Thursday 26 February 2015

Cuti-Cuti CNY

Assalamualaikum. aih lamanya tak jenguk blog ni. readers rindu tak? tak rindu? okay fine!
haha joking! bila lama tak bukak, banyak la yang nak di ceritanya.

well, minggu lepas Chinese New Year (CNY). so aku dengan family decided nak balik kampung. hmm macam seronok. memang lah seronok. JAMMED!! penat kot. dari pagi gerak, sampai kampung about 6:30 pm. Really can't believe it! Sampai je kampung, aku terus sergah Ariq (dua pupu aku,). wonderful beibeh spending time with the cutest family member.
second day tu pulak, aku merewang ke rumah tok busu (tok sedara aku). Tok ni dia adik bongsu nenek aku, Tok Seri. hmm rindu arwah Tok Seri. [Al-Fatihah]
tak lama lepas balik dari rumah tok busu, Busu Aman pun datang. <dia ni paksu aku, adik bongsu mak aku.> maksu aku, busu am ngan anak bongsu dia pun ada [faiq]. dah panjang duh faiq. haha!
we really enjoyed this gathering. petang tu Pak Kutip pulak datang. [okay dia ni uncle aku. real name dia Misman but nickname is Kutip.] seronok sangat bila balik kampung ni. tulah aku nak plan raya ni balik kampung. bosan ahh raya kat KKB je.
okay okay, Last day before aku balik KKB, aku sempat singgah rumah cousin aku, Ungku Khatijah a.k.a Finas. kebetulan mak dia a.k.a makcik aku pun ada. rindu sangat dekat dia. huhuhu. aku paling suka makcik aku yang sorang ni sebab dapat korek pasal Tunku Jalil. hehehe. haritu mak we kata dia dah tunang. wuu~ dengan sedara mara Siti Nurhaliza kot. yelah nak buat guane, kawan baik Siti Nurhaliza.. hahaha dah dah dah. stop cerita pasal CNY holiday...

*sniff sniff*

ngantuklah. nak tidur. assignment tak siap lagi. esok nak kena hantar dah! mampus gue! T^T
 p/s : Cikgu Zulfakar... extend laa tempoh laaaagi. huhuhuhu!



**THE END**

Wednesday 4 February 2015

New School, Unexpected Things Happened.

Assalamualaikum guys! hello!
sihat ke wahai readers ku sekalian? Alhamdulillah.

ceh ada post mesti ada cerita. [eh mestilah] *gelak*

aku nak cerita sikit ni pasal sekolah baru aku. yelaa SM3KB tuu... kejap je dah nak masuk sebulan aku dekat sekolah tu. benda-benda a.k.a perkara yang aku rancang sebelum menjejakkan kaki ke sekolah tu sedikit demi sedikit banyak yang 'burn' *nangis. tenyeh mata*

antara perkara yang aku rancang is, aku dah plan nak masuk PRS sebab nak sambung jawatan PRS kat sekolah lama aku. tapi aku tak masuk. sebabnya aku tak tau nak cari siapa. -_-
lepastu, aku dah plan nak masuk kelab UBK (Unit Bimbingan dan Kaunseling).. tapi aku masuk Kelab Kebudayaan. sebabnya aku tak tau kat mana 'sarang' perjumpaan Kelab UBK. T-T

dan tadi.... tanpa aku sangka... aku TERmasuk saringan untuk teater. [sengaja aku caps lock 'TER' tu menandakan aku ni memang tak sengaja]... watak yang aku dapat time saringan tu pulak watak kanak-kanak... and dalam hati aku kata "what the hell is going on Fafa? kau masuk teater? unbelievable!" Aku lagi lah tak percaya. macam mana lah aku boleh terjebak dalam teater? takpelah aku pun minat teater. tapi boleh ke aku ni berlakon? hafal skrip? err? *garu kepala*

takpe. doakan aku boleh! Fafa boleh! chaiyok! chaiyok! *angkat tangan* ☺

haa ni nak cerita ni tadi kan.. kan.. kan.. [terlalu banyak 'kan'] -_- aku pergi kelas ST (Sains Tulen). time tu pulak time rehat. lepas tu bila dah habis rehat, aku pun nak turun balik ke kelas aku yang jauhnya macam dari Kolumpoq (Kuala Lumpur) ke Peghlis (Perlis) hahaha! nampak beno nipu nya!
and suddenly, aku tertembung dengan 'dia'. ouch. for the first time in forever.. mata bertentang mata. tapi aku tak tegur dia lah. malu *tutup muka dengan bantal*. dan sejak dari peristiwa ajet-ajet shuwit tu.. hati aku berdegup kencang tanpa henti. [ceh memang lah. sebab aku berlari nak balik kelas] hahaha!

