Wednesday 6 October 2021

Soalan Ketika Beli Laptop Baru: Edisi Zero Tech Knowledge

 Assalamualaikum hai guys.. sejak start cuti sem ni rajin pulak aku update post blog eh? selalunya kena palau teruk blog ni.. tapi takpela... dah alang alang cuti takde nak buat apa baik aku menaip je.. biasakan diri banyak menaip, nanti masa buat fyp dah biasa lah.. bak kata orang tua-tua dulu, alah bisa tegal biasa.. ahhhhgitewwww.

jadi macam yang tertulis dekat title tu.. hari ni aku nak share la cara cara nak beli komputer.. or laptop.. or phone... (wait, you said laptop on your title... -_-)

aku buat post ni sebab kebetulan aku pun baru beli laptop sebab.. u know... online classes literally killed my old laptop.. and my soul. Thanks to Zakat Wakalah Surau An-Nur RHB sebab luluskan permohonan aku untuk bantuan beli laptop ni.. sebab i'm broke af. Jadi, aku beli laptop ni dekat area rumah aku je sebab rentas daerah tak boleh and aku tak percaya dengan courier kalau nak beli through online shopping website. 

ps: Sesiapa yang duduk area Hulu Selangor especially Rasa, Kuala Kubu Bharu, Ulu Yam dll kalau nak beli laptop boleh cari kedai WAJUNA ENTERPRISE di alamat No 31, Jalan Meranti 2C, Seksyen 3, Bandar Utama Batang Kali. The owner are supeeeerrrrr friendly. lembut je dia explain and jawab segala soalan aku. #SupportMelayu tibeh. 

Ok back to the story... Sebenarnya post ni aku buat based on pengalaman aku beli laptop dengan pc dulu-dulu. So, ini hasilnya... sebuah post yang boleh membantu korang semua baru-baru nak beli laptop. 

1. Processor apa?
Ni soalan first aku tanya masa aku nak beli. jadi aku tau lah laptop aku ni guna processor apa. Processor ni dia ada banyak. ada Intel, ada AMD Ryzen, ada Athlon.. yang paling femes sekarang ni Intel i3, i5, i9 dengan AMD Ryzen. ada juga Celeron dengan Pentium tapi orang kata Celeron dengan Pentium ni lama.. jadi laptop akan slow. Selain tanya jenis processor apa yang seller suggest kat kita,  boleh juga mintak dia explain apa beza processors ni semua. Macam yang termaktub dalam Hak Pengguna KPDNHEP no 3, Hak pengguna untuk mendapatkan maklumat. gitchuwww #ExAhliKelabPenggunaSekolah

2. Storage berapa besar? Boleh Tambah tak?
Lepas dah tau processor laptop kita jenis apa, kita nak lah juga tau berapa saiz storan simpanan komputer kita ni.. yela, kalau tak tau macam mana kita nak simpan koleksi drama korea yang kita dah download dekat telegram kan kan kan kan? hehehhehehehehe. Sekarang ni kebanyakan laptop dah berpindah kepada SSD. tapi apa pula SSD ni? biasa kita dengar HDD atau Hard Disk Drive kan? SSD ni singkatan daripada solid-state drive. ia juga dikenali dengan nama flash drive disebabkan kemampuannya membaca data selaju kilat.

Tibeh Lightning McQueen

Tapi disebabkan SSD ni mempunyai kelajuan membaca data yang tinggi, maka harganya pun tinggi juga berbanding HDD. Sebab tu kalau anda survey laptop, kebanyakan yang berharga bawah RM2,000 mempunyai SSD yang bersaiz 256GB. mana cukup nak simpan drama korea Crash Landing On You, Vincenzo, Penthouse pun dah masuk 3 musim. Jadi kita boleh tanya "Bang boleh tak tambah/upgrade storage?" kebiasaannya untuk storage tambahan, seller akan suggest dekat kita untuk masukkan HDD sebagai secondary. Kenapa? Sebab HDD lebih murah. Korang boleh tengok perbandingan harga SSD dengan HDD dekat shopee kalau nak senang. Oh jangan lupa, sekali lagi boleh mintak seller korang tu explain.. apa beza HDD dengan SSD ni.

note: tapi korang kena ingat.. (ni in case lah seller korang tak bagitahu ke) SSD ni dia sensitif dengan suhu yang tinggi. Kalau SSD ni dia beroperasi pada suhu yang tinggi, elektron (atau senang cerita benda dalam body SSD tu) boleh bocor tau. jadi pengaliran udara tu amat penting.

