Monday 25 May 2015

Self-Confident Yang Kritikal

Assalamualaikum...
tiba-tiba nak menulis pulak. tapi line slow. penat tunggu nak bukak dashboard ni. hu hu hu!
berkat kesabaran aku (eleh aku tidur bolehlah) akhirnya dapat jugak menulis. yay! *melompat kegirangan*

tadi nampak hazim. aku pun dengan bahagianya jumpa dia. lama tak lepak sama-sama.
tapi dia pulak dengan bahagianya bagitahu aku yang isnin lepas cuti aku kena handle platun untuk perhimpunan kokurikulum. what the hell baebeh! dia tak tahu ke yang aku ni ada penyakit self-confident jatuh merundum. aku dah cuak gila ni. takut. aku manalah pernah hadap semua ni. time dekat semekap dulu aku follow the flow sebab aku platun. bukan KETUA platun. (sengaja aku caps lock. hahaha). aku memang nervous, nervous, and nervous!!!
merah tanda serius. *muka serius nak mati*

macam mana lah ni. aduh... dah lah kena hadap budak-budak lelaki mulut celupar, mulut tak ada lesen. perangai dorang mungkin akan menbuatkan aku punya self-confident jatuh merudum bagai saham bursa Malaysia yang jatuh merudum sebab kegawatan ekonomi. hahaha (apa kaitan doe).

okay. [talking to myself]
semua akan okay. just need a little practice. sedikit hafalan. and jangan lupa step.

I feel better now. Fuh~ ☺

kejap! alaa masalah platun pulak. mana aku nak cekau platun ni? majoriti semua tak tahu kawad. asas kawan pun tak tau. alaa! *nangis berguling*

ni yang nak marah ni. hazim sengaja nak torture aku! kejam gila. why me! why me! why me?

tak apa lah. redha je. apa nak jadi, jadilah. jangan tiba-tiba self- confident aku menjunam dah lah. elok-elok 100% tiba-tiba -100% hahaha!

hari ni boleh relax sikit esok tak ada paper. so, nothing to worry. kena study Perdagangan je. alaaaa... malasnya nak kena bawak testpad. malas, malas, malas. -..-"

dah lah. lagi banyak tangan aku menaip, lagi panjang aku mengarut. entah apa-apa lah~

sengaja share. hahaha!

**THE END**

Sunday 24 May 2015

Drama Melayu Zaman Aku Tadika




Assalamualaikum..
korang sihat? Alhamdulillah.

weh kurang dari sebulan kita nak puasa. tadi aku terringat zaman dulu-dulu. time aku umur 5 sampai 7 tahun. time tu aku memang addicted to drama melayu. drama melayu dulu best doh. nak-nak yang moral value dia tinggi. fuhh bila habis je cerita tu aku mesti nangis peluk ayah aku. ahahaha!

teringat dulu cerita Seutuh Kudrat Talian Kasih. ni antara yang aku tak boleh miss lepas balik tadika. sebab aku memang minat dengan watak Mariam tu. Lagi, Diari Ramadhan Rafique. ni time puasa lah. sementara nak tunggu berbuka tu. layan dululah.. haahaha~


OH I REALLY MISS THAT~

Aku sekarang dah jarang tengok drama-drama Melayu dekat televisyen. Rasa takde keinginan nak tengok. Kalau tengok pun tak sampai 10 minit, aku dah muak tengok cerita-cerita. Apa yang aku dapat simpulkan mengenai drama Melayu sekarang ni dah tiada variasi. Apa yang kita tengok dalam drama lepas, cerita tu juga diulang dalam drama lain. Kalau guna tema lain, mesti akan guna jalan cerita yang sama jer, sampai rosak terus tema tu disebabkan nak mengejar rating murahan.

