Sunday 24 August 2014

Raya Uolls

Assalamualaikum. hi! raya dah nak habis lah.. wow! kejapnya masa berlalu.. aq pun tak kumpul duit raya. tak sempat uolls~ ni pun dah lama kan aq x update post.. hahaha... nak buat guane.. busy. aq pun skang budak exam.. pt3 giteww.. adehh pening kepala nak mikir ni.. (gelak hihokkss mcm donkey)..
so, baru2 ni aq buat OH (Open House) and aq jemput tonah and syahmi.. guess what.. syahmi dtg bawak geng!! erghh aq rasa tak selesa sikit, bukan sikit tapi BANYAK 4 orang je pun...!!!! yelah semua muka gangster je.. rasa nak cepuk pun ado! lain kalai memang aq kena jemput tonah je. yang lain, diHARAMkan jejak rumah aq selagi tak ubah perangai tu.. so far memang penat gila dengan OH tu.. ramai yang datang.. alhamdulillah.. mak aq kata tetamu datang bawak rezeki keluar bawak dosa.. wow!! cantekk..
tutup cerita pasal OH rumah aq.. nak masuk cerita OH kat sekolah pulak. aq bawak spaghetti untuk OH kalini... well nak harap dorang budak2 kelas aq memang tak lahhh. aq agak happy dengan dress aq yang buat orang jelly.. yelah aq tinggi, lepastu pakai dress.. nampak ketinggian aq terserlah.. cewahhhh masuk troli tolak sendiri gittew..  ok done.. malas nak cerita panjang. nak tido. lusa nak exam.. oral test kut.. matilah! cets bye!


this is me.. waktu OH Semekap.. funny? Do I care?
Lawa? ohh tengkiyuu :**

**THE END**

Friday 15 August 2014

Nostalgia PC Games

Assalamualaikum and hai guys! Korang masa budak-budak dulu ada tak kenangan main game dekat komputer/pc/laptop? Mesti ada kan???? lagi lagi bila sebut Game House, PopCap, Miniclip, BigFishGame.. kalau online pulak mesti korang ingat lagi y8 kan.


kalau aku dulu, masa kecik-kecik takde komputer pun dekat rumah. kalau nak main games atau surf internet, aku pergi rumah pakcik aku. dekat rumah pakcik aku ni la aku explore banyak benda berkaitan internet apa semua. ingat lagi masa tu game yang selalu aku main dengan sepupu aku, VCop2, Diner Dash, Wedding Dash (aku rasa segala keturunan dash dash ni aku pernah main).. masa berganti masa, aku ingat juga game-game ni. tapi nak cari link yang boleh download susah betul..


Barbie as Rapunzel A Creative Adventure



Big City Adventure - Shanghai



Cooking Academy



Cooking Academy 2



Cake Mania



City Racing



Delicious - Emily's Home Sweet Home 




Insaniquarium Deluxe



Jojo's Fashion Show 1 



Jojo's Fashion Show 2 Las Cruces



Jojo's Fashion Show 3: World Tour




Garden Scapes




GutterBall 2

Licence Name : SerialFree
Licence Code  : SF8B7VYNWYMNFNA




Feeding Frenzy



Feeding Frenzy 2 






Dash Series - Keturunan "DASH"
keturunan DASH ni bukan apa.. semua games yang ada DASH dekat hujung aku letak kat sini.. siapa perasan kalau main game yang dash dash ni kan.. watak dia mesti ada Flo. siapa yang main Diner Dash mesti familiar la dengan Flo ni. hehehe

haa ni la Flo



Diner Dash 1



Diner Dash 2



Diner Dash 3 Flo On The Go



Diner Dash 5 BOOM!



Diner Dash: Seasonal Snack Pack



Wedding Dash 1



Wedding Dash 2 - Rings Around the World



Wedding Dash 3 Ready Aim Love



Wedding Dash 4 - Ever



Hotel Dash



Hotel Dash 2 - Lost Luxuries



Doggie Dash



Cooking Dash



Cooking Dash 2 Diner Town Studios



Parking Dash


Ada banyak lagi sebenarnya.. tapi nanti lah aku update~ enjoy!!

