Monday 29 April 2019

Delirium Of Arts

Assalamualaikum. Hi.
Finally, we are at the end of April. Tak lama lagi nak puasa dah. Kejapnya masa berlalu.

So, tadi aku bukak instagram pameran seni haritu. Rasa rindu gila weh. Tapi dalam masa yang sama, puas hati gila.

Okay ni nak cerita ni.

Account instagram @doasm3kb18 ni aku create secara tak sengaja pun. Masa tu aku adalah one of the organizer team. Aku penolong pengarah projek. Sebab pengarah projek is Faris Hamizan. Jadi, masa tengah kelam kabut nak siapkan pameran seni ni... Aku terdetik nak buat satu account IG.. Sebagai kenangan.

Masa tengah pameran tu.. Tak terasa sangat pun bermaknanya Instagram tu. Tapi bila dah habis sekolah ni.. Account tu macam bukti tau. Bukti yang walaupun kitorang ni bukan budak unversiti, bukan budak diploma.. Tapi kitorang ni boleh je organize event.

Masa aku dengan team organize pameran ni.. Semua kami buat sendiri. Order banner, jemput vip, print and tampal poster keliling sekolah. Pemilihan nama "Delirium Of Arts" tu pun aku yang pilih sendiri. Cikgu hanya guide tentang protokol jemputan, protokol majlis je.

Jadi aku terkilan gila bila orang kata form 6 ni harap cikgu je suap. Semua benda tak reti buat. Bodoh.

Tu.. Instagram @doasm3kb18 salah satu bukti dan ingatan bahawa event tu kami yang uruskan sendiri.

Berhenti lah membanding banding dan merendah rendahkan orang. Masuk form 6 bukan bererti pengakhiran. Bukan bererti kau bodoh. Tapi itulah permulaan semula. STPM adalah platform untuk kau yang tak perform SPM bangkit dan perbaiki semuanya semula. STPM pun adalah platform untuk kau sambung belajar dan berjimat duit. STPM ni fast lane untuk kau sambung ijazah. Ya. Sama macam Asasi dan Matrikulasi.

Jangan kau ingat kau diploma, kau dah cukup matang, kau dah cukup hebat untuk downgrade orang macam kami. Kau struggle belajar, kami pun struggle belajar. Kita sama je. Cuma bidang dan subjek yang kita belajar je berlainan.

Satu lagi, STPM bukan bermakna kau bodoh masa SPM. Ramai yang masuk STPM sebab nak jimat duit, taknak berhutang banyak. Dekat tempat aku pun ramai je yang 7A masuk form 6. Alhamdulillah masih jugak perform.

Pesanan terakhir aku,
Walaupun aku budak sekolah... Pengalaman aku banyak. Orang yang aku jumpa dekat dalam dan luar sekolah pun pelbagai. Ragaman orang, macam macam aku hadap. Jadi, kau jangan ingat aku budak sekolah, minda aku tertutup. Wasalam.

No comments:

Post a Comment