Thursday 9 May 2019

#EffjayMasak: Siakap Stim @ Kukus

Assalamualaikum. Hi guys.

So today aku nak share lauk paling senang tapi sihat. hehehhehe

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan siakap (saiz sederhana)
  • 1 batang serai (di racik halus)
  • 2 ulas bawang putih (di tumbuk)
  • 2 ulas bawang merah kecil(ditumbuk)
  • 2cm halia (di racik)
  • 4 ulas cili padi
  • 2 sudu sos tiram
  • sedikit sayur (bunga kobis,lobak merah)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 3 btg daun sup (di racik)
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1 biji limau nipis/3 biji limau kasturi

Cara menyediakan dan memasak:

  1. gaulkan ikan bersama garam,sos tiram.kemudian masukkan bawang merah dan putih yang telah di tumbuk serta halia & serai yang di racik
  2. perapkan seketika lebih kurang 15minit didalam loyang.sementara itu panaskan pengukus.
  3. masukkan loyang ke dalam pengukus tadi dan kukus ikan yg di perap tadi selama 10 minit
  4. masukkan bancuhan tepung jagung (air jgn byk..nnti bnjir pulak ikan tu)
  5. campakkan sayuran2 dan cili api
  6. selepas 5minit,tada..da siap..perah la asam limau dan tabur la daun sup..untuk hiasan

No comments:

Post a Comment