3. RAM berapa?
This is another soalan basic yang boleh korang tanya masa survey/beli laptop. RAM ni singkatan untuk Random Access Memory. RAM ni sejenis memory. tapi memory yang dia simpan hanya untuk jangka masa pendek. which means, kalau kita shutdown laptop, maka semua maklumat yang RAM simpan ni akan hilang. gittew. RAM ni juga merupakan memori yang meruap (volatile). Meruap kat sini maksudnya data yang disimpan RAM ni akan hilang bila sumber tenaga hilang atau lagi mudah bila kita off laptop la. Jadi RAM ni membolehkan kita multitask dalam satu masa misalnya buka tab Chrome banyak-banyak dalam satu windows. kalau RAM kita kecil, maka performance laptop kita akan jadi perlahan. tu yang tersekat sekat. Kalau anda beli laptop, RAM biasanya minimum 4gb. cukup untuk buat kerja editing menonton filem dan sebagainya. tapi kalau anda jenis suka buka tab chrome banyak banyak banyak like banyak gila atau nak main game, disarankan untuk memilih RAM yang lebih besar seperti saiz 8gb.

Ini cara macam mana RAM bekerja

lepastu korang boleh juga tanya spec-spec tambahan macam graphic card ke, additional storage ke. Macam aku, seller bagitahu yang aku punya laptop ni dah ada registered Microsoft Office (but before that aku kena bagi nama dengan no ic la untuk dia register account outlook)... lepastu seller ada juga offer nak install kan software tambahan (tapi crack version la) based on apa yang kita perlukan. macam aku haritu, aku request Filmora, Adobe PS dengan Ilustrator. And dia ada bagi aku sekali software Al Quran dalam Microsoft Office. Tapi aku rasa ni kalau aku budak Islamic Studies perlu la kot sebab nak masukkan dalil dalam thesis, assignment pesemua. Tapi takpelah.. mana lah tau kot lepas ni nak guna ke.. Benda dah ada. hehe. Apa lagi eh yang ada...?

Oh ya, seller pun ada tambah sticker arabic character dekat keyboard aku. tetiba penyesalan melanda sebab tak jumpa seller ni dari awal. Yela before this kan aku ada ambik course bahasa arab. payoh terrr nak buat skrip tak ada guide dekat keyboard. Nak pakai On Screen Keyboard pak ah leceh gila. Tapi satu jela, lepas dah pasang sticker tu, terus tak menyerlah la backlit aku. sksksksksk

Jadi in conclusion, based on soalan-soalan yang aku dah nyatakan dekat atas ni, jadinya aku  beli la sebuah laptop jenama Asus (padahal aku dah janji tu dulu taknak beli Asus. Dasar janji pelesu....) model A416J dengan spec 500gb SSD, 4gb Ram, 1TB HDD as secondary, installed filmora, adobe ps, illustrator, MS Office dengan harga RM2.8k lebih kurang. So far lepas sebulan lebih pakai laptop ni memang aku puas hati gila la. And the best part is the MyAsus Apps. Masa aku pakai laptop yang lama tu, aku tau je pasal MyAsus ni. Tapi aku tak guna sangat sebab nothing interesting. Tapi tapi tapi..... untuk laptop baru ni aku macam shock lah sikit sebab yang pertama ada Link To MyAsus. Jadi aku boleh connect phone aku dengan laptop through Link To MyAsus ni. yang kedua is battery setting dia. aku boleh set nak perfomance dia cane. Jadi lepas aku takyah lah risau lagi kalau ter plugged in lama-lama. Sebab aku boleh set limit charging either sampai 80% atau takat 60%. Jadi lepas ni takkan ada lagi isu overcharge. But still kena hati-hati la. bukan boleh main redah je.

Aku rasa tu jela kot yang aku nak share pasal benda-benda laptop ni.Ni based on pengalaman dan pengetahuan aku la as newbie. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tanya mana mana kedai yang berdekatan dengan korang. 

Selamat memilih laptop.

XOXO, FJ