Sunday, 15 June 2025

Sedekad Fafa Baca Buku Fixi

 Assalamualaikum and hi!

Ah, sekejap je dah nak tengah bulan Ramadan. Sekejap betul masa berlalu.

By the way, blogpost harini kinda special. I'm celebrating 10 years as Buku Fixi reader. Kenapa aku nak celebrate sedekad baca buku ni? Sebab sejak I baca Buku Fixi 10 years ago, I dah tak baca buku publisher lain. Okay tak, tipu. adalah aku beli buku suami isteri influencer (hint double H). Okay back to the story, aku rasa sentimental gila sebab aku baca Buku Fixi dari form 4 sampai sekarang aku dah mid (read: hujung) 20s. Okay aku tak tahu apa yang aku merepek actually.

Tapi kan sebenarnya, tajuk kat atas ni yang paling tepat is celebrate sedekad jadi Sapitzoners tau. Sebab dari hari pertama aku kenal Buku Fixi, sampai sekarang, buku Sapit je yang aku collect dan baca. Like aku ada semua buku dia kot. AWAN & AJAIB tu cover lama dengan cover baru dedua aku ada. In 2018 baru aku start beli buku penulis lain like Nadia Khan, Gina dll...

Tak faham sebenarnya kenapa aku nak tulis entry celebrate 10 tahun membaca FIXI ni. padahal orang lain ada yang baca lagi lama dari aku. Mungkin sebab kenangan yang terkumpul sepanjang 10 tahun ni atau sebab aku ada -- ok staph.

Takpelah, anggap jela ni satu blogpost untuk aku cukupkan kpi blog posting tahun 2025 hahaha!

So, goals aku untuk 2025 ni, aku nak banyakkan beli dan baca buku penulis lain. 

sekian terima kasih dan selamat 15 Ramadan~ 

nota kaki: wow, entri ni punya tergantung sampai dah nak awal muharram dah. hahaha.nak sambung lagi ke eh?

Sambungan

So, sekarang ni dah bulan June. Bulan lepas aku pergi lah PBAKL. Tahun ni kan, kemain ya aku buat cookies untuk crew fixi & penulis fixi. Err yakin ke ni aku nak publish entri ni? Tapi benda dah tulis, 

Takpelah.. kalau tak publish pun, duduk jela kamu dalam draft ni. hahahah

Ok, sambung.

Aku sempat ya buatkan biskut untuk Sapit & Cashier kat booth Fixi tu (specifically Kak Michelle). Bukan tu je, aku sempat jugak pergi hantar biskut tu dekat "penjaga" toko Fixi (baca: Pepol Rahadian).

Oh, lepastu tahu tak, tahun ni, Buku Fixi ada banyak gila merchandise. Aku ni dah lah duit tak ramai. kalau ikut wishlist ni banyak jugak yang nak. Tapi takpelah.. kita beli mana yang utama la (Read: buku sapit hahaha). Plus, hari yang aku datang tu pun session Sapit je yang aku sempat join. So prioritize on his book la untuk dapatkan otograp. Then, aku ingat sampai situ je. Eh tak, esoknya datang lagi... Terbeli pulak canvas tote bag AIB since belum ada lagi merch AIB kan.

I guess tu je kot. Ni kalau aku sambung ni dia jadi tah apa-apa tah. So better aku end entri ni kat sini. Harapan aku, blogpost ni takde siapa yang jumpa walaupun blog aku ni terang-terangan public. hahaha.

ok. salam awal muharram.

see you when i see you. xo

update 16.625: Tau tak, beberapa hari ni aku ada la conversation dengan Ariff Adly. Aku bagilah dia baca stories dekat wattpad aku. lepastu aku pun tengok lah balik wattpad aku. Aku rasa kan, aku tahu kenapa Buku FIXI ni sentimental sangat untuk aku. Sebab Buku Fixi ni reminds me of my highschool life. Masa tu kan.. Life aku sumpah fuck up gila sebab aku kena tukar sekolah. dah form 4 baru nak tukar sekolah memang susahnya nak buat kawan. Tapi kan, buku KACAU, AWAN & AJAIB yang buat aku ada kawan. Masa tu pun aku rasa inspired gila nak jadi penulis macam penulis2 ni. tu yang rasa kelakar bila chat dengan ariff adly sebab he's one of yang inspired aku menulis kat wattpad tu hahaha. ok tu jela ok bye.




Friday, 3 January 2025

30 Things To Do Before 30

Assalamualaikum and hi guys!

