Saturday 26 April 2014

Throwback Masyi Crew dan Kem Pengawas

Assalamualaikum! hi!
hari ni kan.. tadi kan... siang tadi kan.. haish! byk betul cerita yang nak diceritakan harini.
ok kita go through satu per satu..
hari ni hari Jumaat.. yaa penghulu segala hari..
tapi hari ni macam2 jadi..
first, hari ni SEMEKAP buat bacaan yasin ramai2 untuk.. err aq tak dgr ape yg ustaz ckp tadi.. sembang. so aq pun tak tahu untuk ditujukan kepada siapakah yasin ini.. hihihhii tapi sebelum perhimpunan start tadi.. ustazah Enezah bukak lagu ikramul kareem!! ahh best nye... peaceful..!
lepastu hari ni ada camping perdana unit beruniform.. so guess aq pergi ke tak? haha memang tak lah... dah la ramai india membuatkan aq sedikit tidak selesa.. lepastu.. dia mengingat kan aq dekat.. SECRET arr.. :p
second, hari ni aq ada tuisyen dan bengkel ict briged bestari.. penat woo.. x cukup rehat.. ni pun tgh demam..sedih..tapi sokeyy la.. demi menuntut ilmu.. gagahkan jugaklah..
third, tadi waktu aq on the way nak pergi sekolah (petang), ada orang eksiden.. kepala pecah.. eii seram. taubat sebentar.. hihihihihi
next, tadi lepas balik tuisyen, Hanah and Dina dtg.. aww Dina cute! hihihihii...
pastu, tadi lepas isyak, aq tgh kemas2 bilik.. then ada brg jatuh.. rupa-rupanya tu barang amanah yang aq kena jaga waktu kem pengawas haritu.. really rindu dorang.. rindu sgt! (opss air mata mengalirr)
sambil duduk atas katil tenung buku nota, name tag ngan pen tu and tak lupa kacang hijau, terus teringat waktu buat aktiviti dengan akak2 and abg2 fasi.. teringat waktu NYANYI LAGU BUKIT CANTIK, buat TEPUK SEMANGAT, buat TEPUK GITU-GITU, and TEPUK KAWAN.. ohh really miss that moment.. bila lah dapat jumpa mereka-mereka semua? harap nanti kem ibadah form 3, dorang ada.. really mengharap.. aq taknak farisya azis and syasya handle.. tak suke.. !!!!!
dah lah.. aq tamatkan celoteh aq kat sini.. nanti banjir bilik aq.. sebelum tu aq nak tunjuk sket throwback gambar waktu kem..

hari last haritu... rindu mereka! ♥

waktu aktiviti perang... damn awesome!

pengawas SEMEKAP!!

kak curaya, kak ijah zamhari, kak ghina, kak ijah amran.. hihih ♥

abg ojen (chubby), abg nabil (macho), abg farhan (cute), 
Abg syafiq (sempoii), abg rahim (the best!)

haish! masing2 buat muka cute..

er,, komen?? gengster gilaa!

ketua kumpulan dan lukisan mereka.. aq grup ayam bosam..

sewaktu mereka memPROPA kami dgn drama kena denda..
agak ramai jugak yg tertipu... tapi tidak aq.. ahaha

NOTE : rindu mereka.. Abang Hafiz, Abang Aliff, Abang Rahim, Abang Syafiq, Abang Ruzain, Abang Nabil, Abang Farhan, Akak Suraya, Akak Izzah Amran and Akak Izzah Zamhari.. ♥♥

**THE END**

Tuesday 22 April 2014

Lawak Bodoh (siri 2)

Assalamualaikum.. hi! ni just sambungan untuk post aq yg sebelum ni... tak suka? do i care??

Sukan Yang Sudah Pupus Di Dunia
LARI 100KM BERPAGAR-
Corak pertandingannya sama dengan lari 100 meter berpagar. Sukan ini dahulunya amat popular di Uganda dan pernah dipertandingkan dalam Olimpik 1821 di Guantong, China. Kepupusan sukan ini adalah kerana peserta yang memasuki sukan ini akan mati pucuk serta mengalami osteoporosis kerana kerap melompat pagar setiap 10 meter. Sejarah mencatatkan tiada pemenang dalam pertandingan ini kerana baru nak masuk 1 km je banyak yang muntah darah dan terberak-berak.

REJAM LEMBU
Berlainan dengan sukan merejam lembing sekarang ini, merejam lembu lebih famous pada masa dahulu kerana banyak kenduri-kenduri kahwin memerlukan lembu untuk dibuat gulai. Peserta akan menarik tali di lubang hidung lembu dan membuat balik kuang untuk membaling lembu tersebut ke rumah yang melangsungkan kenduri. Secara otomatik lembu itu akan terhempas dan hancur kemudian terus dibuat gulai. Kepupusan sukan ini adalah kerana kehadiran Islam dan lembu itu hendaklah disembelih.

LOMPAT KAJANG
Sekiranya Lompat Kijang memerlukan lompatan yang ke atas pasir, Lompat Kajang pula memerlukan peserta melompat sampai ke Kajang, Selangor sambil membacakan pantun 'Kajang Pak Malau, Kajang Belikat'. Kemudian apabila sampai di Kajang perlulah pula peserta membeli Satey Kajang dan makan dengan lidi-lidinya sekali. Kepupusan sukan ini adalah disebabkan pada waktu itu kedai sate Hj Sahmuri masih belum dibuka.

BOLA TEMPELENG
Sukan ini amat berlainan dengan Bola Tampar kerana permainan ini memerlukan pemain menempeleng muka pengadil sambil menyanyikan lagu negaraku. Sukan ini pupus kerana sesiapa yang jadi pengadil pada perlawanan ini akan mengalami sakit untut berpanjangan akibat dari tempelengan para pemain.


hey heyy... aq paling suka lawak ni sebab dia memang lawak dan terjadik dalam hidup aq... so bagi yg masih mengamalkan sikap sebegini.. korang memang SAKAI!! hagagaga

FAQ ( Soalan Yang Kerap di Tanya )

* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu
helikopter, lambat plak ari nie ye"

* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Ko nak mandi ke?"
Anda harus menjawab : "Taklah aku nak pi main lelayang
kejap, ko nak join?"

