Monday 26 October 2020

Effjay Throwback: Temuduga Bahasa Melayu Komunikasi Profesional

 Assalamualaikum guys! Wah dah masuk second year baru nak cakap pasal interview eh? hahaha

so as you can see the tajuk... entry kali ni tentang pengalaman sis hadir temuduga bagi kursus Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan Bahasa Melayu Komunikasi Profesional (LG241) di UiTM Shah Alam tahun lepas. ye tahun 2019.

Sebenarnya kursus LG241 ni dah lama sis risik. Masa dalam tingkatan 6 lagi memandangkan kursus bahasa tu lebih kurang dengan apa yang sis dah belajar macam semantik, pragmatik, wacana dan tatabahasa. Yep, sesiapa yang ambil BM masa form 6 memang bonus lah sebab korang akan jumpa balik apa yang korang dah belajar tu dekat ijazah

jadi dalam permohonan UPU, sis letak Bahasa Melayu Komunikasi Profesional sebagai pilihan pertama. Pilihan kedua rasanya sis apply UPM dalam bidang bahasa jugak.

Sementara menunggu panggilan temuduga tu, sis pun duk lah google apa yang patut, apa yang kena prepare. Okay part ni menarik. Nanti sis cerita.

Bila hari semakan iv dibuka, sis pun check lah. tak sangka dipanggil. maka sis pun siapkanlah dokumen apa semua. okay part ni kelakar. Masa sis interview diploma masscomm dulu habis semua sijil sis bawak. Tak ikut apa yang pihak uni nak. haha. tapi kali ni sis bawa ikut betul-betul senarai apa yang pihak fakulti nak. kalau ikut senarai semak yang disertakan masa semakan panggilan temuduga tu, dokumen yang perlu disediakan:-

1. Surat panggilan temuduga
2. Sijil STPM (atau asasi/matrik/setaraf)*
3. Sijil SPM (walaupun lepasan STPM, SPM tetap penting ok)*
4. Sijil MUET*
5. Sijil Lahir*
6. Kad Pengenalan*
7. Salinan IC ibu bapa**
8. Salinan Sijil Kelahiran ibu bapa**
9. Dokumen dan sijil asal berkaitan (ni sis bawak sijil pencapaian masa STPM je.)
10. alat tulis

* - bawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan
** - bawa salinan yang telah disahkan sahaja

sis letakkan dalam clear file yang ada paper fastener tu tapi sis tak punch lah dokumen tu semua. selit je. and sis print out juga permohonan upu tu. in case lah interviewers nak tengok apa yang kita mohon.

Pada hari kejadian sis keluar awal pagi sebab biasanya kalau interview dekat uitm shah alam memang akan berlaku kesesakan lalu lintas. (dah ada pengalaman masa interview diploma so senang sikit. hahaha) memandangkan kali ni sis dah cerdik, sis tak masuk ikut pintu pagar utama uitm shah alam. ala yang ada air terjun tu. hahaha. kali ni sis masuk dari seksyen 7 yang depan jakel tu sebab Akademi Pengajian Bahasa betul-betul kat tepi pagar tu. (ni tau pun masa keluar lepak kat seksyen 7 dengan nina haha)

Sampai je kat fakulti tu pergi tengok dekat papan kenyataan, cari nama and aware kita dekat panel berapa. lepastu pergi dekat meja ikut kod program. macam sis LG241. so sis dapat panel 3 dekat level 1. Masa ni berlaku beberapa kekeliruan sebab masa ni selain bahasa melayu, bahasa inggeris pun ada interview jugak. ada lah pulak tersalah beratur. tapi mujur pandai cover. hahahah

tunggu punya tunggu.. dah lah bulan puasa. sambil menunggu tu sempatlah buat kawan baru... (Syed Mahzuz, Hiqmah, Awatif) Hiqmah masa ni becok betul mulut. hahahahahaha. Akhirnya dipanggil.

sekali panggil dalam 5 orang macam tu. so masa tu dia akan semak dokumen kita ic semua. lepastu baru masuk bilik temuduga. masa ni cuak lah jugak takut sejarah lama berulang kembali. (boleh refer cerita iv diploma hahaha)

mula tu kalau tak silap (i try my best to remember setahun yang lepas punya cerita. hahaha) lecturers suruh perkenalkan diri. Biasalah sis pun cerita tentang Nama, umur, lepasan STPM sekolah mana blablabla.

