Friday 3 December 2021

My Sugardoll Journey

 Assalamualaikum hi guys!

I'm so excited to share with you guys yang sekarang I dah join business. Yep, the thing I hated most. Tapi takdelah teruk mana pun. walaupun sampai sekarang tak ada customer lagi. #kesianfafa

I sekarang jual Sugardoll. What is sugardoll? Sugardoll ni satu rangkaian produk penjagaan rambut. Dalam satu jenama ni, semua complete. ada shampoo, conditioner, hair tonic, vitamin dan serum. Seriously best gila.

tapi cabaran untuk I bila nak promote la. sebab I kan hijabis. nak tunjuk rambut kang dosa. But i'm so jealous tengok seller sugardoll yang lain boleh flip flip rambut. huhuhu

Ah itu bukan alasan. I boleh je promote even i hijabis. 

Tapi seriously, I seronok buat iklan. Rasa macam, ni pengubat hati la ni sebab customer pun tak ada lagi.... jadi i enjoy myself by doing cute poster for the agents. And sekarang I dah jadi tiktoker. I mean Reelser? Yep, i rajin gila buat Reels sekarang. Oh God help me! hahaha

I just hope that, one day ada la orang yang trust me to purchase order. and i hope i can maintain this business. sebab dulu i pernah join the junni tapi sebab takde sale so i macam down. sekarang ni i'm glad i ada makcik yang very supportive. whenever i'm down, dia selalu cheer me up. thank you ateh.

Oh btw, Sugardoll ni ada 3 set utama. Basic Set, Shampoo Set, and Frizz Me Not Serum. And semua ni tak ada loose item. means tak boleh nak beli shampoo without conditioner. you guys WAJIB beli Shampoo AND conditioner.

If korang consult dengan I, I akan cerita lebih banyak lagi set yang sesuai untuk masalah rambut korang. We called it as Combination Set. Ada Full Set, Maintenance Set, Desert Set, Combo Set. Combination set ni biasalah, gabungan daripada 3 set utama tadi.. macam contoh Basic Set + Shampoo Set or Basic Set + Serum or Semua 3 Set utama ni jadi Full Set.

Harga pulak?

Basic Set (Vitamin & Tonic) - RM170 exclude postage

Shampoo Set (Shampoo & Conditioner) - RM96 exclude postage

Frizz Me Not Serum - RM70 exclude postage


Detail untuk setiap item ni nanti I cerita dekat next post okay. kalau korang nak beli korang boleh terus Whatsapp +601157096602 atau follow Instagram @sugardoll.effjay untuk maklumat lanjut and DM.

Korang boleh juga tekan je link linktr.ee/nfafajay kalau nak cepat.

               

xoxo,
fafajay,
penjual shampoo

Monday 29 November 2021

Selamat Hari Kita Yang Ke-2 Tahun, Najwa Rythami.

 Assalamualaikum and hi guys.

Lama betul aku tak update blog aku yang dulu ownernya gilakan visitor tapi sekarang dah jadi macam personal space untuk curhat. Ya, betul lah orang kata, kenangan tu belum betul-betul bermakna jika baru sehari dua. Tapi menjadi mahal dan sarat dengan sentimental value bila sudah bertahun lama. Sama macam entri-entri blog ni yang kalau dihitung umur entri pertama blog ni sudah berusia 8 tahun.

Jadi entri kali ni merupakan satu entri yang aku harap akan menjadi entri paling mahal dalam blog aku. Because, i dedicated this entry for someone yang unexpectedly came into my life 2 years ago.