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? tulis surat nampak?"
Anda harus menjawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan
aku bergerak sendiri"

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
"Makan nasik?"
Anda harus menjawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku
tengah minum teh ais nie?"

* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
"Baru balik dari keje?"
Anda harus menjawab: "Taklah, saya dari rumah, nak pi
keje lah nie...opis saya dah pindah kat
rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"

* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:
"Eh kau sibuk ke?"
Anda harus menjawab : Takyah jawab, peratikan muker dia
pastu kompang siket pipi dia.

* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:
"Eh citer melayu ke?"
Anda harus menjawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro
menentang Raksaser dari Planet X...ko

tunggu jap nanti otromen kuar". 

suka?? kalau suka follow blog aq eh.. syg korang... ☺♥♥♥

**THE END**

Lawak-Lawak Bodoh (siri 1)

Assalamualaikum.. Hi! Ni aq saje je nak share lawak lawak bodoh yang pernah popular kat satu blog ni.. Saje repost balik.. Agak-agak macam mengarut tu, sorry eh….

Jenis Kuih Yang Sudah Pupus Di Dunia
1.KUIH BAU LU
Kuih ini sering dihidangkan pada hari raya seperti kuih bahulu. Namun kuih ini sangat berbeza rupa bentuknya kerana ia seiras dengan bentuk ketiak dubuk. Rasanya yang masam masin membuatkan anda putih mata kerana rasanya yang tahap cilabi(cebisan daging labi-labi). Kalau rasanya dah tahap cilabi, baunya pula adalah tahap chilavert,(penjaga gol colombia) yang mana baunya akan membuatkan lubang hidung anda sebesar ekzos gen2. Kuih ini akan meninggalkan kesan bau pada mulut si pemakan kalah bau kain tungkek (kain yang sudah pupus di dunia) dan orang yang membaunya akan berkata " ini mesti bau lu, gua ada bau punya, bau lu ni.". Kepupusan kuih ini adalah disebabkan PBB telah mengharamkan pengeksportan serbuk kayu geting ke serata dunia yang menjadi salah satu bahan kuih ini.

2.MUBARAK
Sebelum murtabak dikomersialkan, mubarak lebih dahulu dikomer'SIAL'kan oleh pedagang-pedagang Portugal yang diketuai oleh Kuiz Pigo dan Pauleka. Kuih ini ditebar dihadapan orang melayu Melaka yang terpegun dengan aksi Pigo menebar kulit mubarak. Selepas dia menebar tepung seperti roti canai itu, dia pun meletakkan inti yang terdiri dari ikan yang dah 10 hari mati, janggut sotong, tapak sleman, lumut laut dan sedikit muntah hijau. Selepas itu dia pun menggoreng di atas rim tayar yang panas dan selepas siap di goreng pigo dan pauleka memakan sendiri masakan mereka itu. Lalu orang Melaka yang melihat aksi itu muntah kuning dan masuk ICU akibat kejijikan pedagang portugis. Lalu akibat malu Pigo ngan Pauleka pulang ke portugal tanpa tiada siapa pun dari Melaka menjamah kuih itu. Kepupusan kuih ini adalah disebabkan kekalahan Portugal dalam sukan bola terajang (sukan yang sudah pupus di dunia 2) kerana Pigo menghidangkan kuih mubarak kepada pemain sekaligus menyebabkan kesemua pemain terkena kencing manis tahap 9.

3. KARIBOB
Kuih ini diusahakan oleh BOB akademi fantasial sebelum adanya kuih karipap. Bob telah mengusahakan kuih ini dengan menokok tambah pada designnya, colournya dan rasanya. Untuk design kuih karibob ini dia telah membentuk dengan rekabentuk ala-ala bentuk cipanzi, kemudian kalernya pula dikalerkan dengan kaler cokelat kehitam-hitaman dan rasanya pula persis rasa najis Kongkang dan baunya pula sebijik bau mulut biawak. Kemudian BOB membungkuskannya dalam plastik Alam Flora selepas itu dijual dengan harga RM10 sekati. 15 hari selepas menjalankan perniagaannya itu, BOB dilihat telah kembali ke rahmatullah kerana mati akibat termakan kuihnya sendiri. "Saya sedih dengan kematiannya kerana kuih karibob ciptaannya memang sedap tahap lipan."Kata seorang artis amerika, Mariah Kari. Kepupusan kuih ini adalah disebabkan Mariah Kari telah menukarkan nama kuih itu ke nama Karipap sempana nama ayah Mariah iaitu encik Kari Pap Johnson.


Jenis Pakaian yang pupus di dunia
1. Kain Tungkek
Kain ni amat berlainan dengan kain songket kerana corak pada kain ini terlalu menjurus kepada simbol-simbol kesampahan dan kejijikan. Corak yang selalu disulamkan oleh perekacipta kain ini adalah seperti corak ulat-ulatan sampah-sarap, bangkai ayam, kotoran hidung, cecair yang keluar dari mulut kambing dan simbol-simbol setan. Disebabkan corak-corak tersebutlah kain ini akan mengeluarkan bau-bauan yang sangat bangsat baunya. Bau tersebut dikenali sebagai bau tungkek. Bertepatan dengan namanya kain tungkek, kain ini pupus disebabkan oleh jangkitan tungkek yang melanda pada pemakainya. Yang pasti bau sampah-sarap yang melanda adalah sabab-musabab ketungketan kain ini.

