumlah anggota keluarga. Seluruh ikatan kekeluargaan itu perlu dijaga agar kekal tidak terungkai bahkan kekal utuh. Begitu besarnya fungsi rumahtangga.
Cuba bayangkan andainya berlaku perceraian antara suami isteri. Maka perceraian itu diibaratkan meruntuhkan masjid. Selain hilang peranan yang diibaratkan masjid, putus pula segala ikatan kekeluargaan antara dua pihak. Seolah-olah seluruh bangunan masjid itu runtuh. Walaupun bercerai itu tidak berdosa, namun ianya ibarat runtuhnya sebuah masjid, kesan negatif dari perceraian itu amat besar. Perceraian akan memberi kesan kepada retaknya ikatan dalam keluarga keseluruhannya.
Seperti mana masjid perlu ada penjagaan berterusan agar kekal berfungsi maka begitulah juga rumahtangga perlu sangat dijaga agar kekal hingga akhir hayat. Kalau runtuh masjid maka tiada lagi tempat tumpuan masyarakat untuk melaksanakan berbagai aktiviti kepada Tuhan mahu pun sesama manusia, demikianlah juga sekiranya runtuh rumahtangga maka akan berlaku berbagai kepincangan dalam masyarakat.
8. Masjid amat dijaga kebersihan dan kesuciannya. Habuk,debu, sawang semuanya disingkirkan. Najis memanglah sangat diawasi. Tahi cicak pun tidak boleh ada. Ini kesucian yang bersifat lahir. Orang-orang yang memasuki masjid turut menjaga kesucian batin. Masing-masing berusaha mengawasi gerak hati agar tidak menjalar sifat mazmumah sepanjang berada dalam masjid. Ertinya, sedikit sebanyak berusaha juga membuat penyucian hati. Kerana hati memang terasa diawasi oleh Allah SWT. Dengan harapan perasaan atau rasa diawasi oleh Allah SWT itu dapat dibawa keluar dari masjid.
Sama juga fungsi rumahtangga. Tempat di mana anggota keluaga menjadikannya gelangang mujahadah untuk membuang dan membakar sifat mazmumah, sekaligus menyuburkan sifat-sifat mahmudah. Juga dengan harapan sifat-sifat mahmudah dapat di bawa bersama ketika berada di luar rumah bersama masyarakat. Kalau setiap keluarga berbuat perkara yang serupa, maka kesannya ialah anggota masyarakat terdiri daripada manusia yang baik-baik. Aman damailah pula masyarakat dan negara.

**THE END**