Najwa Rythami. tahun ni (2021) 22 tahun. berasal dari... tak tahu lah. dia punya asal usul keturunan ni macam banyak bona. Sekerat Sabah, sekerat Nismilan, sekerat pantai timur (k ni aku bedal je. haha)

I know her ever since before she knows me. And, our first conversation, it's happened.... unexpectedly. Ya, berkenalan dengan Najwa Rythami.. my life is full of "unexpectedly" since day 1. 😂

Langit Central i-City ketika itu, jingga disimbah mentari yang sedang berada di ufuk barat. Lensa telefon segara merakam sambil menantikan bas Smart Selangor yang akan membawa aku pulang kembali ke kolej. Entah kenapa, emosi aku berkecamuk. Serasa seperti pelbagai soalan muncul dalam fikiran. Drama-drama yang aku hadap dalam tempoh sebulan disini, menggerakkan aku untuk memulakan perkenalan dengan Najwa Rythami.

Jika kebiasaannya, langkah pertama menuju persahabatan, dimulakan dengan sapaan, namun langkah pertama persahabatan kami bermula dengan sebuah balasan insta story yang terkandung "Agree! 💯". Dari situ, tanpa apa sebarang peringkat atau fasa, Najwa Rythami yang aku sapa Wawa terus menjadi sahabatku. Berkongsi pelbagai pengalaman suka, duka.. Namun, ini bukanlah pengakhiran bagi cerita kami, Baru eksposisi. Klimaksnya...

Klimaksnya, bila dua jiwa semakin sebati.. Bicara mula menyentuh emosi. Kisah peribadi mula dikongsi. Kami saling bertukar cerita. Meluahkan rasa yang terbuku dihati. kadang-kadang menangis, kadang-kadang ketawa. kadang-kadang marah, geram.

Pada aku, bila kita dah berkongsi emosi, itu tandanya dua jiwa telah pun sebati. dan takkan mudah untuk dileraikan, Bak kata Beto Kusyairi dalam Istanbul Aku Datang.

Banyak aku nak cerita.. Tapi biarlah segala cerita peribadi ini, menjadi rahsia antara aku, wawa dan mungkin arip (sebab najwa selalu cite dengan arip. ahahahah)

Tujuan utama entri ini, adalah apresiasi kepada Nur Najwa Rythami.

Terima kasih wawa, sebab muncul dalam kehidupan fafa...Pada waktu yang tak diduga.
Terima kasih wawa, sebab selalu menceriakan hari fafa yang suram.
Terima kasih wawa, sebab sentiasa ada bila fafa memerlukan seseorang dengan segera untuk curhat.
Terima kasih wawa, sebab sentiasa bersabar dengan fafa.

dan, yang paling penting....

Terima kasih wawa, sebab sudi berkongsi tawa dan tangis. Semua orang sudi berkongsi tawa dengan kita.. Tapi, tak semua orang sanggup berkongsi tangis dengan kita.

Fafa cuma harap, ikatan persahabatan kita kekal, dan semoga kita berjiran di syurga nanti.

Sedar tak sedar, persahabatan kita rupanya hampir sebaya dengan Muhammad. Dari Muhammad kecik tapak tangan, sekarang dah besar. Rasa macam ada adik or anak? #SindromMakMak 😂

Najwa, sebagai seorang sahabat, aku ucapkan selamat maju jaya. Selamat melapor diri di pulapol. 
Dan, sebagai seorang sister, aku nak pesan, Jaga diri. Kalau down, kau ingatlah aku dengan mak aku. Doa kami, sentiasa bersama dengan kau. Aku ada kau je wa dengan mak, and 2 orang kawan sekolah aku. Korang banyak ada dengan aku masa saat-saat kritikal aku. terus sokong aku wa. sebab itu je yang aku perlu.

Terima kasih wa, sebab kedatangan kau ke rumah aku... bagi aku adalah satu hadiah yang paling bermakna untuk ulangtahun kita yang kedua ni.

Najwa, kalau satu hari nanti.. andai kata kita bawa haluan sendiri... Aku mesti rindu bila baca entri ni. Sebab bagi aku, entri ni macam gambar. walaupun orang dalam cerita ni berubah, tapi cerita ni akan tetap sama.. Sampai bila-bila.

Last but not least, aku sayang kau wa. Lillahi Taala. Aku minta maaf kalau ada terkasar bahasa dengan kau, buat kau rasa tak senang.. 

