Wednesday 14 January 2015

New School 2015 Officially SM3KBian

Assalamualaikum readers-readers ku yang terchenta.. sihat? Alhamdulillah.
lama dah aku tak on blog kan. sorry, busy la. almaklum la sekolah dah start. busy. nak-nak dapat sekolah baru. huhuhu sedihnya!!! aku rindukan SMKAP. are you wondering aku masuk sekolah mana? yelah tak nak tau kan. takpe aku nak bagi tau jugak. aku masuk SM3KB.. hahaha apa pulak tu.. tu short form la... Aku masuk SMK Kuala Kubu Bharu. jangan main-main. sekolah bestari perdana ni. antara sekolah terbaik kat daerah aku... kau hado. hahaha!

so, kenapa aku pindah? 

actually mak aku yang paksa.. sebab rumah aku jauh dari smkap. jadik penat la aku kena bangun awal. bila dah pindah sm3kb ni aku boleh releks bangun lambat sikit dari biasa. mula-mula aku memang merahsiakan perpindahan aku dari semua member aku especially hananina. sebab aku sayang dorang and kalau boleh, aku taknak pisah dengan dorang. hurm..

hesy, taknak lah cerita sedih. aku nak cerita first day aku kat sekolah baru nih... funny gila baby tau tak!
firstday aku datang sm3kb, aku semangat la.. cewah tapi takut pun ada sebab sekolah asing bagi aku. lepas tu waktu nak register kelas, boleh pulak cikgu tak jumpa borang pertukaran sekolah aku. kejam. dah la aku tak bawak salinan dia. the end aku bagi result pt3 aku and cikgu tu asukkan aku kat dalam kelas 4 Teknologi Sastera Ikhtisas (TSI).. mata pelajaran tambahan yang aku ambik pulak is Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) also known as Information Communication Technology (ICT), pastu aku ambik subjek Perdagangan and last aku ambik Pend. Seni Visual. arghh! aku takde bakat dalam seni! macam tak yakin je kot boleh bawak ke tak subjek seni ni.

[abaikan pasal subjek ni. aku excited nak cerita something]

lepastu aku pergi kantin sebab dah waktu rehat. guess aku nampak siapa? OMG! crush aku since 3 bulan lepas! Somebody.. Syazrul seems like dia surprise dengan kemunculan aku. hahaha! wait, wait! siapa Syazrul ni? eh aku tak cerita lagi ek? sorry.. Syazrul ni aku jumpa waktu dekat Kem Jati Diri PRS Hulu Yam bulan Oktober 2014. Syazrul ni satu grup dengan aku and dia ketua kumpulan aku. aww teringat time aku berlakon dengan dia.. ahahaha! kalau nak tau lebih boleh search old post aku yang bertarikh 22 October 2014..

for your information, Syazrul is better than ex boyfie aku yang aku jumpa sama dengan time aku jumpa Syazrul. aku pun taktau macam mana aku boleh sangkut dengan ex aku tu. padahal mula-mula aku dah minat kat Syazrul dulu. since dia mula-mula disahkan sebagai ahli kumpulan aku~
Syazrul has everything i need. cute face, handsome face, fair, tall, smart... i wish kalau lah aku boleh study dengan dia mesti best.. hurm.. dah la kelas dia jauh. susah nak dapat jumpa dia. kalau kelas dia sama dengan aku dekat blok PPU okay gak. hari-hari aku lalu depan kelas dia.. ahahaha istiqamah. choy!! [FYI, aku anggap dia kawan aku. tak lebih. fullstop!]

too much pasal Syazrul... hahahahaha okay second day pliz!

second day aku not too bad la.. just haritu aku ada mesyuarat rumah sukan. and aku dapat rumah sukan Waja (merah). actually aku nak rumah sukan Wira (biru)... nak sama dengan Syazrul [ngada  lah kau jemah!]. tapi takpelah. tu jelah untuk second day. nothing happen..

untuk third day iaitu hari ni, too many funny things happen. first time kat koperasi. aku nak beli buku. aku manalah tau sistem koperasi ni... bagi aku sungguh pelik. dah la crowded sampaikan aku bengang and time aku nak borang pesanan buku tu selamber dek aku je panggil cikgu tu auntie, hahaha! damn funny. padahal cikgu tu, suka suki aku je. biasalah mood pun dah down down down ... penat. kena bersesak-sesak pulak. by the way, sorry cikgu. kah kah kah!

forget 'bout that.