Selamat hari ketiga tahun 2025! Oh my God, macam tak percaya je dah 2025. Aku pun tak lama lagi dah nak masuk 30 tahun. (okay dia sebenarnya masih ada beberapa tahun lagi tapi rasa macam beberapa tahun tu takdelah lama mana. macam sekarang ni, aku rasa macam baru je aku tender surat resign awal tahun 2024 haritu, tiba-tiba dah 2025)

Jadi berbalik kepada tajuk entri hari ini, aku dulu pernah lah buat macam checklist masa aku sekolah menengah dulu. Kononnya 20 things to do before 20. Alhamdulillah 18/20 checklist tu tertunai. Jadi masa umur aku baru nak masuk 20, aku terus plan 30 things to do before 30. Tapi masalahnya, aku rasa banyak lagi ni goal aku tak tercapai huhuhu. 

dah beberapa tahun dah checklist ni tapi tak sampai separuh pun yang tertunai. aku dah start nak giveup ni. tapi aku taknak give up lagi. takpe... kita tengok, dalam 2025, berapa banyak list kita boleh tunaikan. hehe


bye.

Saturday, 28 December 2024

2024 - What a Bittersweet Year!

 Assalamualaikum and hi guys!!!

omg, it's the end 2024!!!!!!!

lama gila i tak post any updates dekat sini. haih.... 

tapi kan, sebenarnya banyak je major life updates yang i nak bagitahu. cuma tula, tak ada masa nak bukak blog i ni.

So, nak start dari mana?

early in January, i decide untuk tender resignation letter from my job as sales advisor. Keputusan yang berat sebab i do love my job. Tapi yang kita sayang tu la kita kena lepaskan kan? Tipulah tak sedih. Sampai hari ni, I rindu sangat life i kat Bangi. Everytime i pergi Bangi, i mesti rasa macam balik kampung. Rasa lunas rindu tu.

So, next, Still in January.... I dapat tawaran menunaikan Haji. MasyaAllah. ni rezeki yang sangat i tak sangka. Okay, walaupun boleh dah jangka sebab kita tau dah giliran kita tahun ni hehehe.Tapi masa tu i tak ready. Sebab i baru je lepas tender resignation letter, lepastu nak pergi haji... weh banyak gila nak pakai duit ni. Tapi rezeki Allah tak pernah salah alamat. Allah tak jemput orang yang mampu tapi Allah memampukan orang yang Dia jemput. Syukur rezeki tak putus.

I think, ni la dua major life update yang paling terpaling major dalam hidup i untuk tahun ni.

lain-lain tu, biasalah. macam roller coaster. Love life? Pun sama macam roller coaster. At the end of 2023 and in the beginning of 2024, I ingat ada harapan untuk love life i blooming balik. tapi tak. I kena love bombing. teruk jugak sebab almost 6 months i kena bomb. Bayangkan, I pergi haji pun dalam keadaan patah hati yang teramat. Tapi sekarang, i okay dah. took me a while to recover tapi... I ada someone yang always makes me smile for the past 3576 days. I nak kahwin... Tapi i takde plan nak kahwin dalam masa terdekat ni. biarlah i enjoying my single life crushing people here and there while all my friends started to settle down with their partner.

Friendship... I rasa i just ruined my friendship. Bukan salah i at the first place. Tapi it's okay if diorang rasa ni semua salah i. Patah tumbuh hilang berganti. I'm so blessed to have great friends yang mostly ex-colleagues I. Thira, Hanis, Sufia & Nuha...you guys are the best. and not forgetting my part timers, Una, Mira, Farah... Korang memang cool gila. and last but not least, Najwa. Walaupun my bitchy side always buat i feeling ick, tapi you are the best gift for me and my family. Thank you untuk semua susah payah untuk i and family. love you sissy.

sekarang ni Alhamdulillah for my life. Walaupun kerja sekarang ni WFH and bosan... but i ada semua masa untuk spend dengan semua orang.

I tak harap apa-apa untuk 2025. I cuma nak follow the flow. mana tahu, ada rahsia Tuhan yang baik untuk I.

Untuk awak yang masih saya tak tahu siapa... siapa pun awak nanti, saya sayang awak. ikhlasly, tulusly... ily. ehe <3


Goodbye 2024, Hello 2025

Tuesday, 16 May 2023

Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

 Assalamualaikum and hi.. lama betul kita tak bersua eh.