Soalan kedua, Dari mana kenal program LG241 ni dan apa yang buat kita mohon? Sis jawab sis kenal ni dari internet masa sis tengah mencari kursus yang sesuai dengan bidang subjek sis ambil masa STPM (Seni atau BM). Sis jawab juga yang cikgu sis yang dorong sis ambil kursus ni (ceh padahal tak cerita pun kat sesiapa. hahahaha)

Soalan ketiga.... Soalan bahasa Inggeris daripada Encik Azhar. "What is your weakness?" fuh masa ni bergelombang otak sis nak menjawab. Akhirnya sis pilih 'easily demotivated' sebagai weakness. Jadi jawapan sis jadi; My weakness is i easily demotivated especially when it comes to comment or people perception towards me. (then Encik Azhar tanya macam mana sis overcome weakness tu) How I overcome my weakness? I usually try to busy myself with works to ignore what they said and try to keep positive people around me. - Apa yang sis taip ni takdelah bulat-bulat sama dengan apa yang sis cakap. benda setahun lepas mana den nak ingat haaa.

dan soalan terakhir, soalan yang tetiba sis rasa sis ada competitor. hahahahahaa
Soalan 'kenapa kami perlu terima awak'. sis pun jawab lah dengan penuh keyakinan yang melampau. siap menggoreng jugak lah. Jawapan sis masa tu; Saya berpengalaman menjadi pengarah projek (padahal penolong pengarah jewr) dan setiausaha untuk pameran seni stpm di sekolah saya dan saya juga berpengalaman menjadi pengacara majlis dan mengelola acara-acara rasmi di sekolah (padahal sekali dua je)..

Sekali ada lah pulak yang tembak sis balik..............

"saya tak macam dia. tapi saya boleh lah baca doa kat perhimpunan tu"

Dalam hati sis berkata "Ya Allah dugaan apakah ini ya Allah. kemain eh engko. untung jauh. tak berapa cam muka tu."

Jadi dah habis 5 orang calon ni ditemuduga.. balik lah. hahaha.

Apa apa pun, kunci untuk berjaya dalam temuduga bahasa melayu komunikasi profesional ni adalah KEYAKINAN kita dalam berkomunikasi. Sis pakai kunci ni juga masa temuduga Masscomm dulu. alhamdulillah.. dua-dua temuduga berjaya. Tapi nak buat macam mana dah rezeki dan jodoh sis dengan bahasa Melayu... (Jodoh pasangan pun mungkin dekat sini jugak kut? eh?)

Tapi ingat, soalan yang ditanya penemuduga ni tak sama semuanya. ada yang disuruh berpantun, bersajak. Jadi persiapkan diri anda. buat adik-adik yang sedang memilih.. semoga pilihan yang dibuat adalah yang terbaik untuk kamu semua.

InsyaAllah kalau ada kesempatan, sis buat posting baru tentang kursus yang ditawarkan dalam program Bahasa Melayu Komunikasi Profesional ni.

sebelum menamatkan penulisan, nah sis belanja geng interview sis. Alhamdulillah yang sis jumpa ni semua pass. tapi tula, tak fair betul dorang ni semua sekelas. sis je sendu jauh. (eleh padahal kelas sebelah je.)