ahhh! apa yang penting.. aku suka sekolah baru ni! semua orang peramah! ^_^

p/s : guess what! aku dengan Hazim baik duh! tak macam time sekolah rendah dulu. asyik nak cari pasal je.  suka! suka! suka x100 kawan dengan dia. HAHAHAHA!

dah lah penat nak bebel panjang-panjang. *sniff-sniff*

be yourself. tak perlu takut untuk jadi berbeza! *smile*

**THE END**

Monday 2 February 2015

Senarai penuh pencalonan Anugerah Meletop Era 2015 (AME 2015)

Berikut adalah senarai penuh pencalonan AME 2015:

Drama TV Meletop
1) Bukan Kerana Aku Tak Cinta
2) Kerana Terpaksa Aku Relakan
3) Hantu Selfie
4) Aku dan Wali
5) Suamiku Encik Sotong

Artis Lawak Meletop
1) Zizan Razak
2) JEP Sepahtu
3) Johan
4) Abam Bocey
5) Jihan Muse

Hos TV Meletop
1) Datuk AC Mizal
2) Zizan Razak
3) Nabil Ahmad
4) Neelofa
5) Datuk Aznil Nawawi

Pelakon TV Meletop
1) Sharnaaz Ahmad
2) Zul Ariffin
3) Amar Baharin
4) Nelydia Senrose
5) Zizan Razak

Program TV Meletop
1) Maharaja Lawak Mega 2013
2) Konsert Akhir AF 2014
3) Anugerah MeleTOP Era 2014
4) Anugerah Juara Lagu ke-28
5) Ceria Popstar 2

Lagu Meletop
1)Mewangi - Akim & The Majistret
2) Jaga Dia Untukku - Datuk Siti Nurhaliza
3) Matahari - Hafiz Suip
4) Infiniti Cinta - Zizan & Kaka
5) Malaikat - Hazama

Penyanyi Meletop
1) Akim Ahmad
2) Datuk Siti Nurhaliza
3) Hafiz Suip
4) Shila Amzah
5) Hazama

Grup Duo Meletop
1) Akim & The Majistret
2) Zizan Razak & Kaka Azraff
3) Forteen
4) Mawi & Datuk AC Mizal
5) Sleeq ft Joe Flizzow

Penyampai Radio Meletop
1) Johan
2) Haniff
3) Feeya Iskandar
4) Ray
5) Raja Azura

Program Radio Meletop
1) JoHaRa Pagi Era
2) Pilih Hit Era
3) Petang Era
4) Morning Crew
5) Sinar Pagi

Filem Meletop
1) Abang Long Fadil
2) Mat Tudung
3) Ustaz Mu Tunggu Aku Datang
4) Sejoli
5) Penanggal

Bintang Filem Meletop
1) Nelydia Senrose
2) Zizan Razak
3) Shaheizy Sam
4) Nora Danish
5) Bront Palarae

Fesyen Meletop
1) Nur Fazura
2) Zizan Razak
3) Datuk AC Mizal
4) Wak Doyok
5) Nabil Ahmad

Artis Baharu Meletop
1) Ayda Jebat
2) Firman
3) Aman
4) Atikah Suhaimie
5) Amyra Rosli

Bintang Online Meletop
1) Emma Maembong
2) Zizan Razak
3) Datuk Siti Nurhaliza
4) Aaron Aziz
5) Hanis Zalikha

Couple Meletop
1) Scha Al-Yahya & Awal Ashaari
2) Rozita Che Wan & Zain Saidin
3) Aril AF & Puteri Emma Adlinda
4) Irma Hasmie & Redza Syah
5) Syamsul Yusof & Puteri Sarah




Peminat yang ingin mengundi artis kegemaran mereka boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara-cara mengundi dengan melayari www.meletop.com.my atau www.facebook.com/meletop.