(dok tahu la ada lagi ke tidak reader nya tapi lantok ler... yang penting, i ada platform whenever i rasa nak menulis.)

So, i tahu i dah lama tak menulis... but today i have to. sebab hari ni i rasa special. Hari ni merupakan hari guru!

Selamat hari guru kepada semua pendidik. Terutama sekali yang pendidik yang banyak menyumbang dalam pembentukan seorang Nur Fahada. Bermula dari pendidik terawal iaitu bonda dan ayahanda, hingga ke guru sekolah dan pensyarah universiti.

To be honest, setiap guru yang hadir dalam hidup i memainkan peranan penting dalam membentuk diri i. Bila i kenang semula. bukan semua cikgu yang ajar i terus dapat bentuk i menjadi Nur Fahada. Ada yang hadir dan menjadikan i seorang Faa. Ada cikgu yang hadir dan membentuk i menjadi Fafa. Ada juga yang hadir dan menjadikan i seorang Adda. Dan kombinasi tunjuk ajar daripada guru-guru ini lah yang membentuk Nur Fahada. 

Apa yang i mengarut ni? hahaha

But itulah. Apa yang i nampak, kita tak boleh expect seorang guru boleh mengubah keseluruhan diri kita. sebab proses pembelajaran dalam kehidupan ni akan terus berjalan sampai kita mati dan guru kita bukan guru sekolah semata-mata. Bila kita dah habis sekolah, guru kita adalah pensyarah di universiti. and bila kita dah grad, guru kita pula adalah majikan atau supervisor atau senior di tempat kerja.

I bersyukur sebenarnya dipertemukan dengan guru-guru yang pelbagai ragamnya. yang mulut lancang, yang suka cari pasal sampai lah yang penyayang dan penyabar.

"taknak kenang ke mana cikgu yang paling best?"

Of course la ada.

I sebenarnya paling salute teacher english masa i sekolah menengah. sebab i masa sekolah banyak main dalam kelas. tapi alhamdulillah excel in exam. Cuma tula, malas nak buat homework atau classwork. Tapi teacher i ni sabar je. dia tak marah macam cikgu-cikgu lain. dia cari alternative lain. everytime my classmate tanya soalan kat dia regarding the exercise, dia akan pandang i and mintak i jawab. so secara tak langsung i pun jawab exercise dia. hahaha bijak betul my teacher ni. 

kalau nak ikut, banyaklah benda yang nak dikenang tapi biarlah yang lain tu tinggal sebagai memori. mengenang lebih-lebih ni buat i makin rindu and sedih je. 

apa-apa pun, Selamat hari guru untuk semua pendidik tak kira pendidik formal atau tidak formal. terima kasih untuk effort dan kerja keras guru-guru semua.

2011-2016 ❤️


Sunday, 1 January 2023

Goodbye 2022, Hello 2023

 Assalamualaikum and hi!

Wow, dah 2023 eh. & fafa masih setia dengan blogger. wow. Jadi ini tandanya fafa seorang yang setia? Ofkos. (ceh masuk bakul angkat sendiri)

Macam biasa, kita akan buang balik apa yang i dah buat sepanjang 2022 ni. Walaupun macam lambat sikit tapi takpelah boleh la tu daripada takde.

ok mari kita mulakan sesi muhasabah diri. bahahaha.

to be honest, rasa macam tak ada apa-apa yang menarik pun dalam 2022 ni. tak macam 2021 dulu, i achieve banyak benda besar such as menang video terbaik KKPEM, featured in DBP FB page. Tapi mustahil lah Fafa tak ada achieve apa-apa tahun ni kan?

kalau diingat balik, kejayaan terbesar i is i berjaya habiskan degree. Yep, i dah selamat bergelar fresh graduate yang sedang menganggur. semoga i dapat kerja cepat, aaminn!

Lepastu, i berjaya keluar daripada comfort zone i and try jadi enumerator. koyak jugak lah awal-awal tu tapi lepastu okay lah hahaha.

lagi apa ni??

i rasa event paling terkesan kat hati i, bila i tak fikir panjang, join fadh buat persembahan kat galeri seni uitm. beb, idek siapa fadh ni. jumpa pun tak pernah. berani bethol. hahahaha. tapi he such a good friend. kalau dia ni barang shopee, confirm banyak dah good review + 5 star hahaha.weh harap dia tak baca. kena marah kang.

