Friday 19 September 2014

Perkongsian~

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan per.ut ular terluka.
Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.
Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.
Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.
Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.
Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."
(HR Bukhari & Muslim)

Wednesday 17 September 2014

Coretan Darimu Untukku (Terima Kasih Kak!)

Assalamualaikum. ni aku nak share pasal satu coretan dari akak fasi aku, Kak Mawi.. terharu sobss sobss bila baca.. thanks kak Mawi!

wanita itu sifatnya lemah,
wanita itu sifatnya sederhana
tetapi, dalam kelemahan dan kesederhanaan
harus ada ketegasan kerana wanita 
itu bukan diciptakan untuk sia-sia

wanita itu seperti permata
wanita itu seperti berlian
wanita itu juga seperti emas
menjadi pujaan setiap makhluk Allah
Akan tetapi wanita itu bukan unuk dipuja 
tetapi menjadi permata,
berlian dan emas untuk islam tercinta

jadilah wanita yang bermanfaat untuk islam
jangan leka dengan sifat dunia kerana dunia
itu sementara dan masa muda itu sekelip mata.

jadilah seperti bunga ros yang cantik
mempesona dan disukai
semua orang tetapi tidak mudah
disentuh kerana berduri....

bersama dua insan yang ohsem! abg aiqal and kak mawi #throwback

**THE END**

Untukmu Fasi.. Untukmu Fasi!!!

tanya sama pokok apa sebab goyang
nanti jawab pokok tanyalah angin
tanya sama angin apa sebab goyang
nanti jawab angin tanyalah awan.

awan nanti kata aku kandung air
sampai tempat sejuk aku pun cair
lihat dalam air ada bayang-bayang
campak satu bati bayang pun hilang

tanya sama abang apa erti sayang
nanti jawab abang tanyalah kakak
tanya sama kakak apa erti sayang
nanti jawab kakak kasih dan mesra

tanya sama adik apa erti rindu
nanti jawab adik tanyalah fasi
tanya sama fasi apa erti rindu
nanti jawab fasi ingat selalu

cinta pada Allah cinta pada Rasul
Cinta ibu bapa guru dan rakan
tanya sama hati apa erti jaya
nanti jawab hati tingkatkan usaha...
tingkatkan usahaaa~~...

assalamualaikum.. haaa ni dah kenapa kan tiba2 nyanyi. kalau korang nak tau. lagu tu persembahan dari fasi2 waktu kat kem ibadah. hurrmm rindu sangat dekat dorang.. eh ingat dorang je ke ada lagu.. aku pun ade lah.. walaupun pendek... tapi...

this is for you wahai fasi2 ku.. lagu yang direka sendiri tanpa bantuan sesiapa tauu.. nak nyanyi? boleh je. nyanyi lagu "Dengarlah Bintang Hatiku - De Meises" cuma guna lirik ni okay!

Tajuk Lagu : Dengarlah Wahai Fasiku.
Penulis Lirik : Aylaa Adda
Tajuk Asal : Dengarlah Bintang Hatiku
Penyanyi Asal : De Meises

dengarlah fasi-fasiku aku ingin bercerita,
tentang apa yang ku rasa,
di kem ibadah semekap.
pelbagai kenangan pahit manis
sebagai pengajaran untukku

aku akan mengingati semua pesan-pesanmu
walau ku tahu mungkin tidak slalu
 ku terima teguranmu
dan ku tak akan mengeluh
kerna bagiku engkau mengajarku

dengarlah fasi-fasiku aku ingin bercerita,
tentang apa yang ku rasa,
di kem ibadah semekap.
kita diibaratkan keluarga,
terasa berat untuk berpisah.

aku akan mengingati semua pesan-pesanmu
walau ku tahu mungkin tidak slalu..
ku akan tunaikan janji-janji yang pernah ku ucap
kerna ku akan merubah diriku.. ♥


ok tak? tak okay sorry eh. hentam keromo je ni.. ok. sekarang meh throwback ke ucapan2 yang beberapa fasi tujukan pada aku. whoaaa thankyouu yaw!! amat-amat dihargai...