2. Baju Kekerusi
Seperti Baju Kemeja yang menjadi gaya hidup ofis pada masa kini, baju kekerusi pula adalah uniform rasmi atlit angkat berat Papua New Guinea. Baju ini direka khas untuk melatih bahu peserta angkat berat supaya tangan mereka lebih berstamina. Baju ini akan disulamkan dengan kaki kerusi di bahagian tangannya, tempat sandar di bahagian bahunya dan tempat duduk dibahagian perut. Namun fesyen ini membawa masalah kerana setiap kali dimana mereka berada, orang ramai pasti menyangka mereka adalah kerusi otomatik yang berjalan-jalan. Orang ramai akan megejar meraka untuk dibuat alas punggung ketika orang ramai berehat di taman. Kepupusan baju ini adalah disebabkan ramai atlit angkat berat tersebut mati kerana diduduki oleh para juri angkat berat.

3. Baju T-Shit
Baju T-Shit adalah modus operandi kepada baju t-shirt yang ada pada hari ini. Baju t-shit selalunya digunakan pada majlis keramaian seperti majlis kahwin-kahwin, majlis penyampaian hadiah dan majlis daerah ulu klang. Pemakai baju ini akan merasakan diri mereka tersangat riak tahap mentibang kerana bau-bauan yang hadir dari baju tersebut. Ini kerana semasa pemakai melalui di celah-celah orang ramai, orang ramai akan memberi laluan kepadanya dan menunduk sambil menutup hidung. Pada sangkaan si pemakai bahawasanya orang ramai sangat hormat padanya kerana pakaiannya. Padahal orang ramai menahan daripada nak muntah kerana bau taik yang amat dasyat tahap maharaja. Kepupusan baju ini adalah kerana sabun telah tercipta untuk mencuci pakaian jiran-jiran.

4. Spender Jeans
Kalau seluar jeans sudah ketat ya amat, apatah pula dengan spender jeans. Spender ini amat ketat-seketatnya sehingga tiada ruang untuk angin masuk. Spender ini tidak sesuai untuk lelaki dan perempuan tetapi ia hanya direkacipta dan sangat sesuai untuk superman sahaja. Tujuan superman memakai spender ini adalah kerana ia boleh menekan perut dan menekan di celah kangkang. Oleh itu semasa superman terbang, takdela nampak sangat 'adiknya' melanjut. Spender jeans ini sangat mahal harganya. Sebab itulah superman pakai spender kat luar sebab nak tunjuk spender dia tu mahal. Namun sudah ada superhero yang mampu memakai spender seperti superman tersebut iaitu spederman. Kepupusan spender ini adalah disebabkan...mana ada superman kat dunia ni, karut suma tu.


Sukan Yang Sudah Pupus Di Dunia 2
RENANG BERIRAMA DANGDUT RAGGAE
Tidak jauh bezanya dengan renang berirama yang dipertandingkan pada masa kini namun irama dangdut raggae yang dipermainkan pada masa kejohanan ini membuatkan banyak peserta mengalami sakit-sakit sendi. Peserta perlu menyelam ke dasar kolam dengan gaya kepala ke bawah air dan punggung timbul di atas air kemudian menggoyang-goyangkan punggung persis penari dangdut. Peserta yang 'vibrating'nya paling lama dianggap pemenang. Kepupusan sukan ini adalah kerana kesemua pesertanya adalah LELAKI...wueekkk...nak muntah.

BOLA TERAJANG-
Memang tidak dinafikan sukan bolaterajang adalah sepopular bolasepak pada masakini. Sukan ini memerlukan padang sebesar KLIA dan pesertanya pula seramai 2000 orang. Terdapat 80 tiang gol serta penjaga golnya sekali. Apabila bola dibaling masuk oleh pengadil, kesemua peserta hendaklah terajang apa sahaja didepan mereka tetapi tidak boleh langsung menerajang bola tersebut. Sesiapa yang kakinya terterajang bola tersebut maka mereka akan diberikan kad merah. Ini akan membuatkan peserta mengamuk dan menerajang diri mereka sendiri dan sanak saudara mereka. Kepupusan sukan ini adalah disebabkan diharamkan oleh FIFA kerana presiden FIFA pada masa itu pernah kene terajang oleh tukang kebunnya kerana beliau tidak membeli rokok yang dipesan.

BOLA TELANJANG

Jangan salah faham! Bola telanjang sangat berbeza dengan bola keranjang yang dipertandingkan pada hari ini. Walau namanya sedikit lucah namun sebenarnya yang telajang hanyalah bola tersebut bukan pesertanya. Sukan ini dipertandingkan dengan cara peserta hendaklah mengupas bola tersebut seperti mengupas buah limau. Bola hendaklah dikupas sehingga telanjang. Namun selepas dikupas bola tersebut akan pecah dan kehilangan angin. Ini menyebabkan peserta hilang akal dan batuk-batuk akibat keresahan pada diri mereka. Kepupusan sukan ini adalah disebabkan...disebabkan...hmmm...apa gua mau kelentong lagi aaaa?? Lu olang pikir sendili la apa pasat dia punya kepupusan.

lawak?? haha lawakk kan? tak lawak?? so what? 



**TO BE CONTINUED**

Pulangkan (parodi)

Assalamualaikum.. Hi~ saja-saja nak share pasal parodi lagu yang pernah popular menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam.. Heheheee PTPTN version… so kepada yang belum bayar hutang PTPTN.. this for you~ hagagaga!

Pulangkan Hutang PTPTN kau balik...(Lagu Dinyanyikan Oleh Pegawai PTPTN & Misha Omar)

(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
kau milikku

Pulangkan hutang-hutangku- (Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku- (Ex-Student)

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku- (Pegawai PTPTN)

Kupulangkan semua hutangku- (Ex-Student)

Yang dikau peram tanpa relaku- (Pegawai PTPTN)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih- (Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan ku jejakimu kemana jua

Hingga akhir hayat, sayang…



note : ingatlah.. bayar hutang anda okeyy! jgn jadik yg mcm dlm gmbar tuu hehehe

**THE END**

Antara Amanah Dan Larangan

Assalamualaikum. Hi!

Today, aq nak cerita pasal hukum berpasangan dalam islam.. So petikan ini aq ambil dari novel tarbiyah "Single Unavailable" karya Nurina ape ntah.. Lupa nama dia!!