Saturday 2 August 2014

Turn On & Off Hati

Assalamualaikum.. dua tiga hari ni, aq asyik share post islamik.. hehe. sekadar perkongsian je. aq ni pun belum cukup ilmu lagi. sekadar cari sumber di blog2 lain je. kali ni aq nak share tentang HATI.. kalau sudi baca lah cerpen ni.. nukilan seorang blogger yang bernama Nabila Huda.. bukan artis tauuu

Kisah hati.
Saif melangkah laju menuju ke dewan wawasan yang mengumpulkan semua pelajar tingkatan 3. Dia dan rakan-rakannya selaku Ahli Badan Dakwah sekolah ditaklifkan menjadi fasilitator.
Pelajar muslimat dan muslimin diasingkan. Secara depan dan belakang.
Kini tibalah slot “Muhasabah Hati” yang akan di'handle' olehnya. Selepas mengiringi ustaz yang memberikan pengisian utama merangkap ceramah tema makan tadi dia bergegas ke dewan.
Kelihatan sahabatnya selaku moderator, Akhi Akram.
“nampaknya orang yang dinanti telah tiba..”
Akram memandang aku yang menapak masuk kedalam dewan. Meniti anak tangga ke atas pentas. Mencuri perhatian semua peserta “Malam Membina Iman”. Aku tersenyum . tenang...
Terdengar beberapa sorakan,oleh beberapa pelajar yang sering aku tegur atas kesalahan adab dan akhlak. Mungkin mengejek ku atau benar-benar mengagumiku.
Yang muslimat ada berbisik sesama mereka. Entah apa yang diumpat aku tidak pasti. Kagum dengan ketampanan aku atau mungkin mengejek aku.
Mikrofon dihulurkan kepadaku. Beberapa fasi lain bangun memenuhi ruang tepi dewan. Kini aku bersendirian diatas pentas sederhana tinggi. Aku berdehem halus.

“wow! Exco Halaqah tu..feewit…”
“hensemnya!!!”
“orang thiqoh tu…”
aku tersenyum. Tenang. Cuba mengawal emosi.
“assalamualaikum semua..”
Berbagai nada salamku dijawab. Aku mengulangi buat kali kedua, dengan nada lebih tegas. Ada sedikit perubahan dalam nada menjawab salamku. Sekali lagi aku bertegas dan lantang sekali. Kelihatan masing-masing membetulkan kedudukan dan memjawab salamku. Senada dan sekata. Aku tersenyum.
Rekodku dimata pelajar adalah seorang yang tegas dan berilmu. Aku antara pelajar yang mendapat rekod kecemerlangan akademik. Dihormati. Tapi aku kekal begini. Sederhana adalah intipati hidup aku.
“Pemuda pemudi Islam perlu bersemangat! Perlu tegas dan berani bukan lembik dan main-main!!” aku memulakan bicara.
“InsyaAllah.. ana Saifullah Al-maslul.. akan bersama antum semua 60 minit..insyaAllah, kita akan adakan sesi 2 hala.. ana tak berhajat nak berbicara seorang diri.. sedang antum mungkin buat air liur basi.. so! Sebelum kita bermain.. mari sama-sama kita buka sesi “refresh hati” dengan ummul furqan Al fatihah..”
Aku menunduk seketika. Masing-masing menurut. Mulut terkumat-kamit menghabiskan al fatihah dengan tartil.
“ok..semua bersedia..”
aku merenung seluruh ruang muka yang sedang fokus kepada ku. Aku yang mengenakan jubah kelabu bersama kopiah putih memperkemaskan dirian. Aku selesa dengan uniform utamaku itu. Uniform program.
“sedia!!!” jawab mereka.
“boleh ana bercerita soal hati sekarang..???”
aku meminta keinzinan walaupun memang masa sekarang adalah hak aku untuk mengelolainya.
“boleh..” semua menjawab.
Kelihatan fasilitator yang lain memperkemaskan kedudukan, turut menanti kisahku..
“Bismillahirahmanirahim.. hayati ye..”
aku membetulkan kaca mataku diatas batang hidung mancungku. Agar selesa. Aku menarik nafas perlahan dan memulakan kisah hati.
“….ana ada satu kisah perihal hati.. satu hari, seseorang bernama “ikhlas” selalu bermain dan bergembira dengan “iman”dan “sayang”. Persahabatan mereka sangat erat dan utuh. Hal ini menyebabkan “benci” dan “riyak” iri hati. Mereka merasakan persahabatan antara ikhlas,iman.dan sayang begitu sukar untuk ditembusi. Mereka merancang sesuatu..” aku terdiam.
Semua peserta kelihatan ternanti-nanti. Aku mula senang hati.
“ riyak berbisik kepada benci supaya mendekati diri dengan sayang.. dan riyak sendiri akan berbaik-baik denganikhlas.. iman tu biarkan dulu.. biar dia terpinga-pinga seorang diri.. riyak dan benci tertawa.. agenda diteruskan.. masing-masing memainkan peranan..” aku meneruskan bicara.
“petang yang hening.. iman menghubungi ikhlas dan sayang untuk bermain seperti biasa.. malangnya, ikhlas dansayang tidak menjawab panggilan iman.. iman kecewa.. dia berjalan ke taman seorang diri.. dia ternampak sayang danbenci..sedang bergurau senda.. ceria sekali.. iman menghampiri.. sayang kenapa panggilanku tidak dijawab..? soalnya..sayang memandang iman dengan rasa yang sungguh meluat.. aku sudah ada kawan iaitu benci..jangan kau ganggu aku lagi.. iman menanggis dan berlalu pergi.. benci ketawa ceria.. iman berjalan ke tasik seorang diri.. dia ternampak ikhlas.. lalu ditegur, ikhlas kenapa tidak menjawab panggilan ku.. tiba-tiba datang riyak.. tepi kau iman..aku dan ikhlas telah menjadi kawan, sekarang dia tidak perlukan engkau lagi! Riyak menjeling kearah iman..mereka berlalu pergi.. imanmenanggis dan terasa sangat kecewa.. lalu iman pulang ke rumah dan membaca al quran dan berzikir.. hatinya tenang..iman terjumpa ayat..


