Thursday 15 March 2018

Don’t be Judgemental

assalamualaikum... nak cakap pasal apa eh harini? hm...
-
-
-
-
-
-
Salah satu perkara yang terbaik yang boleh kita buat untuk menjadikan hidup lebih gembira;

– adalah dengan belajar untuk mengelakkan diri kita dari menilai orang lain.

Image result for don't be judgemental

Don’t be judgemental

Maksud aku kat sini adalah, bukanlah kita perlu untuk berpura-pura untuk ‘tidak menilai’ orang lain.

Ia sememangnya telah menjadi salah satu sifat semulajadi manusia.

Kita semua mudah untuk menilai orang lain.
aku pun tidak terkecuali

Dan walaupun sifat menilai atau judgemental ini sifat semulajadi manusia, aku tak rasa benda ni boleh memberi kebaikan kepada kita.

Kita cenderung memkaung rendah terhadap orang lain.

Pada masa yang sama kita merasakan bahawa diri kita lebih baik atau mulia.

Ia akan mewujudkan jurang diantara kita dan orang lain.

Cuba fikirkan sesaat: Apabila kita terserempak dengan seseorang, dengan berdasarkan penampilan dan perbuatan mereka, apa yang akan fikirkan tentang mereka?

Dan penilaian kita terhadap orang lain selalunya buruk.

Apa akibatnya jika kita mudah untuk menilai orang lain?

Apakah keburukan yang terselindung disebaliknya?

Ini adalah beberapa akibat yang akan berlaku:

-Kita akan langsung tidak mempedulikan apa yang seseorang itu sedang lalui
-Kita tidak akan faham situasi yang sedang berlaku.
-Pkaungan yang tidak betul terhadap orang lain.
-Kita akan rasa lebih hebat dan baik daripada orang lain
-Kita akan tidak bersyukur
-Menutup pintu silaturrahim. Kita sukar untuk cuba mengenali seseorang itu dengan lebih mendalam.

Jadi, macam mana benda benda ni boleh jadi?

Mari kita ambil satu contoh yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita, senang aku nak explain apa yang aku nak cakap sebenarnya:

aku ada seorang kawan yang sedang giat membuat perkara yang membahayakan kesihatannya.

Dia seorang yang mempunyai berat badan berlebihan dan menghidapi penyakit diabetis.

Dia gemar merokok dan suka makan makanan segera.

Dia juga kerap melakukan perkara buruk yang lain, yang mana aku memang langsung tidak suka..

aku menilai dia berdasarkan apa yang dia sedang buat dan lakukan. aku terfikir perkara yang buruk terhadapnya. Berasa mual dengan sikapnya yang macam tu.

Lama kelamaan aku hapuskan dia dari fikiran aku, kerana rasanya tidak berbaloi untuk cakna tentang dirinya yang sebegitu.

Perkara sebegini selalu jadi dekat aku dan kepada kebanyakkan orang.

Cuma gantikan situasi diatas dengan pasangan kita, rakan sekerja, anak, rakan dan orang lain yang disekitar kita.

Selain daripada mengamalkan hidup yang tidak sihat, mereka mungkin suka membuat perkara lain yang kita tidak suka.


Apa yang ingin ditunjukkan dalam contoh ini?

Pertama sekali, aku tidak kisah dan tak nak ambil tahu apa yang sedang dia lalui. aku tak faham apa sebenarnya yang sedang berlaku kepadanya.

Tetapi sebenarnya tanpa diketahui, dia sedang tertekan disebabkan oleh masalah kesihatannya.

Dia merasa rendah diri, kerisauan, ketakutan, dan hilang percayaan kepada diri sendiri.

Disebabkan oleh perasaan-perasaan yang menakutkan dan menyerabutkan ini, dia lebih senang untuk tidak memikirkan masalah kesihatannya.

Dia cuba untuk menjadikan dirinya berasa gembira dan selesa dengan merokok dan makanan ‘sedap’.

Dia cuba menghilangkan segala masalah yang bersarang difikirannya.

Padahal aku pun akan buat perkara yang sama jika untuk mengembirakan diri bila rasa tidak selesa sebegitu. Bila aku rasa tak senang hati, aku cenderung untuk mengasingkan diri dan makan dengan banyak.