Mencari istilah kekasih di kitab fiqah mana pun atau di semua ilmu tasawwuf tidak akan ditemui. Yang haram tidak ada, yang halal juga tidak ada.

Jika dua insan itu bercinta kerana ingin mengenal satu sama lain, saling memahami, sekadar untuk bersuka ria, mengekspresikan kasih sayang, ada teman yang boleh dibawa kemana mana, bergurau kosong dan sering menelefon lazimnya akan diakhiri dengan kemaksiatan yang lebih besar. Semua perkara tersebut langsung tidak membawa manfaat malah hanya menjerumuskan remaja ke arah kemaksiatan. Dan sudah saja hukumnya haram.

Pendekatan kepada zina sahaja sudah dilarang lagikan apabila dilakukan. Seringkali remaja ataupun mana-mana pasangan yang berkasih akan menggunakan alasan bahawa mereka bercinta kerana Allah. Yang dimaksudkan dengan bercinta kerana Allah adalah cinta yang mengandungi tiga unsur.

Yang pertama, mencintai seseorang ikhlas kerana Allah tanpa ada apa-apa kepentingan. Bukannya sekadar bercinta sahaja. Seterusnya mencintai seseorang itu tidak melebihi cintanya kepanda Allah, Rasul dan ibu bapa. Cinta yang melebihi mereka ini adalah sangat keterlaluan dan jelaslah bukannya cinta sejati. Dan yang terakhir ialah tidak melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak.

Pada zaman yang dilingkari arus kemodenisasian ini, sekiranya ditanya antara belajar dan bercinta mana lebih baik. Mungkin ada yang jawab kedua-duanya. Mungkin sahaja ada yang menjawab bercinta itu lebih baik. Kita harus dapat membezakan antara amanah dan larangan.
Belajar itu adalah amanah. Amanah ibu bapa kepada kita. Sekiranya kita kesekolah untuk bercinta, bererti kita telah menderhakai ibu bapa kita. Bercinta dalam melakukan amanah ini bererti suatu larangan. Larangan yang menjadikan sesiapa yang senang meninggalkan senang. Senang kerana barjaya memikul amanah dan meninggalkan larangan..

Oleh sebab itulah remaja kini sering tersepit dalam 2 krisis iaitu harus memilih amanah atau larangan. Mungkin ada yang sambil menyelam minum air, kerana mereka tidak tahu bertapa berharganya amanah yang dikurangkan. Bukankah Allah murka dengan orang yang pecah amanah?



renung2 kan.. dan selamat beramal..
Credit to : Novel Tarbiyah "Single Unavailable"


**THE END**

al-Amru Bil Ma’aruf Wan Nahyu ‘anil Munkar

Assalamualaikum and Hi!!
aq nak bawak korang merenung seketika untaian kata yang biasa kita dengar, iaitu “amal makruf, nahi mungkar”.
Biasa dengar kan? Malah ada je yg biasa juga menuturkannya. Pasti, aq mengandaikan, ramai yang faham akan maksud bait-bait tersebut, mengamalkan kebaikan, dan menjauhi kemungkaran, bersesuaian dengan antara dalil naqli.

Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya.”
(Surah Ali-Imran, ayat 104)

Aq pasti, dalam Islam, amal makruf nahi mungkar ini tidak khusus hanya kepada sesuatu pihak. Cuba baca beberapa contoh artikel berkaitan dengan amal makruf nahi mungkar ini, dan aq ygkin, tiada dalil yang mengatakan amal makruf ini hanya kepada sesuatu pihak sahaja.
Akan tetapi, apa yang dapat ramai daripada kita lihat hari ini, amal makruf nahi mungkar itu seolah terpilih dan hanya tertumpu kepada sesuatu pihak sahaja.
Amal makruf nahil mungkar ini sesungguhnya tidak terhad hanya kepada satu-satu pihak. Islam mengajar kita untuk adil. Bersikap adillah kita. Janganlah kita ambil sebahagian, dan membuangkan sebahagian.
Sekali lagi, aq nak pesan pada diri sendiri dan korang reader-reader yang dikasihi, bersikap adillah dalam mengamalkan amal makruf nahi mungkar. Lebihkanlah amal makruf daripada asyik nak dedahkan buruk orang atas nama nahi mungkar (tapi mungkar rakan-rakan sendiri, diam buat tidak tahu).

al-Amru Bil Maaruf TIDAKLAH BOLEH DIPISAHKAN daripada an-Nahyu anil Munkar , kerana kedua-duanya adalah ibarat aur dengan tebing dan isi dengan kuku .
Kedua-duanya adalah teras kepada agama Islam dan seluruh ibadat ini adalah berpaksi kepadanya . Jika bumi tanpa paksi ( kutub utara dan selatan ) akan menyebabkan hancur-berkecainya ia , maka tanpa al-Amru Bil Ma’aruf Wan Nahyu ‘Anil Munkar akan menyebabkan kekuatan dan keagungan agama ini hancur berkecai .
Walaupun ia tidak termaktub sebagai RUKUN ISLAM tapi kewajipan melaksanakannya TIDAKLAH BOLEH DISIA-SIAKAN , APATAH LAGI DIPERTIKAIKAN . Samalah juga dengan kewajipan menegakkan Negara Islam , kewajipan berjihad , kewajipan menutup aurat , kewajipan belajar dan sebagainya , walaupun itu semua tidaklah termasuk di dalam Rukun Islam , akan tetapi semuanya itu adalah WAJIB dilaksanakannya .
Kewajipan menegakkan al-Amru Bil Maaruf Wan Nahyu anil Munkar adalah satu perkara yang WAJIB SECARA QOTH’IE ( MUKTAMAD ) berdasarkan al-Quranul Karim , as-Sunnah dan Ijma’ Ummat .

Di antara dalil-dalilnya ialah :

Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu umat yang menyeru kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran , dan mereka itulah orang-orang yang berjaya ”
~ Surah Ali ‘Imran , ayat 104 .

Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia,
(dengan syarat ) kamu melaksanakan kebajikan dan mencegah juga kemungkaran serta beriman dengan Allah . Jika golongan Ahlul Kitab itu beriman , pastilah itu lebih baik bagi mereka . Di kalangan mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang – orang yang fasiq ” ~ Surah Ali ‘Imran , ayat 110 .

Golongan lelaki dan perempuan yang munafiq itu , sebahagan mereka sama sahaja di antara sebahagian mereka yang lain . Mereka itu adalah golongan yang menyuruh melakukan kemungkaran dan mencegah kebajikan itu dilaksanakan , dan mereka pula kedekut untuk membelanjakan nafkah pada jalan ketaatan . Mereka lupa akan Allah , maka Allah juga lupa akan mereka ( tidak memberi rahmat kepada mereka ) . Sesungguhnya golongan munafiq itu adalah orang-orang yang fasiq ( melampaui batas ) ”
~ Surah at-Taubah , ayat 67 .

Dan golongan lelaki dan perempuan yang beriman , sebahagian daripada mereka adalah pembantu-pembantu bagi sebahagian lain . Mereka itu adalah golongan yang melaksanakan kebajikan dan mencegah kemungkaran dan mereka juga adalah golongan yang mendirikan sembahyang , mengeluarkan zakat dan taat kepada Allah dan rasul-Nya . Mereka itulah orang-orang yang akan dirahmati Allah . Sesungguhnya Allah Amat Gagah Lagi Amat Bijaksana ”
~ Surah at-Taubah , ayat 71 .

Semoga celoteh kali ini memberi manfaat kepada semua.
Wallahualam


**THE END**

Sunday 20 April 2014

Aku dan Darul Quran

Assalamualaikum. hi!!
hari ni aq just nak share pasal darul quran.. well mungkin ramai yang dah tahu darul quran ni ape.. dia ni kira macam institusi tahfiz alquran.. tempat dia memang best.. tenang and damai.. memang sesuai untuk tempat menghafaz al quran.. ok. by the serba sedikit tentang Darul Quran ..

Sebuah institusi pengajian tahfiz Al-Quran di Malaysia. Ia dikelola sepenuhnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perdana Menteri, Malaysia. Institusi pengajian Tahfiz Al-Quran ini terletak di Jalan Hamzah, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan. Pengarah Darul Quran ialah Hajah Zawanah binti Muhammad.
Darul Quran ditubuhkan pada tahun 1966 apabila Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj melahirkan hasrat untuk mewujudkan sebuah Institut Pengajian al-Quran di Malaysia. Hasrat ini telah dinyatakan sewaktu perasmian Masjid Negara di mana idea ini timbul ekoran daripada Musabaqah Al-Quran yang diadakan semenjak tahun 1960 serta lawatan Rektor Universiti Al-Azhar Sheikh Mahmud Syaltut di perasmian Masjid Negara tersebut.
Sebagai permulaan, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ditubuhkan sebagai salah satu unit di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Dengan penubuhan tersebut maka bermulalah pengajian dalam bidang Tahfiz al-Quran di Dewan Syarahan Masjid Negara pada 1 Mac, 1966 dengan bilangan pelajar pada masa itu seramai 8 orang sebagai perantis yang dipilih dan dihantar oleh negeri-negeri di Malaysia.
Dari tahun 1966 hingga tahun 1978 pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, pada tahun 1972 dan ianya diberi nama “Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat”.
Awal tahun 1979, Maahad Tahfiz diletakkan pula di bawah kelolaan Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1980. Selepas itu Maahad Tahfiz dipindahkan ke Bangunan JKR 588/33, Jalan Chenderasari, Kuala Lumpur dan dan kemudiannya diletakkan di bawah kelolaan Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH) Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1983.
Sehinggalah pada tahun 1984, Maahad Tahfiz telah lahir sebagai sebuah Cawangan di Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri dengan organisasinya yang tersendiri.
Pada Tahun 1992 Maahad Tahfiz kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun Dr. Ismail bagi penempatan pelajar lelaki dan pelajar perempuan pula ditempatkan di Jalan Ledang. Pada Tahun 1994, pelajar perempuan kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun Dr. Ismail, manakala pelajar lelaki dipindahkan ke Batu 14, Sg. Semungkus, Hulu Langat, Selangor.
Pada tahun 1997, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah dinaikkan taraf sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan diberi nama Darul Quran. Akhirnya pada 1 November 1998, Darul Quran ditempatkan ke kampus tetap di Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

    Pencapaian
    Sepanjang penubuhannya, Darul Quran Jakim telah menunjukkan beberapa pencapaian yang memberasangkan. Antaranya ialah :