From Abg Asrul Aiqal
nampak pendek tapi tulisnya kemain lama lagi.. lepastu sempat lagi dia tambah *adik ni byk kerenah! -_-'... sampai hati .. dah la panggil aku adik hotstuff (=.=")

ucapan abg aiqal :

"GOOD LUCK JAWAB EXAM ♥


Asrul Aiqal B. Muhd Nor Zaini"





From Kak Mawi
Ucapan kak mawi sebenarnya 2 muka surat tapi satu tu mcm puisi je. nanti aku post kan puisi tu ehh.. ☺
sebab aku tengah dalam mood malas menaip. ni pun aku asyik dok mikir bila nak habis taip ni. padahal aku yang menaip. bukan robot. siapa lagi yang nak tolong update kat kalau bukan aku kan? hahahaha!

ucapan kak mawi :

"All the best utk PT3
u can do it.
moga berbakti kpd diri, keluarga
masyarakat & ummah.

*jadilah sperti bunga ros yg cantik, 
mempersona dan disukai oleh 
semua org tetapi tidak mudah 
disentuh krn berduri


salam sayang,
moga dirimu menjadi jiran
di syurga nanti."


From Abg Umar a.k.a Abg Garang ☺
Ni 'abang garang' punya ucapan.. (garang ke?) ok. meh aku selit sikit pasal pandangan aku pasal Abg Umar. actually, bila abg umar marah.. aku akan buat muka seposen, muka tak bersalah sebab aku tak tersentap pun. yelah. kalau kita tak salah, buat apa nak takut. orang yang rasa salah je akan cakap belakang pasal abg umar ni.. tapi apa yang penting.. senyuman dia manis. ahaha serius ni..

ucapan abg umar :

"KEPADA FAHADA,

*SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEHAH
*JADI PELAJAR YANG CEMERLANG
*Ha... kan ok pakai tudung labuh ☺comel & sopan
*jgn perlekehkan sebarang kebaikan walaupun kebaikan kecil.

ABANG UMAR
-14/9/2014
-1.43PM
-SMKAP"




From 'Abg Zayn'
ni ucapan dari abg Al-fitri Shah atau nama glemernya 'abg zayn'.. hahaha nasib baik zayn bukan zen.. tapi waktu first dia kenalkan diri dia then suruh orang panggil dia 'abg zayn'.. aku asyik set dekat si Tajul Razin tu je.. haha!

ucapan abg zayn :

" KEPADA FAHADA, ♥

-Semoga sentiasa menjadi lebih baik dari abang yee.
-Belajar Sungguh2.
-"you are always AWESOME"
-kamu cantik pakai tudung labuh... HeHe ☺


MUHAMMAD AL-FITRI SHAH BIN HARUN
ABANG ZAYN
14/09/2014
-1.47pm
-SMKAP ☺"






From Abg Boy yang comell.. hahaha
 and.. the last one.. abg yang paling cute (siyes dia sangat cute.. ahahah) dan paling kelakar dan yang paling aku ingat.. ABANG BOYYY!!!!!! dia ni aku rasa yang paling happy go lucky kot.. hahaha

ucapan Abang Boy :

"semoga menjadi insan yang berguna
belajar rajin2, jangan tinggal solat
"No Caple"
generasi penerus Harapan Ummah


ABANG BOY (MUHAMMAD FIRDAUS BIN SAPARI)"



hehehe ini pulak bukan ucapan yeh. ni abg umar bagi sebab aku rasa dia mmg agak yang nanti budak2 nak mintak kat dia benda2 ni. so dia pun dah siap2 tulis kat dua helai kertas. satu untuk laki, and satu untuk perempuan. bila dah balik, abg umar cabut dari dinding kertas ni dan tiba tibaaa saja.. dia bagi kat aku.. hadiah katanya. ok lah... mekaseh abg umar! ☺☺☺
Hadiah katanyaaa

**THE END**

Tuesday 16 September 2014

Aku, #PEPIAS & Kem Ibadah part 3

Assalamualaikum. hi! aku baru je lepas post cerita second day kem ibadah semekap. ok. ni final post la. ahhhh aku taknak banyak cakap. let's continue the stories..

