Sunday, 20 August 2017

Rindunya

Rindu tak ?
Of course aku rindu dia. 
Walaupun aku tahu rindu aku tak pernah berbalas. 
Walaupun aku tahu chat aku takkan pernah dilihat atau dihargai.
+ Aku rindu senyuman dia. 
Aku rindu nak lihat dia buli aku. 
Aku rindu nak lihat dia kenakan aku.
Semua aku rindu. 

+ Boleh tak suruh dia rindu jugak. :')


**THE END**

Tuesday, 15 August 2017

The Broken Heart


Tears of blood fall from my broken heart
I never thought we would be apart

When you held me you said "forever"
Now that you're gone I know you meant "never"

Saying you love me with that look in your eye
And that was a cold hearted lie

Your tender touch, a soft kiss
Two things about you I will miss

As I sit here thinking about you
My face is wet with tears past due

I should've cried a long time ago
But I loved you so

I know they say love is blind
But I had only you on my mind

A hurt so deep it cuts like a knife
But wounds heal and I'll go on with my life

Thursday, 10 August 2017

Short Post : Fafa dan Jodoh



Sat tadi, aku pi stalk twitter awek crush aku.
Allah.. private pulak.

belek punya belek, lepaih gak. demi cinta dan harapan yang menggunung,
tweet 41.1k tu aku stalk. gigih bakhang. tapi demi nak tau kebenaran.

aku berdoa. agar depa tu main-main ja.

aku scroll punya scroll. terberhenti kat satu tweet dia.

screenshot dia chat dengan crush aku. hm. tgk contact name dia buh takdelah 
nampak special mana. tapi tak tau lah kot dia buh hat depan lain.. hat belakang lain.

dalam conversation tu dia tanya kat jat, dia kuruih ka gemuk.
aku dalam hati habaq, dia dah keding gitu pun still rasa gemuk ka?

*face palm*

entah lah woi. aku tak tau awat aku sedih ngat ni. rasa nak nangis pun ada.
(padahai dah nangih dah tadi.)

wahai crush, ceq tak muhong. ceq betui suka kat hangpa. cinta sayang bagai lah.
tapi disebabkan hang dah ada marka, jadi ceq reverse kan diri.

huwaaaaaaa ceq sungguh sayang kat hang. *nangis lagi*



Tuesday, 8 August 2017

Fly Sekolah

aku hari ni balik rumah awal. Taktau nak buat apa
aku ingat nak bukak deras deras lagu Talking to The Moon.
Begitu juga lagu Zalikha. Atau atau atau lagu I Wanna Know by Sickick.
sedap terok lagu tu.

ENIWEY, life aku ok alhamdulillah, family and friends memang akan selalu di hati.
Cuma biasa lah, ada jugak aku buat jahat noty noty sikit.
Skip, ponteng kelas tambahan, takbuat kerja, lari sekolah itu perkara biasa bila tengah tension nak belajar.

Dey, mak aku baca ni mampos aku. Mampos.
Ahh nak buat jahat pun tahun ni aku dah form 6. sis dah besar. hahahaha! Tapi aku tak kerap buat lah. Tahun ni tahun kritikal year oghayh ?

lagipun hari ni sekolah nampak membosankan sebab ramai pergi Kejohanan Sukan Tingkatan 6. 

STPM.
Tu la, tension sangat sampai aku dan kawan2 aku skip sekolah dan pergi rumah Yasmin main makeup2 dan layan Fast 8 secara haram.
Naik kereta ina.

Ini Sijil Tinggi Pergi Mati namanya. *sigh nyesal* Ahh aku taknak buat lagi :'( Nyesal kot :'( Buatnya accident aku taktahu la. Ni bukan Sijil Tinggi Persekolahan 
Malaysia.
Tipu mummy and daddy lak tu.
tapi aku tahu, aku mesti akan buat lagi. *gelaksetan*

**THE END**

Anda Tanya Fafa Jawab

Q1: 3 names in your messages inbox?
- Faez Izzat

- Farra Sofea
- Kak Afiqah

Q2: Your Ringtone
- Amanda Blank // Something Bigger Something Better

Q3: What do you did at 12 last night?
err , tidoq kott

Q4: Who was the last person you went out with? Where?
Sarah Lokman! Hi tea dekat Secret Recipe

Q5: The colour of the T-shirt you wearing now?
BLUESSSSSSSSSSSSS [ ahh , ayat pelik ~ ]

Q6: The last things you did?
taktauuuuuuuuuuuuu , dah lupaaaaaaa

Q7: 3 of your everyday favourite items?
-phone
-lappy
-gambaq ezzat

Q8: The colour of your bedroom?
Yellow

Q9: How much money on your wallet now?
err , jap jap aa , tadi mama bagi sepuluh ringgit .pastu makan nasik 2 ringgit
thenn , teh aih 1.30, nasik goreng seringgit, duit bajet mingguan 12.60 sen
err , taktau taktau .. kira sendiri~

Q10: How's life?
EMO

Q11: Your favourite song?
I Wanna Know - Sickick

Q12: What will you do next week?
Entah. Keluar dating dengan Fath kot?

Q13: When was the last time you saw your mom?
Ni haaa , mama kat depan nii . HAI MAMA ! :)

Q14: Where is she now?
10 meter jauh dari aku kat depan lappy

Q15: When was the last time you talked to your parents?
parents ? Tadi kot?