  • Pada 16 April 1983 kelayakan sijil Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah diberi pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam setaraf dengan Diploma Institut Teknologi MARA (sekarang UiTM) bagi membolehkan pemegang sijil tersebut menjawat jawatan dalam Perkhidmatan Awam.
  • Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Darul Quran JAKIM juga diiktiraf oleh universiti-universiti tempatan dan luar negara untuk mengikuti pengajian di universiti berkenaan. Antara institusi tersebut ialah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan MalaysiaUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaUniversiti Sains Islam Malaysia, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Negeri Sultan Syariff Kasim RiauIndonesia dan Universiti Al-Azhar,Mesir.
  • Darul Quran telah mengadakan kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk merealisasikan program Persijilan Tahfiz al-Quran. Program ini ditawarkan kepada pelajar lulusan SPM yang mendapat keputusan cemerlang untuk ditempatkan di Darul Quran. Pelajar-pelajar ini akan melalui tempoh pengajian selama 18 bulan di Darul Quran. Selepas tamat pengajian mereka akan terus ditempatkan di Pusat Asasi UIAM dalam bidang profesional seperti perubatan, farmasi, kejuruteraan, senibina, ekonomi dan sains pengurusan. Cadangan program berkembar ini tercetus apabila Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Sidek Baba selaku Ahli Lembaga Pengarah Darul Quran telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk “Perancangan Masa depan Program Akademik Darul Quran” di dalam Muzakarah Masa depan Darul Quran pada 21-22 Februari 2000. Beliau telah turut mencadangkan agar Darul Quran memainkan peranan bukan sahaja melahirkan Hafiz dan Hafizah yang berketrampilan dalam bidang agama, malah layak menjadi ahli sains dan professional yang berwibawa. Hasilnya, Darul Quran telah mengambil 7 orang pelajar yang telah mendaftarkan diri sebagai perantis program persijilan.
  • Darul Quran turut memperkenalkan Program Persijilan Tinggi Tarannum al-Quran yang dirangka khusus untuk melahirkan generasi al-Quran yang dapat mengembalikan tradisi kegemilangan ilmuwan Islam dalam usaha memartabatkan agama bangsa dan negara di mata dunia. Selain daripada itu, program ini akan menjana qari dan qariah yang berkemampuan tinggi dan sekaligus mampu memikul cabaran yang diamanahkan oleh negara. Cadangan pelaksanaan program ini adalah idea Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Y.B Dato’ Dr. Abdullah Bin Md Zin yang mahukan umat Islam di Malaysia benar-benar mendalami seni bacaan al-Quran. Beliau berharap agar Malaysia tidak akan kepupusan generasi yang mahir dalam bidang al-Quran amnya dan bidang Tarannum khasnya. Program ini dikhususkan kepada semua masyarakat Islam terutama kepada mereka yang mempunyai pengalaman mewakili daerah dan negeri dalam ujian tilawah al-Quran. Program yang bakal diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ini akan meliputi kaedah pengajian secara kuliah,tutorial, latihan praktikal dan perbincangan.
  • Darul Quran terus mengorak langkah untuk memperkasakan bidang tahfiz al-Quran dengan melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian. Program yang diadakan dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini adalah hasil daripada perbincangan di Mesyuarat Lembaga Darul Quran yang diadakan pada 15 Julai 2006. Bagi peringkat permulaan, program ini akan ditawarkan kepada 50 orang pelajar Darul Quran dan pelajar Maahad Tahfiz Quran Negeri(MTQN). Jangka masa pengajian bagi program ini adalah 3 tahun dan dijangka dapat dimulakan pada November tahun ini.
so korang dah tau kan?? ok, just nk tunjuk view kat darul quran ni..

aq suka lepak kat sini.. tenang..

view yg cantik.. masjid tu memang cantik lagi2 dekat dgn tasik

subhanAllah

**THE END**

Masyi Crew dan Kem Pengawas III

assalamualaikum. hi!
ni nak sambung cerita hari ketiga kem pengawas hari tu.. well so far malam tadi aq buat kerja gila, aq gi update post byk2.. hehe! baca lha untuk tatapan korang.. dan renung-renungkan.. ;)

LAST DAY
aku bangun pagi dalam pukul 5:30 pagi. well rasa segar sikit., tak delah mengantuk, maybe sebab dah basuh muka kot. dengan penuh bersemangat nya, aq pakai t-shirt pengawas berwarna merah.. lawa seyh cuma aq tak puas hati sebab lengan baju tu mcm x cukup panjang..haa ape2 jelah..
lepas tu kitorang ada game.. nama game tu, tangkap air (nama je tangkap air. tapi x de kena mengena dengan air pun). game memerlukan perseta tangkap jari kawan dorang.. tibai jelah. dapat tak dapat belakang cerita.. actually waktu game ni, aq tengah demam. jadi, aq takde feel nak gelak golek golek macam selalu..
lepastu.. sarapan, then berkumpul kat dewan.. kami dikehendaki menulis komen .. so aq pun tulih laa.. actually ape yg aq tulis kat kertas tu haritu baru sikit.. sebenarnya banyak lagi aq nak tulis.. dan dia berbunyi seperti ini :

"Assalamualaikum... pada pendapat sy, kem pengawas yg masyi handle ni memang BEST! semua slot dan program yang disediakan memang AWESOME! abang-abang fasi yang sempoi.. korang memang pandai tarik perhatian kami... akak-akak fasi, mula2 tu akak ade lah jugak ngan kami.. pastu hari2 seterusnya, akak kemane? nak nampak akak bukan main susah lagi.. cewaah (ye ar tuu) then, ape lagi nak ckp eh?? haa.. dah tak de pape nak cakap.. cuma nak menceceh sikit..
 *abang hafiz... you are awesome..
*abang alif... you are daebakk!!
*abang syafiq...you are sporting
*abang farhan.... you are cute (^_^)
*akak izzah zamhari.. you are the best
*akak izzah amran... you are the prettiest
*akak suraya... you are the beautiful
*abang rahim.. you are the best, sporting, daebakk, awesome.. etc..
thankyouu"

