Monday 16 November 2015

Fafa Jaynee and Ulats

Assalamualaikum. Hai. Hari ni aku tengah ada mood nak berblogging. Hahahaha. Baru nak ada mood. Duh. Nak cerita.. dan ceritanya macam gini;

Masa : tengahari
Tempat : rumahku bukan rumahmu.

Ma panggil aku yang tengah syok main Templer Run 2. Aku pun turun lah. Then mak aku kata.. potong serai basuh blablabla. Lepastu bila aku dah buat ma kata tolong buang sampah ni. Aku pun bukak penutup sampah tu dan aku terasa ada benda jatuh ataih kaki aku. Ohmaigadddd itu adalah ulat sampah yang menggelikan!!!!! Segala carutan aku hamburkan dan ma hanya gelak golek golek. (p/s : mak aku tak tergolek okay.) Sambil berjalan menuju ke tong sampah besar... aku pun menyumpah ulats tersebut. BANYAKKKKK gila woiii.

Dan sejak itu.. aku menolak dan menentang sekeras-kerasnya ulat yang menggelikan dan semua jenis ulat. Kecuali ulat gonggok sebab aku suka main. Nak nak bila time dia gulung badan dia.

Dan moral of the stories...
Buang lah sampah setiap hari atau ulats sampah yang berpunca dari lalat ni datang menyerang tong sampah kau. Eww...

**THE END**

Cuti dan Birthday Blog ♡

Assalamualaikum. Hai semua. Lamanya aku tak on belog kesayangan aku ni. Rindu aku tak? (Tak lattew. Yelah)
Pejam celik pejam celik dah nak hujung tahun dah. Berapa hati je lagi dah nak cuti. Dan itu bermakna SPM makin menghampiri aku. Huhuhu. *menangis tak berlagu*
Dah dua tahun aku handle blog ni. Dari zaman aku pakai bahasa McM GiNieW TaW sampai lah guna bahasa standard tak ada short form. Heh. Standard. Sempena ulangtahun kedua blog ni bulan lepas.. nak bagi ucapan sikit. (Eleh. Macamlah korang ni baca. Hahaha).

First of all... thanks lah dekat korang semua sebab sudi baca blog aku yang tak seberapa ni. Baik yang setia mengikuti mahupun yang tak sengaja tertekan link blog aku. Sebenarnya kalau ikutkan aku malas gila nak update, melawakan atau mencantikkan blog ni. Tapi disebabkan aku tengok viewer yang tak putus melawat.. aku gagahkan jugak. Muahcikeds. Thanks jugak dekat korang yang setia baca blog aku dari zaman blog aku punya link pelik-pelik. Sampai aku dah stick on one name.

Dah lah. Rasa sedih pulak buat ucapan cenggini. Padahal takde orang baca pun. HAHAHAHAHA.

Okaylah. Tu je aku nak cakap. Bye semua.

**THE END**