Tulusly, Nur Fahada
28/11/2021
1:53 am

***
Again, Selamat Hari Kita yang ke 2 Tahun!
Najwa sayang Fahada tak? 😜😘



Wednesday 6 October 2021

Soalan Ketika Beli Laptop Baru: Edisi Zero Tech Knowledge

 Assalamualaikum hai guys.. sejak start cuti sem ni rajin pulak aku update post blog eh? selalunya kena palau teruk blog ni.. tapi takpela... dah alang alang cuti takde nak buat apa baik aku menaip je.. biasakan diri banyak menaip, nanti masa buat fyp dah biasa lah.. bak kata orang tua-tua dulu, alah bisa tegal biasa.. ahhhhgitewwww.

jadi macam yang tertulis dekat title tu.. hari ni aku nak share la cara cara nak beli komputer.. or laptop.. or phone... (wait, you said laptop on your title... -_-)

aku buat post ni sebab kebetulan aku pun baru beli laptop sebab.. u know... online classes literally killed my old laptop.. and my soul. Thanks to Zakat Wakalah Surau An-Nur RHB sebab luluskan permohonan aku untuk bantuan beli laptop ni.. sebab i'm broke af. Jadi, aku beli laptop ni dekat area rumah aku je sebab rentas daerah tak boleh and aku tak percaya dengan courier kalau nak beli through online shopping website. 

ps: Sesiapa yang duduk area Hulu Selangor especially Rasa, Kuala Kubu Bharu, Ulu Yam dll kalau nak beli laptop boleh cari kedai WAJUNA ENTERPRISE di alamat No 31, Jalan Meranti 2C, Seksyen 3, Bandar Utama Batang Kali. The owner are supeeeerrrrr friendly. lembut je dia explain and jawab segala soalan aku. #SupportMelayu tibeh. 

Ok back to the story... Sebenarnya post ni aku buat based on pengalaman aku beli laptop dengan pc dulu-dulu. So, ini hasilnya... sebuah post yang boleh membantu korang semua baru-baru nak beli laptop. 

1. Processor apa?
Ni soalan first aku tanya masa aku nak beli. jadi aku tau lah laptop aku ni guna processor apa. Processor ni dia ada banyak. ada Intel, ada AMD Ryzen, ada Athlon.. yang paling femes sekarang ni Intel i3, i5, i9 dengan AMD Ryzen. ada juga Celeron dengan Pentium tapi orang kata Celeron dengan Pentium ni lama.. jadi laptop akan slow. Selain tanya jenis processor apa yang seller suggest kat kita,  boleh juga mintak dia explain apa beza processors ni semua. Macam yang termaktub dalam Hak Pengguna KPDNHEP no 3, Hak pengguna untuk mendapatkan maklumat. gitchuwww #ExAhliKelabPenggunaSekolah

2. Storage berapa besar? Boleh Tambah tak?
Lepas dah tau processor laptop kita jenis apa, kita nak lah juga tau berapa saiz storan simpanan komputer kita ni.. yela, kalau tak tau macam mana kita nak simpan koleksi drama korea yang kita dah download dekat telegram kan kan kan kan? hehehhehehehehe. Sekarang ni kebanyakan laptop dah berpindah kepada SSD. tapi apa pula SSD ni? biasa kita dengar HDD atau Hard Disk Drive kan? SSD ni singkatan daripada solid-state drive. ia juga dikenali dengan nama flash drive disebabkan kemampuannya membaca data selaju kilat.