  Perkara macam ni takde pula aku rasa dalam masa 10 tahun lepas, ketika aku sekolah rendah dulu. Kalau dulu, lepas balik sekolah mesti tengok televisyen. Bukannya nak tengok kartun, tapi tengok drama Melayu. Drama dulu-dulu memang best la, jalan cerita memang diolah dengan baik. Kiranya bukan hanya berfokus pada satu cerita. Drama dulu takde cerita yang memang boleh dijangka dari awal lagi ataupun tidak terlalu melampau kejutan yang akan dihasilkan. Isu stereotaip takde dalam skrip drama dulu.


Satu lagi yang tak best drama Melayu sekarang ialah sebab asyik muka sama jer berlakon.. Contoh bulan ni drama ni dia berlakon, tup tup bulan depan drama lain muka dia jugak.. Bukan ape kadang kadang bosan jugak kan.. Nampak sangat la kurang pelakon pelapis kat Malaysia ni.. Acce cuba bagi la watak-watak utama kat pelakon-pelakon baru ni atau asah bakat dorang untuk jadi pelakon mantap..

Drama Melayu sekarang pulak asyik-asyik fasal orang kaya, korporat, rebut harta, orang tua gatal, anak derhaka, scandal dengan laki/bini orang. Serius memang kurenggg sangat dah tengok drama Melayu sekarang .Slot cerekarama ke, samarinda ke, x layan sangat.. Bukan tak ade drama Melayu yang best sekarang cuma tak banyak macam dulu-dulu, cerita pun tipikal jer dah tau ending..

PENERBIT MALAYSIA... tolong lah kembalikan zaman itu~ zaman di mana drama melayu sarat dengan nilai dan pengajaran.

sekadar meluah pendapat~

one of my favourite movie. dulu dulu~ till now aku still gelak
**THE END**

Thursday 21 May 2015

Haters Yang Mental.~



、、ヽ`、ヽ 、ヽ`、ヽ`、ヽ ヽ`、ヽ、ヽ、ヽ`、ヽ、ヽ`
`、、ヽ`、ヽ 、ヽ`、ヽ Hujan Yang Renyai2...ヽ`、`、ヽ、
`、ヽ、ヽ``、、`、、ヽ`、ヽ 、ヽ`、ヽ`、ヽ ヽ`、ヽ、
`、ヽ、ヽ``、、`Membuatkanku Bertambah Syukur...、、ヽ`、
`、ヽ`、ヽ ヽ`、ヽ、ヽ、ヽ`、ヽ、ヽ``、、`、、ヽ`、ヽ
`、ヽ`、ヽ ヽ`、ヽ、ヽ`、Kerana...、ヽ`、ヽ、ヽ``、、`、
`、ヽ`、ヽ ヽ`、ヽ、ヽ、ヽ`、ヽ、ヽ``、、`、、ヽ、`、、ヽ、
ヽ Aku Ade Tempat Berlindung Dari Kesejukan...`、、ヽ`、ヽ、ヽ``、
、、`、、ヽ`、ヽ 、ヽ`、ヽ`、ヽ ヽヽ 、ヽ 、`、ヽ、ヽ、ヽ、`、
、ヽ`、ヽ`、ヽ、ヽ``、、`、、ヽ`、ヽ `、ヽ`、ヽ
Sedang Ramai Orang Lain Diluar Sana Tiada Rumah untuk berlindung...、ヽ
``、、`、、ヽ`、`、、ヽ 、ヽ`、ヽ 、ヽ`、ヽ` 、ヽ`、ヽ```
、ヽ、ヽ、ヽ、ヽ、ヽ、ヽ、ヽ、ヽ、ヽ、ヽ、ヽ 、ヽ`、ヽ`、`、、ヽ`、
、ヽ`、ヽ`、ヽ ヽ`、ヽ、ヽ、ヽ`、ヽ、ヽ`、ヽ`、ヽ`、`、、
ヽ、ヽヽ、ヽヽ、ヽヽ、ヽヽ、ヽ  (“.)ヽ、ヽヽ、ヽ、`、、ヽ`、ヽ 、ヽ`、ヽ
ヽ`、ヽ、ヽ、ヽ`、ヽ、ヽ``/█\.ヽ 、ヽ、ヽヽ、ヽヽ`、ヽ、ヽ`、ヽ 、ヽ`
ヽ`、ヽ`、`、、 ヽヽ、ヽ`_||_ヽ、ヽヽ、ヽ`、、|̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ ̲|̡̡̡ ̡ ̴̡ı̴̡̡ ̡͌l̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡l̡*̡̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡̡͡|̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ |`、

▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓

Assalamualakum.. sihat? Exam week semakin hampir ke garisan penamatnya. lepas ni tunggu result. oh takutnya~ *pengsan*
sebenarnya aku pun tak tahu nak cerita apa. tak ada topik yang spesifik. korang bagilah cadangan. nanti aku post. ngeh ngeh~

hmm kalau macam tu. aku nak cerita pasal apa yang jadi hari ni lah.

macam biasa lah. exam. hari ni paper sains. aku rasa macam aku boleh jawab je. tapi tak tau lah kalau salah. kan.. hahahaha!
aku ada cerita tak dekat korang pasal perempuan yang tak suka aku sebab aku suka dekat lelaki yang dia suka? kalau belum ni aku nak cerita. excited ni.

ada dua orang perempuan actually. ni yang aku tahu lah.
sorang tu nama dia Itaji (bukan nama sebenar), form 5 tahun ni. ah peduli apa aku. orang cari pasal dengan aku.. satu titik respek pun aku tak nak bagi.
sorang lagi ni nama dia Hafifi (bukan nama sebenar). dia ni sebaya aku. kelas lain. dia pandai sikit dari aku. >_<

Alkisah... [Hahahaha}

first aku suka dekat Ruha (dalam post sebelum ni ada aku sebut pasal Ruha. boleh je nak search.). korang pun tau kan aku suka Ruha tu since aku kat semekap lagi. aku masuk je sm3kb.. ada pulak nak caras dia. siapa lagi.. si Itaji tulah. aku tau lah dia suka Ruha dari form 2 like that. tapi itu hak aku lah nak suka Ruha. Soal hati siapa tau. paling aku marah nak mati (nak mati kau, hahaha) bila dia nak kecoh pasal aku bagi choki-choki kat Ruha. siap nak sindir-sindir kat twitter,

"Weh! Guna twitter tu sebar dakwah Islam lagi bagus tahu tak!"

tu kisah Itaji. meh cerita pasal Hafifi. (nama macam laki kau. haaa~) Hafifi mula macam tak suka aku since aku minat dekat Namia (Bukan nama sebenar). yelah. manalah aku tau si Hafifi tu suka dekat namia. kalau aku tahu, aku pun tah teringin lah nak suka dekat dia. tapi soal hati babe. bak kata Ammar kawan aku tu.. bila dah jatuh hati tu yang susah.

Tulusly, aku tak ada masalah dengan diorang tapi diorang yang ada masalah dengan aku.. come on lah. apa ni. pasal lelaki korang nak bermasam muka menjeling aku. SO CHILDISH!

aku tak faham dan aku takkan pernah faham dan aku tak nak faham kenapa diorang nak cari masalah dengan aku.
aku diam je ni. masih diam. kalau diorang still nak cari masalah dengan aku.. aku akan pastikan aku jadi api yang paling ganas untuk bakar hati korang. biar panas hangus hitam legam... itu janji aku. cehh seram je ayat. ahahaha!

akhir kata.. (macam speech puih)

hati aku.. aku je boleh kawal. orang lain.. NO TRESPASSING!

Hati orang kita tak boleh nak puaskan semua.
Baik puaskan hati sendiri.. lagi bahagia~ ♥
**THE END**

Takdir Yang Tak Dijangka

Kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,

Namun,
Jangan risau manusia
Allah itu tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnya

Percayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya !





**THE END**

Sebahagian Dari Hakikat Cinta

Assalamualaikum~
Seringkali kita menyebut cinta,namun kita tidakkan mampu menafsirnya dengan hanya satu maksud. Cinta adalah sesuatu yang sangat luas maknanya dan selalu kita menafsirkan cinta itu ekslusif tertakluk kepada hanya satu orang.
Alangkah rugi dan tertipunya kita bila kita menafsirkan begitu, sedangkan cinta itu amat indah jika kita memahami. Cinta yang ekslusif dan paling hakiki, adalah cinta kepada Allah dan Rasulnya sahaja. Satu posisi yang tidak boleh diganti dengan suatu apapun.
Kemudian, datang pula cinta ayah ibu. Cinta yang berkemungkinan menjadi satu dimensi. Hanya ayah ibu akan menyayangi dan mencintai anak-anak mereka, sedangkan, ada  anak-anak tergamak menghantar ayah ibu ke rumah-rumah orang tua.
Dan paling popular, cinta sesama manusia. Kita selalu mengharapkan sesuatu yang abadi dari cinta dua kekasih hati. Namun, alangkah sekali lagi tertipunya kita dengan "hakikat" ini. Allah menjadikan hati manusia begitu besar dan penuh cinta. Mahu tidak mahu, kita pernah bercinta, dicinta dan menyintai. Namun, pernah terjadi kita dilukai, dan kita "berjanji" tidak akan jatuh cinta lagi.
Namun, bila pintu hati diketuk, kita kembali membuka hati dan bercinta lagi. Kenapa? Kerana hati itu bukan milik seseorang.   Hati dan cinta itu milik Allah. Allah menciptakan hati manusia secara fitrahnya penuh cinta dan kasih sayang.

Kita sayang dan cinta kepada ibu ayah. Lain cara kita menyayangi ibu, dan lain pula cara kita menyayangi ayah. Kita cinta kepada kakak, dan kita sayang kepada abang adik. Kita pernah menyintai A, dan kini kita mencintai B. Bagi seorang insan bernama lelaki, lebih mudah mereka mencintai seorang, dua, tiga atau ramai wanita dalam satu masa. Itu fitrah mereka. Mereka cinta semuanya, cuma dengan cara dan situasi yang berbeza. Wanita juga mampu melakukan begitu, cuma wanita lebih setia dan lebih beremosi.
Menyintai ramai orang dalam satu masa bukanlah perkara ajaib atau buruk, kita juga ada mengalaminya. Ia seperti menyukai McDonalds dan KFC, epal dan oren dalam satu masa. Bukan bermakna bila kita memilih, kita sudah melupakan pilihan yang lain, cuma, dunia Allah ini luas dan bervariasi. Rugilah jika kita hanya boleh memilih "satu" sahaja.
Cuma, wanita lebih gerun jika perlu "berkongsi". Mereka lebih gusar jika tidak disayangi dan dicintai lagi. Namun hakikat kasih sayang seorang lelaki, jika dilayan dengan baik dan penuh cinta, kasih sayang dan perhatian mereka masih sama. Cuma mereka tidak buta. Lelaki fitrahnya melihat dan melindungi. Fitrah lelaki suka kepada yang indah. Jadilah yang indah di matanya. Indah itu subjektif.
Fitrah lelaki melindungi. Mereka mahu melindungi wanita yang malang. Seorang lelaki perlu melindungi seseorang wanita yang teraniaya, dan dia mungkin suami anda. Wanita tidak boleh melindungi wanita sepertimana lelaki melindungi wanita. Wanita boleh menyokong secara emosi. Itu adalah tautan yang paling kuat.

Berbalik kepada hakikat cinta dan menyintai, jangan ditanya siapa di hati. Hati dan cinta itu sangat luas, sangat subjektif dan sangat mendalam. Jangan berharap menjadi "yang satu" di hati, tapi berusahalah menjadi "Nombor Satu" dihatinya. Cinta manusia tiada yang hakiki. Ia boleh berubah dan diuji.
Kembalikan hati kita kepada Allah. Hati kita juga milik Allah. Kita juga boleh berubah hati bila Allah mengkehendaki. Cuma, bercintalah dengan ikhlas dan menurut syariat. Di waktu cinta itu masih ada, nikmatilah ia dengan sepenuh ikhlas dan tulus kerana apabila hati itu diisi lagi atau berhenti menyintai, sekurang-kurangnya kita pernah berkongsi sesuatu perasaaan yang indah.Perasaan yang dikongsi itu benar.
Berdoalah kepada Allah agar cinta itu sejati, kerana apabila diuji, cinta menjadi semakin hebat dan kuat~atau mungkin juga menjauh. Allah tidak zalim bila Dia memutuskan cinta antara dua hati- cuma sebenarnya Allah ingin mengajarkan kita tentang sesuatu atau mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi.