Jadi aku tidak lebih hebat atau lebih baik daripada dia.

Selain itu, aku juga akan menjadi tidak bersyukur dan menghargai  kawan aku tu, disebabkan oleh masalah tingkahlaku luarannya itu.

Bila terlebih menilai beliau, aku langsung tak hargai kehadirannya.

Sebaliknya aku menjadi lebih mementingkan diri, dengan lebih mengutamakan dalam fikiran bahawa aku lagi  baik dan bagus daripadanya,  betapa dia menyakitkan hati aku dan bagaimana rasa sakit hati aku terhadapnya lebih besar daripada penderitaan yang dirasakan olehnya.

aku tak ambil berat dan ambil tahu lebih lanjut mengenainya, apa yang dia sedang rasakan dan lalui, mengapa dan bagaimana..

…tetapi sebaliknya aku telah menilai dia dari segi luaran, dari apa yang aku lihat.

Dan dari sudut penilaian yang aku buat ini, aku tak akan dapat menolongnya kerana aku sudah menutup pintu bicara dengannya. Dan menganggap dirinya tidak perlu diambil kesah.

Sekarang kita semua boleh melihat mengapa semua ini bahaya dalam konteks kehidupan kita.

Ia menyebabkan aku rasa sakit hati dan tidak gembira, ia mengancam hubungan aku dengan orang lain, ia menghalang komunikasi dan menghilangkan rasa prihatin aku.

Tidak membuka hati aku untuk meringankan masalah orang lain.

Disamping juga bahaya-bahaya yang lain yang sentiasa menambahkan jurang dalam perhubungan.

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang.”
[al Hujurat, 49:12]



Bagaimana nak lepas daripada sifat ‘menilai’ & Judgmental ini

Pertama sekali kita harus sentiasa berwaspada dalam setiap apa yang kita lakukan.

Anggap sifat menilai orang ini sebagai sesuatu yang sentiasa harus dielakkan.

menilai

Mari lihat dalam konteks kehidupan kita.

Ada beberapa  petkau yang menandakan kita sebagai seorang judgemental atau suka menilai.

Jika kita berasa marah, sakit hati atau menyampah terhadap seseorang, pastinya kita akan mengata terhadapnya, bergosip dan mengumpat terhadapnya.

Ini adalah petanda kau adalah seorang yang suka menilai atau judgemental. Sila cam kan apa yang sedang berlaku.

Apabila kau sudah menyedari perkara ini, berhenti dan bertenang.

Tidak perlu untuk menyalahkan diri sendiri, tetapi persoalkan mengapa kita bersikap sedemikian:

-Mengapa kita perlu menilai seseorang?
-Apakah pandagan yang dibuat oleh kita terhadapnya betul dan munasabah?
-Boleh kita teka apa yang sebenarnya seseorang itu sedang lalui sebenarnya?
-Kelebihan apa yang ada pada dia yang boleh kita hargai?
-Cuba keluar dari memikirkan dalam sudut pandangan kita dan cuba letakkan diri kita berada ditempatnya
-Cuba bayangkan bagaimana jika kita sedang berada ditempatnya, melalui situasi yang sama denganya?
-Bila kita selesai dengan persoalan ini, tanyakan kepada diri kita: Bagaimana untuk kita boleh menolongnya? Apa yang dia perlukan sebenarnya?

Sangka buruk yang harus?
Tidak dinafikan ada beberapa jenis sangka buruk yang diperlukan demi keselamatan diri. Ia juga dinamakan berhati-hati atau ‘hazar’. Ini dalam bab lain, kau boleh baca artikel yang menarik ni secara lengkap di Blog Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Penutup
Kadangkala, orang-orang sebegini hanya memerlukan seseorang yang sudi mendengar masalah mereka.

Seseorang yang boleh menjadi sahabat, seseorang yang tidak menilai dari luaran, seseorang yang mampu menerima mereka seadanya.

Adakalanya juga, mereka perlukan sesuatu yang lebih.. – iaitu nasihat, panduan dan sedikit pelukan untuk memberikan mereka semangat untuk teruskan hidup dengan lebih baik.

Tetapi semua ini tidak akan berlaku selagi kita masih lagi seorang yang judgemental.

