Tuesday 25 July 2017

Blok Form 6 SM3KB Berhantu?

Assalamualaikum.. hey guys. Fuh. aku baru lepas settle-kan slide untuk pembentangan BM nanti.
maklumlah. STPM kan. Esok kena present lah pulak. bukan tu je. sejarah pun sama. haih. nasib baik lah aku ni power bab present-mem'present'. #fafariakteruk

ni aku nak cerita ni.. semalam kan aku stay sampai petang sorang-sorang dekat sekolah. (memang ni kira termasuk dalam rutin mingguan aku. hahaha) selalu okay je. eh tak jugak.

tengah aku melayan perasaan nyanyi lagu Wany Hasrita, aku tengok langit mendung je. lepastu angin kuat.

ah sudah.

selalu angin kuat okay je. tapi semalam.. dia punya angin tu lain macam do. aku rasa lain macam sebab since 2 months ago aku memang selalu lepak sekolah sorang-sorang.

ah lepastu dia pergi main pintu pulak. ey bengangnya aku. sudahnya aku malas nak layan.. baik aku layan Tajul nyanyi Sedalam Dalam Rindu.

haa lepastu aku teringat time bulam pertama aku dekat blok form 6 ni. time tu aku datang pagi gila. dalam 6:35am gitu. memandangkan aku memang form 5 dekat SM3KB tu and aku pun dah biasa datang awal pukul eman setengah gitu... aku pun selamba badak sumbu badak berendam naik lah kelas. korang bayangkanlah, kelas aku dahlah tingkat atas sekali.... fuh.. penat gila cinabeng.

lepas aku naik tangga tu, aku akan hadap kelas upper 6 cimos dulu baru kelas aku. haa ni klimaks dia. elok badan aku selari dengan pintu 6 cimos tu, aku terdengar bunyi macam ada orang baling meja dari atas ke bawah. kiranya hempas meja lah.

aku rasa kalau ada cctv kat koridor tu, pihak pentadbir atau pakgat dah gelak dah tengok aku bukak langkah silat sebab terkujat (terkejut).

lepastu? apa kau buat weh?

dalam kepala aku ada 3 benda je:

1. Lari balik turun
2. Terjun koridor
3. pedulikan lah. lantak lah dia. janji dia tak tunjuk kan diri.

no 1, memang tak lah. HANG TAU DAK PENAT GILA NAK NAIK TANGGA TUH. 4 TINGKAT GAIS! oh sorry tercaps lock. hehehe
no 2, aku tak mau jadi ahli neraka oi mati sia sia.
no 3, ni macam okay sikit. jadi memula aku beranikan diri masuk kelas cimos tu bukak lampu. nak kepastian actually. manalah tau meja dalam kelas tu memang dah nak jatuh ke..

bila aku bukak je lampu.. masya Allah... terkejutnya aku wehhhh!!!!!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
kelas tu kemas je. meja tak berterabur pun.. alhamdulillah.. tak ada entiti pelik. jadi aku masuk kelas sambil ditemani Bruno Mars - Grenade. hahahaha~

dan sejak itu, dan sejak ayah aku cerita blok tu memang 'keras', aku datang sekolah sekarang tepat pukul 7. hahahaahah!

tapi stay petang sorang-sorang aku okay je. setakat benda tu kacau-kacau manja, lantak lah. dengki apahal, aku nak duduk cari ilham menulis je.

dah ah. aku nak fikir cerita apa nak tulis dekat entry lepas ni. ingat malam ni nak post entry lebih sikit. haahahahahah!

**aku tengah mengidam laksa penang terok~

**THE END**

No comments:

Post a Comment