**THE END**

Dia oh Dia~


Assalamualaikum....

"It's sad actually to see that the one you always curse all this time are the one who always there when you were sad."


Sebenarnya, orang selalu tanya aku, ok tak ok tak? Dude, takkan aku nak cakap aku tak ok pulak kan? Actually, perempuan, aku rasa semua takkan kata tak ok bila orang tanya ok ke tak. Lain la kalau yang memang kategori 'ask-for-sympathy' tuu. Macam tak faham pulak --. Aku tak suka tunjuk aku tak ok, kay? :(

"A smile can hide billion of tears"

Prinsip yang aku pegang dari dulu sampai sekarang. Kadang-kadang orang memang nampak aku macam orang gila sebab asyik happy-go-lucky je, tapi orang tahu ke isi hati aku sebenarnya? Tak pun. Ternyata manusia suka 'judge a book by its cover', kan? Bukan mintak orang faham isi hati aku, tapi tu lahh, jangan ingat setiap orang tu tak ada masalah masing-masing. Tapi bila ada masalah, jangan kecoh pulak, huhu. Tapi tu lah, masalah jangan dipendam, ek? Huhu tengah cuba mencari KAWAN SEJATI yang setia MENANTI setiap masa tidak kira apa jua berlaku ;)

"Kawan sejati takkan berubah hati walau musim berubah"

This word aku pegang since aku tengok cerita Horee Hoore. Setakat ni, aku takpernah lagi jumpa lah so-called kawan sejati :) Pernah la SEKEJAP, erk? Tapi ternyata dan terbukti, masing-masing panas dan tak sehaluan serta  sering kutuk-mengutuk di belakang bagai stab on the back. Tak guna jugak. Kan? Yang ni, bukan aku yang masalah hahahahaha. Aku dah kaji, ceyy! Hmmm, perkara remeh sering diperbesar, perkara yang patut tidak dicampur, sering dijadikan perbalahan. Kadang-kadang terasa bodoh apabila tidak dapat mengatasi EGO masing-masing. Tapi adakah dia sedar? :) BIARLAH :) Semoga Allah merahmatinya, hahaha macam dah nak mati je -.-'

nak je cakap dekat dia, "GET A NEW LIFE" or "GET A NEW ROOM" , "You were just blocking my way"
KBYE.

Ehh? Kenapa cakap pasal ni? Hahahaha ok berbalik ke jalan yang benar, huhu. EGO ni kena atasi like all the time, baru la boleh ngam dengan semua orang, ek? Setuju-setuju tapi tu lah masalahnya sekarang ni, aku ni...... haih. Ramai je orang dah selalu sabar dengan aku. Act, sekarang ni pun tengah ada orang sabar je dengan aku. 

To you:
"walau apa pun yang jadi.. ingat. yang kau akan jadi sahabat aku sampai liang lahad."

**THE END**

Wednesday 20 May 2015

SyzFReview : Telemovie Ada Sejadah Panjang Terbentang


Assalamualaikum. siapa tahu scene ni dalam cerita apa.?

yes. telemovie Ada Sejadah Panjang Terbentang. baru je ditayangkan 18 May hari tu dekat TV9.
watak utama dia Beto Kusyairi dan Siti Saleha. gandingan hebat ni. jangan tak tau.

sedikit pasal cerita ni bagi yang belum tengok.