Tibeh Lightning McQueen

Tapi disebabkan SSD ni mempunyai kelajuan membaca data yang tinggi, maka harganya pun tinggi juga berbanding HDD. Sebab tu kalau anda survey laptop, kebanyakan yang berharga bawah RM2,000 mempunyai SSD yang bersaiz 256GB. mana cukup nak simpan drama korea Crash Landing On You, Vincenzo, Penthouse pun dah masuk 3 musim. Jadi kita boleh tanya "Bang boleh tak tambah/upgrade storage?" kebiasaannya untuk storage tambahan, seller akan suggest dekat kita untuk masukkan HDD sebagai secondary. Kenapa? Sebab HDD lebih murah. Korang boleh tengok perbandingan harga SSD dengan HDD dekat shopee kalau nak senang. Oh jangan lupa, sekali lagi boleh mintak seller korang tu explain.. apa beza HDD dengan SSD ni.

note: tapi korang kena ingat.. (ni in case lah seller korang tak bagitahu ke) SSD ni dia sensitif dengan suhu yang tinggi. Kalau SSD ni dia beroperasi pada suhu yang tinggi, elektron (atau senang cerita benda dalam body SSD tu) boleh bocor tau. jadi pengaliran udara tu amat penting.

3. RAM berapa?
This is another soalan basic yang boleh korang tanya masa survey/beli laptop. RAM ni singkatan untuk Random Access Memory. RAM ni sejenis memory. tapi memory yang dia simpan hanya untuk jangka masa pendek. which means, kalau kita shutdown laptop, maka semua maklumat yang RAM simpan ni akan hilang. gittew. RAM ni juga merupakan memori yang meruap (volatile). Meruap kat sini maksudnya data yang disimpan RAM ni akan hilang bila sumber tenaga hilang atau lagi mudah bila kita off laptop la. Jadi RAM ni membolehkan kita multitask dalam satu masa misalnya buka tab Chrome banyak-banyak dalam satu windows. kalau RAM kita kecil, maka performance laptop kita akan jadi perlahan. tu yang tersekat sekat. Kalau anda beli laptop, RAM biasanya minimum 4gb. cukup untuk buat kerja editing menonton filem dan sebagainya. tapi kalau anda jenis suka buka tab chrome banyak banyak banyak like banyak gila atau nak main game, disarankan untuk memilih RAM yang lebih besar seperti saiz 8gb.

Ini cara macam mana RAM bekerja

lepastu korang boleh juga tanya spec-spec tambahan macam graphic card ke, additional storage ke. Macam aku, seller bagitahu yang aku punya laptop ni dah ada registered Microsoft Office (but before that aku kena bagi nama dengan no ic la untuk dia register account outlook)... lepastu seller ada juga offer nak install kan software tambahan (tapi crack version la) based on apa yang kita perlukan. macam aku haritu, aku request Filmora, Adobe PS dengan Ilustrator. And dia ada bagi aku sekali software Al Quran dalam Microsoft Office. Tapi aku rasa ni kalau aku budak Islamic Studies perlu la kot sebab nak masukkan dalil dalam thesis, assignment pesemua. Tapi takpelah.. mana lah tau kot lepas ni nak guna ke.. Benda dah ada. hehe. Apa lagi eh yang ada...?

Oh ya, seller pun ada tambah sticker arabic character dekat keyboard aku. tetiba penyesalan melanda sebab tak jumpa seller ni dari awal. Yela before this kan aku ada ambik course bahasa arab. payoh terrr nak buat skrip tak ada guide dekat keyboard. Nak pakai On Screen Keyboard pak ah leceh gila. Tapi satu jela, lepas dah pasang sticker tu, terus tak menyerlah la backlit aku. sksksksksk

Jadi in conclusion, based on soalan-soalan yang aku dah nyatakan dekat atas ni, jadinya aku  beli la sebuah laptop jenama Asus (padahal aku dah janji tu dulu taknak beli Asus. Dasar janji pelesu....) model A416J dengan spec 500gb SSD, 4gb Ram, 1TB HDD as secondary, installed filmora, adobe ps, illustrator, MS Office dengan harga RM2.8k lebih kurang. So far lepas sebulan lebih pakai laptop ni memang aku puas hati gila la. And the best part is the MyAsus Apps. Masa aku pakai laptop yang lama tu, aku tau je pasal MyAsus ni. Tapi aku tak guna sangat sebab nothing interesting. Tapi tapi tapi..... untuk laptop baru ni aku macam shock lah sikit sebab yang pertama ada Link To MyAsus. Jadi aku boleh connect phone aku dengan laptop through Link To MyAsus ni. yang kedua is battery setting dia. aku boleh set nak perfomance dia cane. Jadi lepas aku takyah lah risau lagi kalau ter plugged in lama-lama. Sebab aku boleh set limit charging either sampai 80% atau takat 60%. Jadi lepas ni takkan ada lagi isu overcharge. But still kena hati-hati la. bukan boleh main redah je.

