Tuesday 9 April 2019

Kuala Lumpur International Book Fair 2019

Nak baca Cerita KLIBF2018? Tekan Sini

Assalamualaikum!!!!
Okeh. Aku dah tekad takmau taip panjang-panjang harini. So, entri hari ni of course lah pasal KLIBF2019. kan aku dah janji ritu. Hahahaha.

Niat asal aku sebenarnya nak pergi KLIBF ni hari jumaat masa first day tu.. Lagi pun hari jumaat tu kan weekdays dan cuti sekolah. So mesti belum ada yang buat rombongan en en en. Hahahahaha.

Tapi.. Disebabkan aku dapat tau yang Faiz ada kat sana 4hb April.. Maka aku pun postponed laaa niat aku tu.

Yang penting, aku kena jugak pergi KLIBF ni sebab nak meneruskan #FJjejakpenulis ... Sementara menunggu nak sampai ke hari Khamis 4hb tu.. Aku pun buat lah list buku apa yang aku nak beli..

List Buku Fafa
1. Anomali
2. Entiti
3. Mereka
4. Davika
5. Tuhan Lebih Saintifik
6. Catatan Sani Sudin: Di Dalam Dalam
7. Kisah Kisah Melawan Dalam Al Quran

Hm. Banyak jugak ni.. Aku berharap ada lah sale. Hahahaha.

Maka, aku pun sampaikan niat aku nak ke PWTC dekat mak aku... Dan biasalah aku mintak nak pergi sorang.. Sebab aku tak biasa lah jalan dekat "lubuk buku" tu dengan orang. Macam last year pun, aku pergi sana dengan rombongan sekolah... End up aku jalan sorang sorang je sebab taste kawan kawan aku tak sama dengan aku... Lagipun.. Dorang nak pergi Sunway Putra Mall je. Hm.

Awalnya mak aku bagi. Tapi, last minute dia offer nak ikut. (hm siap ambik cuti lagi).... Mak aku pun call la makcik aku dekat Sentul tu. And aku pun lupa PWTC ada LRT. AHAHHAHAHAHAHA DASAR NYANYUK.

Pada hari kejadian, dengan hati yang bermunge munge.. Aku pun pergi ke Sentul. Naik train dari Sentul Timur menuju ke PWTC dengan hati yang teruja bercampur excited (teruja dengan excited tu bukan ke sama?)

Aku sampai dekat PWTC tu rasanya dah pukul 10 lebih kot. Tapi yang penting dah nak pukul 11. Jadi aku terus tarik mak tengok Faiz. Makanya kakiku melangkah ke Bilik Mawar. Lepas dah berjalan pusing satu bilik mawar tu, kitorang pun keluar.

So dua beranak ni pun merayau lah sekeliling aras 3 tu.. Aku rasa dalam pukul 11.30 gitu aku ajak mak aku pergi balik Bilik Mawar. Tapi otw nak ke Bilik Mawar tu aku ternampak.... HAZALIFFF!!!!! yesss Alif Teega husband si Aisyah Hijanah. MasyaAllah.. Maka segera lah aku berhenti dekat booth nurelhikmah ni. Grab buku Biarku Lindung Mendungmu dan aku grab satu buku tulisan Kak Sabatini Dzue, Be Starry You. Gigih ah aku beratur nak dapatkan sign Alif. Eh Sempat jugak bergambar. Hiksssss..



Syukran Alif!! 🌹

Seriously buku ni
Best! 

So kesimpulannya, aku TAK beli pun buku yang aku sepatutnya beli tu. Yang dalam list kat atas tadi.. Hahahahahha

Tapi masa aku dekat booth ITBM, aku terjumpa Sani Sudin. Like.. Wowwww idolaaaa wehhh..


Video Sani Sudin
Perform ada dekat
Ig: fafajaynee

And yang paling sendu is, aku tak perasan kak Sabatini Dzue ada kat sebelah Alif Teega masa aku mintak sign tu. Hmmmmm

Okey lah. Aku rasa cukup lah sampai ni je aku bebel. Bukannya ada yang baca pun.

Asal aku rasa macam panjang je eh aku menaip ni?

Dibebel Oleh
Fafa si Cantik

No comments:

Post a Comment