satu lagi moment paling i takleh lupa bila i pakai tudung labuh kat in public. mula-mula tu tak tau lah kenapa rasa macam malu hahaha. tapi lepastu lebih kepada selesa. tak risau sana sini terselak. Tapi one time tu jela aku berani pakai. tak tau kenapa aku rasa segan nak pakai labuh2 ni. takut orang judge aku atas dosa-dosa aku yang lepas. takpelah, kalau korang dah baca sampai sini, doakan aku. semoga aku diberikan kekuatan untuk berhijrah jadi lebih lebih baik. Aaminn 

I rasa kan, tahun ni i banyak try keluar dari comfort zone I. Haa.. I first time pergi PBAKL sendiri. Demi nak jumpa Syafiq Aizat. lol. Gigih gila bawak semua buku dia naik train pergi pwtc. Tapi nervous nak mampus macam nak pergi jumpa boyfriend yang dah bertahun LDR. hahahaha. oh btw, Sapit kan, sweet sangat. cute. harap dia tak google nama dia sendiri and jumpa post ni. kalau tak... mampussss~

Okay, tu jela kot review 2022 seorang effjay. nampak macam kecik kan... tapi for me besar sangat benda yang i dah achieved sepanjang 2022 ni. ok so for 2023... lesgooo cari kerja la wei 

Hello 2023... Lessgooooo!

Saturday, 5 November 2022

Tahajjud Challenge for a Month: A Reflection

 Assalamualaikum, hi guys! (ada orang ke?)

Tak kisah lah. Hahaha

Cepat betul masa berlalu kan. Dah nak hujung tahun dah. Usia makin meningkat. Komitmen semakin bertambah. ugh adulting is hard!

Pejam celik pejam celik, next year aku dah 24 tahun. Ada baki 6 tahun sebelum aku melangkah ke 30-an. Ini bermaksud aku ada 6 tahun untuk selesaikan senarai 30 things to-do before 30. Eh kenapa nak cerita pasal life pulak ni?

Eh memang nak cerita pasal life kan? 

Ha betul lah kut? 

Whatever...

Tapi betul lah, aku memang nak kata, hidup aku di tahun 2022 ni boleh dikira antara yang termanis sepanjang aku hidup selama 23 tahun. Tapi nak kata manis pun tak jugak. Tahun ni paling banyak emotion damage. hahaha. Eh tapi walaupun emotion damage, aku bersyukur dikelilingi kawan-kawan yang baik. Especially kawan-kawan yang mendekatkan aku dengan Tuhan.

Cakap pasal Tuhan, bulan lepas aku dengan kawan aku sembang pasal life, jodoh yada yada yada... Yela, makin kita dewasa ni, perbualan pun makin serius dan deep. Sekali dia ajak aku buat tahajjud challenge sebulan. Yang kelakarnya, pagi tu aku dah buat dulu. tak tahu kenapa tergerak hati nak bangun tahajjud. (Wallahi ni bukan nak riak ya. Aku cerita untuk iktibar diri aku sendiri)

So aku pun tak banyak cakap terus setuju dengan challenge yang dia suggest. Aku buat ni untuk 31 hari. aku tak sangka ya, aku sanggup commit nak bangun tahajjud setiap hari (kecuali menses and ada sehari aku tertinggal sebab tak terjaga). Bila dah rasa tak sangka ni... mesti lah aku nak muhasabah diri. Apa perubahan yang aku dah buat selama aku buat tahajjud ni.

To be honest, susah sangat nak berubah. There's time aku rasa berat gila nak solat fardhu. Ada masa aku tahu aku tak khusyuk langsung time solat. Tapi tak bermakna aku rasa tak ada perubahan langsung dalam hidup aku. 

Benda paling ketara yang aku perasan adalah anger issue aku. Sebab childhood traumatic aku memang menumbuhkan anger issue yang sangat kronik. Tapi lately ni, aku dah senang cool down. tak macam dulu. at least seminggu aku nak cool down. Selain tu, ada part yang aku rasa urusan seharian aku dipermudahkan. Alhamdulillah syukur.

Cuma, sejak dua tiga hari ni, aku tak tahu kenapa aku tersangat emotional. Aku jadi senang tersentuh. senang menangis tiba-tiba. dah berapa kali aku nangis time dalam solat. bukan time doa. memang tengah baca al fatihah tiba-tiba sebak. Haih.