Cerita pasal perjalanan cinta Taufik (Beto Kusyairi) dan Siti Aishah (Siti Saleha) yang mencabar bagai ombak mengganas di laut yang luas. kisah cinta mereka ni bermula bila keluarga Aishah meminang Taufik. keadaan ini menimbulkan rasa tak puas hati Azmi (Erry Putra) yang juga sukakan Aishah tapi lamarannya ditolak keluarga Aishah sebanyak 3 Kali.
Aishah dengan Taufik ni tak pernah berdating.. hanya surat sebagai penghubung. Taufik ni pun seorang yang baik. susah nak describe. kalau nak tahu kena tengok sendiri.
Sampailah hari mereka ni nak dinikahkan.. Azmi datang buat kacau depan rumah Aishah dan tanpa disangka.... wajah Aishah disimbah asid oleh Azmi. Lelaki mana yang tak marah bila dapat tahu bakal isterinya kena simbah asid... Taufik serang Azmi di rumahnya. mereka berdua ni pun bergelut mempertahankan diri masing-masing. tak sangka, Azmi pulak mati lepas jatuh dan kepalanya terkena batu. Taufik dipenjara.
7 tahun Aishah setia menanti. tapi Taufik minta putus. namun Aishah tetap setia. sampailah Taufik dah dibebaskan. Tapi adik taufik, Budi (Nas-T) pulak memberontak dan tak suka dengan kepulangan abangnya. ia merasakan Taufik punca keluarga mereka dipulaukan.
Budi juga dalam diam mengupah mak andam untuk meminang gadis pilihannya namun ditolak. keadaan semakin tegang bila Budi menyalahkan abangnya. maknya yang cuba meleraikan dua beradik ni berakhir dengan kematian. mak Budi dan Taufik meninggal kerana Budi secara tak sengaja menolak maknya sampai jatuh.
lepas pengebumian arwah maknya, Budi halau taufik keluar dari rumah dan Taufik duduk lah menumpang di pondok buruk dalam kebun buah.
Nasib Budi tak berapa nak baik bila dia dipukul Lintah darat kerana tak membayar hutangnya. Pak Saad memberitahu Taufik tentang keadaan Budi. Taufik dengan rela hati mengeluarkan simpanannya demi Budi yang dalam kesusahan namun syarat diberikan agar Pak Saad tak beritahu yang Taufik yang bagi duit itu.
Pak Saad tak sampai hati tetap memberitahu budi perkara sebenar, Budi rasa bersalah yang amat pergi ke pondok buruk Taufik untuk meminta maaf. pintu dibuka kelihatan Taufik baring pengsan. Taufik disahkan menghidap kanser otak. dan kerana itulah dia memutuskan hubungannya dengan Aishah ketika didalam penjara. kerana Taufik tak mahu buat Aishah sedih dan terbeban, dia juga tak mahu Aishah menjadi balu dan ditinggalkan selama-lamanya.
Pak Saad yang mengetahui hal itu pergi kerumah Aishah dan memberitahu kepada keluarga Aishah.
Aishah terkejut dan terus ke rumah Taufik untuk meminangnya. baginya dia rela menjadi isteri Taufik walaupun hanya satu saat. Asalkan dirinya menjadi isteri buat Taufik.
Usai akad nikah.tibalah masa menyarungkan cincin. lepas dahi Aishah dicium. Taufik rebah dan pergi buat selama-lamanya..

sedihkan ending dia..lagi sedih kalau korang sendiri tengok cerita dia. boleh je tengok online. search dekat google bersepah link.

pendapat aku...

cerita ni memang menyentuh hati and cerita ni mengajar kita yang jodoh tu tak perlu dikejar. dia akan hadir dengan sendiri. cukuplah hanya memohon kepada Allah agar dikurniakan pasangan yang baik dan beriman. satu lagi pengajaran yang aku dapat is kalau baiklah akhlak seseorang tu. orang yang akan masuk meminang dia. bukan dia. hebatnya cinta berpaksikan cinta kepada Allah. Siti Saleha and Beto Kusyairi bawak watak Aishah dan Taufik dengan baik sekali. menyentuh hati aku sampai menitis air mata aku. jalan cerita yang menarik dan pelakon yang hebat. tak mengecewakan aku lah. tahniah kepada krew produksi telemovie ini. 5 stars!