Aku rasa tu jela kot yang aku nak share pasal benda-benda laptop ni.Ni based on pengalaman dan pengetahuan aku la as newbie. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tanya mana mana kedai yang berdekatan dengan korang. 

Selamat memilih laptop.

XOXO, FJ


Tuesday 24 August 2021

Childhood Memories: Edisi Nostalgia PC Games

 Assalamualaikum and hai guys! Korang masa budak-budak dulu ada tak kenangan main game dekat komputer/pc/laptop? Mesti ada kan???? lagi lagi bila sebut Game House, PopCap, Miniclip, BigFishGame.. kalau online pulak mesti korang ingat lagi y8 kan.


kalau aku dulu, masa kecik-kecik takde komputer pun dekat rumah. kalau nak main games atau surf internet, aku pergi rumah pakcik aku. dekat rumah pakcik aku ni la aku explore banyak benda berkaitan internet apa semua. ingat lagi masa tu game yang selalu aku main dengan sepupu aku, VCop2, Diner Dash, Wedding Dash (aku rasa segala keturunan dash dash ni aku pernah main).. masa berganti masa, aku ingat juga game-game ni. tapi nak cari link yang boleh download susah betul..

baru baru ni, aku ada terjumpa satu user twitter ni dia share links untuk download games-games nostalgia ni (GameHouse). Jadi aku akan share kan dekat korang, games old skool yang boleh korang download.

credit to: @gotchamacha_, @yeonkawai

Barbie as Rapunzel A Creative Adventure
Big City Adventure - Shanghai
Cooking Academy
Cooking Academy 2
Cake Mania
https://drive.google.com/file/d/17zLM6jr3Tm7TUUwholiHVvOhWW6_fQLy/view



City Racing
https://drive.google.com/file/d/1YTMFwvOcNry7Kww1DCPAO5Wy4b55GbBO/view



Delicious - Emily's Home Sweet Home 

Insaniquarium Deluxe



Jojo's Fashion Show 1 
Jojo's Fashion Show 2 Las Cruces



Jojo's Fashion Show 3: World Tour




Garden Scapes




GutterBall 2

Licence Name : SerialFree
Licence Code  : SF8B7VYNWYMNFNA




Feeding Frenzy



Feeding Frenzy 2 





Dash Series - Keturunan "DASH"
keturunan DASH ni bukan apa.. semua games yang ada DASH dekat hujung aku letak kat sini.. siapa perasan kalau main game yang dash dash ni kan.. watak dia mesti ada Flo. siapa yang main Diner Dash mesti familiar la dengan Flo ni. hehehe

haa ni la Flo



Diner Dash 1



Diner Dash 2
Diner Dash 3 Flo On The Go
Diner Dash 5 BOOM!
Diner Dash: Seasonal Snack Pack
Wedding Dash 1
Wedding Dash 2 - Rings Around the World
Wedding Dash 3 Ready Aim Love
Wedding Dash 4 - Ever
Hotel Dash
Hotel Dash 2 - Lost Luxuries
Doggie Dash
Cooking Dash
Cooking Dash 2 Diner Town Studios
Parking Dash


Ada banyak lagi sebenarnya.. tapi nanti lah aku update~ enjoy!

Monday 16 August 2021

End of Second Year Degree

 Assalamualaikum guys. hehe. Tak sangka aku masih gagah nak menulis dekat blog usang ni.
bukan apa.. Makin lama, blog ni makin sentimental pula buat aku. tambah-tambah pula ada nama-nama yang pernah aku mention dalam blog ni dah tiada lagi kat dunia ni. (Al Fatihah)

Jadi, sedikit update tentang aku...