Eh reflection macam ni ke? tak macam reflection pun ni? Haha lantaklah. janji apa yang aku nak cerita tu sampai. Tu jela aku nak cerita. betapa besarnya kuasa solat ni. tambah pulak kau buat solat tahajjud ni. Waktu yang Allah turun ke Arsy Bumi memakbulkan doa hambanya yang bertahajjud. Kalau ada peluang, kalau rasa tergerak hati, buat lah. jangan teragak-agak. kadang-kadang gerakan hati ni panggilan daripada Allah yang rindukan rintihan hambanya.

Semoga lagi 5 ke 10 tahun baca ni, aku masih lagi kekal istiqamah. Amiinn Ya Rabball Alamin.

Salam sayang,

Nur Fahada <3

Tuesday, 23 August 2022

Enumerator: The Lesson

 Assalamualaikum and Hi~

Lama betul aku tak menulis dalam diari digital ni. Missing those times when aku ada banyak gila idea nak menulis. hahaha

Entri kali ni as you can see on the title, aku saja lah nak cerita tentang pengalaman aku jadi enumerator untuk satu institut ni. At first aku taknak menulis pun. Sebab aku aku rasa there's nothing interesting to tell about being a enumerator.

But i guess i was wrong. there are something interesting yang aku belajar sepanjang 4 hari aku jadi enumerator.

So, basically enumerator ni kerja dia buat survey, tanya-tanya soalan yada yada yada dekat public. I was invited by my cousin to join him. At first aku macam agak ragu sebab aku benci gila dengan data and aku benci nak communicate dengan orang.

Tapi aku macam pujuk gak la diri by saying "sampai bila kau nak duduk dalam comfort zone kau? It's time for you to try. Kalau tak, sampai bila-bila pun kau tak tau takat mana kemampuan kau." and said yes. Firm yes!

Tapi makin dekat hari nak start bertugas tu, aku makin anxious. makin takut. i almost breakdown. aku lawan la juga. A bit struggling la. belum lagi dengan aku punya paranoia dekat orang yang aku tak pernah jumpa.

And the day akhirnya tiba...

start dekat Batu Pahat, everything was okay mula-mula tu. Tapi the next day i was collapse. there's a makcik seems annoyed bila soalan yg i tanya makin lama makin panjang. Idk maybe social exhaustion. Tapi yela, sebagai seorang yang ada anxiety, of course benda ni akan affect my emotion juga. i feel like i annoy people. Tapi aku macam okay balik bila my team buat survey dekat BP Mall. Maybe sebab responden pun happy dengan kita. At this point, aku serasa macam menghargai betul kalau ada responden yang ramah dengan aku. Like, even aku penat pun aku akan join the vibe. 

Dekat Muar aku tak ada masalah sangat nak cari responden since makcik pakcik and cousin aku ada dekat situ. and responden yang diorang nak pun tak ramai. Jadi tulah, yang paling banyak menguji aku cuma masa dekat Batu Pahat.

Aku bukan nak cerita sangat in detail pun pasal experience aku buat survey ni. Aku cuma nak cerita, satu nilai yang aku dapat sepanjang aku buat survey ni - trust, jujur.

Aku rasa aku paling banyak belajar pasal trust. how people baik melayu, baik cina nak bagi kita trust untuk diorang share information tentang diorang. Betul lah orang cakap, trust atau kepercayaan ni macam satu kuasa. kuasa yang besar. Hanya orang tertentu je yang layak diberi kuasa ni. dalam kes ni, responden mungkin macam kurang percaya aku untuk share apa-apa info pasal diorang. 

Yela, kalau kita ibaratkan 'kepercayaan' ni sebagai satu 'kuasa', memang merbahaya la. Sebab kuasa boleh jadi bahaya kalau disalahgunakan. Macam kepercayaan. kalau kita dah dapat kepercayaan daripada orang, kita kena jaga dan jangan salahguna. sebab sekali kita salahguna kepercayaan atau 'kuasa' tu, selamanya orang dah takkan percaya dengan kita.

last but not least, apa yang aku boleh conclude, aku bukan orang yang sesuai untuk buat kerja enumerator ni. My social anxiety teruk namampus and aku cepat rasa social exhaustion. Even now pun aku tengah recover from social exhaustion. aku seriously tak boleh nak bercakap dengan orang dah sekarang ni. rasa penat, rasa down, rasa depress.

Aku harap aku boleh recover cepat from this social exhaustion. Sebab aku kena get up and teruskan hidup. hm.

To all Bangsa Johor area Batu Pahat, thank you and sorry.

Thank you semua responden yang sudi bergambar!


xoxo, FJ