Wednesday 31 December 2014

Special Post : 2014 To Remember

Assalamualaikum babes and dudes.
Alhamdulillah. sedar tak sedar hari ni dah 31 December. maksudnya.. tak lama je lagi nak masuk new year. sedar tak sedar jugak. dah setahun dah blog aku ni. so far aku dapat banyak feedback yang positif dari readers yang terdiri daripada kawan-kawan aku, fasilitator yang aku jumpa waktu kem dan anonymous. walaupun followers baru 4 orang.. [sedih]. takpe. usaha tangga kejayaan. kan. *kenyit mata*.. thankyouu kawan-kawan rapat yang bagi komen-komen untuk aku perbaiki kekurangan post dan design blog ni. thankyouu jugak to members yang support and bagi semangat kat aku bila aku down dan rasa putus asa untuk menghidupkan blog ni. aku hargai sangat!

okaylah. sempena new year ni. aku nak buat review pasal blog aku. setakat pukul 6.00 petang tadi..
aku dah collect 7838 pageviews exclude aku. tu untuk all time view. kalau day view aku collect 10 orang. by the way thanks kepada yang sudi 'buang masa' baca post-post mengarut aku.*humble*



KEYWORDS PALING BANYAK DICARI


actually bulan Julai haritu.. keywords paling tinggi semua pasal Amar Baharin, Izreen Azminda and Kerana Terpaksa Aku Relakan. but today.. Niezam Zaidi menjuarai keywords paling banyak dicari.. tahniah Niezam Zaidi... *smile*

PAGEVIEWS BERDASARKAN OPERATING SYSTEM.


kebanyakkan kawan-kawan aku memang banyak guna laptop untuk visit blog aku. sebab tu windows yang paling tinggi..


POST PALING BANYAK DI INTAI


sekali lagi aku tak sangka post about Niezam Zaidi yang paling banyak dilawat. sebab, pada mulanya Amar Baharin yang menduduki tangga teratas. apa-apa pun, tahniah lagi for Niezam Zaidi.


PAGEVIEWS BERDASARKAN BROWSER



 PAGEVIEWS BERDASARKAN COUNTRIES

aku tak sangka blog aku pun di'ziarah' oleh manusia daripada pelbagai negara. actually aku tak sangka bukan apa. bahasa yang aku guna tu majoriti bahasa pasar. dan tulisan aku pun kadang-kadang ada short form. jadi aku tertanya-tanya.. "fahamkah mereka?" hahaha.. whatever.
apa-apa pun.. terima kasih!! thank you very much!

***

bagi aku tahun 2014 adalah tahun yang paling banyak dugaan. bermula dengan kehilangan pesawat MH370.. lepas tu tragedi berdarah MH17 ditembak di sempadan Ukraine.. dan terbaru, negara kita ditimpa musibah banjir besar yang melanda negeri pantai timur, Johor, Perak, dan di utara tanah air. kita juga dikejutkan dengan pesawat milik Air Asia Indonesia QZ8501 yang terhempas dan mengorbankan semua nyawa penumpang dan anak kapal.

apa yang aku harapkan, tahun depan tidak akan ada lagi dugaan yang besar seperti ini. biarlah tahun 2014 pergi membawa 1001 kesedihan yang melanda. semoga 2015 datang membawa sinar baharu. buka buku baru dan kita kosong-kosong!

aku jugak nak mohon maaf andai sepanjang setahun aku mengendali blog ni, terdapat gurauan kasar, atau kata-kata yang mengguris hati readers sekalian. korang jangan malu, jangan segan nak bagi feedback atau komen. aku terima dengan fikiran yang positif dan hati yang telus. aku terima semua teguran korang. aku takkan kecam korang lah. *janji!*
\
sebarang komen, teguran, kritikan atau feedback boleh contact aku dekat :-

Email : nurfahadagempakgile@gmail.com [Gmail]
             fahada_nur@yahoo.com [Yahoo!]

Facebook : www.facebook.com/addasyahmi

Twitter : www.twitter.com/nurfahadaa
               www.twitter.com/Fafa_Astaristar

LINE : nurfahadaa

instagram : @nurfahadaa

harapan aku untuk tahun 2015.. semoga lebih baik dari tahun sebelum ini...

**THE END**

Tuesday 30 December 2014

Shahriezal?

Assalamualaikum guys. babes and dudes.
wondering kenapa title post aku macam nama orang? hahaha actually aku tengah bosan. and hari tu aku ada mintak permission kat member aku alias BFF aku, shahriezal nak kutuk dia kat sini.
tapi the problem is... apa yang aku nak kutuk pasal dia? *gelak golek-golek*

okaylah. kita takyah kutuk. tapi kita puji. hahahahaha.. *gilo galok mug ni*

hmm... *gosok dagu* apa yang aku nak puji pasal dia eh? any idea? takda? haa!

shahriezal ni dia body dia sekali pandang tak macam form 3 student. sekali pandang macam abang sado form 5 dan keatas. lol!
shahriezal ni aku first time kenal waktu kat kursus prs kat Hulu Yam. waktu tu kan dia penghulu.. and aku pulak tak suka dia. hahaha SUPER tak suka dia. and I have no reason about why I SUPER hate him. *gelak tutup mulut*
tapi last day tu aku okay dah dengan dia. takde dah SUPER hate him. HAHAHAHA!

tapi dalam hati aku alhamdulillah.. no one knows. only ayien, mastura and rabiah know the truth.

ehh sebelum aku tutup mata.. baru aku perasan aku langsung tak puji dia pape pun tadi. hahaha *gelak guling-guling macam cerita hindustan*
okayh meh aku nak puji dia. tapi dalam bahasa turki la. sebab aku ni bab sastera bahasa melayu memang failed. *alasan* hahahaha! kebetulan baru je belajar bahasa turki. nak jugak tunjuk terrer.. hahahaha HAKTUIH. FAFA POYOH!

haipp shuhh.. nak start memuji ni.. ahahaha


Nil kurutuluyor benim değişen misir'im tarafından.

Oh benim misir'ım sonsuza dek senim olmak istiyorum.

Ama 'sevgili' kendi nil'ini bulmuş ve oben değilim.
Cunku 'sevgili' ve ben .. biz farkliyız.

Ama onu hâlâ seviyorum, Tanrim!

Onu seviyorum... ♡


okay thankyouu thankyouu.. pendek je. hahhahaaha short but deep la gile. okayla.. beta nak beradu. bye bye

tu lah dia. shuutt.. aku 'pinjam' gambar dia je. ... hahahaha!
gambar tersebut hanya dipinjam untuk tujuan 'kormesial'.. hahahahaha!!!!
today is 30 december.. okay lah.. Happy New Year babes and Dudes

**THE END**

Thursday 25 December 2014

Aku dan Dugaan

Sukar untuk aku luahkan.
Betapa pedihnya hatiku.
Betapa luluhnya hatiku.

Ujian apa lagi yang Kau berikan ?
Ya Allah. Tabahkan hatiku.
Ya Allah, kuatkan semangat dan diriku.

Hari demi hari bulan berganti bulan,
Dugaan dariMu benar-benar memeritkan.
Ingin saja aku menjerit.
Melepaskan apa yang terbuku di hati.
Ingin saja aku luahkan
Kepada insan sekeliling ku
Tapi siapa yang sudi mendengar

Aku mengerti.
Ujian dan dugaan itu tanda sayangnya Dia kepadaku
Aku tahu.
Ujian dan dugaan itu kerana Dia rindu kepadaku.
Rindu untuk aku menadah tangan merintih kepadaNya.