Sekarang ni aku dah selesai tahun kedua ijazah aku. bulan september ni insyaAllah melangkah ke tahun ketiga yakni tahun akhir. terus terang cakap, aku tak sedia nak masuk alam pekerjaan. in fact, aku tak ready nak buat semua benda. hahaha

seterusnya, biasalah, pandemik Covid-19 masih belum berlalu. Ramai yang semakin terjejas termasuk keluarga aku. sampaikan aku buat keputusan kalau sem depan aku kena balik Shah Alam, aku mungkin akan mohon kolej. terpaksa lah. nak commit bayar sewa setiap bulan tak sanggup rasanya.

ok. second year degree huh?

Aku syukur sebenarnya aku dapat habiskan semester 4 ni dengan jayanya. aku rasa ni la semester yang paling menyakitkan sepanjang aku bergelar mahasiswa. betul, pembelajaran atas talian sangat mencabar mental dan emosi. aku diuji dengan laptop rosak. kerja aku banyak tertangguh. sakitnya ya tuhan... Aku sampai hilang semangat dan harapan. aku mula tak masuk kelas, aku menghabiskan masa untuk tidur. aku selalu lesu walaupun aku rasa aku dah cukup tidur.


tapi kan...

yang aku paling bersyukur bila lecturer boleh tolak ansur dengan aku. like... tolerate gila babs. padahal, laptop rosak pc hang tu alasan no 2.. aku sebenarnya dah burnout teruk. mentally broken. ada assginment yang aku buat pun entahlah.. and level breakdown aku sampai aku annoyed dengar suara classmate and lecturer (ni la main reason kenapa asyik tak masuk kelas je). and since that day yang aku breakdown till now, aku terus tak interact dengan classmate aku. ada la dua tiga orang. tapi most of time diorang la yang start the convo dulu.

apa apa pun.. aku harap aku boleh pass semester ni. lulus je jadilah. aku dah tak ada hati nak kejar dekan-dekan ni semua.

dalam kisah sedih struggle apa semua.. mana mungkin takda momen bahagia...

aku anggap tahun ni tahun bertuah aku... bermula dengan penglibatan aku dengan Kolokium Kebangsaan Pengajian Melayu (KKPeM 2021).. Awalnya aku dah tolak dah untuk jadi AJK sebab aku tahu aku memang tak boleh nak bagi komitmen.. tapi bila kali kedua aku diminta untuk jadi AJK.. aku terima lah juga. bukannya organisasi lain. fakulti aku jugak. lagi haru bila dari AJK tu tetiba aku jadi peserta.. like.. ni cabaran baru untuk aku. sakit dia.. masyaAllah... terpaksa berkorban tidur demi nak jayakan KKPeM ni. walaupun hasil kerja aku takdela seberapa.. tapi alhamdulillah.. berjaya juga. dan apa yang lagi manis... bila video pembentangan aku dinobatkan sebagai video pembentangan terbaik kategori individu. padahal masa tu aku rasa aku dah gagal dah. fail. kertas kerja pun hancus. oh btw cakap pasal kertas kerja... kertas kerja aku boleh dibaca dalam prosiding kat bawah ni. hehe



momen kedua yang paling best ni sebenarnya related to KKPeM jugak. sebab tu dua-dua ni aku kira memang kenangan terindah untuk aku. jadi susulan kemenangan video pembentangan terbaik KKPeM tu, lecturer aku approach aku untuk minta tolong aku hasilkan video promo untuk persidangan penterjemahan antarabangsa. aku macam... whud? ANTARABANGSA? INTERNATIONAL? 国际的? Intānashonaru? Tinggi level video ni.. berani lecturer aku ni bgi kepercayaan dekat aku? brrr.... aku lagi la takut. ni satu dunia nak tengok ni.. (melampau ngat satu dunia tu.. tapi antarabangsa kot.. ofkos ah satu dunia en?)

