Tuesday 31 December 2019

TwentyTwenty New Year


Alhamdulillah untuk semuanya. Tahun 2019 menyaksikan kedatangan dan kehilangan orang serta keadaan baru dalam hidup aku.. 2019 juga banyak mengajar dan memberi pelbagai kenangan tersendiri kepada aku.

Dalam banyak hal, minat & semangat sahaja tidak cukup. Perlu ada ilmu. Mungkin dalam perkara yang kita tak minat itu, wujudnya kelebihan kita. Aku tak pernah terfikir aku akan kembali menulis misalnya. Sebab aku dah hilang minat menulis cerita sejak habis STPM dulu. Alhamdulillah. Sambil aku menyambung Ijazah dalam bidang bahasa, aku cuba menajamkan lagi kemahiran menulis aku.

2019 juga mengajar aku erti sederhana sebenar. Betapa jangan terlalu mudah percaya. Dan jangan pula tidak langsung memberi peluang. Diri kita ini yang paling memerlukan banyak peluang. Kena memaafkan diri & yakin kita ini ada kelebihan (namun masih perlu merendah hati).

Tahun ini juga masih diizinkan Tuhan untuk saya mengenali ramai manusia baik dan hebat-hebat. Ada yang masih kekal dan ada yang baru kenal.

2019 juga memberi definisi tersendiri tentang pengorbanan. Perubahan tak akan datang tanpa melakukan sesuatu yang besar. Sukar tapi boleh. Kemampuan itu wujud dalam diri setiap kita. Cuma perlu letak rasa yakin bahawa kita boleh jika cuba. Terlalu banyak alasan mampu melemahkan.

Apapun yang kita lalui, tidak seharusnya buat kita mengalah untuk menghadapi hari depan. Perkara lepas, untuk mengajar & lebih menguatkan.
Kita yang menentukan apa kita bakal jadi. Namun tetap semuanya bergantung pada keizinan Dia. Sekian. Selamat maju jaya untuk 2020.

PS: Ada yang curi hati saya ke? Pulangkan balik please. Hiks.