Saturday 22 July 2017

Dulu vs Sekarang

Assalamualaikum haii!!!!!!
Dulu lain Sekarang lain... Tapi situasi ni membuatkan aku rasa nak buat entri dulu dan sekarang. Apa yang aku buat dulu ? Sekadar budak hingusan la kalau nak ikut era globalisasi zaman sekarang. Budak-budak zaman sekarang... haa, takyah cakap pun korang dah tahu kan kan kan ? err. 


Dulu
 


1. Ikat toncang hairband warna warni time darjah 1 hingga darjah 5. Ya, aku stat pakai tudung darjah 6. Tu pun mau takmau. Aku ingat lagi paksu pernah balon aku tak pakai tudung. Time tu aku just "Kisah pulak aku ?"

2. Tudung herot tak kisah pun time tu. Jadi ke tak jadi ke aku buat muka inesen. Apa jadahnya nak cantik-cantik time tu ? 

3. Botol air yang paling ranggi dipandang tinggi. 

4. Begitu juga beg roda yang paling ranggi. Emm, time aku sekolah rendah dulu, bagi pelajar perempuan, beg barbie ialah beg yang diidamkan. Jadi, memang jangan tanya lah .. Aku dulu ada beg barbie warna pink merlik. Ya, aku dipandang tinggi ketika itu. 

5. Penggunaan kata ganti nama diri ialah " Hampa " dan " Kami " 

6. Kasut magnet prap prap. Ape jadahnya nak pakai All Star ? 

7. Ketua darjah sangat digeruni ketika itu. Sapa bising and berjalan kena tulis nama. Pastu nama-nama tersebut kena bagi kat cikgu kelas. Then cikgu kelas panggil pastu kena rotan depan orang ramai. Sistematik bukan ? 

8. Cikgu suruh buat kerja semua buat. Cikgu suruh catat, memang catat besar-besar tau habaq mai! 

9. Dulu kelas muzik and time Pendidikan Jasmani sangat best. Ye la, sbb time tu la budak-budak nak main main pon kan ? 

10. If kena denda muka semua muka 100% bersalah. Siyes taktipu. Esp bila kena berdiri atas kerusi, ketuk ketampi dan duduk kat luar kelas. Sebab ? Tak bawak buku text je. 

11. Kalau boleh semua buku nak bawak. Sebab tkathu nak ikut jadual. " Eh, eh kenapa cikgu bagi kertas yang ada tulisan BM,BI, M3, PJ ni ? Apa semua ni ? " - jadi kesimpulannya beg sekolah sangat berat. Bila mama suruh buang buku sikit, kata " Tak , takboleh nanti kena denda " #takutdenda 

12. Setiap pagi papa aku tolong kejutkan. Tapi bila lewat, aku tak pergi sekolah. Heaven nya time tu. 

13. Zaman kegemilangan pencapaian akademik semua 100% markah ! 

14. secret admire semua pakat takmau bgtahu sebab malu. 

15. Wajib bawak tisu 3 helai, botol air isi air masak kadang-2 air manis, pastu duit RM1 je. 



Sekarang 

1. Pakai tudung sekolah sebab tudung sekolah jadi. (bagi perempuan la, lelaki aku takda pengalaman ok?) 

2. TUDUNG HEROT??! Ahh , menci tawww tudung ni. Erm, kena buat jugak sampai jadi. If seterika 10 kali takjadi, ha 10 kali la lagi la kau seterika tudung. Bila tudung hangit, hangat satu badan. 

3. Botol Air liat nak bawak, konon takcukup masa nak bersihkan botol la,nak isi air lagi la. 

4. Beg BodyGlove adalah beg yang paling ramai pemakainya. Nipis je. Sapa bawak beg roda ? Ehhm,ntah tak pernah jadi lagi. 

5. " Aku " , " Hang " , " Kau " ? Mana ada la, panggil babi sial pon dah normal okay ? 

6. Kasut diidamkan ialah All Star dan Supra. Sebab ? Paling mahal je. Sapa pakai kasut prap prap dianggap skema yang melampau. 

7. Ketua Tingkatan satu kepala, " hang bising heran apa? " dan suka memerli cikgu time mngajar. Sebab dia kan berkuasa ? ;X 

8. Cikgu bagi kerja skolah semua merungut. Konon ada kucing beranak kat rumah, kucing dia main kayu tiga dgn kucing betina lain lah. Macam-macam alasan. 

9. Kelas PJ ialah kelas yang paling boring. Malas nak riadah, bila cikgu panggil turun main riadah semua muka cuka (perempuan je kot, lelaki tak kan ?) , pastu time PJ ni ialah time yang paling sesuai nak buat kerja sekolah yang belum disiapkan. 

10. Kena denda muka nak makan cikgu,nak maki cikgu. Ya Allah, dah realiti kan ? 

11. Kalau boleh buku suma tknak bawak. Kena denda? Ala, lari kelas je, apa susah ? So, pergi sekolah beg nipis je. Ntah-ntah bawak phone je ? 

12. Ha, setiap pagi mestila kejut sendiri guna phone alarm tu. Ok yang ni je boleh nak bangga daripada statement yang lain. Hampeh je kan. 

13. Gagal semua mata pelajaran muka cool je beb. 

14. If ada kita minat seseorang tu, pakat bagitahu habis kat kawan " Weh, aku minat dia la. Cool aww aww. Alaaa, tu la yang orang panggil dia PakLebaiAnakCikAli.. " 

15. Tisu mintak kat kawan chinese. Duit mintak RM 5 sehari konon makan bnyak ,padahal nak beli topap. 

ya, 90% berbeza dulu dan sekarang.

P.s ; Berikut merupakan kepada sekolah harian biasa sahaja. Mungkin tak semua macam ni.. :) chillex 


**THE END**

No comments:

Post a Comment