Wednesday 2 August 2017

Dari Fafa Untuk



Dear crush.

Assalamualaikum.

Hari tu saya nampak awak. Untuk pertama kali lepas 4 tahun kita tak jumpa (since kem rimup tu). tiba tiba hati saya rasa semacam. dan tiba tiba jugak saya senyum sorang sorang. saya perhatikan awak jalan sampai saya tak sedar saya senyum sorang. sampai saya kena sound dengan kawan saya, 'kau gila ke ape senyum sorang sorang?'. hakhak. malu doe.

sejak hari tu awak jadi crush saya. tiba tiba jugak saya ngada ngada nak layan lagu selow-melow bila teringat kat awak. ni tengah main kan lagu Tajul dengan Wany Hasrita lah ni. haha. and pelase please please rasa diri awak tu bertuah. at least bangga jadi crush saya yang kiut ni. eh. sila lempang saya laju laju. saya tau saya masuk bakul angkat sendiri. xP

Setiap hari saya bangun pagi, otomatik saya teringat kat awak. haih, jin toncit mana awak hantar kat saya ni yang buat saya ingat awak je manjang. bila datang sekolah, orang pertama yang saya cari ialah, awak. sila terharu lagi sekali wahai crush :3 tiap kali saya ingat awak menari lagu Kun Anta time orientasi tu, mesti saya senyum sorang sorang. aah. saya memang suka senyum sorang sorang. nanti short jugak wayar otak ni. lol jk jk. saya sihat lagi lewww :3 cumaaaa dance tu buat awak nampak.............................. comel *tutup muka*

saya suka skodeng awak senyap senyap. hakhakhak. eh skodeng awak tengah jalan ah. bukan skodeng apa. kau jangan nak pikir bukan bukan. aku tembak karang. selagi saya tak nampak awak, selagi tu saya akan cari. well, awak kan sunshine. sunshine kena terangi hari saya. kalau saya tak nampak sunshine, macam mana hari saya nak terang. hikhik. ngada lettew.
Saya ingat lagi mula mula kita bersembang. sebab buku! tak sangka awak suka baca buku macam saya.l minat kita sama lah awak! lepastu saya pinjam buku awak. saya baca banyak kasi siap peluk bawak ke tidur lagi. hikhik
malu tapi mahu. eh. tetibe. malu tapi suka. suka sebab masa cuti saya terisi dengan kehadiran awak. ececeh. gediks nya ayat. tiap hari saya fenfelling lagu hindustan sambil jejoget goyang goyang badan perasan macam aishwarya rai dengan shah rukh khan dalam cerita mohabbatein tu. suwit ke tidok. hmm, ni macam mengada ngada kuasa patratusnampuluhribu dah ni.

"what happens when he's your prince charming, but you're not his cinderella"

sangat menakutkan bila baca statement tu. saya tahu awak dah ada gf. kemain sweet dekat instagram tu. hm. sedih lah awak. saya sedih sangat sampai saya rasa nak peluk awak yang tinggi ni.
hari ni (2 August 2017) hari ke 92 saya crush dekat awak. sekarang, saya nak mengaku kat awak. saya memang suka dekat awak. dulu, kini, dan tak tau sampai bila. *bukan dulu, kini dan selamanya* teruskan lah buat saya tersenyum dengan kehadiran awak di mata saya walaupun awak tak tau yang awak dah buat someone happy. saya suka tengok awak diam diam,*especially the way awak jalan* tapi saya peduli hapee. yang penting saya happy. tak gitu cik kiah? tetibeee.

tapi awak dah tak ada dekat sekolah ni. awak dekat kti sekarang. hm. jaga diri awak. kalau stress jangan lupa cari saya. saya sedia melayan kerenah awak. huhuhuhuhuhu

and even saya tau yang awak tak kan baca entry saya esok, lusa dan seterusnya sampai dah punah habeh entry ni, tapi saya nak tetap cakap kat awak yang awak crush kedua saya selepas Tajul Sedalam Dalam Rindu. Kbai.

*aah. entry ni entry syok sendiri sebenarnya. hadee haku kesahhh xD

enjoy your reading :')

**THE END**

No comments:

Post a Comment