Wednesday 22 May 2019

Istikhara?

Assalamualaikum~

Alhamdulillah, aku rasa ni coretan pertama aku untuk bulan Ramadan 1440H.
Masih mampu survive nampaknya.

Puasa kali aku rasa luar biasa sebab aku tiba-tiba nak try to be a better muslimah.
Mungkin kerana kurangnya hasutan syaitan kut. hahahaha~

So, idk. Topik yang aku nak cakap ni dah lama berlegar dalam fikiran aku. Sebabnya aku pernah bergaduh dengan ex boyfriend aku dulu pasal ni.

ya. Istikharah.

So, what's istikhara?

Maksud Istikharah ialah kita meminta bantuan Allah dalam membuat pilihan dalam pelbagai perkara dan urusan. The word Istikhara directly means, to ask Allah to guide one to the right sort of action concerning a job or deed. 'Khair' means good (asking Allah to guide you to the good or right answer). Meaning, you're not asking Allah to show you a vision, through a dream.

Menurut hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir RA, beliau berkata:

Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:
Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).
Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini  adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.


Please remember that Istikhara is not only for marriages! Istikhara should be an important part of every important decision that you make in your life. For example, if something comes up, and you only have a few moments to make a decision, you can still do Istikhara because it's technically just a prayer.

Menurut al-Imam al-Nawawi, seseorang yang melakukan istikharah, maka dadanya akan terbuka luas untuk sesuatu urusan, malah dia akan terlihat kebaikan pada perkara yang akan dilakukan atau sebaliknya. Bersangka baik dengan sesuatu pilihan, selagi pilihan itu berada di jalanNya, dengan berlandaskan iman, bukan nafsu yang membuak-buak. Ubah mentaliti tentang mengharap mimpi datang, atau petanda berdasarkan keadaan, kerana kita yang membuat keputusan, dan tuhan yang menampakkan hasil di sebalik pilihan. Petunjuk itu memang ada, cuma jangan menantinya serta mengharapkannya, hindarinya, kerana syaitan berusaha mengambil kesempatan pada dalam kesempitan. Berhati-hati dengan pilihan kita, jika memudaratkan, penuh keburukan, jelas sekali, bukan dariNya, melainkan syaitan yang berusaha menyesatkan kita.

I do hope that this clears away any misconceptions that you had regarding Istikhara. It is beneficial to make it a habit to recite the Istikhara prayer whenever we can. I don't think any one of us would want to make the wrong decision, leading to problems in the future. Whether this be a decision regarding school, people, friends, jobs etc., pray to Allah to help you make the decision that would be beneficial to you in this world and the next.

May Allah enable us all to be servants that aim to please our Lord, Ameen!

Note: If there's anything that I've stated above that is incorrect, please let me know. I am in no way an expert on religion or Islam. May Allah forgive me for my mistakes, Ameen.


Cintaku

kerana hari esok bukan milik aku.
kerana hari yang datang akan mari pergi tanpa memberitahu.

semoga detik2 yang tersisa ini disempatkan penuh untuk ketawa dan jalur2 bahagia.

semoga kau dijaga tenang.
semoga kau dipelihara sampai aku datang.
semoga kau tunggu aku.
semoga kau tetap untuk aku.

kalau ini cerita kita;
ayuh kesat mata dan cari rahsianya.

masa terlalu sedikit untuk kita raung2 dan murung2.
untuk apa dibazirsia,
untuk apa dituang tanpa tadahnya.

bukankah telah aku bisik tadi malam;
bila taufan sudah surut.
tetap datang petir ribut.

saksikan aku sedayanya mencengkam sumpah setia.
selagi ada nyawa.
selagi ada cinta.

selagi ada.

kerana tuhan lebih tahu
apa yang terpaling cantik
untuk kau.
untuk aku.

maka diam.
dan peluk aku.