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2015/01/senarai-penuh-pencalonan-anugerah.html#ixzz3QbH7HtXj


p/s : abop jangan lupa undi atok tirik kita, Amar Baharin. click vote tiap2 hari!!! hohohoho

p/s lagi : yang aku bold warna pink tu adalah kegemaran aku. he he he he!!!! ☺

**THE END**

Terdiam Hanya Diam

Assalamualaikum. Lama kan aku tak bukak belog ni. *nada serius*
Harini aku nak cerita pasal somebody yang aku minat since 4 bulan lepas. Hmm aku fikirkan lepas aku jumpa dia 4 bulan lepas kat satu kem ni, aku takkan jumpa dia lagi. Rupanya rezeki aku, bukan setakat dapat jumpa dia.. Tapi dapat jadi schoolmate dia lagi. Tak sangka aku tergerak hati nak turut cakap mak aku suruh tukar sekolah.  Seronok dapat tengok muka dia lagi. Tapi kali ni aku dah tak mesra dengan dia macam dekat kem dulu. Sebab aku tak berani nak tegur dia. Aku hanya memerhati dalam diam. Kadang-kadang tersenyum. Kadang-kadang menangis. :")


Haa aku ada tulis something untuk dia. Special. Luahan hati aku yang nampak sedih tapi entah lah. ^^

Assalamualaikum.
Minta maaf andai ada salah dan silap.
Cinta dalam diam.. Hmmm..
Siapa sangka semua orang pernah rasa macam ni kan?
Tak salah sebenarnya mencintai seseorang itu dalam diam.
Bahkan itu lebih baik daripada menyatakan cintanya kepada yang belum tentu menjadi yang halal untuknya.
Bukankah itu lebih baik?

Setiap kali bila aku nampak dia,
Walaupun dari jauh,
Hati ni gembira ada, sedih pun ada.
Gembira sebab dia selalu muncul dengan wajah tenangnya,
Ramah tingkah lakunya,
Berani bersuara dalam menyatakan yang hak.
Dan rasa sejuk mata bila memandang dirinya.

Aku jadi sedih bila kenangkan dosa-dosa yang aku dah buat.
Andai takdir dah tertulis yang dia benar akan menjadi imamku,
Janganlah bagi dia tanggung kesemua dosa-dosa aku.
Sungguh aku tak sanggup melihat dia menderita di akhirat kerana aku, Ya Allah.
Terkadang hati ni merasa aku tak layak memiliki dirinya.

Bila fikir balik, ada benar jugak kata-kata ni :
"Solehah itu tidak terlihat pada cantiknya wajah.
Tetapi pada cantiknya iman.
Tidak pada kulit mulus,
Tapi pada hati yang mulus.
Bukan pada karier hebat,
Tapi akhlak yang hebat."

Lagi baguskan jika rohani dan jasmaninya kacak.
Bertuah orang yang berjaya memiliki insan mulia semulia hatinya juga.

Aku masih ingat lagi,
Kali pertama aku mendengar suara dia,
Mendengar kata-kata semangat darinya,
Aku dah mula jatuh cinta dekat dia.

Tapi entah kenapa diri ini terasa hina nak berkenalan dengan dia.
Apatah lagi nak bergandingan dengan dia,
Insan yang selalu merendah diri.

Cukuplah hanya Allah yang tahu betapa besarnya cintaku terhadap dirinya.
Walaupun Cuma dalam diam.
inshaAllah aku gembira.
Semoga dia bahagia bersama insan yang menjadi pilihan hatinya.
Amin.. inshaAllah.

Tapi aku tetap berdoa. Andai dia adalah jodoh aku.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia (S) milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengann hatiku.
Titipkanlah kebahagiaan antara kama
Agar kemesraan itu abadi

Ya Allah..
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani
Seringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami.

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh danpada pandanganku
Luputkanlah dia dan ingatanku
Dan periharalah aku dan kekecewaan..

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja yang merah..
Agarku sentiasa tenang.
Walaupun tanpa bersama dengannya

Va Allah yang tercinta
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu
yang daifini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat
membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Serikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dar azab api Neraka...
Amin. . . amin...Ya rabbal aalamin.

Salam'alaik.

Maaf ye, post kali ni memang panjang. Luahan hati la katakan. He he he. ☺


**THE END**