Diriku bukanlah sempurna.
Sering khilaf dalam melakukan sesuatu.
Namun,
Pantaskah aku dicaci atau dihina?

Kau dan aku sama.
Tidak sesempurna mana.
Terimalah kekurangan diri masing-masing.
Sama-sama faham dan perbaiki.

Ya Allah.
Hanya kau yang tahu apa yang ada didalam hatiku.


#nrfhd

**THE END**

Friday 14 November 2014

My Friend Is My Love

Assalamualaikum. hai. lama sangat dah takda post baru kan.
haa ni ada. nukilan aku [aku lah sangat. aku tukang edit je].. cerpen fantasi yang mempunyai kisah dongeng 100%. hahaha. cerita ni dah 2 tahun lebih dah.. tapi tak sempat nak share.. enjoy..

MY FRIEND IS MY LOVE - YIEN FAREENSHAH

***

DI DALAM KELAS…

"Ehemmm!!! Excuse me, this our place. If you don`t mind..." kata Mastura penuh sombong. Tergesa2 empat orang pelajar yg disergah oleh Mastura itu ingin meninggalkan tempat itu. Sebelum beredar mereka sempat menunduk hormat kepada kumpulan ‘INFINITE’ itu. Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan itu. Kumpulan itu adalah kumpulan yg paling gempak di Sekolah Seni Tinggi Kirin (Kirin High School). Mereka cukup dikenali di sekolah ini kerana mereka datang dari keluarga yg sangat kaya. Ahlinya adalah Mastura, Nik, Syaf, Fafa, Faizal dan Syazrul.

"Ahhh!!!! Malasnya... sekolah dah start..... mesti banyak kerja sekolah yg nak kena buat!" Nik mengeluh sambil menyandarkan kepalanya di bahu Syaf, teman wanitanya. Sudah enam tahun mereka bercinta. "Mengeluh konon... macamlah kau buat kerja sekolah yang cikgu bagi tu.." sambut Syazrul. Dia bermain main dengan anak rambutnya yg terjuntai di dahinya. ‘Memang taklah aku nak buat. Eh!! Fafa kau apa kes? Mengapa bermuram durjana? Ada something yg mengganggu fikiran kau ker? Ceritalah. Kami sedia sedekahkan telinga kami untuk kau.’’ Soal Nik. Dia merenung ke arah Fafa dengan perasaan ingin tahu. Begitu juga dengan yg lain..

‘’Tak ada apa. Mood aku hilang jer pasal kes kejap tadi. Ada sorang budak perempuan ni langgar bahu aku tapi dia buat tak tahu. Sakit bahu aku dilanggarnya. Bukan nak minta maaf’’ jawab Fafa. ‘’oh!!! Yang pagi tadi tu? Aku rasa dia budak barulah. Kalau tak, tak kan dia berani buat macam tu. Memang tempah maut lah. Macam bagus jer gaya budak tu tadi. Macam cantik sangat.’’ Ujar Mastura pula. Dia juga geram dengan tingkah budak perempuan itu tadi. Tak reti nak minta maaf. ‘’ Eh!! Tak silap aku itu lah budaknya kan? Apasal dia masuk kelas kita ni dan kenape dia jalan dengan Faizal?’’ Nur berkata. Serentak mereka memandang kearah pintu. Faizal dan budak itu berjalan menuju ke arah mereka. ‘’Frenz, kenalkan ni Naddhine. Naddhine, this is my best friends.’’ Faizal memperkenalkan satu per satu kawan2nya kepada Naddhine. Mereka menyambut huluran tangan Naddhine dengan penuh tanda tanya.

‘’Siapa Naddhine ni?’’ Soal Mastura.

‘’Teman wanita aku. Dia bertukar ke sekolah ini supaya dekat dengan aku. Mulai hari ini dia akan masuk dalam group ‘’Infinite’’ ni lah!’’ Ucap Faizal. Dia mendaratkan tangannya di aras bahu Naddhine. ‘’What?! kau gila ker apa? Apahal nak masukkan dia dalam group kita pulak? Sebab dia buah hati kau?’’ Soal Fafa dengan nada suara yang agak Tinggi. Sesungguhnya dia tidak senang akan situasi ini. ‘’Yang kau nak tinggikan suara kau ni kenape? Nik dengan Syaf Boleh kenapa aku tak boleh pulak?’’ ujar Faizal kasar. Kini mereka menjadi perhatian di dalam kelas itu. Mereka bagaikan sedang melakukan penggambaran filem yang menjadi tontonan ramai.

‘’Nik and Syaf bercinta sebelum kumpulan ini ditubuhkan lima tahun lepas. Lagipun hal ini tak ada kaitan dengan dia orang. Sekarang ni masalah kau, senag2 nak masukkan buah hati kau ni dalam group ni. Nanti orang akan mula pandang rendah pada group ni.’’ Balas Fafa dengan merenung tajam ke arah Faizal. Dengan perasaan yang berbaur. ‘’Kau tu yang bermasalah. Orang nak pandang rendah apanya? Aku yang bawak Naddhine masuk bukan orang lain.’’ Balas Faizal lagi. Dia tidak mahu mengalah juga. ‘’Suka hati kau lah nak buat apa... aku malas nak ambil peduli. Girls, jom!!’’ Fafa mencapai begnya. ‘’Eh, nak ke mana? Tadi kata nak tgk movie lepas ni.’’ Ucap Nik. ‘’Cancel. Aku nak balik! Mood aku dah hilang. Kau ajaklah Faizal dengan ahli baru group kita ni. Jom.’’ Ucap Fafa sinis dan berlalu. Mastura, Syaf dan Syazrul pantas mengekor Fafa dari belakang. Mengerti apa yang dirasai oleh Fafa kala ini.

DI DALAM BILIK FAFA..

‘’Kenapa dia buat aku macam ni?’’ Fafa menangis teresak2. Terhinjut2 bahunya menahan tangis. Mastura, Syaf dan Syazrul pantas mengusap bahu Fafa. Ingin berkongsi sekali perasaan yang dirasai Fafa kala ini. ‘’Sabarlah Fafa. Kalau sebelum ini kau boleh bersabar kenape tak sekarang?’’ ujar Syazrul. Syaf dan Mastura hanya mengiyakan saja kata2 Syazrul. ‘’Sebelum ni aku tak kenal dan tak pernah jumpa pun buah hati dia. Jadi aku boleh bersabar. Ni teman wanita dia ada depan mata aku. Sakit hati aku bila Faizal mesra dengan perempuan tu. Rasa macam nak tumbuk jer muka dia orang tu.’’ Fafa berkata.

‘’Dari dulu lagi aku dah cakap luahkan cinta kau dekat Faizal. Tapi kau degil.’’ Ujar Mastura pula. ‘’Aku malu. Lagipun tak akan dia tak perasan yang selama ini cara aku layan dia macam mana. Cara aku pandang dia... tak kan dia tak faham2.’’ Luah Fafa. ‘’Setakat layanan dan pandangan apa ada hal sangat? Cuba kau luahkan depan2 face to face. Mana tahu dia pun suka dekat kau ker.’’ Syaf berkata dengan penuh yakin ‘’ Sebelum cakap tu fikirlah dulu. Kalau dia suka dekat aku dia takkan bercinta dengan si Naddhine tu. Dan takkan dia bawak si Naddhine tu depan mata aku.’’ Ucap Fafa keras sebelum berlalu ke bilik air dan menutup kuat pintu itu. Syazrul, Mastura dan Syaf saling berpandangan dan saling mengangkat bahu.