Surah Ar Rad’ ayat 28
“ (iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan “zikrullah” hati menjadi tenang”
“ Iman menanggis. Dia merasakan ikhlas dan sayang telah melupakan kisah persahabatn mereka.. iman tidak marah kepada riyak dan benci Cuma kecewa dengan sikap mereka. Iman tahu dia kena kuat..sebab iman berkawan dengansayang dan ikhlas kerana Allah..” saif terdiam.
Semua peserta diam. Memerhati dan menanti.
“baik.. adik-adik sahabiah sekalian apa penghujung kisah ni.. siapa boleh konklusikan?..adakah cukup sekadar tadi..atau antum ada penghujung yang lagi menarik.. “ soalku.
Kelihatan sesama mereka berbisik. Fasilitator yang lain juga turut berbisik sesama sendiri. Mungkin mencari konklusi masing-masing.
Hampir 5 minit semua menyepi. Aku memberi ruang kepada semua peserta menghayati. Seorang pelajar lelaki mengangkat tangannya.
“saya nak cuba..” suaranya.
Aku tersenyum.” Baik kenalkan nama anta dan kelas, seterusnya hujah anta..”
Dia mengambil mikrofon yang dihulurkan oleh seorang fasilitator.
“ Assalamualaikum..saya Mohd Khairul Azhar..dari kelas 3 Ibnu Taimiyyah.. saya merasakan kisah ini..ada kaitan denganiman,sayang,benci,riyak dan ikhlas itu sendiri..dalam kehidupan sebuah persahabatan.. kisah yang simple..”
Uuuu… sorakan bergema…
Dia membetulkan baju melayunya.Gayanya persis benar dengan perwatakan para Imam Muda. Dia merupakan ajk Badan Dakwah aku mengenali perwatakan remaja itu. Dia memang fasih berkata-kata.
“ok.. baik apa hujah anta..” soalku. Senyuman nipis ku hadiahkan.
Dia membalas.
“sebagaimana kisah tadi.. dalam hidup jika kita semua mempunyai iman.. insyaAllah..semuanya akan menjadi tenang.. sebab itu dipenghujung kisah sebagaimana akh Saif cerita tadi.. dia tidak membalas dendam atau marah dengan sikap sahabat-sahabatnya ikhlas dan sayang tetapi dia menenangkan hatinya kerna adanya IMAN..wallahualam” Khairul Azhar duduk. Tepukan diberikan.
Kemas. Tapi ada lagi yang aku inginkan..
“lagi?” soalku.
Seorang muslimat bangun. Fasilitator muslimat menghulurkan mikrofon kepada pelajar itu.
“Assalamualaikum.. saya Nur Asma' Amanina Bt. Bakri ..dari kelas 3 Al-Farabi sebagaimana pendapat akh Azhar tadi.. saya setuju,cumanya sedikit penambahan bilamana IMAN ada didalam hati,yakin dan pastilah semuanya mampu dihadapi.. fitrah sayang lawannya benci..ikhlas lawannya riyak..maka peliharalah diri dan hati kita daripada riyak danbenci dan gantilah dengan nilai ikhlas dan sayang, jadikanlah IMAN sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan.. wallahualam..”
satu lagi sorakan dan tepukan bergema di dalam dewan wawasan itu.
“baik.. ada lagi?” soalku sebelum kututup dengan satu rumusan.
“saya!” seorang lelaki agak tinggi dan sasa.
