Monday 22 May 2017

Mummy Fafa Of 8 Boys~



Assalamualaikum guys! Hai~ This week memang tough bagi aku sebab suddenly aku rasa sedih geng-geng aku ada yang nak quit from form 6. Dah dapat keputusan upu. Especially my boyfriends (kawan lelaki ok. Bukan kekasih or what). yup, post hari ni memang pasal lelaki dalam kelas aku. Lower six of social science 4 (6BSS4)

Kenapa lelaki? Kawan perempuan tak ada ke?

Sebab kenapa post ni aku dedikasikan untuk diorang? Sebab mereka ni yang pertama aku ‘cling’ lepas sepuluh minit masuk dalam kelas ni. Which means, diorang ni mudah rapat dengan orang and aku selesa dengan diorang. Lagipun diorang ni from day first till now, tak pernal fail cheer me up. That’s why for me, they are my happy pills and I already addicted to them.
Tak syok lah sembang kalau aku tak describe sorang sorang. So I’m gonna make a short describing. Let’s start with ketua kelas.



Hariz
First time jumpa dia, boleh tahan masuk air. Wayar pun banyak putus ni. Haha~ Suara dia menyanyi fuh sedap. Hariz ni walaupun nakal, tapi dia seorang ketua tingkatan yang bertanggungjawab. Hoho!



Amir
This cute Amir Asyraf is my favourite classmate and my partner in crime. Eh terspeaking pulak. Tapi serius lorh, dia ni macam ada tarikan magnet yang buat aku selesa berkawan dengan dia. Kalau lah halal, dah lama aku picit picit pipi kau Mir (tbh, aku okay je nak picit pipi kau mir). Please be my friend/brother forever!



Ikhwan
Friendship est. 2015. Ikhwan ni Nampak je matang. Tapi bila datang bingai dia, perangai mengalahkan budak budak. Tapi dia ni selalu jadi penceria kelas. Takdelah selalu but ada lah. Selalunya dia yang paling teruk kena buli. And I love to see him be bullied. Not in a negative way. But dia kena buli comel kot. Nampak childish dia. Pesan untuk ikhwan, aku tak pernah ikhlas reply whatsapp kau pada pukul 2 pagi.

Syawal
Ni Nampak je pendiam. Tapi once dia bersuara.. aku pun dia panggil bam bam. Kuang ajo. Hahaha! Tapi sayang dia tak kekal. Huhuhu sedihnyaaa!

Haikal
Dia ni tak banyak cakap dengan aku. Tu yang aku tak boleh nak describe lebih lebih. Tapi aku rasa kau pun sama je wayar putuih.  Hahahaha!

Fakhrul a.k.a Kamen Rider
Mamat ni aku memang annoying dengan dia. Sebab dia terlalu obsesssss (sila baca dengan kadar 4 hingga 6 harakat.) dengan kamen rider. Bagi aku dia ni lurus sangat tapi ada time kau nganjing dia… dia akan nganjing kau bahkan lebih pedih and dia tak sedar dia tengah nganjing. HAAHA!

Fikri
Actually, nama dia Amir Fikri and dia pun lebih kurang je cute dengan Amir Asyraf. (but Amir Asyraf is cuter, hehe) ni pun sama. Aku tak tau nak describe macam mana sebab dia ni datang dua kali je lepastu dah nak keluar. Sabar je lah. Tapi menurut pemerhatian aku dekat wahtapp group, dia pun wayar putus sama dengan yang lain. Haha!

Akhim
I’m sorry sebab kau ni pendiam benau. And aku pun tak pernah sembang dengan kau. And aku tak tau nak describe apa. Huhuhuhuhuhu!

Akhirnya habis pun. Hahahahaha! Ok. Tapi aku rasa nak tambah lagi memandangkan kelas aku ada dua orang pelajar baru, Syakirin and Imran.

Syakirin
Pertama kali jumpa (setakat ni) dia Nampak pendiam. Maybe tak masuk lagi dengan #MusibatSS4 kot. Good looking. Haha!