LAST DAY (AHAD)
aku bangun pagi dengan muka sememeh mintak kaki.. (tu pun sempat lagi dok sambung tido). lepas basuh muka tu turun solat subuh. lepastu ada ape lagi ek? ada kuliah yang aku tak dengar sebab aku tidur.. (mabuk pagi).. lepastu ada aktiviti luar. sambung main game 'pintu' tu. agak penng gak sebab sekali lagi aku ditarik bagai barbie doll. huhuhuhuhuhu.. kecik hati taw! tapi kalini agak mencabar gak game ni sebab abg boy bagi soalan math tambah tolak darab~ aish! pening kepala ceq naa. lepas tu bila dah habis main game pintu tu, kitorang main game bom2 negara orang. aku London~ hehe. tapi mula2 senang. lama2 susah. mula2 nyanyi macam biasa je. lepastu kena tambah tagline iklan. lepastu hujann daaa~ masuk dewan. sambung kat dalam dewan. waktu kat dalam dewan pulak, dia suruh tambah lagu. haha kepala hotak aku fikir senang je. lagu "what does the fox say".. lepastu makin susah bila kena tambah slogan contoh "pandu cermat jiwa selamat".. bila game ni habis. main game goreng pisang.. memang pisang la sebab budak2 lelaki ni ada je strateginya mengenakan kami. (-_-). sedih laaa woi! lepas aktiviti tu.. sarapan!! tapi macam biasalah. aku tak makan pagi. jadik aku dok menonong tengok orang makan. ades! XD
lepastu ada LDK.. the laaasssst LDK. jadik aku ambik keputusan untuk bagi something as a present dekat abg aiqal and kak mawi. aku decide nak bagi gelang.. gelang kesayangan aq.. ok lepastu LDK mula. kitorang cerita pasal perkembangan hidup kitorang yang ada naik turun. ime la citer paling lama. adeh.. haha! lepastu kitorang kena buat roket dan terbangkan dia. yes! aku punya paling jauh. agak bangga sebabnya dah lah waktu tu first time aku lipat roket. tup2 boleh pergi jauh. (aku still simpan lagi tau sampai sekarang roket tu. hihiks) lepas habis LDK.. kitorang kena tulis 'surat cinta' untuk abg asrul and kak mawi. hehehe... siaplah aku bagi ayat terbaik punyaaa.... =3
lepastu masuk dewan solat dhuha. lepas solat dhuha, ada majlis penutup. yeeaahh majlis penutup paling2 santai.. kalau tak selalu formal... lepastu ucapan dari wakil #PEPIAS, ucapan dari ustazah Enezah then penyampaian sijil untuk fasi and peserta..lepas tu ada salam jamaie sambil diiringi lagu Doa Perpisahan... sedih aihhh! aku rasa berat gila nak tinggalkan fasi2 ni. depa memang sporting! aku rasa speechless tak tau nak kata apa lagi. depa memang AWESOME! FUNTASTIC!
bila majlis penutup tu dah habis, sesi bergambaq pulak. sempat la aq ambik gambar dengan grup2 aq, dengan peserta perempuan.. lepastu aku pi serang abg aiqal (serang? tak sesuai aih). bukan serang apa pun. serang nak mintak ucapan sikit... lama gak nak tunggu cik abg ni menulis. ingatkan dia pi buat ucapan 350 patah perkataan. rupanya pendek jer.. aku rasa cam.. (-_-).. lepastu aku mintak dekat kak mawi. haa kak mawi ucapan dia panjang. aku baca pun boleh tahanlaa... deep~ lepastu aku teruskan mencari siapakah yang sudi menurunkan tandatangan dan ucapan diatas. and aq jumpa abg zayn and abg umar and abg boy.. waa tengkiyuu2... sudi turunkan ucapan dan tandatangan ehhh.... =)

saya, sayang fasi2 semuaaa!!!!!!! ♥

atas : grup ceq  bawah kiri : binaan kami
bawah kanan : surat cinta untuk abg aiqal..
credit : Abg Asrul Aiqal

waktu terima sijil.. Abg Aiqal and Kak Mawi!

Wanita..... ☺

**THE END ☺ **

Aku, #PEPIAS dan Kem Ibadah SEMEKAP part 2

Assalamualaikum. hey. ni aku nak sambung cerita ni. sorry lambat. aku ingat nak update pagi tadi. tapi aku demam lepastu ada tuisyen math pulak. ni pun still demam lagi tambah batuk selsema. mata ni macam nak tertutup je. huhuhu! baik lah cepat wahai demam!
ok ok. meh nak sambung cerita. siri kedua gituu..