“oooooo!!!” sorakan dari teman-temannya.
“baik..silakan..” suaraku. Fasiliator yang lain tertarik memerhatikan ramaja itu, dia antara pelajar yang sering berkunjung ke bilik Disiplin dek akhlak dan sikapnya.
“saya Tengku Syed Azlee b.Tengku Syed Jaafar.. dari kelas 3 Ibnu Rusyd! Tepuk semua!!!!!” bangga datang dari kelas yang kelima daripada lima itu.
Segelintir pelajar bersorak. Mungkin geng Tengku Azlee. Aku bertenang.
“baik Tengku.. hujah anta..” suaraku. Tegas.
Dia tersengih macam kerang busuk.
“pendapat ana.. hehehe.. “ dia seakan memerliku.
“… insyaAllah pendapat ana ialah.. hati tempat letaknya Cinta!! Cinta yang ada pada dalam hati iman menyebabkan dia tidak marah kepada ikhlas dan sayang.. iman juga tidak menanamkan rasa marah pada benci dan riyak! Kerana apa?? Kerana hatinya ada CINTA…!! Haha..” dia ketawa dan duduk.
Aku membetulkan kaca mataku.” Ada point..” desis hatiku.
lagi?” soalku. kali ini tiada lagi peserta yang ingin memcuba.. aku memerhati segenap ruang bimbang ada yang terlepas pandang.
“baik.. ana kira sudah tidak ada lagi yang ingin memberi respon..” aku melangkah menuruni pentas, berdiri ditengah-tengah menghadap semua peserta.
“kisah hati tadi.. benar konklusi dari ketiga-tiga sahabat kita Barakallah..! sedikit penambahan dari ana.. percayakah antum hati kita boleh di Turn On dan Turn Off bila perlu.. antum rasa boleh atau tidak? “ soalku.
Ada yang menggeleng.. ada yang mengangguk.. ada yang terpinga-pinga. Aku tersenyum.
“ kisah tadi.. kalau antum perhati.. mengapa iman tidak marah atau balas dendam pada benci dan riyak jawapannya.. kerana iman telah TURN OFF hati dia kepada nilai mazmummah.. dan TURN ON hati dia kepada nilai mahmuddah.. macam kita bila iman memandu hidup kita kearah jalan yang diredhai Allah mana mungkin nilai hasad dengki, benci, marah akan wujud dalam hati.. kerana iman akan sentiasa memandu hatinya agar cenderung kepada bersangka baik,sayang, ihklas dan semua sikap yang boleh mengundang redha Illahi.. maka! Adik-adik sekalian Turn Off lah hati kalian daripada semua sikap mazmummah dan negatif dan Turn On hati kalian pada sikap mahmuddah last sekali pandulah hati kalian mengenal Cinta illahi..refresh hati insyaAllah senang hati” semua pelajar tersenyum. Fasilitator yang lain turut tersenyum dengan konklusi ringkas dariku.
Aku tersenyum. Slot selama hampir satu jam itu berlalu. Lebih kurang 10 minit masa berbaki. Aku meminta semua peserta berkemas dan membuat halaqah untuk membaca surah Al- Mulk penutup kepada program pada hari ini.
691
Sahabatku,
Jika hati ini mampu bersuara pasti dia kan berkata..
Hiasi aku dengan nilai mulia..
Jangan di cambahkan nilai hina walau setitik cuma..
Hati ini milik Allah Azza wajalla