DI PADANG SEKOLAH

‘’Hai.’’ Ucap Faizal dan Naddhine serentak. Mereka berpegangan tangan. Fafa memandangnya dengan satu perasaan yang dinamakan cemburu. Melihat orang yang dicintai bermesra dengan kekasih mereka adalah suatu kesakitanyang teramat seperti hati ditusuk beribu2 jarum. Tanpa membuang masa Fafa pantas bangun dan ingin segera berdar dari situ. Tidak ingin melihat kemesraan yang selanjutnya yang mungkin akan membuatkan hatinya retak. ‘’Kenapa dengan Fafa tu? Asyik moody jer. Dulu tak lak macam ni.’’ Soal Faizal melihat Fafa yang berlalu dengan penuh tanda tanya. ‘’Period...’’ ringkas sahaja jawapan Syaf namun memandang Faizal dengan suatu pandangan yang hanya mereka sahaja mengerti. ‘’Eh!! You all jadi kan datang rumah aku hari ni? Family aku tak da. So, kita boleh enjoy sampai pagi.’’ Kata Faizal. ‘’Aku on jer. Di mana ada party disitu ada Nik.’’ Ujar Nik. ‘’Kalau Nik pergi aku pun kena pergi jugak. Nik ni bukan boleh percaya sangat. Nanti dia menggatal. Korang?’’ Syaf memandang ke arah Mastura dan Syazrul. Mengharap jawapan daripada mereka. ‘’kami tak kot. Fafa tak pergi tak fun la. Dia kan selalu menceriakan party.’’ Jawab Syazrul. ‘’Alah!! Takkan sebab dia tak pergi korang pun tak pergi, rugi tau. Menyesal kalau korang tak pergi.’’ Provok Naddhine. Mastura dan Syazrul saling berpandangan. Mereka berfikir seketika sebelum menyetujuinya.

DI DALAM KELAS....

‘’Korang pergi party Faizal semalam kan?’’ Soal Fafa kepada Syaf, Mastura dan Syazrul. ‘’Fafa, sorry. Mesti kau marah kita orang pergi party Faizal tanpa mengajak kau kan? Sorry sangat yer..’’ ucap Maisa ikhlas bersama nada yang sayu. ‘’Aku pun...’’ tambah Nur dan Fit serentak. ‘’eh!! Takpelah. Tak kan sebab aku pulak korang tak boleh nak fun. Aku tak kisah la.’’ Jawab Fafa. ‘’Tapi nasib kau tak pergi semalam. Kalau tak gerenti kau sakit hati punya..’’ ujar Syazrul. ‘’Sakit hati? Pasal apa? Faizal and Naddhine?’’ soal Fafa. A`ah...... Naddhine tu menggedik jer semalam. Sakit mata nak tengok. Faizal boleh jer layan..’’ sambut Syaf. ‘’Malaslah aku fikir kan benda ni... aku nak cuba lupakan Faizal walaupun amat sukar. Mungkin ini yang terbaik bagi aku. Dahla jom pergi kantin, aku dah lapar...’’

DI KANTIN........

Fafa memandang ke arah satu tempat dengan perasaan marah teramat. Dia pantas menuju kearah itu dengan langkah yang amat laju. ‘’Woi perempuan!!! Kau ni dah melampau sangat.’’ Fafa menundingkan jarinya terhadap muka Naddhine. ‘’kenapa ni??’’ soal Naddhine terkejut dengan kedatangan Fafa yang secara tiba2. ‘’Kau ni kenapa Fafa? Tak puas hati lagi ker?’’ kata Faizal . ‘’Kau diam!!!! Ni urusan aku dengan buah hati kau.’’ Tengking Fafa kepada Faizal . ‘’Fafa cool down... ramai orang tengok ni..’’ Nik melihat sekeliling. Mereka sangat menjadi tumpuan sekarang. ‘’kau diam!!!!!’’ jerit Fafa .. terkedu Nik dibuatnya. Dia tidak menyangka bahawa Fafa amat marah ketika itu..

‘’And kau perempuan.!!! Apa yang kau nak ha? Semua benda aku kau nak. Yang kau duduk tempat aku ni apahal? Aku memang pantang kalau ada orang duduk tempat aku depan mata aku. Aku betul2 dah tahan dengan kau. Aku memang tak suka kau masuk group ni. Aku tak suka kau bersama dengan Faizal . Kau tahu tak yang aku sangat mencintai Faizal selama 5 tahun...dah 5 tahun.... 5 tahun... kau tahu tak!!! Kau pulak baru kenal dah bercinta.!!!’’ Ucap Fafa separuh jerit. ‘’What!!! You love me? Kau cintakan aku, Fafa?’’ soal Faizal terkejut. Fafa tersentak menyedari kesilapan nya. Dia merenung Faizal dan berlari meninggalkan kawasan sekolah menuju ke sebuah taman di belakang sekolah. Faizal  pula mengejar dengan sebuah senyuman.....

DI TAMAN.....

‘’Fafa......’’ ucap Faizal setelah menemui Fafa yang sedang duduk dibawah pohon sakura yang mekar berguguran.. ‘’pergi... kau mesti nak gelakkan aku kan? Pergi..!!!!’’ bentak Fafa. ‘’tak. Sebenarnya aku ada something yang dah lama aku nak cakap perkara ni kat kau tapi aku tak berani....’’ ujar Faizal meluahkan segala yang terpendam.. ‘’apa??’’ soal Fafa perlahan. ‘’......... aku....aku... aku amat mencintai kau. Aku mencintai kau sejak sebelum group ni ditubuhkan. Aku masuk group ni bukan nya nak merebut populariti tapi nak dekat dengan kau.’’ Faizal berterus terang. ‘’ woi!! Kau janganlah jadi bodoh.... Naddhine kau nak campak kat mane??’’ soal Fafa. Hati sudah sedikit berbunga.. ‘’sebenarnya Naddhine sepupu aku. Faizal pinjam supaya kau luahkan perasaan kau kat Faizal .. we all dah tak tahan tengok korang sedih2 tau..’’ jawab Syaf... ‘’apehal berlakon tak ajak aku ngan Syaz?? Shial la!!!!’’ gurau Mastura... ‘’kita orang memerlukan pelakon yang tak tahu apa-apa macam korang. barulah menjadi’’ jawab Nik bagi pihak Syaf. ‘’kita kapel??’’ tanya Faizal . Fafa mengangguk. ‘’wooooo.... peewwwiitt....’’ semua bersorak... lalu Naddhine bersuara ‘’akhirnya tamat juga kisah......’’ belum sempat Naddhine menghabiskan ayatnya Syazrul pula potong. ‘’chop!! Aku pun ada something nak cakap... sebenarnya aku nak tanya kat kau Mas... urrrmm, will you be my girlfriend??’’ ‘’aku ke?? Errmmm...... aku terima dengan hati yang terbuka...’’jawab Mastura yang malu... ‘’err.. boleh aku habiskan ayat aku yang tergantung tadi??’’ soal Syida mengingatkan ayatnya yang tergantung tadi gara2 Syazrul. ‘’bolehhhh.......’’ jawab mereka serentak. ‘’ok...ok... akhirnya tamat juga kisah cinta ni... phew...’’

Akhirnya kumpulan ‘’INFINITE’’ bahagia hingga ke akhir hayat setelah menemui cinta sejati masing2....