SECOND DAY (SABTU)
[pukul 3 pagi hari sabtu] aku rasa macam nak mabuk pun ada. mana taknye, satu malam tak tido. pukul 3 lebih aku kejut semua orang. yelah, dorang suruh aku kejut. aku hanya menjalankan tugas. bila semua dah bangun, semua ke toilet. aku fikir aku kejut budak2 bilik aku, bilik2 lain tak bangun lagi. rupanya ada je yang dah bangun. sudahnya habis penuh toilet. sepatutnya perempuan ada 3 tandas. tapi 2 tandas tu takda lampu dan sangat sangat sangat menakutkan, jadik semua guna satu tandas je. aku ni pulak malas nak bersesak sesak. aku pun ambik keputusan untuk TIDAK mandi just spray perfume enchanteur paris dah wangi.. tapi muka ni.. dah la rupa macam anak panda. mata sembap. aku tengok muka aku kat cermin pun rasa macam nak sepak2 je. ahaha! tandas penuh, aku nak basuh muka pun tak boleh. tiba2 ada satu mentol lampu menyala kat atas kepala aku tanda idea masuk. aku pun apa lagi. ambik pencuci muka aku, air mineral, towel then aku cari spot dekat depan kelas aku tapi belakang dinding sebab takut ada mata jantina bertentangan memandang pulak. aku pun basuh muka kat situ.. ahahaha kreatif giler beb. sepanjang 4 tahun aku pergi kem, ni first time aku basuh muka dekat tempat selain bilik air. satu pencapaian (tu pun boleh dikira pencapaian? adda, kau ni gile ke sewel? -_-')
[cerita pasal basuh muka je dah panjang cenggini. memang sah keyboard warrior betul aku ni. *gelak jahat*]