Yang senang untuk menilai dan melabel orang lain.

Bila kita dapat membuang sifat ini, dan menggantikannya dengan rasa  menerima dan empati, kita akan menjadi sesuatu yang  sangat membantu.

Dan secara tidak langsung, kita akan merasa lebih gembira dan bahagia disepanjang berlangsungnya proses ini.

thanks sebab baca sampai habis.

i love you guys,
nurfahada

**THE END**

Wednesday 14 March 2018

Kawan. Sahabat. Teman.

Assalamualaikum.. Hari ni entah lah.. perit betul.

Sakit.. yang amat!

Backstab!

Itu lah yang dirasakan apabila kita ‘terkena’ dengan rakan karib sendiri, yang maybe telah dianggap sebagai adik- beradik sendiri. Memang sesuatu yang normal bagi seorang manusia untuk berasa sakit hati.

Itu fitrah untuk merasakan gembira atau sedih. Apatah lagi kita pun diciptakan oleh Allah sebagai makhluk yang bersosial yang mustahil untuk lepas dari kekhilafan.

Mungkin, jika hati ini sakit pada mereka yang tidak rapat dengan kita, kita tidak ambik pusing sangat. Who them to us. kan?

Tapi bila “terkena” dengan sahabat yang dianggap baik dengan kita selama ini, it’s feel torn apart inside. Memang sakit. Sakit tanpa luka.

Mungkin kita tak dapat tersenyum, even untuk menutup perasaan ini daripada dibaca orang lain, walaupun pada hakikatnya kita tidak mahu orang lain mengetahui kesedihan yang menimpa kita.
-
-
-
-
Hati ini memang suatu organ yang sensitif, super sensitif, sebab hanya dengan kata-kata pun boleh menyebabkan ia luka.

Kalu difikir-fikirkan balik, memang haruslah Islam melarang anak berkata walaupun “Uh!” kepada ibu kita, sebab dia pernah jadi kawan baik kita selama 9 bulan. Makan, kerja dan tidur bersama.

Mungkin benda itu nampak simple bagi kita, tapi bagi mereka yang benar-benar sayang kepada kita, perkataan itu sangat menyakitkan. Begitu la juga bagi sahabat baik.

Mungkin selama ini kita pernah terasa dan sakit hati, tetapi masih mampu cover disebalik senyuman.

Tapi sampai pada satu tahap, kita tidak dapat menerima perbuatan atau perkataan dia.

Kutuk mengutuk itu perkara biasa la. Tapi perkara yang lebih serius daripada itu, maybe rase nak terajang atau cincang cincang aje.

Sabar, sabar dan sabar..

Tak perlu la kita membenci dia, tak perlu balas dendam.  Anggap sahaja ini suatu ujian.

Apa pun perkataan dia kepada kita, walaupun sangat mengguris hati, tentu itu terjadi dengan izin Allah. Anggap sahaja ini episod atau ujian yang harus kita lalui untuk menguji keimanan kita.

Teringat zaman dekat SRA dulu.. time masuk nasyid.. ada satu baris dalam lirik tu yang aku ingat sampai sekarang... Pesan dan Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya: “Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang."

Memaafkan.

Dia pernah menjadi sahabat baik kita, pasti terselit kebaikan yang pernah dilakukan kepada kata. Oleh itu maafkanlah dengan ikhlas dan dada yang lapang.

Ya, dengan ikhlas.

Kenapa?
Kerana orang yang ikhlas selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.

Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah.

Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.

memang sukar membiarkan cinta membimbing kita bila hati kita disakiti.

 Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf dengan keikhlasan.

Nescaya kita akan bahagia :)

yang selalu terguris tapi kuat,
nurfahada~
**THE END**

Sunday 11 March 2018

Parents and The Exam Results

Amaran keras sekeras konkrit : entry ini hanyalah untuk meng-improve-kan english saya. sebarang kesalahan grammar dan vocab harap diampunkan.