~THE END~







Tuesday 28 October 2014

Stories of the Sahabah

Let us pray.
But why do you really pray?
Do you pray because you need something? Do you pray because you want something? Do you pray because you are just told so? Come, think of it, ask yourself, why do you pray?
Many thoughts are coming now to your mind, right?
Yes, we have all our own reasons why we pray to Allaah Azza Wa Jall, but before anything else, let it be known that you pray because it is not because you are told so but because you are obliged to do so, it is the first pillar of Islam.
Realize that Allaah Azza Wa Jall never gets tired of Providing and Sustaining for your needs, He forgives you as long as you repent yet when He calls you to pray and have a talk with Him, you refuse?
Salaah is a gift and a mercy from Allaah Azza Wa Jall. It is the best form of giving thanks to Allaah Azza Wa Jall, best way to have a talk with him and pour everything that is in your heart without being ashamed because you know Allaah Azza Wa Jall can be the only One who can bring such comfort in your heart, you know that when you pour out your feelings to Him, He comforts it by letting your tears fall from your eyes which in return gives such relief in you, have you ever notice that?
Yes, when we cry, we release all out the stress, hatred and pain away from our hearts, that is a mercy from Allaah Azza Wa Jall, so when you cry it doesn’t mean you are weak, it just means that you are being comforted by Allaah Azza Wa Jall, there is nothing wrong on crying. It is a gift, so embrace it.
When you pray, concentrate, do not be fast on uttering the words of the Qur’an, feel every word, there is nothing wrong if you take long in salaah, it is a moment gifted to you by Allaah Azza Wa Jall, so make it count.
When you pray, know that you stand infront of Allaah Azza Wa Jall, so be firm. Stay focused, remember sooner or later, death may come upon you, so pray as if it is your last, cry, because with all the sins we have committed, we should cry, cry out for forgiveness from Him, for every minute that we have displeased Him, He tells us…
[1] Muhammad sallallahu allaihi wassalaam said in a Hadith Qudsi that Allaah Azza Wa Jall said:
"O son of Adam, so long as you call upon Me and ask of Me, I shall forgive you for what you have done, and I shall not mind. O son of Adam, were your sins to reach the clouds of the sky and were you then to ask forgiveness of Me, I would forgive you.
O son of Adam, were you to come to Me with sins nearly as great as the earth and were you then to face Me, ascribing no partner to Me, I would bring you forgiveness nearly as great as its.”

Subhan’Allaah, how can a heart full of sins can not call out for forgiveness to the One Who says I will forgive you?
Every time, every time and i mean every single time we pray our Salaah, make it the most meaningful one. Make it so meaningful that your du’a would make the angels say Amin with you.
Allaah is Al Wadood, The Most Loving, my brother and sister in Islam, Allaah Azza Wa Jall loves you, just by the mere fact that he handpicked you to be a Muslim, says so much about His Love for you, or by just the fact that you were lost and He guided you back, doesn’t that make the heart grow fonder for Him more?
When you got lost, He didn’t put you astray more, rather He called you back, wallahi He gave you that honor back, so why are you putting this honor away by not praying?
Every salaah we make is a worship to Him, but go beyond that, make it a communication, a direct communication from you to Him, rather just praying just because you have to, pray because you want to, because you need to because its all that you have, the first step to become better, the first step to become closer to Him.
My dear child, we are bound to return to our Lord soon, either I go first or you go, all of us will. So make everyday count, you are given 5 gifts everyday, open it, fill it, embrace it and make use of it.
Remember, not all the people in this world is given this honor of having a talk with Him 5 times a day, We are blessed for we are Muslims and Allaah Azza Wa Jall honored us that.
Now, are you up for another talk with Him? 
Yes, start with the next Salaah, give meaning to it.
______
And we pray that Allaah Azza Wa Jall softens our hearts through our salah, through remembering His Mercy, His Love, His Protection, His Guidance and His Blessings that we may realize the bountiful blessings He has given us and in return we could give thanks by staying consistent on offering prayers to Him.
Amin
Zohayma
______
F.N.
[1] Tirmidhi

**THE END**

Najihah Hasin : CInta Ditolak @ Putus Cinta

Istilah ini sering kita dengar bukan? Ianya ibarat satu perkara norma dalam kehidupan ini. Setiap individu pasti punya cara tersendiri untuk melalui saat-saat ketika mana cinta ditolak dan juga putus cinta. Adakalanya, kita merasakan terlalu sakit, down, sedih dan banyak lagi perasaan yang negatif ini muncul disanubari. Memang ianya tidak dapat dinafikan. Saya juga seperti anda, pernah melalui saat-saat yang menyakitkan ini. Kadang-kadang, saya merasa seperti “mayat hidup”. Mencari-mencari bilakah waktu kesedihan ini akan sampai ke akhirnya? Adakalanya seperti sudah tiada jalan penyelesaiannya. Ramai individu, rakan-rakan di sekeliling yang memberi nasihat, namun kadang-kadang nasihat mereka mungkin menambahkah kesakitan luka di hati yang mana di ibaratkan mencurahkan lagi cuka di atas tempat yang luka itu. Sakit dan perit itu kian terasa. Betul kan? Ya, saya juga seperti anda. Pernah melalui semua ini. Jika hari ini anda merasakan semua itu, saya di sini ingin mengajak anda bangun bersama saya, berdiri dan melangkah meneruskan kehidupan ini. PUTUS CINTA? CINTA DITOLAK? itu bukan pengakhiran hidup kita. Inilah yang Allah hadiahkan untuk kita iaitu ujian. Mengapa Dia anugerahkan semua ini buat kita? Hanya satu jawapannya.

KERANA DIA SAYANG PADA KITA, DIA INGIN KITA KEMBALI PADA-NYA, MENGADU KEPADA-NYA.

Cinta itu satu fitrah. Tidak ada siapa pun yang dapat menghalang hati kita ini untuk mencintai dan di cintai. Setiap individu pasti inginkan semua ini. Namun, dunia kini, ramai yang mewarnai cinta dengan perkara-perkara ilusi dan fantasi. Kebanyakan daripada kita, apabila bercinta pasti ingin ber dating, bermesej, bergayut sehingga lewat malam di telefon. Dan adakalanya terpaksa berhabis duit untuk mereka yang kita cintai ini. Untuk memberi hadiah kepada orang yang dicintai ini tidak salah, tetapi yang dimaksudkan berhabis duit ini adalah apabila kerap kali keluar dating, SMS dan juga bercakap di telefon sepanjang hari. Bukan kah ini satu pembaziran? Inilah fenomena cinta masa kini.

Saat ini, detik ini, mari kita singkap kembali apa itu cinta pada kita? Apakah maksud ‘cinta’ yang kita terapkan dalam jiwa kita ini? Adakah cinta itu apabila saling ambil berat, berduaan dan bermesra sebelum akad di lafazkan? Saya juga muhasabah diri tentang definisi cinta yang saya bawa sejak dulu. Namun kini saya sedar, sekiranya CINTA, pasti saya ingin orang yang saya cinta itu bersama saya berada di syurga, menuju ke syurga Ilahi. Mustahil jika kita menyatakan kita menyayangi dan mencintai insan tersebut, tetapi pada dasarnya kita membawa dia atau menolak dia ke dalam api di mana api itu terlalu panas berbanding di dunia ini yakni neraka jahanam. Jadi di sinilah, kita harus perbetulkan istilah cinta yang kita bawa kerana cinta itu adalah sesuatu yang cukup suci. Jangan kotorkan cinta itu dengan sesuatu yang tidak baik.