tak lama lepastu, aku dengan geng2 aku turun nak pergi dewan untuk qiamulail. haa ni yang aku excited nak cerita. waktu nak solat tahajud tu, aku hampir nak tumbang sebab ngantuk gila segila gila gilanyaaa... nasib baik waktu solat hajat dengan solat witir and solat subuh ok. (tapi waktu solat hajat tu, yang time sujud panjang tu aku hampir terlelap gak. haish!) lepastu ada apa ek? alaa lupa.. yang aku ingat tak silap aku lepastu ada aktiviti luar. kitorang main game 'pintu'. game ni memerlukan kepantasan dan strategi yang berkesan supaya team perempuan boleh kalahkan team lelaki. haha!
aku rasa tangan aku ni nak patah nooo dok kena tarik dengan depa2 semua yang duk kalut. aku tau la depa tu kalut pasai depa nak menang. tapi jangan lah duk kalut sampai tarik tangan aku ni macam hang tarik tangan barbie doll (jap. aku speaking kedah? gila le ni) . huhu T_T tiba-tibaa hujan pun turun. aktiviti luar ditunda ke hari esok. jadi kitorang buat aktiviti indoor. cer teka kitorang main apa.. yeah main game 'Goreng Pisang'. agak susah sebenarnya dengan aku jadik ketua, dengan nak handle perempuan2 dengan nak dengar apa yang budak2 laki cakap. tersiksaaaaa kepala hotak! tapi sabo jelah. tu yang sekarang ni aku sakit tekak. sebab menjerit le. haha! lepastu LDK2 tak silap aku. kitorang bincang pasal potensi diri. mula-mula tu, kami kena cari something. apa-apa jelah. bab2 cari barang ni buat aku teringat waktu latihan kawad kaki daerah. kena cari batu sebab nak latih diri kunci tangan waktu kawad. so aku pun cari lah batu. lepastu fasi suruh senaraikan kelebihan yang ada dekat barang yang kita kutip tu. nak tau tak apa kelebihan yang ada dekat batu yang aku kutip tu? meh aq senaraikan,
  1. boleh buat main batu seremban
  2. boleh guna time latihan kawad
  3. boleh buat hiasan dalam kolam ikan
  4. boleh buat main sepak2 bila takda keja.
  5. buleh buat baling kat kawan time bosan kat perhimpunan
dan banyak lagi. tapi aku tak tulis kat sini sebab majoriti semuanya mengarut meraban.. lepastu kena senaraikan potensi diri sendiri pulak. parah.. aku paling lemah bila sesiapa mintak senaraikan menda2 gini.ada tiga aku senaraikan. yang common selalunya, "pandai menulis" ngan "pandai bercakap". tapi kali ni ntah gapo aku gatal tangan tambah "pandai masak" & "pandai menyanyi" semua itu hanyalah AUTA belaka. lepastu aku kena gitau potensi diri orang lain ang orang2 lain kena gitau apa potensi diri aku... aku terima semua statement dorang pasal aku. kecuali statement pasal... "sesuai jadi PENSYARAH @ GURU... eii.. tak nak ! tak nak! aku taknak!!! aku nak jadi novelis.. tak pun something yang selain lecturer atau cikguuu......... [tak nak aih citer pasal ni. tutup2!!]
lepas LDK2 ni kami kena solat dhuha apa yang best nye ialah solat kat dataran.. ko hado? =p
 lepas tu solat tu masuk dewan. lepastu tak silap aku Abg Umar @ abg garang muka tak reti senyum tu bercakap.. [haha itu persepsi waktu mula2 jumpa. hahhaa jangan marahh eaa abg umar. ;)]
aku tak ingat la dia cakap pasal apa sebab waktu tu dia marah orang yang buat salah. aku yang tak bersalah ni takde lah alert sangat dengan apa yang dia cakap. lagipun waktu tu aku tengah mabuk separuh mati sebab mengantuk gilaaa~ then lepastu minum pagi.. then lepastu (aku benci bila kena ingat balik benda yang aku dah lupa.....!!!!) lepastu aku tak ingat la apa jadik. haaa dah ingat dah. kitorang kena buat bangunan @ menara yang paling tinggi, yang paling unik.. paling lawa, paling kukuh dan ada melambangkan kumpulan~ kumpulan aku buat ala2 piramid konon2 replika sunway piramid.. nak tau tak apa kadik ngan replika tu bila dah siap? nantikan ceritanyaa sebentar lagi... okay lepastu makan malam, solat manghrib, isyak then gelak2 dengan Abg Boy. waktu tengah gelak2 tu tiba2 pintu dewan ditutup membuat kan aku keriyes (curious) tapi buat donno~ lepastu semua diminta keluar bawak sekali menara... kami pun keluar dengan penuh keriyes~ dan berkumpul di dataran ilmu SEMEKAP. lepastu rupanya ada pemilihan siapa yang menang bina menara...aku dengan Ime grup pertama yang kena bentang pasal binaan grup aq masa diberi adalah 20 saat. gerrr geram gila kat abg boy bila dia potong cakap aku yang tak habis cakap. nasib baik brutal aku tak mengganas. kang tak pasal2 mic tu yg melayang kat kepala dia.. haha (joking je. abg boy jangan marah aaa).
lepas grup aku dengan grup sape tah bentang, abg boy announce yang sesapa yang cepat ke depan, dia boleh hancurkan mana2 menara yang dia suka. ditakdirkan binaan aku yang FIRST.... sekali kena hempuk dengan adik (ifwat)..... tergamam seketika tuuu. muka aku je nampak senyum tapi..aku waktu tu macam kena renjatan elektrik. and dalam hati ini berkata 'woi.. aku penat2 roll paper tu.. kau plak suka suki je pijak. ingat tu bapak kau punya?' tapi entahla. aq rasa cam speechless. dan lepastu lebih banyak menara diruntuhkan sampai lah tinggal 4 je menara.. mic bertukar tangan. dari tangan Abg Boy, berpindah ke tangan  Abg Umar.. cuak bro tgk muka dia yang mencuka macam cuka nipah.. (cuka nipah?) lepastuuu.. kena marah lagi daa (-_-") banyak jugak yang abg umar cakap a.k.a bebelkan a.k.a ingatkan... sampaikan aku pun lupa. apa yang aku ingat is pasal menara yang dorang hancurkan tu. abg umar cakap yang sampai hati dorang sume menghancurkan apa yang dorang dah buat dengan abg2 and akak2 fasi.... tu jela kot yg aq ingat sebab waktu tu aku dah menangis sakan dekat bahu Jaja. motif? taratau..
lepastu acara yang dinanti-nantikan.. muhasabah diri.... malam tu memang ramai yang kena basuh cukup2 termasuk aku. menurut apa yang aku intaikan, adalah ramai budak2 laki yang nangis.. tapi ada je yang hati kering.. lepastu abg umar tanya beberapa soalan dalam keadaan mata kami semua ni bertutup dan we all harus wajib jawab dengan jujur. antara soalannya ialah :