Assalamualaikum! hey. suuppp bruh.
as you know, around last month, my first term exam of STPM 2018 finally revealed.
and it was not really good. i showed the result to my mom.. and her respond was natural. she's not angry with me.. and not happy. hahaha.

after that, i showed the result to someone that i called dad. he's not my biological dad. but to me,
he is special more than my real dad. i considered him as my "other dad". (phew, it's like character in Coraline movie.)

i thought he will said negatively about my result. just like my real dad...
but... the things that came out from his mouth, really. makes. me. sad. or happy-sad.

he said; "your result is good! just you need to repeat the history and art papers. you are brilliant actually because you read more than people do and you also write. no wonder if you're good in writing."

while my real dad said; "you're failed because you didn't read. you're too lazy to do revision. you need to read newspaper blablabla watching news blablabla. all you know is playing phone, phone, and online 24/7.  how you can achieve success if you don't make some effort? i never see you read anything at home."

see? there's lot of different. ugh forget this things. it just messed me up.

okay. last two days, while i'm on facebook checking some cool stuff to read, i saw a strip. it's a dialouge between father and son which is really touched my heart. it's about the son with sad face come to his father to show his result. and the dialouge is kinda like this;-

Son: I got my report card dad. *with a sad face,
Father : *reading his son's report card.* Wow.. I'm at a loss for words! This is amazing!
Son : *Feeling confused*
Father : I'm super proud of you, kid.
Son : thanks Dad! *happy face.*

so the story is about his son who got failed for all the subjects. The father doesn't not scold him but keep reading the report card. he founded the comment  wrote by his son's teacher.

"Moishe struggles with his academic work, but he is very helpful in class. he is kind and caring person!"

and that what's make the father proud. he tried to not let his son down so he just ignored the failed subject and focus on the positive comment..

somehow, i think i need this kind of motivational vibes because nowadays, i think i'm fragile and very sensitive. i can be down easily.. so i need a positive words.

hm. i think that's all for today.
thanks for lend me your time to read this entry.
sorry for the grammar mistakes or whatsoever.