Kemudian, apa perlu buat jika cinta di tolak atau putus cinta? Ambil alkohol? Merokok? Bunuh Diri? Dan ada juga yang sanggup merubah keadaan jantina masing-masing. Untuk apa kita lakukan semua itu? Kita punya agama dan kita hidup bertuhan.

Ya, putus cinta atau cinta ditolak itu sangat perit dan sakit. Saya sendiri merasakan semua itu. Apabila terbangun dari tidur, tidak lain dan tidak bukan hanya satu impian saya agar menjadikan kesakitan itu hanyalah mimpi. Namun, jika berbalik kepada definisi cinta yang baru sahaja kita cipta sebentar tadi, wajarkah seseorang perempuan atau lelaki yang ingin ke syurga itu perlu bersikap lemah? Sedangkan dalam ayat 2 surah al-ankabut, Allah menyatakan;

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedangkan mereka tidak di uji? “

Jadi daripada apa yang ada dalam ayat itu, jelas lah kita akan di uji. Namun bagaimana untuk kita melalui ujian ini lah yang harus kita fikirkan. Saya juga insan yang lemah. Tetapi saat ini, kita harus sama-sama membina diri kita. Mungkin dengan putus cinta atau cinta ditolak ini, Allah ingin kita mendekatkan diri kepada-Nya dan meningkatkan iman kita. Dulu sebelum terjadi kesedihan ini mungkin kita jarang sekali baca Al-Quran, Solat Sunat Malam dan berjemaah di Surau. Oleh itu, ambil lah peluang ini untuk kita kembali kepada-Nya secara istiqomah. Walaupun tidak mampu melakukan ibadah itu dengan kadar yang lebih, lakukanlah yang termampu dan istiqomah. Kerana Allah swt lebih suka jika kita istiqomoh melakukan ibadah daripada melakukan secara berlebihan tetapi tiada istiqomah. Jadi, ini lah jalan utama untuk kita bina diri kita yang baru.

Seterusnya, carilah bahan bacaan yang dapat membina diri kita. Bukan hanya bahan bacaan mengenai cinta atau tips memperbetulkan hubungan cinta yang telah retak itu. Namun carilah sesuatu bahan yang boleh membuka minda kita tentang kasih sayang Allah kepada kita. Apabila sesuatu bahan bacaan itu membuatkan kita bermotivasi dan bersemangat, maka bacalah ianya berulang kali kerana adakalanya diri kita ini kembali rebah dan bersedih. Justeru, jadikan bahan bacaan itu sebagai satu inspirasi untuk kita bangun dan berjuang untuk kehidupan ini.

Kemudian apabila kita kecewa seperti ini, kita pasti akan merasa untuk menangis, meratapi dan bersedih. Ya, kerana saya juga pernah melalui semua ini. Persilakan untuk anda menangis dan bersedih itu. Tapi, jangan pula berlarutan. Sibukkanlah diri kita dengan sesuatu yang bermanfaat seperti study, beriadah dan buatlah sesuatu yang mampu menenangkan hati. Jangan terus berada dalam lingkungan kesedihan dan kekecewaan. Sedih dan kecewa itu perkara biasa untuk kita sebagai manusia. Namun, apabila saya sedih, saya selalu ingat yang Allah bersama saya. Ya, Dia tidak hanya bersama saya, tapi juga bersama kita semua. Ingat, senjata utama seorang mukmin itu adalah doa. Justeru, perbanyakkan doa.

Dan yang terpenting apabila kita kecewa atau sedih dengan keadaan putus cinta atau cinta di tolak ini, lepaskanlah semuanya. Jangan di fikir lagi tentang semua ini, teruskan kehidupan. Semua ini tak mudah. Kadang kala kita terfikir, siapa lagi yang nak kawin dengan kita? Tapi, kita harus mencuba untuk kuatkan diri. Bagaimana? seperti yang saya katakan tadi, lepaskan semuanya, jangan difikir lagi dan teruskanlah kehidupan kita. Dan pada ketika ini, ada sesuatu yang harus kita pelajari iaitu “KEIKHLASAN”. Ya, ikhlas lah. Apabila kita ikhlas, kita pasti melakukan semua itu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Tanamkan ini dalam hati kita, sematkan niat untuk ikhlas ini. Pasti, saya dan anda semua akan merasakan satu ketenangan. Jangan di fikir lagi, siapa yang salah dan siapa yang betul dalam hal ini. Jangan di fikir kenapa dia melakukan semua ini pada kita. Jangan difikir dengan siapa kita nak kawin dan adakah dia akan kembali lagi pada kita? Dia ini jodoh kita ke tak sebenarnya? Satu yang boleh saya katakan tentang setiap persoalan ini iaitu “sejauh mana pun kita fikir tentang semua ini, kita tidak akan menemui jawapannya”. Jika anda bertanya, Mengapa? Jawabnya pemikiran manusia ini terbatas, kita tidak tahu sesuatu yang ghaib melainkan Allah Maha mengetahui. Kemudian, ikhlas lah dan yakinlah setiap apa yang kita lakukan sama ada baik atau buruk, Allah pasti akan membalasnya. Sematkan ini juga di hati kita. Kita tak boleh lemah.

Jagalah hubungan kita dengan Allah, Banyakkan zikir. Singkapkan kembali definisi cinta yang kita terapkan di minda dan jiwa kita. Jika benar mencintai, bukan dengan cara ber dua-duaan. Couple atau coupling bukan syarat untuk mengatakan dia adalah jodoh kita. Ramai yang ber couple tetapi selepas nikah setahun dua, dah bercerai. Adakah itu di namakan jodoh? Wallahua’llam. Ya, putus cinta atau cinta di tolak ini memberi impak yang amat besar untuk saya dan saya tahu, untuk anda juga.Jadisama-samalah kita muhasabah diri. ingat, setiap kesulitan pasti akan di sertakan dengan kemudahan. peganglah pada janji-janji Allah. Dia sentiasa dekat dengan kita. Sebagai penutup kita renungkan maksud ayat di bawah ini;

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” [Surah At-Talaq ayat 2-3].

wallahualam..

**THE END**

Matured Dalam Bercinta?


Umur bukan penentu kematangan. Usaha dan cara berfikir adalah apa yang menentukan kematangan kita.
Kita perlu berusaha membangkitkan kematangan ini dan sentiasa mempertingkatkan kualiti kematangan kita. Walaupun umur kita baru menjengah 15 tahun, kita sepatutnya sudah mula merancang bagaimana mahu mempertingkatkan kematangan di dalam hidup mahupun cinta.
Tapi bagaimanakah untuk menjadi seorang yang matang dalam bercinta?

:- Bergaul dengan orang yang jauh lebih dewasa
Anda tidak akan matang sekiranya hanya berkawan dengan rakan yang sebaya dengan anda sahaja. Keluarlah dari kepompong dan bergaullah dengan orang sekeliling yang berbeza level dengan anda. Ambil teladan yang baik daripada persahabatan dan tidak sombong untuk mendengar pendapat orang lain.

:-Menambah ilmu
Tidak dinafikan ilmu pengetahuan ialah elemen penting yang membentuk sahsiah dan perwatakan seseorang itu ke arah yang lebih baik. Ilmu akademik mahupun kerohanian adalah sama penting dan perlu dititikberatkan.
Menonton rancangan bercirikan ilmiah atau dokumentari di televisyen juga salah satu bentuk pendidikan.