  • "Siapa dekat sini bercouple?"
  • "Siapa yang merokok?"
  • "Siapa yang pernah minum arak?"
  • "Siapa yang pernah kena raba?"
  • "Siapa yang pernah terlanjur?"
  • "Siapa yang berani cakap "saya akan putus dengan pakwe/makwe saya sekarang"?"
tak silap aku nilah soalannya. kan? sorry kalau ada yg silap. ;) nak tau tak apa yang aku buat? jeng jeng jeng... nak tau kena lah tunggu post yang akan datang. kat situ nanti aku bongkarkan segalanya yeh~ back to the stories... lepas dah habis nangis2 semua. ada sesi sharing2 dengan fasi2... yeah it's the time... aku pun mula lah cerita pasal mak2 sedara aku yang bak kata mak aku, 'SAKIT JIWA'... eii seriously geram aku ngan dorang tak habis lagi tau. kalau boleh tak nak aku mengaku dia tu mak sedara aku. nama je cikgu tapi perangai tak supe cikgu (eh eh eh .. tiba2 mengutuk pulak kat sini. ehehe)..dah habis sesi sharing mengsharing tu gi kantin minum.. eii siyez waktu tu aku langsung tak de mood nak minum.. lagipun aku dah nak demam... yelah mabuk tak tidur satu malam tu belum habis lagi. tiba2 aku teringat something yang aku nak cerita tapi aku lupa nak cerita. aku pun ajaklah Kak Mawi and abg Aiqal 'lepak'.. just nak dorang dengar story aku yang tragis... urghh tragis kah? lepas dah puas gelak sana sini, cerita macam2.. ok aku nak tido. nak hilangkan mabuk.. aku masuk je bilik, first thing aku cari.. CIK TED! hilang.. adehh rupanya kena penyek ngan tonah.. ei dia ni suka suki je penyek kan cik ted aku. kau ingat cik ted tu ayam penyet ke?????lepastu ada pulak akak fasi kat sini.. waduh.. dari aku nak tido terus tak jadik tido sebab sembang... lepastu akak fasi tu yang aku lupa nama dia tu pun keluar.. ok.. Goodnight... bila aku pejam mata, berakhirlah cerita hari kedua.. 


TAMBAHAN
aku ada cerita tak pasal aktiviti kembara? tak kan? haa ni yang nak cerita. sebelum kembara ni start, setiap grup kena ikat tangan 2 orang ahli kumpulan dia. dan kena lepaskan tanpa bukak balik tali tu. lambat jugak buat menda alah ni walaupun aku dah pernah buat menda ni waktu kat RIMUP tahun lepas.. haish sungguh kuciwaa. lepas dah bebas, kitaorang kena cari checkpoint. first checkpoint pasal mancis, lepastu checkpoint kedua pasal gambar.. cakap pasal checkpoint kedua ni, sebenarnya kitorang gagal tapi x kena denda sebab kak mawi and abg aiqal tu fasi grup kitorang. tu yg dilepaskan. hahahaha....lepastu pergi kantin.. arghh kena makan asam jawa dengan garam... tersiksa jiwaa!! MASAM & MASIN!!! huhuhuhu.... lepastu kena makan tembikai.. takda rasa beb walaupun tembikai tu manis. checkpoint seterusnya kena bawak air atas kertas mahjung..perghhh kalau atas kain, sku boleh berkompromi lagi. ni atas kertas.....! erkk. at the end. kami GAGAL.. terjerit jugak. ahahah..and the laaaaaaast checkpoint yang buatkan aku rasa cam.. eiiii!!! checkpoint tutup mata. aku sebagai pemberi arahan rasa sungguh annoying. Ime sebagai org buta.. ime kena dgr arahan aku bukan anasir2 jahat yang menyesatkan.. huhuhuhu . that's all. jap lagi atau kalau ada free time, hari ketiga punya story muncul.. nantikannn..... hehehe 

this nite aa... memang buat orang menangis aaa..
abg2 and akak2 fasi pun menangis~