xoxo, fafajaynee

**THE END**

Friday 9 March 2018

Kisah Rem Dambul - Don't Judge People By the Look

sumber : facebook.
Serius cakap. Saya kurang gemar menyaksikan adegan cinta monyet di tempat awam, terutama kalau terlebih dos haiwani. K̷o̷n̷e̷k̷ ̷b̷e̷l̷u̷m̷ ̷c̷u̷k̷u̷p̷ ̷t̷u̷m̷b̷u̷h̷ ̷l̷a̷g̷i̷,̷ ̷t̷a̷p̷i̷ ̷s̷u̷d̷a̷h̷ ̷m̷i̷a̷n̷g̷ ̷m̷e̷n̷g̷a̷l̷a̷h̷k̷a̷n̷ ̷k̷e̷l̷a̷d̷i̷ ̷t̷u̷a̷. Namun begitu, saya belajar satu perkara penting. Rasa benci yang berlebihan, ada ketika boleh membenam diri sendiri.
Peristiwa berlaku di KLIA baru-baru ini. Flight saya delay lebih sejam. Jadi saya pun cari terapi diri di sudut paling terpencil sebuah kafe kapitalis. Yang harga segelas kopi boleh himpit jantung sampai sesak nafas.
Tapi ok-lah. Yang penting ambiance-nya hening dan syurgawi. Sesuai untuk melukis dudel, sambil diam-diam berfantasi memugar kesegaran mental. Malangnya, belum pun sempat mencicip kopi mahal gila itu, seorang mamat hipster masuk. Dia duduk betul-betul sebelah meja saya.
Fuh, stail bukan main. Gajet tak cukup tangan. Ada tablet sebiji, smartphone ada dua. Headphone pula melekat di telinga, siap dengan collar mic. Rambut togel di tepi, tebal di tengah. Disisir naik atas dengan jel likat. Seperti jambul nenas yang baru mau mekar.
Pakaian jangan cerita. Wak Doyok tengok pun boleh nangis berguling. Super duper trendy. Belum campur beg sandang dari jenama mewah Italia. Saya terfikir — wah, untungnya remaja sekarang. Umur baru sebulan jagung, tapi sudah megah ke sana-sini dengan gaya agung.
Sebenarnya isu saya bukan pada penampilan. Tapi pada tingkahlaku. Bila duduk saja, dia terus pung-pang dengan seseorang di phone. Saya rasa dia buat video-call sebab asyik pandang skrin.
Saya tahankan hati. Fokus pada kerja sendiri. Tapi sebab suara gedebung-gedebung — bingit macam seladang liar mengawan — saya sendiri hilang konsentrasi. Secara tidak sengaja, saya pun ter-busybody dengar apa yang dibualkan.
Seriously. You won’t believe it! Siap ber-daddydaddy lagi. Sikit-sikit “daddy love you too, honey”. Disusul sound effect ‘cup, cup’ — dengan mulut muncung membuntal. Kemudian ditabur perisa gedik tambahan, dengan ketawa mengaum-aum manja. Bueek! ðŸ¤®
Dadaku bergegar-gegar mau menampar. Hei, sedar diri sikit, dik. Seluar dalam pun masih harap makbapak beli, tapi sudah berjiwang sakan tak ingat masyarakat publik di kiri-kanan! —— Mujur saya berjaya kawal kesusilaan diri. Jadi tempelak itu cuma bergema dalam hati sendiri.
Selepas lebih 20 minit masih tak berhenti, malah bertambah kronik — kesabaran saya sudah mencecah telur di hujung jarum. Secara spontan tersembul dari mulut saya bunyi “hish!”, lima harkat panjang. Dia pandang saya, dan saya balas balik dengan jelingan maut tujuh jurus. Kau ingat saya takut?
“Sorry, sir. I know I am a bit loud; but trying to get my daughter talking.” Kata dia dengan tenang, sambil senyum. Saya kesipu-sipuan, malu pada diri sendiri. Benar kata orang, cara terbaik menguasai musuh ialah dengan menghadiahkan mereka cinta dan kebaikan. Tapi saya masih ada sikit rasa ego — “Kalau iyapun mau berbual dengan anak, janganlah animatik sangat. Macam badut yang tengah hiburkan audien!” Begitu getus hatiku.
“Honey, say hi to this uncle.” Kata dia lagi dengan nada sangat mesra alam, kemudian dia halakan skrin iPhone pada saya. Uncle pun uncle-lah. Hmmm.
Seorang budak perempuan comel, melambai-lambai dengan senyum lebar yang paling manis. Dari rupa fizikalnya, saya tau ada sesuatu yang istimewa. Zap! Saya rasa jantung ini putus melantun, dicincang pedang yang sangat tajam. Seluruh prasangka dan prejudis saya lebur sirna dalam sekelip mata.
Setiap orang ada cerita hidup sendiri. Kalau kita bukan watak dalam cerita mereka, jangan sesuka hati buat andaian dengan logik simplistik ikut perasaan sendiri. Yang kita dengar sipi-sipi, belum tentu mewakili walau secubit dari sebuah naratif penuh. Yang kita nampak dari jauh, belum tentu menzahirkan walau setitik realiti satu situasi sebenar.
Lelaki itu umurnya 28. Tapi serius, kalau sekadar tengok sekilas, memang rupa sebijik remaja lepasan SPM. Ketika berjumpa di airport itu, dia dalam perjalanan ke Langkawi atas urusan kerja.
Dia graduan UK, berkahwin ketika usia 22 tahun semasa tahun akhir pengajian. Bertugas sebagai freelance creative consultant; selalunya travel hujung minggu saja untuk bertemu client. Sebab hari-hari biasa, dia jadi ‘surirumah sepenuh masa’ menjaga anak. Isteri dia akauntan sebuah firma multinasional.
Anaknya umur lima tahun, mengidap down syndrome. Sebab itu interaksi mereka lebih animatik dari normal. Ya, untuk menguja respons si anak, perlu ada simulasi visual dan audio yang lebih dinamik. Dia beritahu saya begitu.
Meski pun jalan hidup agak getir, bapa muda ini terima takdirnya dengan rela. Dia berusaha memberi seluruh dedikasi dan cinta pada keluarga — dengan cara terbaik yang dia mampu. Tapi seorang lelaki bujang, yang dia temui di lapangan terbang — memandangnya dengan penuh jelik dan wasangka.
Hanya kerana lelaki bujang yang judgemental itu terasa ruang privasi-nya di tempat awam telah diganggu. Sigh. Macamlah dia seorang yang layak hidup dengan aman dan gembira di mukabumi Tuhan ini. Shame on you, Rem Dambul!