credit to Blog Sang Mujaddid

**THE END**

Friday 1 August 2014

Khas Untuk Awak

Awak
Jangan sedih-sedih
Tak baik kan merintih?
Allah sedang menguji
Allah sedang melatih
Agar awak nanti lebih gigih


Awak

Pandangan mata saya tak nampak semua
Tapi hati saya dapat meneka
Seperti ada sesuatu yang tidak kena
Awak sedang berduka lara
Awak sedang kecewa

Awak
Sesekali biarkan saja mutiara jernih itu
Biar ia gugur dan mengalir syahdu
Kita manusia bukan batu
Tak mengapa jika digunakan air mata itu selalu
Kalau solusi itu bisa membantu kamu 



Awak
Tak mengapalah kalau semua derita itu rahsia
Tapi janganlah dipanjangkan hingga terlupa rupa bahagia
Bukankah senjata orang mukmin itu berdoa?
Mohon saja ketenangan dari Dia
Dia lebih berkuasa atas apa saja J

Awak
Tangan saya tak sampai mahu menghapus air mata
Kata-kata saya hanya mampu diukur di balik tinta
Seluruh simpati dan sedih saya ada jauh di dasarnya
Harapan saya membara mengharapkan awak gembira
Saban hari awak selalu saya doa

Awak
Terkadang awak tanya saya
Di saat awak terluka
Mengapa tiada yang mengerti perasaan awak?
Awak nak tahu jawapannya?
Allah tu Maha Penyayang akan hamba-Nya
Di saat jiwa awak lara
Dia nak awak share hanya dengan Dia
Dia nak awak mengadu hanya pada-Nya
Sweet kan Dia?

Awak
Dari jauh saya pesan
Hidup umpama pentas lakonan
Adakalanya watak dan jiwa seperti tidak sehaluan
Sesekali perlu disuburkan dengan pengorbanan

Kerana itulah lumrah kehidupan ciptaan Tuhan


credit to blog Sang Mujaddid

Ujian Cinta

'Hanis,datang sini tengok rancangan yang kau minat sangat tu...Khalifah Muda!' Jerit Nabila, kakak kandung Hanis. 

'Ye kak,datang ni..'Hanis pantas berjalan menuju ke ruang tamu. 

 Hari ini merupakan pentas akhir bagi menetukan juara rancangan 'Khalifah Muda' di Astri Aosis musim pertama.Lima orang finalis Khalifah Muda iaitu Ashraf, Hizburrahim, Zaid, Fattah dan Abi Sharan berentap pada malam itu.Kemudian, tibalah masa untuk pengacara program mengumumkan juara Khalifah Muda musim pertama. 

 'Juara program Khalifah Muda di Astri Aosis ialah...'

 'Zaid,Zaid,Zaid,Zaid'sebut Hanis dalam hatinya sambil memejamkan mata.Berharap agar Khalifah Muda Zaid yang diminatinya itu menang.

 'Khalifah Muda Hizbur!' Umum pengacara rancangan.

 'Hmmm,Kenapala Khalifah Muda Zaid tak menang?' _________________________________________________________________________________ 


3 tahun kemudian 
 'Hanis,anti tau tak sapa yg nak bagi ceramah sempena Ihya' Tarbawi Ramadhan kali ni?'tanya Afifah,salah seorang rakan Hanis juga ahli Badan Tertinggi Pimpinan Pelajar (BTPP).

'Manalah ana tau,ceramah tu kan Iffah yng handle?'Hanis sebenarnya malas hendak mengambil tahu.