Oh, untuk adik-adik yang nak bertanya tentang kursus LG241 ni dengan lebih lanjut boleh hubungi sis di:
Instagram: nfafajay
Facebook: Nur Fahada
Telegram: @nfafajay

Throwback Dinner Protokol Semester 1
Geng Interview Panel 3

xoxo, FJ

*Related Post:


Saturday 24 October 2020

Crush in University

 I wish there was another word for “crush” because the word just makes me feel like I’m in junior high, which is obviously NOT helpful to the situation…because having a crush is already weird. Am I right? Who can fix this for us? We need a new word.



okay tu je. hahahaha

3rd Semester Degree - Major Problems

Assalamualaikum guys. aku sebenarnya tengah mengantuk ni. tapi at the same time sakit kepala and at the same time tengah struggle dengan assignment media development. Major problem aku sekarang ni is video introduction group aku tak boleh nak export sebab video editor aku tak activate. usually aku pakai banned email yang aku masukkan masa offline. so lepastu memang okay lah. sejak aku repar laptop haritu... isi laptop aku semua kena format. so aku terpaksa install balik video editor aku. tapi sayang... version palng latest dia cam ..... sebab kena online dulu baru activate. sumpah complicated.

mujur lah ada pc. tapi pc aku ni laggy gila. lagi-lagi bila tengah connect dengan internet...... dia punya lag tu... masyaAllah.. tak boleh banwak bincang... macam sekarang lah....

nasib baik lah dia nak buat hal hujung minggu.. kalau esok nak kena hantar memang matilahnak.

jadi pesan aku pada adik adik yang nak mengikuti program LG241 Bahasa Melayu Komunikasi Profesional di UiTM Shah Alam make sure laptop tahan lasak untuk kerja-kerja dan tugasan kursus media.

pada aku, kalau berkemampuan.. invest la sikit dekat laptop yang bagus dan perisian yang asli. jangan lah pakai yang pirate.. nanti jadilah macam sis ni haaaaa~


hahahaha tu jela yang aku nak bebel pukul 4 pagi ni. doakan aku berjaya tempuh dugaan nak export video ni.

xoxo, fj

Tuesday 6 October 2020

Entering Second Year Degree

 Assalamualaikum guys! How are you. aih lamanya sis tak blogging.

(masih relevan ke blogger ni)

apa apa pun, sekejap rasanya dah nak hujung tahun. sekarang dah bulan October and ini bermaksud aku akan memasuki semester baru. Bulan september lepas genap setahun aku bergelar mahasiswa uitm. dan sekarang aku di tahun kedua. weeiii kejapnya masa berlalu. rasanya macam baru je habis STPM. hahaha

Tahun kedua ni aku rasa lebih mencabar sebab semester kalini fully Open Distance Learning atau ODL atau bahasa mudahnya online class. Macam yang semua orang tahu, sekarang kan tengah pandemik covid-19 and sekarang ni pun tengah mencanak naik kes daripada Sabah dan Kedah. Jadi terpaksa lah melupakan hasrat pulang ke Shah Alam.

Rasanya macam mudah je kelas online. Yela, tak payah kejar bas, beratur nak tunggu bas, bangun awal untuk bersiap... just duduk depan laptop and dengar lecturer membebel through video conference. Tapi sebenarnya online kelas ni lagi memenatkan especially mental. Masa semester 2 hari tu pun aku breakdown dengan online class. most of time aku tidur je. assignment aku pun cincai je sebab aku tak boleh nak catch up apa yang aku belajar. like aku banyak gila miss benda.

So, this time aku nak plan betul-betul jadual aku and aku dah plan nak subscribe to online piano class on weekend so that aku ada activity lain selain menghadap kelas dan assignment serta laptop. Yasss!!! aku dah purchase keyboard wei. hahahaha like... fuh aku patut beli masa pkp haritu time sendu duduk rumah sewa.

hmmmmm apa lagi aku nak share eh?

oh ya, baru baru ni one of my exes dah kahwin. not really ex laa but ada lah dulu suka-suka. (boleh refer posting october 2013. hahaha) I'm happy for him. semoga dia bahagia till jannah.

so i guess sampai sini jela aku punya entry. Kalau aku rajin, nanti aku update lah "online-degree-journey" aku.

doakan aku mampu menempuh kelas online selama 6 bulan ni... (atau maybe lebih)



xoxo, FJ