**TO BE CONTINUED**

Monday 15 September 2014

Aku, PEPIAS & Kem Ibadah SEMEKAP

Assalamualaikum. Hi. uwaa lama seyh tak on blog. berhabuk. biasalah nak PT3.aku sebenarnya tak berapa nak sihat. demam + batuk + selsema. penangan kem ibadah la ni. haha. okay, okay! ni kalau dah post entri mesti ada cerita. opkos la ada story. it's about Kem Ibadah Form 3 SEMEKAP. baru je habis siang tadi. so nak tahu cerita tak? ok sila ambil posisi yang selesa. dan sila baca. hhaha! before that, sorry takda gambaq lagi sebab tak jumpa. segala cerita yang dicerita adalah bukan rekaan semata mata eh. cuma ditokok tambah sikit. sikeettt je. :3

2 JAM SEBELUM TIBA DI SEMEKAP

Waktu ni aku tengah excited gila sebabnya entah la. aku dah packing baju dari hari isnin. (haa nampak tak betapa semangat nya aku)
tapi hari jumaat haritu. aku tinggal nak buat persediaan yang kecik2 je mcm makanan.. yeah food. JUNK FOOD. (tak baik untuk kesihatan. jangan tiru saya. :3) aku bawak cekelat, biskut.. yes cekelat dan biskut. cekelat dua peket. biskut 12 peket. hahahaha gilaa kah.. so what?


FIRST DAY (JUMAAT)
aku sampai je dekat sekolah dia macam takde orang lah. eh ada. waktu tu ada Ari. lepastu adalah orang-orang yang aku tak pandang. haha (jahat noo)..
lepastu aku pun letak barang kat kelas. agak bangga lah sebab aku orang pertama yang jejak kelas a.k.a tempat penginapan tu. cari hot spot la citer dia. lepastu aku kena turun balik sebab ada pendaftaran. tak lama lepastu Tonah dtg ajak aku balik rumah dia sebab tudung tertinggal katanya. merempitlah kami berdua dengan baju kurung sampai ke Ampang Indah. (waktu tu aku pikir kain aku je. dah la duduk kat belakang tu ala2 romantik -_-) bila dah balik sekolah, kena pulak kumpul dekat dewan sutera. lepastu muncul kak sya. cakap tu cakap ni.. lepas tu. alaa aku tak ingat la. lepastuu... Asar berjemaah. done asar berjemaah then Abg Boy pun muncul. dia memang LAWAK. LAWAK LAWAK!
sakit perut aku je gelak-gelak. lepastu kitorang ada aktiviti sikit and then makan! kem kali ni makan dalam talam beb.. ko hado? makan pun mula-mula baca doa (itu sudah pasti), dah baca doa kena suap orang yang disebelah kanan kita. dah makan semua. jaja basuh. haha (jaja memang sepanjang masa kitorang buat jadik 'balachi' haha joking)
   lepastu solat maghrib, kultim (kuliah tiga minit) and isyak. lepastu ada LDK. yup. aku dapat sekumpulan dengan budak kelas 3G. maigsd. aku sorang je kelas C. memang tak lawak kot. eh takpe2. aku ex kelas G. tahun lepas. haha. budak2 dalam team aku ; Haris, Mirul, Azwa, Ime, Aizat, Nad, Farah, Jaz, ngan Mai. Fasi pulak mula2 start LDK1 tu, ada Abg Asrul Aiqal je. tiba-tibaaaa... dapat lagi satu fasi. akak Mawi. (don't ask me why 'Mawi').. So far dorang not bad la. kitorang start aktiviti dengan sesi kenal2. so semua kena bagitau nama, nama panggilan, kesukaan, dan apa yang tak disukai. lepastu kitorang belajar pasal apa itu taaruf, tafahum, taawun dan takaful. then, abg asrul suruh bayangkan kitorang ni pemandu bas.. lepastu Abg Asrul bagi satu soalan. pasal 'pemandu bas' dan 5 perhentian yang dia singgah berapa orang naik and turun. at the end abg aiqal tanya berapakah umur driver bas tu. ramai yang salah. tulah.. fokus. jawapan dia 15. sebabnya kitorang ni lah pemandunya... cets. rasa cam nak hentak kepala ni pun ada jugak. gapo lah tak fokus, fokus, fokus!!!! lepastu kitorang kena lukis diri kitorang and kena teka personaliti berdasarkan lukisan itu. aku dapat lukisan mirul. haha.  tak lama lepastu,LDK1 pun habis. yay! it's time for sleep dan disini semuanya bermula macam mana aku boleh dapat mata panda keesokkan harinya. budak2 bilik aku semuanya penakut belako walaupun aku dah habis baca surah Al-Mulk. habistu kau nak aku baca satu al-quran tu? akhirnya aku yang kena berjaga malam. bayangkanlah pukul 12 lebih masuk tidur then pukul 3 pagi kena bangun. so aku decided tak payah tidur. habis biskut 12 peket aku je yang makan. lepastu aku rembat tab jaja. bukak fesbuk kejap.. stalk Amar Baharin.. tweet2... dah nasib aku.. sedih gila....