 'Khalifah Muda Zaid' jawab Afifah.
 Terbeliak mata Hanis tatkala mendengar nama itu disebut. Khalifah Muda itu yang diminatinya ketika berumur 12 tahun.Kini usianya telah menginjak 15 tahun,manakala umur Khalifah Muda Zaid pula 25 tahun.Jurang umur antara mereka sangat jauh. Hanis memang menaruh hati pada insan itu namun, dia ketepikan kerana menganggap dirinya terlalu muda untuk memikirkan soal jodoh dan perkahwinan.Hanis termenung sendirian.

 'Hanis Munirah Bt. Mohammad Zohir!!' Jerit Afifah. 

'Ishh,apalah anti ni!Pekak telinga ana tau.'cakap Hanis sambil mengusap telinganya.

'Haa.. itula.. nanti kalau orang panggil mengelamunlah lagi.Dah jom! BTPP kena sambut penceramah' Afifahmenarik tangan Hanis yang masih leka dengan sakit telinganya itu.

 Kelapan-lapan BTPP mengiringi Khalifah Muda Zaid masuk ke dalam Dewan Sejahtera.Hanis hanya memerhatikan Khalifah Muda Zaid dari belakang.

 'Huit,tengok apa tu?Sampai tak bekerdip mata memandang?Tengok Khalifah Muda Zaid eh?'DugaWahida,salah seorang ahli BTPP sambil tersenyum sinis.

'Anti!Ana tak tengok dialah!'Marah Hanis sambil menolak tubuh Wahida. Memang dia memerhatikan Khalifah Muda Zaid sedari tadi,cuma dia tidak suka andai ada yang mengganggunya. 

'Hehehe,bagitau satu dunia yang anti minat dia nanti.'Ujar Wahida sambil melakukan gaya seprti orng yang hendak membuat pengumuman.

 'Bagitaula kalau berani.'Hanis sebenarnya malas melayan perangai Wahida.Hanis berjalan menuju ke tempat duduk yang dikhaskan untuk BTPP di barisan hadapan. 

 'Bismillahirrahmanirrahim'Kalimah pertama yang dilafazkan oleh Khalifah Muda Zaidsebelum memulakan ceramah.Terserlah kriterianya sebagai seorang dai'e pada dirinya yang membuatkan tubir mata Hanis tidak berkerdip memandangnya.Khalifah Muda Zaid kemudiannya membacakan sepotong ayat suci Al-Quran dari Surah Al-Baqarah ayat 183 tntg kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan.Ayat itu dibaca dengan berlagu.Saat itu, bergetar dinding hati Hanis.

'Ya Allah,merdunya.'Sesekali dia berasa cemburu dengan kebolehan Khalifah Muda Zaid yang pandai melagukan ayat Al-Quran,petah Berhujah,lantang berbicara dan kukuh isi hujahnya.

'Bilalah aku boleh jadi macam dia.'Terkadang timbul perasaan cinta di hatinya,namun Hanis cepat-cepat menyedarkan dirinya. 

'Wake Up,Hanis.He'10 years older than you.' _________________________________________________________________________________Hanis bangun awal untuk menunaikan sembahyang tahajjud.Memang itu rutinnya setiap hari sejak dia tinggal di asrama ketika berada di tingkatan 1.Usai solat,Hanis memanjatkan doa pada Rabbul Izzati agar diberi kesejahteraan untuk kedua-dua orang tuanya.Hanis juga tidak lupa berdoa untuk diri dan rakan-rakannya yang bakal menempuh PT3 pada tahun ini agar diberi rezeki untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan menghabiskan hafazan 30 juzuk.Tiba-tiba,satu bayangan wajah seseorang yang amat dicintainya muncul dalam kotak fikiran.Ya!Itulah wajah Khalifah Muda Zaid!Hanis segera menggumam istighfar.Dia bimbang andai hatinya mengikut telunjuk syaitan yang mahu melekakannya dengan cinta.Dia juga tahu jurang umur mereka,ditambah pula dengan dirinya yang masih belajar menjadi tembok harapan untuk Khalifah Muda Zaid mejadi miliknya.Lantas,Hanis berdoa... 

