Wednesday 27 February 2019

Unbox The Memories

Assalamualaikum! Hey guys~

So…

Ah.. Aku tak tahu nak tulis apa ini.

Ok ok.. Tadi aku macam nak unbox semua barang yang aku simpan dalam kotak dalam almari. Banyak doe.. aku rasa tadi ada dalam 4-5 kotak jugak. Tapi kotak kecik la. Kotak gift gitu.

Jadi masa aku unbox tu, macam-macam lah aku jumpa. Mostly memang menggamit kenangan doe. Sumpah rasa nak nangis je tadi.



Ada jugak certain barang yang aku buang je terus sebab aku rasa semak. Hm, so aku ada snap some photo of barang yang aku rasa sentimental value dia tinggi gila bagi aku.


1. Kertas Yang Penuh Dengan Impression Orang Bila First Time Jumpa Fafa


Kertas ni masa aku tingkatan 3. aku pergi kursus kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya. Jadi, kertas ni cikgu suruh tampal dekat belakang kita and semua orang boleh tulis apa je yang dia rasa pasal kita.
Jadi apa yang aku dapat is tinggi, comel, crazy girl, chef, gila-gila, ceria, semangat, sopan, panjang, cantik, smart, peguam. Paling banyak orang tulis tinggi la. Hahahaha. Kem ni kenangan gila sebab kat sini aku jumpa crush aku dan ex boyfriend aku. Haha. Tapi sekarang ni dua-dua tu aku dah tak heran. Maklumlah dah ada Payish. Ahahahaha

2. Photo With Syazwani



Gambar ni aku ingat lagi. Masa form 2, time tu ada exchange student from Indonesia. Gambar ni pun sebenarnya ramai tapi aku gunting sebab aku rasa wani cute masa ni. Hahahaha… awwwhhh I miss you syazwani!!!

3. Bendera Group PRS



Bendera ni direka masa ada kursus PRS peringkat sekolah. Bukan buat logo je, tapi siap ada chants. Cuma aku tak tau kat mana aku letak video chants tu. Rinduu doe dekat Seri, Ameera, Alep dengan Haziq.

4. Paramedik Kejohanan MSSD



Fuh setiap kali aku tengok gambar ni, aku macam akan teringat, jadi paramedik ni bukannya senang. Susah dan penat. Dalam gambar tu tak ada aku sebab aku tak ada masa tu. Aku datang sehari je sebab gilir-gilir. Pengalaman baru doe jadi paramedik MSSD.

5. Sampul Duit Raya


Yaaa ramai tak tau yang aku suka kumpul sampul duit raya yang lawa. Setakat ni je memang tebal la.. yang paling penting, aku still boleh ingat siapa yang bagi sampul tu. Hehehehehe…. okay tahun ni nak kumpul lagi laaa. Layak ke dapat??

6. Face Mask


Face mask ni Adam Aiman kot yang bagi. (aku yang mintak actually.) serius selesa gila pakai ni. Muka sentiasa lembap. Tapi sekali jela aku pakai sebab takdok pitih nak beli. Hahahahahaa

7. Hiasan Meja Form 4


Dulu aku memang suka hias meja. Dari aku letak gambar artis merepek, sampai akhirnya aku letak quotes dengan harapan sentiasa bermotivasi. Hahaahaha. Tapi tak jugak. Tidur jugak dalam kelas. Aduhai.

8. Checklist ICT


Aku rindu do nak belajar ICT lepas tengok ni. Dulu aku punya lah gila dengan komputer sampai balik rumah pun pergi buat eksperimen dekat PC sendiri. Hahahaha. Tapi syukur do, walaupun dah 2 tahun tinggalkan ICT, ada lah sikit ilmu yang aku still ingat.

9. Hadiah Birthday


Aku tak ingat actually ni form 4 atau 5. tapi serius aku terharu gila anjirr.. paling sweet Fazlin lah bagi gelang. Cantik weh gelang tu, aku still simpan sampai sekarang. Tapi aku malas nak cari so aku tayang kertas dia balut gelang tu jela. Yuppp dia letak gelang tu dalam kertas lepastu staple.


Next, Nestum. Hadiah paling comel daripada geng meja depan. Aku tak kisah.. asalkan orang ingat aku dan doakan aku, aku okay je. Hahahaha tapi memang tak sangka dapat ni. Ahhh rindunya Tia, Lisa, Zqah and Fazira!!!!



Birthday note daripada Anis ni lagi rare. Hahahaha dia main bantai je. But still, aku hargai sangat. Plus, aku rindu nak gaduh dengan dia. Ahahahaha

10. Kotak Gula Gula


Dua kotak gula-gula ni cikgu Zuhairy yang bagi. Sebab aku yang mintak. Hahaha. Aku simpan sebab setiap kali aku tengok aku mesti teringat aku ni student paling nakal suka sakat dia tak kira tempat. Kengkadang depan cikgu lain pun aku suka sakat dia. Pernah sekali tu sampai cikgu Lia pun gelak.

Okay….. kita stop sampai 10. sebab aku dah malas nak menaip. Ada lagi lebih 10 barang aku jumpa tapi aku sambung esok jelah okay…

Btw, thankyou very much dekat semua yang ikhlas bagi aku hadiah pesemua dan ingat birthday aku. Walaupun murah tapi ingatan tu.. tetap tersemat dalam minda dan hati selamanya. Love you guys!!!!

Xoxo, Fafa!


No comments:

Post a Comment