:-Membaca surat khabar
Maksudnya membaca keseluruhan isi akhbar itu dan bukan kolum hiburan atau sukan sahaja. Dan yang paling penting tahu tentang isu semasa yang berlaku sekarang .

:-Merubah gaya ber-SMS
Elakkan bertanya soalan-soalan menjemukan seperti “awak sudah makan?, makan apa?”, “awak betul-betul sayang saya?” atau soalan yang ekstrem seperti “apa nama anak sulung perempuan kita nanti?”, dan sebagainya.
Zaman bercinta monyet di sekolah dahulu bolehlah sebabnya waktu itu nak eja nama pun belum tentu tahu lagi. Inikan pula nak memahami maksud dan nilai CINTA.

:-Belajar daripada pengalaman
Orang tua pernah berkata “Pengalaman mematangkan lagi seseorang”. Ya, betul! Setiap orang mengalami pengalaman berbeza. Cuba ambil masa untuk muhasabah diri dan ingat kembali apa kesalahan dan kesilapan yang anda telah lakukan dengan cinta anda dahulu. Cuba perbaiki diri anda untuk menjadi sang pencinta yang baik.

:-Elakkan daripada bercinta 24 jam!
Bukan anda seorang sahaja yang dilamun cinta. Dan jangan disebabkan cinta, tanggungjawab anda sendiri diabaikan. Anda bukan lagi di peringkat sekolah rendah.
Tanggungjawab meningkat selaras dengan peningkatan usia. Kalau dahulunya, kita ke universiti untuk belajar tanpa memikirkan soal kerja dan duit. Tapi sekarang, kita sudah berada di alam pekerjaan iaitu alam dewasa. Banyak tanggungjawab terletak di atas bahu kita. Sesekali ambil masa untuk SMS si dia diwaktu rehat tidak salah cuma bukan 24 jam berSMS.

:-Tahu yang mana serius dan yang mana gurauan
Kita sering terbawa-bawa perangai dan sikap semasa kecil iaitu sentiasa inginkan gelak dan bergembira ke dalam bercinta. Ya, tidak dinafikan semua orang inginkan kecerian yang diriingi gelak tawa dalam perhubungan tetapi anda perlu menjaga batasnya. Anda perlu tahu bahawa ada masanya untuk bergembira dan adanya untuk menjadi lebih serius dalam bercinta.

:-Ubah penampilan anda
Kalau dahulu, anda mungkin tidak mengendahkan penampilan anda  setiap kali keluar bersama terutamanya lelaki. Dengan memakai tshirt round-neck yang bergambar ‘hantu’ ditambah dengan jeans yang berkoyak-koyak di bahagian lutut. Oh, anda nampak sangat selekeh di mata orang ramai terutama pasangan anda.
Bagi wanita pula, cuba berpakaian lebih sopan dan menutup aurat. Barulah nampak lebih ayu.

**THE END**

Tips Mencari Zauj yang Baik


aku yakin.. setiap wanita mahukan lelaki yang baik malah mampu menjaganya dan membimbingnya [aku pun sama].
disini ada sedikit tips untuk mendapatkan lelaki idaman atau lelaki melayu terakhir ... heee

antaranya :-

- Yang berkemampuan.

- Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

- Pandai menjaga darjat diri, apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu. Begitu juga isteri yang baik. Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan. Kerana ada ketika suami-suami ini terlalai.


- Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

- Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.

- Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.

-Mudah memaafkan.

-Datang daripada keturunan orang yang baik-baik. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.

Diharapkan dengan petua ini dapatlah anda gunakan dalam mencari lelaki yang baik untuk dijadikan sebagai pasangan dan yang akan membimbing anda ke pintu gerbang kebahagiaan yang kekal selamanya. InsyaAllah… :)

**THE END**

Monday 27 October 2014

Says.com : you know malaysia is rojak when people happily eat stuff like



Available at selected mamaks
1. Sup gearbox. Made from the bone marrow of a cow, the name is given due to the resemblance of a car's gearbox. The soup is rich, flavourful and is usually served with a straw.


available throughout Malaysia

2. ABC. Malaysians love their dessert and often have difficulty choosing what to eat. So why not mix them into one? Kidney beans, corn, groundnuts, grass jelly, 'attap chee', gula melaka, sarsi syrup, red syrup...


you can custom order this at mamaks.
3. Milo cincau. Just imagine, a chocolate malt drink with the sweet goodness of grass jelly. Yum!


available in Penang and selected shop.
4. Sup torpedo. For the adventurous, this soup is special, made from a bull's reproductive system and is said to be an aphrodisiac.


you can custom order this.
5. Michael Jackson. What is a Michael Jackson? A reference to the hit song "Black and White", it's basically just grass jelly with soy bean.


available at home >_<
6. Maggi curry ayam + Milo. Who would have thought a favourite Malaysian drink would go so well with a favourite Malaysian meal!



Available in most roadside rojak stalls. goes well with cendol
7. Rojak. You can't have a rojak list without including rojak. Rojak literally means a mixture. A mixture of what? From the fruits, the vegetables, to the peanuts, and topped with the sauce. Anything!



Available in Restoran Bubur Goreng, Klang
8. Fried porridge. You're probably thinking, how can porridge be fried? It can and it tastes delicious!



Available at Chuup, Damansara Jaya
9. Durian coffee. What's better than an aromatic coffee? A more aromatic coffee. Now no one can blame you for not being Malaysian enough.



Available at mamaks or at home
10. Mee murtabak. This weird combination combines a typical mamak dish with noodles. The result? A noodle pancake that is sinful and tasty.



available at Cielo Dolci, Paradigm Mall.
11. Chocolate + cili padi ice cream. If there's one thing Malaysians love the most, it's their chilli. So much so that we would incorporate it in our ice cream. Would you try it?

Love how you can only get these 'rojak' combos in Malaysia?

**THE END**

Keras Hati Umar Lembut Juga =)

[haish lama aku draft post ni. sungguh mendukacitakan lah aku ni..]

assalamualaikum. tadi aku terbaca satu buku. tajuknya, My Love 25 Kisah Inspirasi Diri.. dan aku berminat dengan kisah Umar Al-Khattab. serius aku memang kagum dengan Umar ni. sebab bayangkan lah daripada dia jadi 'bapak rempit', suka pancung orang, kejam.. akhirnya dapat dilembutkan hatinya dengan Al-Quran,,,

so.. .let's start our story.. cerita nya macam ni,

***

Suaranya bagai halilintar, memekik-mekik dengan nada yang menggerunkan. api kemarahannya membuak-buak. dalam suasana kelam kabut itu, Fatimah Al-Khattab cuba menyelamatkan suaminya dari dikasari. Malangnya, dia sendiri menjadi mangsa. Bayangkan, tangan Umar yang kasar itu singgah ke mukanya yang lembut. Darah merah meleleh dibibirnya. Terbit juga rasa sayu di hati Umar melihat keadaan adiknya yang menderita kesakitan.

Namun dia harus menjaga nama baiknya sebagai Pahlawan Bani Adi. Dia telah berjaya mengharumkan nama baik Bani Adi. Dia tidak mahu dicemuh oleh kaumnya, lebih-lebih lagi oleh para pembesar Quraisy. Masakan pula adiknya sendiri dibiarkan memeluk islam. Kalau benar, pasti ini akan memalukan dirinya dan kaumnya.