Imran
Friendship est. 2006. Ye dia kawan lama aku and aku lah yang paksa dia jebakkan diri dalam form 6 ni. Sis berkuasa. Hahaha. Dia ni agak skema, noobies, kadang kadang poyo sampaikan aku takde sebab pun nak marah dia. (yup, aku memang suka marah and cari pasal dengan dia)


Sekian sajalah describing bebudak ni. Sekali lagi aku tegaskan, jangan nak judge aku ni gila jantan or whatsoever. Walaupun aku admit yang aku memang sayangkan diorang (as friend, as siblings)

p/s: yang perempuan jangan nakkutukbelakang kecik hati… untuk korang pun ada profiling.. nanti aku describe sorang-sorang ye. (mampuih)

To my future husband (masih tidak diketahui), I’m ready to be mummy of boys. Yup. I don’t mind kalau semua anak kita lelaki sebab I dah ada pengalaman jadi mummy to 8 boys. Hahahaha!



To my boys of SS4, please don’t stop cheer your mummeh! I love you guys. 😉

Love, Mummy Fafa.

**THE END**

Tuesday 9 May 2017

Alkisah Team 7 Jalinan Kasih Keluarga F6 SM3KB


Assalamualaikum and hi guys! Omaigad! I miss you my baby bloggie!

How are you my dear silent readers? Sihat? Alhamdulillah! Aku? Currently aku tengah busy sebab aku masuk Form 6.

Eiyu, sungguh tak glamour.

Aku bukan nak glamour lah (cencored word) (cencored word). Aku nak cepat sambung degree, kerja, master, kahwin. Hahaha! Seriously aku nak kahwin before 30s. ok dah! Cukup aku tak nak merepek panjang-panjang. So kita terus menuju ke jalan yang benar ya wahai readers.

Macam apa yang kau baca dekat title yang aku dah tulis lawa-lawa tu, hari ni aku nak cerita pasal form 6 jugak. Program Jalinan Kasih Keluarga Tingkatan Enam. Zweet angat bunyinya. Haha.

So aku nak mula daripada mana? Ok ok, kita flashback sikit. Kita start daripada first meeting aku dengan ahli kumpulan aku a.k.a kumpulan 7 a.k.a Super Saiyan a.k.a The Golden 12 Zodiac (merepek)…

5 May 2017 (Jumaat)
Si Muhaimin budak PPU (PPU stands for Pengajian Pra-Universiti. Heh glamour kan bunyinya? AHAHAHAHA) bahagikan kami adik(s) PPU Bawah ni dalam 15 kumpulan. So aku tersangkut under kumpulan 7 yang tanpa aku sedari akan memutuskan urat tengkuk aku (nak tau maksudnya? Ha baca sampai habis.) So leader aku bro Asnawi (aku teringat time aku kecik kecik ada sorang mamat nama dia Asnawi gak. Suka buli aku. Tapi bukan dia lah. Ok takde kaitan) lepastu ada sis Erin, Suhada, Firdaus, Anas, Afiq, Nurin, Diyana, Syamine.. maybe ada lagi tapi aku tak ingat. (exclude Baran sebab nama dia sentiasa bermain di fikiran aku. AHAHAHAHAA) so first meeting was so awkward sampaikan si Suhada ni tegur aku sebab aku guna kata ganti nama diri ‘Saya-Awak’. (I’m trying to be acah sopan and berbudi bahasa ok.) pungpangpungpang so abang leader pun tetapkan siapa bawak apa. Dah habis meeting pe lagi.. balik ah.

Whatsapp Story
Memandangkan waktu tak cukup nak bermeeting, jadi kami bermeeting di whatsapp dengan menubuhkan whatsapp group yang bernama Team 7 Jalinan Kasih. Sama je. Pungpangpungpang sampai aku fening kefala lah. Serius lah aku nak cerita detail? Memang tak lah. Aku malas nak korek apa yang kami dok pungpang dalam tu.

Hari Kejadian [9 May 2017, Selasa]
*skip terus ke perhimpunan. Takkan aku nak cerita dari aku keluar rumah kot?*
First person yang aku serang obviously minion aku, Ameera a.k.a Penyu a.k.a The Blur-est People in Ma heart. Lepas tu bila ada siapa entah halau suruh beratur, that time aku aku nampak Firdaus a.k.a Daus a.k.a Masterchef a.k.a Daus Muka Cina.

inilah chef bae Daus~

 
Aku pun terus tersengih ala-ala budak terencat baru bebas dan menuju ke arahnya sambil berbual kosong sekosong hatiku padamu wahai ex boyfriend ku. (masih merepek). sambil berbual kosong tu, mata kami ni masing-masing mencari wajah ‘kesayangan’ kami iaitu bro Asnawi a.k.a Abang Leader a.k.a Leader Sempoi kerana tanpa leader, kami hanyalah manusia tanpa bimbingan yang menuju kesesatan (ok merepek teruk.) dipendekkan cerita lepas ambik kehadiran, kami pun menuju ke stesen memasak yang telah ditetapkan.