tak lama lepastu aku tertembung dengan Syazrul. OMG! aku terkejut. jantung pulak berdegup macam nak tercabut.. hahaha! erghhh

lepastu balik tadi aku spend time dengan Amirah anak cikgu Rosminah. again! aku nampak Syazrul. OMG.. what is this beibehhhh! hahahaha

harini pulak ada latihan merentas desa. so pukul 2:30 petang semua kena berkumpul dekat Dataran depan blok PPU. dalam lautan manusia tu.... boleh pulak again? aku nampak Syazrul. tengah-tengah panas tu.. memang mata aku tak bergerak tengok muka dia yang cute putih kemerah-merahan bila kena panas. about 15 minit jugak lah aku tatap muka dia dari jauh sampai dia dah nak lari.. lepastu aku dah tak nampak dia..

apa-apa pun aku dapat rasa suasana baru dekat sm3kb ni.. sekolah ni memang best!

*nota kaki*
tadi jaya cakap dekat aku PRS SEMEKAP dapat wakil pergi peringkat kebangsaan. aku menjerit woih!!! sedih tau tak! aku hampir nangis time dalam kelas Perdagangan cikgu Aminah tapi. nasib baik tak nangis. tapi sempat laa aku pejam mata. hahahahahaah!

**THE END**

Monday 5 January 2015

#CaptainKeknis

Assalamualaikum guys..
Siapa tengok Gegar Vaganza final? Yupp Aya Illusi juara!! But actually aku tak nak cerita pasal tu. Aku nak cerita pasal time Kristal nyanyi.. best kan? Penari dia pun best kan.. and yang paling best bila Hairul Azreen buat 'kezutttan' dengan melamar Hanis Zalikha live kat pentas Gegar Vaganza how sweet!!! Argh jerit laa gila. Yelah dah sweet macam gula 100 kontena tumpah.. mau tak sweet?

Apa-apa pun kami penyokong Keknis and Captain akan always doakan yang terbaik untuk captain and keknis. 

Semoga bahagia till jannah. Congratulations. We are happy for you both! *muka gedik plus puppy face*

P/s : post kali ni pendek je.. huhuhu..

**THE END**

Thursday 1 January 2015

Special Post : 2014 Abop's Memories

Assalamualaikum guys. Happy New Year!!!!!!
Alhamdulillah.. dah masuk 1 Januari 2015. itu tandanya aku makin tua, ok sedih!

hm. first post untuk tahun 2015 aku nak cerita pasal ABOP FAMILY.. ☺
aku teringin sangat nak jumpa diorang... tapi aku under 18 lagi. kebebasan bukan milik aku.
aku bangga sebenarnya be a part of abop sebab aku ada geng nak share pasal Amar Baharin.. hehehe
well, aku memang obses a.k.a fanatic dengan AB tapi sebabkan kekangan fulus dan freedom, jadik aku ikat ketat2 fanatic dan obses aku tu supaya aku tak meroyan bila aku nampak gambar aktiviti abop.. hahahaha.. tak nak banyak cakap.. aku nak share gambar je.. sebab gambar yang punya 1001 cerita.. lulz~

time Abop Fun Day baru baru ni.

actually aku jeles. hahahaha!

amar and admin2 yang sporting kelautt

Kak Chah and Kak Anis

time open house abop.. sibuk autograph.. haha

I ♥ Amar and ABOP Family!!!

time iftar with Izreen and Syafiq Kyle @ PWTC

Abang sado.. hahahaha ♥♥

Kak Reng Fars [Farhan] with Anak Izreen, Adrian Umar

Time celebrate birthday Amar in advance

aww.. sweet la pulak couple ni.. hahaha [time iftar]

cute aih tuan kelaut kita ni! *jerit*

Kak Reng a.k.a mak tirik, Amar and Kak Chah

Amar and Acu a.k.a atok tirik.. hahaha
happening kan? well, sebabnya kitorang ni dah macam family.. a big family.. aku sayang sangat kat diorang walaupun tak pernah jumpa. love much... *speechless* so this is memories of 2014 AbopFamily..


sebelum aku lupa.. aku nak throwback.. video favourite aku from amar.. hehehe thankyouu so muck amar for this video!


last but not least, I ♥ ABOP and Amar.. hope amar akan lebih sukses in 2015.. love you!

nota kaki :

photo by : Geng Abop Kelaut Woot Woot. [Abop Family]
video Moment Of ABOPfamily 2014 by : Ieyka Kepitan youtube channel [nak tgk video tu tekan sini]
Video wish Amar by : Syazwani Roslan

**THE END**