Lepastu aku buat lah juga. berbekalkan panduan daripada pensyarah aku... aku berjaya hasilkan dua video promo untuk Persidangan Penterjemahan Antarabangsa/International Conference on Translation kali ke 18. ofkos lah dua video. malay one, english one lei. and yang paling best sampai aku menangis kegembiraan bila video aku... featured in fb live dewan bahasa dan pustaka.. (klik sini untuk tonton) tapi aku share laa ni video promo tu. hiks.



oh yang ni pulak versi english... enjoy~



lecturer aku siap pesan suruh letak harga lepas ni... haa penin. aku mana lah reti letak harga-harga ni. memang selalunya buat seikhlas hati niat nak tolong orang ja (tolong islah la tu dulu... dia je 'regular customer' aku bab video-video ni)

apa apa pun, syukur kepada Allah.. dalam kesengsaraan aku menghadapi perit kelas online.. tapi Dia tetap hadiahkan kegembiraan tak ternilai untuk aku nikmati.

oh satu lagi.. aku tengok file dalam komputer aku banyak kajian-kajian lepas yang aku guna untuk assignment aku.. jadi aku ingat aku nak kumpulkan dan jadikan arkib untuk bantu student-student bahasa especially student APB uitm. onXon? hahaha. nanti aku confirmkan balik dan bagi tau dalam post akan datang..

stay safe guys.
xoxo, FJ

Sunday 30 May 2021

Corona Ramadan CovEid

[Draft May, 30th]

Assalamualaikum guys! hey. lama betul aku tak menulis dekat blog ni.
Rasa rindu pulak. ehe.

Tanpa disangka, Syawal sudahpun 8 hari bertandang. Tapi segalanya berbeza.

Tahun ni seluruh dunia dilanda pandemik Corona Virus (Covid-19) menyebabkan ramai yang kehilangan kerja terpaksa duduk di rumah. Para pelajar sekolah juga terpaksa dicutikan. rasanya sudah hampir 3 bulan mereka ni tak bersekolah.... sabar jelah adik adik.

aku pula sebagai mahasiswa.. kelas berjalan seperti biasa menggunakan kaedah atas talian yang lebih memenatkan daripada kelas fizikal. mana taknya.... masa kelas hadap laptop dan phone... lepas kelas, nak siapkan assignment pun kena hadap laptop juga. kadang-kadang tu sampai berair mata. mujur tak buta. hahaha~

Apa je aku nak cerita dekat sini...
nak cerita pasal aktiviti harian pun aku tak buat apa apa. dah sejak PKP ni berkurung je. Masa duduk dekat Shah Alam haritu ada lah jugak grocery shopping dengan Myra. tapi sekarang ni takde lah.

But, aku nak share something doe...

Ada satu hari tu.. macam biasa lah sejak duduk rumah sewa ni, aku punya sleep schedule pun berubah. aku banyak berjaga malam than siang. so bila masuk bulan ramadan, aku memang senang nak bangun sahur sebab aku tak tidur. and selalunya aku suka lambatkan isyak (astaghfirullah jangan tiru aksi ini). aku akan isyak around pukul 2-3 pagi gitu and kalau rajin aku selit la solat sunat. tapi ada satu malam tu, lepas solat, aku suddenly rasa sedih. sedih gila weh. so aku pun ambik phone bukak quran (since mak kata quran boleh tenangkan hati.) but guess what, masa aku baca yassin tu lagi deras air mata aku mengalir... after that, setiap kali lepas solat, aku mesti macam termenung.

and lepastu, one day aku teringat kat IA...

**update: 16.08.2021**
tak terluah.. rindu sebenarnya.. stop sampai sini k.

Thursday 18 March 2021

Study Tips: Macam Mana Nak Perform Buat Assignment Last Minute

Assalamualaikum semua. Lama ehh kita tak jumpa.. since last post pasal 2020 haritu, ni tahu-tahu dah masuk bulan March. Lagi dua minggu je nak masuk semester baru ni. uwu.