Tiba-tiba matanya tertumpu ke arah tangan Fatimah yang sedang memeluk helaian-helaian ayat suci al-Quran. Barangkali bacaan ayat-ayat yang didengari tadi datang dari lembaran itu. Lantas Umar tertarik untuk membacanya. Fatimah berasa ragu-ragu. Berdebar-debar. Dia bimbang jika helaian suci itu akan dikoyak-koyak oleh abangnya. Umar al-Khattab beria-ia memintanya. Malah dia berjanji akan memlulangkannya dalam keadaan yang baik. Sungguh hebat mukjizat maknawi  ini. Umar membaca satu persatu ayat dari Surah Taha. Entah mengapa hatinya terasa sangat tenang. tiba-tiba, dadanya terasa sangat sebak. Air mata mula menitis. Entah mengapa tak sabar rasa di hati untuk bertemu dengan Rasulullah.

Malam itu, mata Umar tidak mahu lena. Bau harum tubuh nabi yang didakapnya siang tadi masih-terhidu-hidu. Bukit Safa menjadi saksi pertemuan mereka. Dalam benaknya, terasa risau. Bagaimana kalau ketagihan araknya tiba-tiba menerkan setelah Islam menjadi anutan. Mampukan dia menjauhi teman-teman rapatnya seperti Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Sufyan?

Rupa-rupanya, kehebatan hidayah Allah mengatasi segala niat jahatnya yang mula bertunas tadi. Rasulullah s.a.w. hampir dibunuhnya kerana teringatkan hadiah lumayan yang ditawarkan oleh Abu Jahal. Jaguh tinju Bani Adi itu sudah tidak mampu lagi menahan sebaknya. Umar menangis teresak-esak sekali lagi, setelah mendengar suara lunak Rasulullah s.a.w. membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Dengan kuasa Allah, Umar Al-Khattab mengucap kalimah syahadah buat kali kedu adi hadapan Rasulullah s.a.w. Bulat sudah hatinya untuk Islam. Biar sesiapapun yang datang menghalang, biar sesiapapun yang cuba melarang termasuklah kedua-dua isterinya, Mulaikah dan Quraibah yang enggan memeluk Islam, namun Islam tetap menjadi pilihan utama, Sekeras-keras hati Umar akhirnya dapat jua dilembutkan oleh Islam.

**********

Mari kita renungkan bersama. Setiap individu ada kelebihan dan kelemahannya, dulu jahil, kini menjadi bijak. asalnya gagal kini cemerlang dalam semua perkara, pada awalnya sentiasa melakukan kesilapan, kini sentiasa berhati hati. Orang yang bijak ialah orang yang sering belajar daripada kesilapannya. Orang yang hebat sering bermuhasabah mencari jalan untuk menambah nilai dan harga dirinya,

Wajar sekali kita mencontohi sifat Umar yang sentiasa bersemangat waja.  bukan selamanya yang jahat terus bergelumang dengan dosa. mungkin yang kasar itu akan menjadi halus budi pekerti. tidak mustahil sekotor-kotor hati akan bertukar menjadi bersih, sebersih kapas yang suci. belum tentu hati yang keras akan terus membatu.  Bak air menitis ke batu, lama-kelamaan akan melekuk juga.

Allah s.w.t tidak menilai kehebatan sesorang itu dari luaran. Dia menilainya dari kerjenihan hati dan kesucian jiwa. Belajar dari kesilapan adalan sifat yang paling mulia. Semua orang pernah melakukan kesilapan. orang yang mengakui kelemahan diri lantas segera mencari jalan untuk memperbaikinya ialah orang yang berani. Jika kita tersesat di hujung jalan apa salahnya kita kembali semula ke pangkalnya.

Memang tidak mudah untuk berubah. semakin kuat rasa ingin bertaubat, semakin hebat dugaan yang melanda. 

Lembutkan hatimu. Seperti Umar. Hatinya amat keras sebenarnya. Namun apabila beliau membaca ayat-ayat Al-Quran dan memahaminya, air matanya tumpah tak semena-mena. Kita pun sama. Hati yang keras masih boleh dilembutkan asalkan kita bersedia menerima teguran dan nasihat. Al-Quran lah sebaik-baik nasihat dan teguran. Dampingilah Al-Quran, semoga ayat-ayatNya akan melapangkan hatimu iaitu kamu terbuka hati untuk menjadi muslim yang baik.


**THE END**

Sunday 26 October 2014

Nukilan Muhammad Rusydi II

Assalamualaikum. hai! hari ni aku nak share lagi satu cerpen nukilan Muhammad Rusydi. yang ni buat aku rasa.. [speechless] haha! ok. maaf ya saudara. saya mohon nak share. he he he.. syukran.!

***


Aku Memilih Setia
karya: Muhammad Rusydi ( Rusydee Artz )

**

Hari ini aku harus berterus-terang. Luahkan segalanya pada suami.

Aku nak minta dia lepaskan aku. Ceraikan.

Ding!

Mesej masuk di Whatsapp.

“Awak jangan risau. Saya janji akan bahagiakan awak. Kuatkan hati, kuatkan tekad. Tak guna hidup bersama kalau dah tak cinta.”

Mesej dari pemuda yang sudah 6 bulan ku kenali. Tua dua tahun dariku. Bermula kenal dari Instagram bisnes tudungku. Dia tawarkan diri untuk jadi jurugambar professional. Kerja sebenarnya, arkitek di sebuah syarikat ternama. Hasil dari gambar-gambar cantik yang diambilnya, bisnes tudung makin bertambah maju. Dalam masa 4 bulan, sudah mampu bayar deposit kereta baru.

Dari hanya bisnes, akhirnya hubungan kami jadi rapat. Suamiku langsung tiada syak wasangka. Sangkanya cuma rakan perniagaan. Suami sendiri kenal pemuda itu. Malah, dia sendiri yang hantar dan ambilku ke studio untuk photoshoot. 

Dalam diam, pemuda itu meluahkan rasa cintanya padaku. Aku pada mulanya berat untuk menerima. Status ‘isteri orang’. Namun, lama-kelamaan aku mengakui punya rasa yang sama dengannya. Cinta tidak bertepuk sebelah tangan. Katanya, dia kagum dengan kecantikan dan kelembutanku. Matang dalam berfikir, bijak dalam bisnes. 

Bernikah seawal umur 21. Hayat perkahwinanku dah menginjak tangga lima tahun. Dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Suamiku kerjanya biasa saja. Seorang despatch. Itulah kerjanya sejak awal bernikah sampai sekarang. Kadang-kadang kerjanya itu sampai ke petang. Kadang sampai ke malam andai ada masalah. Semua kiriman dan surat perlu sampai tepat pada masa. 

Suamiku itu umumnya baik. Tapi, selalu kami bertengkar juga. Masalah dia terlalu sibuk. Tiada masa untuk anak dan keluarga. Balik lewat petang, dah sangat penat. Nak buat overtime lagi. Katanya nak cari duit lebih, nak beli rumah. Tak mahu lagi menyewa. Tiga empat bulan ni, dia struggle untuk tujuan tu. Banyak kali dia balik rumah, aku dah tertidur pun. Aku pula cuma suri rumah yang ada bisnes tudung di internet. Akhir-akhir ni, pendapatanku lebih lumayan berbanding suami. Minggu lepas kami bergaduh besar. Dia sangka aku nak menunjuk-nunjuk aku lagi lebih darinya; nak tunjuk aku dah ada duit, so aku nak belikan segalanya dalam rumah. Hatta kepada kereta pun. Dia rasa kecil hati tak pasal-pasal. Malas aku nak bertekak. Tension bila niat baik disalahfahami. Pertengkaran berlanjutan. 