'Ya Allah,Ya Tuhanku,aku tahu umurku yang masih mentah ketika ini tidak melayakkan aku untuk berbicara tentang cinta.Namun,andai dia yang terbaik buatku,maka satukanlah kami dengan kasih-Mu... Jika dia bukan yang terbaik buatku,maka jauhkanlah hatiku daripada terus terpaut padanya..'Hanis tenggelam dalam pertemuan bersama Tuhannya.Dia menangis semahunya.Dia takut andai perasaan itu mengganggu pelajaran,hafazan dan hubungannya dengan Allah.Namun,dia tidak berupaya menolak fitrah cinta yang diberi untuk setiap hamba-Nya. 

'Duhai Sang Hati.. kenapala kau minat pada orang yang jauh beza pangakt dan darjat dengan aku?'Hanismengeluh _________________________________________________________________________________ 'Saya akan umumkan senarai nama pelajar banat yng berjaya memperoleh keputusan 11 A dalam PT3.'Pengetua sekolah berucap di hadapan khalayak ramai dalam dewan sejahtera.Hanis hanya membisukan diri.

 'Nabila Huda, Nor Hazirah,Nurul Afifah,Nurul Tasneem, Asma' Amanina,Anis Nabilah,Nur Zakirah,Hanis Izzaty,Irfan Izzati,Aimi Munirah Ainul Husna,Aina Murshidah,Hamidatun Nasriyah,Amelia Husna,Wirda Azlan,Nur Aisyah dan....'Nama yang terakhir diumumkan agak lambat. Hanis memandang kosong wajah pengetua kerana dia tahu bukan namanya yang bakal disebut. 

'Hanis Munirah!'Umum pengetua. 

'Allah! Ya Allah!'Spontan kalimah suci itu terlafaz dari bibirnya.Air mata laju mengalir.Mulutnya tidak putus menggumam syukur. Usai turun dari pentas setelah mengambil sijil,Hanis terlihat sesuatu.Perasaannya gelisah tiba-tiba.Matanya tertancap pada satu wajah yang amat dirinduinya.Insan itulah yang dia tidak pernah lupa untuk mendoakannya.Wajah yang sudah lama tidak ditatap,wajah itu.

 'Tak mungkin dia datang sini.Tapi,kenapa?'Hanis menggelabah apabila menyedari insan itu semakin mendekatinya.

 'Assalamualaikum,adik....Hanis.Nampak Ustaz Arham tak?'Soal insan itu dengan penuh sopan. '

'Macammana dia tahu nama aku pulak?' soal Hanis dalam hati.

'Ermmm,tt..tt..tahu... di..di..dia ada di Maktabah'Jawab Hanis.Entah mengapa dia berasa begitu gugup. 

'Oh,Terima Kasih.'Insan itu berlalu pergi.Hanis hanya memerhatikan insan itu berjalan menuju Maktabah(perpustakaan).Hatinya rindu,hatinya kasih pada insan itu. 


 'Khalifah Muda Zaid...' _________________________________________________________________________________ 'Ayah!Kenapa ayah tak bagitau Hanis dulu?'Dirinya betul-betul kacau.Gelisah dengan keputusan ayahnya yang hendak dirinya menyambung pelajaran di Jordan dalam Bidang Kedoktoran.Gelisah dengan keputusan ayahnya kali ini pula.Hanis berlalu pergi meninggalkan ayah dan ibunya. Dia berlari mendapatkan kakaknya di dalam bilik. 

 'Kak Ila! kenapa akak tak halang ayah?'Tanya Hanis kepada kakaknya,Nabila. 

'Bukankah Hanis kata Hanis suka dulu?Kata Nabila.Hanis pelik.Dia tidak pernah mengenali lelaki yang meminangnya,jauh sekali untuk menyukainya.

 'Hanis suka?Akak tahu tak yang Hanis tak kenal pun sapa orang tu? nama dia pun Hanis tak tahu!'Hanisberbicara agak kuat.Mungkin kerana amarahnya yang begitu tinggi.

 'Laa.. Ingatkan Hanis dah tahu.Orang tu ialah...' Hanis tekun mendengar biarpun amarahnya masih membaluti hatinya.

