Monday 1 April 2019

EffjayMasak: Sup Ayam

Assalamualaikum. Hi!
So sekarang ni dah almost 3-4 bulan aku duduk rumah sementara tunggu result UPU keluar. Memandangkan aku tak kerja.... Jadinya kerja aku dekat rumah dah serupa bibik takpun suri rumah.
Tapi buat kerja rumah pun bosan jugak. jadi aku akan start share resepi yang mudah untuk geng geng sebaya aku atau pun student student yang duduk rumah sewa, mahupun geng geng sebaya aku yang dah kahwin nak masak untuk suami tapi still level beginner.Heh aku pun beginner jugak. Masak kejap jadi kejap tak jadi. haih~

So hari ni aku nak share resepi Sup Ayam. resepi ni mak aku yang bagi. selalunya memang gitu... dia list bahan je.. aku lah yang kena masak. haahaha


Bahan-bahan diperlukan:
1/4 ekor ayam (Ni terserah. kau nak potong macam mana pun takpe. lagipun kau yang nak makan. hahaha)
1 biji bunga lawang & kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji kentang (potong 6 @ 4 bergantung saiz)
1 biji bawang besar merah (kalau guna bawang merah yang kecil tu pakau dalam 6 biji je)
[tips: bawang banyak sangat pun tak sedap. Nanti manis bawang tu dominate rasa kuah sup kau.]
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu perencah sup (aku pakai either adabi ataupun baba's)
minyak masak
garam secukup rasa
beberapa mangkuk air

Cara menyediakan dan memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis bunga lawang, kayu manis dengan buah pelaga. (eh basuh dulu tau. 2. jangan main campak je dalam minyak.)
Kemudian tumis bawang merah, putih & halia yg telah blend (kau nak tumbuk pun boleh. tapi aku ni dah malas level saiton.. blend kan aje.) Tumis sehingga naik bau. Lepastu masukkan perencah sup.
tips: untuk beginner yang baru nak belajar menumis and takut hangus.. aku suggest tumis pakai kuali non-stick. kalau kau biar pun, dia jadi garing je takdelah rentung lepastu berkerak.
 
Masukkan air, ayam, kentang,  juga garam secukup rasa. Biarkan pada api sederhana selama 1/2 jam. Pastu bila kau agak agak kentang tu dah empuk, tutup api and then hias lah dengan daun sup ke, bawang goreng ke..

ps: sorry lah takde gambar. sebab aku kalau masak, malas gila nak pegang phone. hahahaha
pps: Sis share #EffjayMasak setiap hari Isnin dengan Khamis okay. muah.

No comments:

Post a Comment