Sunday 6 August 2017

Soalan Cepukmas Mas Mona. Hahaha~

1. Benda yang paling korang suka?
Aku pun taktahu benda apa yang aku suka. Pencilcase lah kot, tanpa pencilcase, merana aku kat sekolah.

2. Left-handed or right-handed?
saya left-handed person. Jugak open-minded person. *tiada kaitan*

3. Sila buat 1 pantun dan 1 sajak pendek untuk pembaca blog korang.
Alamak, kantoi la aku takreti BM ni. Ok aku belasah je.

Anak ikan, anak itik,
Hai followers sekalian...

Sajak

Hey followers,
I love you
Hey followers,
I heart you
Hey followers,
I love you again
Hey followers,
Sorry I have no idea
Hey followers,
What's more?

ya ya, terima kasih.

4. Apa ciri-ciri teman hidup yang korang cari? sila jujur ye
yes sayang, saya meme nak jujur :DD

-Taknak yang hensem sangat/hot

-Kalau boleh sebenarnya pandai Math
-Tidak merokok
-Lelaki yang boleh pimpin saya ke syurga
Izzat
p/s saya tak memilih, kalau dah jodoh tu..faham-faham ler

5. Andai sesuatu masa nanti semua orang yang korang sayang pergi meninggalkan korang, pada siapa korang akan pergi?
Tuhan yang satu masih ada. Life must go on, so explore, cari yang baru.
Family? I have no idea. Tak pernah nak terbayang lagi sebenarnya :'(

6. Benda paling sengal yang korang pernah buat dalam hidup?
Banyak sangat.
- Balik lewat dari melepak dengan kawan
- Naik motor dengan kawan sewaktu form 2 tanpa pengetahuan ibu-bapa (emergency time tu)
- Cium tangan sendiri tanpa sebab
- Gelak tanpa sebab
- Ketawa tanpa sebab
- Time sebelum exam, tak pernah ulang kaji. TAKPERNAH.
- Bawak masuk toyol masa exam
- Tukar kertas exam dengan kawan time exam bila cikgu leka
- Buat parkour, terjun bangunan 1 tingkat
- Mengorek ngorek hidung di tempat awam kerana terlalu gatal

7. 5 sifat/sikap menarik yang ada dalam diri korang?
- Bagi aku berkawan itu perkara natural
- Aku tak cerewet dalam aspek apa pun
- Open-minded, aku terima teguran orang lain
- Suka mengarut
-blurr
- Pemaaf

8. Warna favourite korang? sebab korang suka warna tu?
disebabkan aku jenis tak memilih, jadi benda ni agak susah.
aku suka warna pelangi. Sebab, warna pelangi ni cantik dan selalunya warna pelangi ni dikaitkan dengan kejadian alam, reflection. Cantikkan ?
ok aku suka warna pastel yang soft, dan aku suka warna gelap sebab nak nampak efek kurus. hahaha!

9. Binatang yang paling korang suka? warna apa? sebab?
Aku dari dulu lagi suka Hamster. Erm, warna putih suci dan aku akan menamakan Milky.
If 2 hamster putih, maka Milky II la.
3? Milky III :D
Hamster ni mempunyai speciality iaitu suka simpan makanan dalam mulut dan suka gulung-gulungkan badan. EII COMEL GILA BA...

10. Andai ditakdirkan korang jadi perdana menteri suatu hari nanti, korang nak terima tak jawatan tu? bagi 5 sebab untuk jawapan yang anda berikan.
Fuh, macam soalan format SPM.

-Aku takkan terima jawatan tersebut.

-Kerana, aku ini bukan dilahirkan untuk menjadi pemimpin.
-Selain tu, aku jugak ada penyakit 'unconfident' dalam memimpin sesuatu.
-Di samping itu, aku gagap untuk berucap. Tu la kejadah ujian lisan BM aku paling rendah.
-Dan, aku tak berminat dalam politik
-Akhir sekali, aku memang tak minat politik. (eh?)

11. Treatment paling baik untuk diri korang?

New York skin solution.
Yes, any problems?
Apakah ? Ya ya, memang betul !!
Tu la sebabnya BM aku takpenah nak A+.

Dibebel oleh, 
Nenek yang lencun baru terjun dari laut Jepun


**THE END**

No comments:

Post a Comment