THIS IS THE BEST PART!

Jadi aku dan Daus menjalankan tugas sebagai seorang tukang masak dengan mengeluarkan bahan-bahan yang dibawa dari rumah. Bila aku tengok mamat muka cina ni keluarkan barang-barang dia, tiba-tiba aku rasa kerdil sekerdil orang kerdil dalam cerita Puteri Salju Dan 7 Orang Kerdil.

kau tengok ah dia prepare dalam kuali je

alaa saja nak semak. HAHAHA!


Tugas Daus ronggeng goreng Ayam Goreng Madu Berempah ala Hungarian. Aku tengok dia siapkan bahan perap pun dah boleh menjatuhkan level confident aku. Belum tengok dia potong memotong lagi. Sumpah aku rasa nak bagi orang lain masak. HAHAHA! Tapi setelah aku menyeru saka aku untuk backup aku jika confident level aku jatuh, aku terus ok. Jadi mula-mula masak nasi. Tu abang-abang (Anas dan Afiq) yang settle. (Jangan pandang depa sebelah mata naa, walaupun masak nasi guna arang, tapi nasi tu dimasak purrfect sekali.)


Sian member.. bau asap dah baju

duo Anas dan Afiq~

Sementara tunggu nasi masak, ada sorang chinese girl ni (aku tak ingat nama kau sorry sebab kau watak tak penting dalam cerita aku) excited benar nak goreng telur. So lepas dah settle telur turn aku pulak menyetelkan sardin dan sayur. Aku rasa Daus disturbing bila dia muncul kat sebelah aku. macam yang aku cakap tadi, confident level aku jatuh lepas tengok Daus masak. HAHAHAHA! Tapi disebabkan Daus merupakan seorang'masterchef' dalam team 7 ni, jadi bab rasa merasa sardin aku serahkan dekat dia. dan fuh~~ nasib baik sedap. HAHAHAHA



abang leader pun nak join masak sardin 
Sardiinnnn!!!!!!!



that moment bila kau takde kain nak pegang
kuali... baju pun boley

fahada ft. suhada

time aku masak Sardin ni lah ramai peminat nak selfie, eh?
HAHA

Lepas tu masak sayur pulak, aku was-was sebab kuali tu boleh tahan kecik. aku pun kurang yakin. tapi nasib baik ok. Akhirnya semua dah settle. tinggal ayam goreng special Daus je. telan air liur aku tengok mamat ni menggoreng. kemain sedap bau. sedangkan rempah yang mentah tu pun dah sedap. apa tah lagi bila menggoreng. fuh. menggoda macam ayam goreng McD. aku rasa lepas ni dah boleh move on dari Ayam Goreng McD yang asyik sold out tu je. Ayam Goreng Daus kini menjadi pujaan hatiku,





akhirnya semua dah siap! decoration department pun dah memainkan peranan. habis cili padi aku diorang buat hiasan. hahaha. bantailah!



dan akhirnya juga.. KAMI TAK MENANG. but still dapat tam tam dengan muruku ikan. okey la tu.

nah, sis kasi gambaq.







The Golden 12 Zodiac Fam ❤


Cerita Lagenda Tambahan : Alkisah Si Baran Yang Disumpah
Kisah ini bermula ketika kami sedang meeting. Baran tiba-tiba tidak dapat dikesan. hilang entah kemana. puas kami mencari namun tidak ditemukan. pada hari kejadian, Kami masih lagi mencari Baran yang hilang. lalu Daus berkata, "Baran ada dekat aku ni haa. Dah jadi arang" maka kami pun ketawa berjemaah sambil menuju ke padang. sekian. (ye aku tau hambar)

**cerita diatas merupakan fiksyen semata-mata. memang ada kaitan dengan yang hidup tapi ala lek ah,

tambahan : syamin.. walaupun namamu ku lupa.. namun dirimu ada di hatiku. hehehe sorry min, kite lupa nama awak.

thanks sebab sudi baca. love you! ❤

**THE END**