Jauh mana terpisah.. kalau dah jodoh pasti bersatu.
**THE END**

Cinta dan Cinta



Assalamualaikum.
lamanya tak bukak blog ni eh silap. lamanya tak tulis entri kat blog ni.
*yelah, aku update pun siapa nak baca kan?* [ayat pasrah]

nak kata je. minggu ni minggu exam. penat tahap paling tinggi lah. nak-nak time exam paper sejarah kertas 3 tadi. SADIS! rasa nak patah tangan menulis 3 helai kertas 6 muka surat. PENAT TAU TAK!
tapi nak buat macam mana.... dah kena buat. kalau tak exam karang kosong.. tak pasal-pasal kena nyanyi lagi najwa latif. hahaha!

sebelum tu, aku nak ucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yang dah banyak didik aku dari aku dekat Tadika Mahkota, kelas Al-Quran, SK Ampang Pecah, SRA Kuala Kubu Bharu, SMK Ampang Pecah, Pusat Tuisyen Sinar Gemilang, Cikgu Ani and latest SMK Kuala Kubu Bharu... semuanya awesome!

cakap pasal hari guru... haritu aku tengok cerita sempena hari guru. tapi aku tak ingat tajuk dia. yang aku ingat dia pasal ada cikgu baru nama Asyraf mengajar kat sarawak. then ramai gila minat dia sebab dia handsome, jambu, mesra pelajar, peramah, baik blablabla...
tapi aku tengok tak tengok dari awal. tengok part klimaks. (Komsas sangat kau ni.)
Cikgu Asyraf tu ada cakap..
"Jadikan cinta kamu terhadap si dia sebagai satu semangat untuk kamu belajar."
deep gitu. cakap pasal cinta ni laju je tangan nak menaip. hahaha!

aku tulis berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku lah.

Cinta tu memang luar biasa.
boleh jadikan yang kuat jadi lemah.
yang bodoh jadi bandai.
yang sentiasa merendah diri menjadi terlalu yakin.

tak salah nak mencintai seseorang. tapi jangan lah terlalu asyik bercerita tentang si dia.

"malam tadi aku bergayut dengan hubby busyuk aku. manja je."

"Baby boo aku setiap hari kata dia cintakan aku"

"Bestnya dapat kahwin dengan cinta hati aku. dia lah sebaik-baik manusia."

ustazah aku sendiri kata.. hukum bercinta sebelum nikah tu HARAM. aku pun tahu, haram pun sebab dia mendorong kita ke jalan maksiat.

"couple ni sebab nak kenal je."

mula-mula berkenalan. lepastu bercinta-cintaan. bermanja-manja. tak rasa berdosa ke? bermanja-manja dengan yang tak halal. aku cakap sebab aku dah pernah rasa. suatu ketika dahulu aku pun jahil. tapi ilmu tu harus dicari. dipelajari. kalau tak selamanya kita ni jahil. Islam menyuruh kita bertaaruf. berkenalan sambil disaksikan keluarga atau mahram. so tak adalah maksiat.

"sunyilah kalau sehari tak jumpa dia. tak chat dengan dia."

ni lah aku nak cakap. masa kau belum kenal dia, aku tengok kau okay je. tak mati pun. ni sejak dah kenal si dia, terus mati kalau tak jumpa? kalau sunyi Allah kan ada. kita je yang kadang-kadang lupakan dia. (sama lah dengan aku).

sekarang ni ramai nak lelaki yang soleh. yang handsome. yang pandai mengaji bla bla bla. [termasuk aku] tapi pernahkah kita tanya diri kita. solehah kah kita? solat pernah ponteng tak? pegang Quran berapa kali setahun?

maaf andai mengguris perasaan readers.

Tepuk dada tanya iman....

.
.
..
...

Cinta yang suci adalah cinta yang ikhlas kerana Allah
**THE END**