Monday 10 January 2022

Putus Harapan, Bangkit Semula.

 Assalamualaikum and hi... Aku harap masih sempat untuk aku ucapkan selamat tahun baru 2022.

Azam aku tahun ni, tak tahu la. Aku mungkin akan terus live the life macam biasa sambil merealisasikan 30 things to do before 30.

Bicara tentang tahun baharu ni.. Mesti kita akan mengimbau kembali tahun sebelumnya dan berharap segalanya akan menjadi lebih baik. tapi entah lah... aku putus harapan. dengan apa yang jadi sepanjang 2021 ni.. aku rasa aku nak give up on everything.. tapi aku tahu, aku tak boleh. sebab aku ada keluarga yang perlu dibanggakan.

Sebab tu, aku berterima kasih atas segala kenangan manis yang aku rakamkan sepanjang 2021 kerana disebabkan rakaman yang tersimpan ini lah, aku bangkit semula.

Mana mungkin aku akan terus bersedih.. padahal aku menang video pembentangan terbaik katergori individu. Mana mungkin aku rasa aku gagal dalam semua perkara bila aku diberi kepercayaan untuk menghasilkan video peringkat antarabangsa.

pencapaian aku tak ada lah hebat kalau nak dibandingkan dengan pencapaian orang lain...

Tapi aku bersyukur.... sekurang kurangnya aku ada benda untuk dibanggakan.

terima kasih kenangan. terima kasih 2021.


Fafa Jay <3