sebenarnya kalau tulis memang pendek.. tapi cer kalau suruh aq cakap, haa tahun depan malam raya korban pun belum tentu habis... hihihi! (gurau)
ok. lepas tulis komen tu, ketua kumpulan aq hantar lah dekat abg aliff. lepastu abg aliff serahkan mic dekat abg hafiz..abg hafiz pun bercerita.. cerita apa, tu aq dah lupe..tapi tiba2 saja... abg aliff menjerit panggil semua fasi2 berkumpul.. so abg syafiq, abg ojen (ruzain.. wee why ojen?), abg farhan, abg nabil, kak izzah amran, kak izzah zamhari, kak suraya semua berlari.. tup2, kena marah la pulak.. abg hafiz yg bercerita pun terberhenti... so kami pun memandang.. hati mula berkata (hmpphh, kene marah? eleh, normal..) tiba2 kene denda la pulok.. ok, time ni rasa cam.. urghh! kesian la pulak.. aq toleh kiri, syaidatul dah nangis... toleh kanan, yaya dah nangis.. tgk kat hujung sana, semua nangis.. hati berbisik (kenapa aq je yg tak nangis.. cam x de feel la pulak).. lepastu abg rahim bace kertas komen2 tuh.. ade satu komen tu dy bace.. perghh menyirap bhai! dia kata "saya kesal dtg kem ni. fasi2 tak sporting" tapi bila aq fikir 2-3 kali, rasa mcm mengarut la pulak.. so aq pun takpe... chillax.. tiba2 aq teringat waktu kem smart solat dulu.. abg aliff pun ade tipu kitorang.. pura-pura BUTA! lepastu semua nangis.. cume aq jer tak nangis.. sebab aq tidur.hehe~ sebab tu lah aq rase cam nak taknak je percaya.. back to the situation, kak ghina, kak lianot and syidot semua pakat nak kepung akak2 fasi.. (kesian korang).. aq pun buat irama mcm menangis.. (adelah sipi2 air mate kuar) sambil tarik dorang.. kuss semangat.. mcm main tarik tali pun ade,... so at the end (haha malas nak cerita panjang2) semua tu lakonan semata2.. cayalah korang.. thorbaik!
lepastu siap2.. sebelum majlis penutupan..aq masuk bilik air. nak basuh tangan... warna air tu masih melekat kot.. ibarat org mengantuk disorongkan bantal kebetulan aq tgh haus.. yay.. akak suraya kasi air kotak.. good.. mekacehh akak!! sayang akak! ♥ 
majlis penutupan berjalan lancar..
habis majlis penutupan, aq target abg hafiz dulu.. nak mintak full name and adelah sikit information dia.. ehh ehh.. bukan dia sorang je.. ramai lah.. abg syafiq, abg aliff, abg farhan, abg nabil, abg ruzain, abg rahim, akak suraya, akak izzah amran, akak izzah zamhari..
tapi disini aq nak menyatakan bahawa abg ruzain, abg nabil dan abg farhan..tulis tempat lahir hospital je ye? hospital mane?? hospital kl? banting? jb? kedah? tanjung rambutan?????
lepastu ade jugak yang nak tutup2 tahun lahir... i know already la.. tahun 1996.. cehh tulis 1990-an konon.. :P well so far aq enjoy gila dengan kem ni.. kalau tahun depan dorang handle lagi, aq memang takkan lepaskan peluang!
aq pun harap kem ibadah form 3 tahun ni masyi yang handle.. !!!!

jap.. nak tunjuk kat korang gambar waktu kem.. tapi sikit jer.. ☻

mereka.. ♥ them!!! ☺

saat mereka semua didenda... haish! terkono !!

akak2 fasi with Ketua Pengawas (ghina tsurayya)

**THE END**






 
 

Fill your Heart with Allah

saya bukan penulis yang hebat. dan saya sebenarnya takut untuk menulis. takut sekiranya saya sendiri tidak mengamalkan apa yang ditulis. Nauzubiilah. kerana Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud.


"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan"
[as-Saff : 2-3]


insha Allah. perkongsian kali ni juga merupakan muhasabah terbaik untuk diri saya sendiri.


'saya tidak mahu yang fitrah menjadi fitnah. saya mahu yang fitrah itu menjadi barakah.'


kata-kata tu saya dapat dari novel 'Cinta High Class'.

saya tertarik dengan kata-kata tu. kenapa ? sebab sebagai seorang manusia. kita dah ada fitrah kita yang tersendiri. Allah dah cipta kita ni sebagai sebaik-baik mahkluk kan. alhamdulillah. 


"Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"
[at-Tin : 4]


waktu saya buka twitter tadi. saya tweet la ayat ni.
"saya mahu yang fitrah itu menjadi barakah"
then, seorang sahabat saya, Murshidah bertanya "maksudnya?"


okey. kalau kita nak mudah faham. 


bismillah. 

cinta itu fitrah kan ? tapi sebenarnya apa itu cinta ? cinta tu fitrah dalam diri kita sebagai manusia. Allah yang tumbuhkan rasa tu dalam diri kita. Allah yang semai rasa tu dalam badan kita. tapi itu tak bermaksud kita boleh gunakan perasaan yang sepatutnya indah dan suci itu sewenang-wenangnya. cinta itu fitrah. YES. tapi yang fitrah itu boleh bertukar menjadi fitnah. dan yang fitrah itu boleh bertukar menjadi barakah.




cinta itu boleh jadi fitnah kalau kita salah apply. coupling. itu bukan trend umat islam. tak kesah la awak-awak sekalian cakap kami kapel secara islamik ataupun tidak. itu tetap bukan trend kita. 
dan cinta tu jugak boleh bertukar menjadi barakah kalau kita salurkan rasa yang indah itu dengan betul. cintailah yang Maha Menyintai. cintailah Rasulullah yang terlalu merindui kita ni. cintailah ibu bapa yang tak pernah jemu untuk berkorban dan memberi kasih sayang kepada kita sejak kecil. cintailai ahli keluarga kita yang selalu ada untuk kita. cintailah sahabat-sahabat kita yang sering mengajak kita untuk mengigati-Nya. CINTAILAH PADA YANG BERHAK.


jagalah cintamu hanya kepada yang berhak. biarlah orang yang hendak mendapatkan cintamu itu harus melabuhkan cintanya kepada Allah yang Satu untuk mendapatkan cintamu. biarlah cinta yang bakal kita bina itu cinta high class. kenapa high class ? bak kata Fatimah Syarha.



high class kerana.
itu tanda patuhi Allah.
itu tanda jauhi fitnah.
itu tanda sebuah mujahadah.


satu lagi. sentiasa jaga kedudukan Allah dalam hati kita.
 insha-Allah. bila kita menjaga Allah, Allah akan jaga kita balik. 

oh ya. bercakap pasal fitrah. sebenarnya kecenderungan kita untuk mendekati agama kita. iaituIslam. itu juga fitrah. bukannya hipokrit. janganlah takut untuk berubah. bila hidayah itu sudah dicampakkan. jangan pula lepaskan peluang yang Allah dah bagi. sebab kita takkan tahu bila lagi hidayah nak menjenguk kita. 

dan sahabat-sahabat. ingatlah bahawa cinta Allah kepada hamba-hamba-Nya sangat luas. cinta Allah buat kita lebih tinggi daripada cinta seorang ibu kepada anaknya. dapat bayang tak ? tinggi bukan ??? 

