Tuesday 7 June 2022

Koleksi Soalan Daripada Panel Kepada Calon APB LG241

Assalamualaikum! Hello!

First of all, sister nak ucapkan tahniah dekat adik-adik yang berjaya dapat panggilan temuduga daripada Akademi Pengajian Bahasa UiTM khususnya untuk adik-adik yang memohon Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi Profesional 

Yep, kalini sister punya entri tentang soalan-soalan yang berkemungkinan panel tanya kepada calon-calon temuduga.  Soalan yang sister akan senaraikan ni merupakan soalan yang ditanya oleh panel kepada calon LG241 pada temuduga 4 Jun 2022. Calon-calon ni memang daripada awal dah approach sis untuk persediaan temuduga. Yang lagi terhiburnya, lepas sesi temuduga tu, ada yang gembira, ada yang takut, ada yang tak puas hati. hahaha. macam-macamlah...

Jadi yeah..  sister akan senaraikan soalan-soalan yang pernah ditanyakan kepada calon-calon temuduga LG241 termasuk soalan yang sister dapat masa temuduga dan senior-senior lain.

Koleksi soalan temuduga LG241 

  1. Kenalkan diri - masa sister dulu sister sebut nama, asal daripada mana dan lepasan apa.
  2. Dari mana dengar program LG241 - Sister jawab program ni recommend daripada guru bm stpm sis sebab beliau lihat potensi sis dalam bidang bahasa (padahal sis search sendiri je ni hahaha)
  3. *Apa kelemahan diri dan cara tangani kelemahan itu
  4. Kenapa pihak APB perlu ambil anda sebagai pelajar APB
  5. Kenapa pilih program LG241 ni - (Blog Adilah Asari 2014)
  6. *Apa hobi anda? - (Blog Adilah Asari 2014)
  7. Pengalaman bekerja part time - (Blog Kisah Si Meow 2014)
  8. *Pengalaman pahit ketika bekerja part time - (Blog Kisah Si Meow 2014)
  9. Elemen dalam puisi iaitu perbezaan sajak, syair, pantun dan seloka - (Blog Kisah Si Meow 2014)
  10. Calon diminta berpantun - (Blog Kisah Si Meow 2014)
  11. Kenapa tak letak kursus ni sebagai pilihan pertama? 
  12. [situasi] macam mana nak handle kawan yang tak hantar assignment (Calon 2022)
  13. [situasi] macam mana nak handle kawan yang suka tumpang pergi kelas tapi lambat. sampaikan kita pun kena denda dengan lecturer (Calon 2022)
  14. Kenapa tak ambil course Law je? - soalan ni biasanya untuk lepasan asasi dengkil (calon 2022)
  15. Objektif utama uitm
  16. *apa yang awak akan buat lepas grad daripada kursus ni?

Okay, setakat ni ... semua soalan yang pernah ditanya panel kepada calon-calon temuduga. Sis akan update tau list ni dari masa ke masa.

Untuk soalan yang bertanda (*)... soalan ni merupakan soalan yang panel tanya dalam english. yep. walaupun kita ambil course bahasa melayu, tapi dalam temuduga panel akan bagi juga satu soalan bahasa inggeris. tapi jangan risau. jawab santai-santai je. tak perlu nak guna vocabulary yang gempak kebabom.

So, setakat ni jela entri sis kali ni. apa-apa persoalan berkaitan LG241 APB boleh terus reach sis melalui platform di bawah....

Instagram: nfafajay
Facebook: Nur Fahada
Telegram: @nfafajay

Kalau nak baca entri lain tentang LG241 APB boleh tekan link dekat bawah ni...