Jadi biasalah, bila dah masuk semester 4 ni, study pun makin tough. tambah pulak sekarang ni aku tengah join satu program anjuran fakulti.

Aku ada jugak terfikir, semester 4 ni aku nak berazam jadi student yang buat kerja on time... tapi tak tahu lah.. Azam tinggal azam atau betul semangat waja ni? hahahaha

Aku punya lah kaki last minute sampai ada member panggil aku queen of last minute. acik dia la...

Orang kata aku last minute tapi kerja not bad.. cane aku boleh go eh?

sebenarnya... tak ada lah aku pakai ada apa ajaran rahsia untuk perform dalam buat kerja last minute ni.. It just aku jenis masa dapat task tu aku terus baca and cari apa apa maklumat berkaitan task aku. lepastu aku abaikan lah. Tapi actually takdelah aku abaikan terus. sesekali aku tengok jugak apa yang aku nak buat tu... yela kerja kan kena lah dipantau sentiasa. gittewwwww...

jadi tu je lah rahsianya. Hahahahaah.. apa pun alasannya... kerja kena buat di awal waktu walaupun sekadar persediaan asas semata-mata. tempoh sesuatu assignment ni selalunya lama.. contohnya 4 minggu ke atas. Jadi dalam tempoh 4 minggu tu, takkan lah kau tak terasa rajin nak jenguk esaimen kau kan. gittewwwwww.

Jadi semoga berjaya untuk mereka yang tengah struggle dengan esaimen dan tugasan sedia ada... Semoga berjaya juga untuk mereka yang akan menempuh semester baru. tak ira lah pelajar ambilan baharu atau pelajar seniorita gitew...

Ok... kita sudahi dengan tasbih kafarah dan suratul asr. eh?

Love, FJ

Saturday 6 February 2021

EffjayMasak: Cendawan Goreng Dengan Brokoli & Udang

Assalamualaikum guys! Since pagi tadi ada orang throwback zaman-zaman kegemilangan blogger, aku nak pakai ayat tipikal budak blog dulu-dulu.

Haiii.. lamanya tak update blog ni.. berhabuk dah sampai.. 😂

Jadi long short story, harini aku nak share resipi simple-simple jur. Cendawan goreng with brokoli and udang. Resipi ni sesuai gila kalau kau ada lebihan sayur-sayur yang kau dah tak tahu nak masak apa. Jadiiiiiii lessgooooo!

Bahan-bahan (Untuk 3 orang makan)
✿ Cendawan (Tak kisahlah apa jenis pun)
✿ Udang (dalam 8 ekor) seekor tu potong tiga. Kecik² gitu
✿ Brokoli (separuh aaa pokok eh? 🥦)
✿ bawang merah separuh biji*
✿ Bawang putih 2 ulas*
✿ sedikit ikan bilis untuk perasa*
✿ Garam dan perasa secukupnya

Bahan bertanda (*) ditumbuk atau blend.

Cara Masak
🍳 Panaskan minyak dan tumiskan bahan (*) tadi sampai naik bau.
🍳 tambahkan sikit air (agak-agaklah.. jangan sampai jadi sup), masukkan cendawan. Kecilkan api.
🍳 Di kuali yang berasingan, panaskan sedikit minyak dan goreng udang. Kacau-kacau sampai dah nampak masak tu terus tutup api dan lek lek lu. Hahaha
🍳 Bila air dah nak kering dan cendawan pun dah layu, masukkan brokoli. Kacau-kacau.
🍳 Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng berasingan tadi.. perasakan dengan garam dan serbuk perasa atau MSG atau Ajinomoto.
🍳 Tutup api dan siap dihidangkan. 🥗

Tips: ada orang kata udang yang dimasak terlalu lama menjadikan rasa udang itu kurang umph. Jadi untuk mengelakkan udang overcooked, kita goreng udang secara berasingan.

Selamat mencubaaa~