 '....Khalifah Muda Zaid.'Hanis terduduk.Mana mungkin insan yang jauh beza umur dengannya bakal menjadi suaminya. Air mata hampir mengalir. Namun, pantas Hanis menahan.

 'Akak ada cerita kat ayah pasal Hanis minat kat dia.Ayah kata ini hadiah untuk Hanis sebab dapat straigth A SPM.Ayah kata dia tak mampu nak bagi benda lain. Jadi, abah bagi lepaskan Hanis pada seorang yang boleh jaga Hanis.Umi pun setuju.'Saat itu,berjurailah air mata Hanis. 

'Allah!Ya Allah! Aku tak impikan perkara sebegini. Terima Kasih Ya Allah.'Air mata laju mengalir.KepalaHanis dilentokkan ke bahu Nabila yang berada di sebelahnya. 

'Hanis,akak yang suruh ayah dan umi stuju.Sebab akak pernah terbaca diari yang Hanis tertinggal time Hanisnak balik asrama.Allah tu Maha Adil,dik.DIA beri ganjaran yang tak pernah Hanis bayangkan sebelum ni sebab Hanis tak terleka dengan ujian cinta yang Dia bagi.Beruntung Hanis.'Ujar Nabila sambil mengalirkan air mata,terharu mungkin.Hanis berlari mendapatkan ayahnya di ruang tamu.

 'Ayah,Hanis minta maaf sebab kasar dengan ayah tadi. Hanis minta maaf sangat-sangat.Terima Kasih,Ayah,umi.'Hanis memeluk erat tubuh ayahnya. 

'Hanis,ayah tak ada duit nak bagi Hanis hadiah sebab dapat straigt A SPM.Ayah hanya mampu bagi ni ja kat Hanis.Ayah yakin dan percaya bahawa Zaid mampu jaga Hanis sebaik mungkin ketika Hanis berada di Jordan nanti.Ayah yakin Zaid mampu jadi Khalifah buat Hanis'Ujar ayahnya sambil balas pelukan anaknya.Kedua-dua insan itu berpelukan dalam sayu. 

'Hanis,Nabila!Siap cepat,Zaid nak datang nih..'Pinta ibunya dengan lembut. _________________________________________________________________________________ 'Ustaz,kenapa ustaz pilih ana?Sedangkan ramai lagi yang solehah di luar sana? lagipun,umur kita jauh beza,umur ustaz sama macam umur ustaz-ustaz ana di sekolah dulu.'Soal Hanis.Mereka berdua berbicara di tempat yang terbuka agar tidak timbul fitnah.Jarak antara mereka juda dipelihara.Hanis menundukkan pandangannya kerana menyedari insan itu belum Halal baginya. 

 'Allah yang tentukan jodoh kita.Sejak ana jumpa anti time anti ambik keputusan periksa hari tu,ana termimpi anti.Bila ana bangun,ana istighfar mohon Allah tunjukkan jalan.Ana solat tahajjud dan hajat setiap malam agar ditunjukkan perkara yang sebenar. Allah nak tunjukkan ana satu benda yang membuatkan ana percaya yang jodoh ana dengan anti.Jadi,ana pun mintalah alamat anti dekat ustaz Arham memandangkan dia kawan ana di sekolah anti.Ana terus jumpa bawa mak ayah ana untuk jumpa mak ayah anti dan terus masuk meminang.Alhamdulillah mereka terima.'Terang Khalifah Muda Zaid panjang lebar.Pandangannya juga ditundukkan. 

 'Ana masuk dulu.Tak manis kalau kita sembang lama-lama.Assalamualaikum.'Hanis berlalu pergi dgn juraian air mata.Hatinya berbunga riang.Mulutnya tidak lekang menggumam syukur.

 'Ya Allah,manisnya ujian cinta yang kau berikan kepada hambaMU ini..'


..TAMAT..
nota selit-selit
cerpen ni.. pertama kali aq baca, sungguh menggetarkan naluri muda aq, menyedarkan aq yang selalu sangat lalai dan alpa kepada Allah.. sekadar perkongsian dari blog Sang Mujaddid..

**THE END**