Bila aku stress, aku adukan masalah pada pemuda si jantung hati. Dia sangat memahami. Malah, mampu menenangkan aku. Aku rasa damai di sampingnya.

Malam ni aku tekad. Aku nak bercerai.

Aku tunggu dia balik kerja. Lambat sangat sampai aku tertidur. 

Bila bangun, dia tak ada di sebelah. Aku tengok motornya dah ada di parkir. 

Aku melangkah ke bilik anak. Nampak pintu sedikit terbuka. Ternampak kelibat suamiku di dalam. Aku mematikan langkah sekadar di luar pintu. Aku menantinya keluar dulu dari bilik anak. Tak mahu anak terdengar nanti. Berdiri di sisi dinding bilik anak. Telingaku terdengar anak dan ayah sedang berbual. Menangkap jelas segala tutur kata.

“Ayah, kenapa ayah asyik cerita pasal Nabi Muhammad saja?”

Si ayah tersenyum menjawab,

“Sebab ayah nak anak ayah ni tiru Nabi. Tak ada cerita yang terbaik selain cerita Nabi. Buku cerita lain hanya berkisar tentang fantasi, fairytales. Sedangkan tu semua tak wujud. Khayalan. Namun, Nabi kita wujud di realiti. Malah, menanti umatnya di akhirat kelak. Hero kamu bukan ayah, bukan watak-watak komik cerita fantasi. Hero kamu adalah Nabi Muhammad. Bukan sekadar bedtime stories.

Ayah tak tahu banyak, jadi ayah bacakan saja dari buku Biografi Nabi Muhammad ni. Dulu, ayah belajar setakat STPM saja. Ayah tak pandai. Ayah orang miskin. 

Tak ada siapa pun ceritakan tentang Nabi secara terperinci pada ayah. Atok pun tak pernah. Jadi, ayah tak nak kamu jadi macam ayah. Ayah nak kamu jadi dewasa untuk jadi seperti Rasulullah. Berjaya di dunia dan akhirat. Andai suatu hari kamu tak berjaya di dunia sekalipun, kamu miskin sekalipun. Harapnya kamu tak miskin agama. Pegang kuat apa yang ayah cakap ni, ya?”

Si anak mengangguk. Senyum.

“Malam ni, ayah nak pesan apa-apa sebelum saya tidur?”

Si ayah menjawab ringkas,

“Ada. Ada seorang ustaz kata, kita kena berinteraksi pujuk anggota badan kita sendiri. Motivasi anggota badan supaya tak buat benda-benda tak elok.”

“Macam mana tu, ayah?”

“Misalnya, ambil masa seminit dua, sambil gosok tangan, cakap pada tangan, ‘Hei tangan, hari ini jangan buat maksiat tahu. Allah nampak.’ ‘Hai kaki, hari ni kita melangkah ke masjid ya.’ Usap mata pula dan kata, ‘Wahai mata, hari ni nak melihat yang baik-baik saja. Nak tundukkan pandangan.’ Beritahu dengan seluruh anggota badan yang selalu buat benda tak baik, ‘hari ini, kena takut pada Allah. Jangan buat maksiat, okay?’.”

Si anaknya tersenyum.

“Jadi, saya kena beritahu mata saya, ‘Wahai mata, hari ni jangan tengok kartun banyak sangat. Tengoklah Al-Quran!’”

“Pandainya anak ayah!”

Si ayah mencium dahi anaknya. 

“Dah, tidur ya? Baca doa tidur sama-sama. Allahumma Bismika Ahya Wa Amut. Ya Allah, dengan nama-Mu aku hidup dan aku mati. Amin… Baiklah. Jumpa malam esok pula.”

Si ayah bangun dan nak keluar bilik. Tiba-tiba tangan si ayah digapai si anak. Menangguh langkahnya.

“Ayah sayang saya tak?”

Ayahnya tersenyum.

“Sayang sangat.”

“Sayang umi tak?”

Ayahnya tersenyum lagi.

“Sayang. Lebih dari kamu tahu. 

Saat ayah tiada apa-apa dalam hidup, umimu itu sanggup terima ayah jadi suaminya. Baik kan hati ummi? 

Sayang ayah pada umi, sampai menutup mata. Sampai akhirat sana.”

Anaknya tersenyum lebar sampai terlelap.

**
Suamiku melangkah keluar bilik.

Langkahnya terhenti.

Aku menanti di luar bilik. Basah sudah pipi ini dengan air mata. Mengalir tanpa henti. Sungguh hati ini terusik sangat dalam. Aku tak tahu pun suamiku itu setiap malam berada di sisi anak bercerita tentang Rasulullah s.a.w.. Selama ini, ku sangka suami itu langsung tidak peduli.

Sungguh, aku khilaf!

Ku capai tangan suami. Ku salami tangan kasar itu.

“Awak ok ke?” 

Suami kaget seketika.

“Maafkan saya, abang. Maafkan saya. Selama ini, saya curang dengan abang. Saya isteri derhaka. Maafkan saya. Ampunkan saya, bang.”

Suami mengusap ubun-ubun kepalaku.

“Abang dah lama tahu… Abang maafkan..”

Suamiku itu senyum. Tapi, ternyata ada hambar di wajahnya.

“Awak cinta lelaki cameraman tu? Kalau awak cinta dia dan dah tak cinta abang, abang rela korbankan kebahagiaan abang demi melihat awak bahagia.”

Kerana terpaksa, dia relakan. Rela lepaskanku. Bagai nak luruh jantungku ketika itu. Menggigil tangan. Seram sejuk. Aku yang tadi rasa diri kuat nak minta cerai, sekarang dah kaku terus. Tak berdaya. Dalam terketar-ketar, ku kuatkan hati. Sebak mencengkam rasa. Air mata tak daya diseka.

“Tak nak…tak nak..Saya nak abang seorang je…Nak ke Syurga dengan abang…bawa anak kita sama..”

Lantas suamiku itu tersenyum. Kali ini riaknya ikhlas riang. 

Tumpah air mata lelakinya di hadapanku. 

“Jangan ulang lagi…Hargai abang..boleh?”

Ringkas saja tuturnya dalam sebak bicara sama.

Rupa-rupanya dia naik angin dan bertengkar bukan kerana aku ada duit banyak, ada duit lebih. Tak, dia marah dan sakit hati bila dapat tahu tentang aku dan pemuda itu. Disembunyikan sedaya boleh.

Aku mengangguk mengiyakan.

“Tak kisah suami awak ni miskin? Tak kerja best?”

“Tulusly, tak kisah!”

***
Mesej Whatsapp masuk. DP pemuda kacak. Si cameraman merangkap arkitek.

“Macam mana? Dah selesai?”

Aku membalas ringkas mesej itu.

“Maaf. Saya putuskan untuk memilih setia. Kita selesai di sini. Lepas ni, suami saya sendiri yang akan jadi cameraman.”

Mesej masuk lagi.

“Tapi..tapi…kita kan sama-sama menyintai! Dah janji sehidup semati!”

Aku terus tekan uninstall Whatsapp. Buang sim. Patahkan. 

Depan suami.

Dalam hati, enggan lagi melukai. Insan yang lama setia di sisi.

Enggan kerana indahnya mahligai harapan yang belum jadi kenyataan, setia sanggup ku korbankan.


----
jujur aku betul-betul minat dengan penulisan dia. terlalu minat. kalau dulu aku minat dengan lukisannya. kini aku lebih meminati penulisan dia. sememangnya superb!

**THE END**