Sunday 10 September 2017

Tiada Tajuk

10 September 2017 - Ahad

Ada satu masa aku rasa jatuh. rasa takut dengan bayang-bayang sendiri.
aku diselubungi paranoia sampaikan aku rasa putus asa dari semua perkara yang aku buat.
aku rasa hilang semangat.
aku rasa nak menangis.

tapi

aku kena kuat.
sebab aku tahu...
diri aku tak macam orang lain.
aku tak ada orang yang sentiasa menyokong aku, tanya khabar aku..
aku tak ada orang yang akan sambut tangan aku bila aku jatuh tersungkuh, rebah mencium tanah.

entahlah.

setiap hari aku hamparkan pengharapan aku pada Tuhan.
hadirkan seseorang yang boleh bantu aku,
bagi aku semangat.
sokong aku,
ada di setiap jatuh dan bangun aku.

bukan

seseorang yang berkawan bila aku senang,
tinggalkan bila aku jatuh.

Ya Tuhan,
hadirkan lah padaku seseorang yang akan memeluk aku erat,
tatkala aku merasa tertekan dengan ujian kehidupan.
tatkala aku merasa sakit dek tajamnya duri dugaan.
tatkala aku merasa pedih ditusuk tajamnya pisau kata-kata manusia.
tatkala aku merasa terhina tidak setaraf orang lain.

Ya Tuhan,
kuatkan aku.
berikan aku semangat yang besar,
agar aku kebal menghadapi lumrah manusia yang pelbagai.

Fafa Jaynee