sampai sini je post .. akan aku update untuk second day.... nak tidur.. penangan ubat selsema la ni..

**TO BE CONTINUED**

Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih!

Kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,

Namun,
Jangan risau manusia
Allah itu tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnya

Percayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya !

**THE END**

Thursday 4 September 2014

Cuci Toilet Mak Oi~

ASSALAMUALAIKUM! HAI!
harini aku nak share satu story yang agak best. ceritanya cenggini

Pada suatu hari.. (cehhh... haha) aku tengah duduk dalam kelas 3 Cemerlang (Kelasku yang terchenta.. terchentaaa la sangat) sambil bersembang dengan sengalians (geng lelaki yang rapat dengan aku). dan waktu tu pulak waktu Cikgu Amoliye (bukan nama sebenar. nama sebenar dirahsiakan atas faktor keselamatan) tapi disebabkan cikgu Amoliye mengandung, dia tak larat nak pergi kelas aku. dia bagi kerja je. tapi memang tak lah budak kelas aku nak buat sebabnya kami lebih suka bersembang.. haha! tapi kegembiraan itu hanya seketika bila kami diberitahu oleh haziq yang cikgu Sopina (bukan nama sebenar) akan relief kelas aku. oh mai gawd! cikgu sopina dah warning awal-awal jangan bising. nanti kena lah dengan dia, haha! tapi kami tetap bising.. dan ketua aku si haziq tu pun mula naik hangin dan tensyen level 100.. lepastu cikgu sopina mulalah bagi kelas aku rehat lambat. ades x100... sedih ni. aku dah la kebuluq. nasib baik cikgu azilon (bukan nama sebenar) penyelamat dengan menghalau kami keluar kelas time rehat tu. hihi tq cikguuu... lepas rehat. haziq kembali dengan memberi tahu yang hari khamis nanti cikgu akan kasi denda... jeng jeng jeng....
apakah denda itu.. nantikannnnn.....

**hari yang di tunggu-tunggu..(tadi)**
[waktu cikgu sopina] cikgu sopina masuk dengan muka yang akan happy.. hhmm tapi happy-happy pun then dia mula memberikan tugasan a.k.a denda yang dia dah pesan minggu lepas. dan dendanya ialah.... CUCI TANDAS.. ohmaigad. cuci tandas? jadah? dah la bukan sebarangan tandas.. tandas LELAKI .. choy! tu yang perempuan.. kalau lelaki kena cuci tandas PEREMPUAN.. adehhhh.. waktu first2 tu rasa tersiksa batin oi.. dah la kena cuci dengan The Datins. siapa pulak laa The Datins ni? 4 orang gurls yang agak hot dan gediks dan blablabla... Adiliyot, Ichiot, Amoliyot dan Shoriyoht (bukan nama sebenar mereka semua ni). well mula-mula je terasa tersiksa batin. lama-lama seronok ahh.. main air segala. tapi apa yang penting. aku yang paling seyap. itu pasti. sebab aku tak sekepala dengan dorang. dan dorang dengan dorang punya hal. aku? aku punya hal lah.. 40 minit jugak membersihkan. macam-macam hal sampai aku naik pening. yelah, most of them baru first time cucui tandas. tu yang batak sikit. hahahahaha.... choyy.. dan pada hari tu.. trending di kelas 3 Cemerlang, KISAH CUCI TANDAS. hahaha ok bye!

The Datins nak pakai gini.. tapi tak mungkin sebab cikgu sopina x kasi
kegelian The Datins terhadap toilet sampaikan
kalau boleh dorang nak pakai macam ni

**THE END**