sahabat-sahabat. sungguh. nak berubah itu mungkin bagi sesetengah daripada kita itu mudah. tapi part nak istiqamah itu yang susah. kekuatan itu harus dibina. biarlah kita perit sebentar di dunia. asal di akhirat sana bahagia. biarlah kita menanggung sedikit kesusahan di dunia. asal di akhirat sana kita beroleh kesenangan. biarlah kita dipandang hina oleh manusia. asal kita dipandang mulia oleh Allah.

ya Allah. mujahadah itu sangat susah. kerana syurga yang Allah tawarkan tersangat manis sahabat-sahabat. tak dapat dibayang dek pancaindera kita. syurga itu terlalu manis. dan tiada tiket percuma untuk kita ke sana. 

sahabat-sahabat. saya juga bukan insan yang terbaik untuk memberikan nasihat. cuma saya ingin berkongsi apa yang saya dapat. jangan dinilai diri ini. jangan dinilai masa silam saya. biarlah hanya Allah yang menjadi penilai buat saya. cukuplah Dia. 

fatenmuhamad:

Berubah, bukan mudah. Perlunya kekutan. Pohonlah kekuatan itu daripada Allah.
We are not perfect, we are make mistake and we are trying to be a good or best muslim.
Semoga Ramadan kali ini menjadi wasilah untuk kita semua meraih redha-Nya. Allah sediakan bulan ini tanpa hasutan syaitan untuk kita kuat mengistiqamahkan diri. Kawal bisikan nafsu kita dengan teguhkan iman! Fafirru Ilallah! Dakap kasih sayang Allah! Dakap seeratnya.
Dear brothers and sisters,  We are belong to Allah! And we will return back to Him. Soon.
"Truly, to Allah we belong and truly, to Him we shall return." [al-Baqarah:156]


monolog diri :

buat sahabat-sahabat yang saya sayang kerana-Nya.
saya juga bukan insan yang terlalu kuat. tapi saya harus kuat untuk terus meraih cinta-Nya.
sungguh. saya juga pernah jatuh terduduk. tapi saya tahu. kekuatan itu juga datang dari-Nya.
kepada-Nya lah kita meminta. binalah kekuatan itu wahai sahabat. 
moga Allah terus melindungi kita semua. 
uhibbukum fillah. <3 b="">


credit to : fazlina humayra

**THE END**

Ciri-ciri gadis muslimah dan mukmina

Assalamualaikum. hi!
just nak share tentang ciri-ciri muslimah dan mukmina..

1. Solat tepat waktu
2. Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
3. Setiap bicaranya bermula dengan kalimah Bismillah.
4. Butir bicaranya terselit dengan kalimah Alhamdulillah, 
InsyaALLAH, Subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
5. Tidak mengeluh dengan masalah remeh dalam kehidupan sehariannya.
6. Bercakap dengan suara yang rendah.
7. Lembut dan halus tingkahlakunya.
8. Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
9. Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
10. Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan
 dijaga dari pandangan lelaki bukan mahram dan mereka yang bukan Islam.
11. Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
12. Pandai mengambil hati orang tua.
13. Menghormati dan taat ibubapa.
14. Kesayangan keluarga dan tetangga.
15. Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
16. Sentiasa berkuku pendek bagi menyempurnakan wudhu.
17. Rambut tak diwarnakan.
18. Murah dengan senyuman.
19. Banyak mendengar dari bercakap.
20. Senyuman adalah ketawanya.
21. Tidak ketawa terbahak-bahak.
22. Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
23. Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
24. Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
25. Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
26. Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
27. Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
28. Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
29. Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan yang syubhah.
30. Sayangkan dan kasihkan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
31. Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bercucuk tanam.

Allahu, masih jauh lagi utk melangkah ke arah 31 ciri2 itu, malu terhadap diriku sendiri.Layakkah aku menjadi mawar berduri itu ?? Tepuk dada, tanya iman Adda! 

**THE END**

Couple?

Assalamualaikum.. hi!!

Untuk apa kamu COUPLE jika tidak mendatangkan faedah..
Untuk apa kamu bersayang-sayang sedangkan dia bukan SUAMI kamu..
Untuk apa kamu berpegang tangan sedangkan di BUKAN yang HALAL bagi kamu..
Sebelum kamu memberi CINTA kamu kepada dia sudah cukupkah CINTA kamu kepada ALLAH..???Fikirkan kembali...Jangan mudah terpengaruh dengan budaya barat..Jika kamu ingin tahu..Tiada Istilah COUPLE HALAL atau COUPLE ISLAMIK melainkan PERNIKAHAN..Jika dahulunya kamu tidak tahu COUPLE itu HARAM..YA sekarang ingin diberitahu bahawa COUPLE itu HARAM..INGAT yang HARAM tetap HARAMM!!

#HasilNukilan: ainrizar : a.k.a ayon
Timbul suara-suara orang jahil yang mempertikaikan hukum agama yang mengatakan couple adalah haram. Bagi mereka, couple ini tidak haram sebaliknya sebagai jalan untuk mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat lagi. Itu memang ada benarnya jika anda tidak fikir dalam-dalam. Mengapakah Islam melarang umatnya untuk bercouple-couple ini?
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”..
Cuba renungkan ini:
1. Org yg bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.
2. Org yg bercouple biasanya berdua²an dgn pasangan kekasihnya, baik di dlm rumah atau luar rumah.
3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
5. Org yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati)


**THE END**

Doa Untuk Kekasih

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan



Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won't touch her.
Not even the slightest bit.
You'll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

¡°Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.¡±
(HR. Al-Hakim)

Ya Allah temukanlah kami kepada cinta yang membawa kami kepada cintaMu...
Ya Allah jadikanlah kerinduan kepadaMu lebih kami rindui dari yang selainnya..
Ya Allah peliharalah kami dalam kerahmatanMu dan KeampunanMu yang tidak pernah bertepi..amen ya Rabb..


**THE END**