Thursday 16 May 2019

#EffjayMasak: Ayam Masak Merah

Bahan-bahan diperlukan:
  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
  • 1 biji tomato - potong dadu (kalau taknak letak pun tak apa)
  • 1/2 cawan sos tomato (kalau tak ada boleh ganti dengan sos cili jugak)
Bahan-bahan kisar
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
Bahan Hiasan (tak wajib pun)
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya
Cara menyediakan dan memasak:
  1. Bersihkan ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hiasan. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.
selamat mencubaaaa~

Monday 13 May 2019

#EffjayMasak: Sup Ikan Merah

Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 keping ikan merah / ikan ape2 korang suke....
  • 1 sup bunjut ikan daripada adabi *
  • 3 ulas bawang putih yang dimayang *
  • 5 ulas bawang merah yang dimayang *
  • 1 batang serai yang dititik / ketuk
  • 3 kuntum bunga lawang *
  • 3 biji buah pelaga *
  • 3 biji cengkih *
  • 1 batang kayu manis *
  • 2 inci halia yang diketuk *
  • 1 biji tomato yang dibelah empat
  • 1 pokok daun sup yang dimayang
  • 1 pokok daun bawang yang dimayang

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Basuh ikan dengan air asam jawa dan biarkan seketika
  2. panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang bertanda * sehingga wangi
  3. Masukkan air dalam 2 gelas / ikut kemahuan anda
  4. setelah air menggelegak, masukkan ikan
  5. masukkan garam atau perasa jika suka
  6. tunggu sehingga ikan masak dan masukkan tomato
  7. tutup api dan taburkan potongan daun sup dan daun bawang tadi
  8. sedia untuk dihidangkan

Thursday 9 May 2019

#EffjayMasak: Siakap Stim @ Kukus

Assalamualaikum. Hi guys.

So today aku nak share lauk paling senang tapi sihat. hehehhehe

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan siakap (saiz sederhana)
  • 1 batang serai (di racik halus)
  • 2 ulas bawang putih (di tumbuk)
  • 2 ulas bawang merah kecil(ditumbuk)
  • 2cm halia (di racik)
  • 4 ulas cili padi
  • 2 sudu sos tiram
  • sedikit sayur (bunga kobis,lobak merah)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 3 btg daun sup (di racik)
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1 biji limau nipis/3 biji limau kasturi

Cara menyediakan dan memasak:

  1. gaulkan ikan bersama garam,sos tiram.kemudian masukkan bawang merah dan putih yang telah di tumbuk serta halia & serai yang di racik
  2. perapkan seketika lebih kurang 15minit didalam loyang.sementara itu panaskan pengukus.
  3. masukkan loyang ke dalam pengukus tadi dan kukus ikan yg di perap tadi selama 10 minit
  4. masukkan bancuhan tepung jagung (air jgn byk..nnti bnjir pulak ikan tu)
  5. campakkan sayuran2 dan cili api
  6. selepas 5minit,tada..da siap..perah la asam limau dan tabur la daun sup..untuk hiasan

Monday 6 May 2019

#EffjayMasak: Pak Choy Tumis Sos Tiram

assalamualaikum and haluuu gais. so untuk lauk hari ni, sis nak share Park Choy tumis dengan sos tiram... Park Choy ni dia macam sawi tapi lagi sedap lah. manis manis gitu... hhehehhe
and lauk ni paling simple even kalau aku malas pun aku boleh masak.

Bahan-Bahan:
4-5 pokok sayur Pak Choy
4 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih, cincang halus
satu hirisan nipis halia, cincang halus
sedikit serbuk pati ayam atau pati ikan bilis
1 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
sedikit bawang goreng
hirisan cili api

Cara Penyediaan:
Panaskan air di dalam periuk atau kuali sehingga mendidih dan masukkan secubit garam. Celur sayur Pak Choy cukup sekadar layu kemudian tapis air.
Masukkan pula air sejuk ke dalam sayur untuk hentikan proses memasak dan mengelakkan sayur menjadi pucat dan tidak segar. Tapis kembali, potong batang sayur dan susun di atas pinggan.
Untuk masak kuah, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta halia sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan sos tiram, pati ayam dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih dan masukkan pula air bancuhan tepung jagung tadi supaya kuah menjadi pekat. Perasakan dengan gula secukup rasa.
Tuang kuah sos tiram dan tabur bawang goreng bersama hirisan cili jika suka.
Tips:
make sure sebelum masukkan garam tu korang rasa dulu sebabnya sos tiram ni pun dah rasa masin actually.

selamat mencuba geng.