Q16: Who is the last that talked with you last night?
Izzat. *tutup muka dengan bantal*

Q17: Where did you have dinner last night?
dalam rumah , depan tivi , belakang sofa

Q18: The last surprised you got?
Ular getah yang Sai baling dekat aku time pre birthday celebration kot?

Q19: Last thing you borrowed from your friend?
Fail Muet , haha , kerja sekolah tak lengkap . =))

Q20: Who is your bf/gf or husband/wife?
crush aa crush.. Izzat <3

Q21: What do you feel now?
blurr , sbb copy and paste pastu jawab soklan

Q22: Wanna share with who?
With my BFF , Fath

Q23: Who knows your secret?
Sofea sayanggggggg

Q24: They keep your secret?
Yes , Maybe ?

Q26: What do you order at McD?
Double Cheese Burger . NYUMMMMMM

Q27: The last time you feel so sad?
Tadi . Sebab Izzat dah ada girlfriend . WAAAA :(
Izzat oh Izzat,

Monday, 7 August 2017

3 Post lah



Assalamualaikum. huuiiiii

kenapa aku nak buat 3 post ?
SAJA GATAI GEDIKK.

no no . aku saja nak mencabarkan diri aku
3 post satu hari
huhhh . macam hebat tapi takdok la hebat tera mana
sebab yang lagi 3 post aku banyak copy paste je
tapi walauapa apa pun , aku berjaya
APA APA ?
tahniah kan ?
terima ksih terima kasih .
excited excited

harini aku buat apa tah ?

1 . Aku pergi sekolah dan menggila tahap powerpuff girls

2 . Aku boring dan taktau nak buat apa so aku banyak menghabiskan masa dengan online . tuiter, maispes (ye aku masih main) , tagged , video dan banyak lagi . So , aku kena marah dengan mama sebab lupa sembahyang asar jugak aku sedar kesilapan aku. Dan kenapa sekarang aku tak berhenti menaip . Ahh , berhenti !

3. tudia panjang nya point no 2

4 . dan point no 3 takdak motif langsung

5. ok ok , aku tak buat nombor dah

6. lepastu aku nak mandi dan makan olso dengar lagu. Hahh , jom tengok no 7

7. Buat muka taktau sambil tengok tv time maghrib

8. Aku tengok tv . Dah sebut kan ?

9. takbuat homework

10 . OK fine aku sedar . Aku dah keluar tajuk iaitu ' kenapa aku post 3 kalu hari ini '
AHH , SIOT.

Paranormal~

Assalamualaikum.. 

Bohong lah kan kalau sesiapa taktahu tentang paranormal. 
Menurut definisi Dr. Yasmin Ngokngek, Paranormal ni kejadian yang telah melanggar hukum sains realiti. 
Nak kata lain, sains ilusi. Ya kah sains ilusi? Macam tagline majalah Infiniti je? 
Takda la, senang cerita hantu. 

Hantu. 
most of people yang tak pernah lalui kejadian Paranormal ni wajib tanya, 

"Wujud ke benda alah ni ? Ape ape? Hantu ?" 
Soalan tak boleh belah, tapi itu kenyataannya. Soalan berani mati. 

Aku just nak bagi pendapat dan pandangan aku ni. Kalau salah, tegur slow-slow nah ? =P
Dalam Islam, aktiviti Paranormal ni sering dikaitkan makhluk Jin dan Syaitan Laknatullah untuk menyesatkan tak kurang juga nak menakutkan manusia, hamba-2 Allah. 
Ianya satu ujian untuk menguatkan serta menguji kemantapan iman seseorang. 

Bila aku tengok cerita-2 yang mengisahkan hantu, ada scene dengan doktor, mesti doktor akan cakap 
" Hantu ni kebanyakan daripada ilusi dan khayalan sahaja. Seterusnya akan menganggu fikiran dan akan menghidap penyakit X. Uhh, anak cik kena tahan di wad. Kami akan sentiasa bagi feedback " 
Okay, yang selebihnya tu saja nak ada impak filem -,- 

SO, persoalannya sekarang... 









































Layak tak aku jadi Ustazah Pilihan? 

kahkahkah.

Sunday, 6 August 2017

Soalan Cepukmas Mas Mona. Hahaha~

1. Benda yang paling korang suka?
Aku pun taktahu benda apa yang aku suka. Pencilcase lah kot, tanpa pencilcase, merana aku kat sekolah.

2. Left-handed or right-handed?
saya left-handed person. Jugak open-minded person. *tiada kaitan*

3. Sila buat 1 pantun dan 1 sajak pendek untuk pembaca blog korang.
Alamak, kantoi la aku takreti BM ni. Ok aku belasah je.

Anak ikan, anak itik,
Hai followers sekalian...

Sajak

Hey followers,
I love you
Hey followers,
I heart you
Hey followers,
I love you again
Hey followers,
Sorry I have no idea
Hey followers,
What's more?

ya ya, terima kasih.

4. Apa ciri-ciri teman hidup yang korang cari? sila jujur ye
yes sayang, saya meme nak jujur :DD

-Taknak yang hensem sangat/hot

-Kalau boleh sebenarnya pandai Math
-Tidak merokok
-Lelaki yang boleh pimpin saya ke syurga
Izzat
p/s saya tak memilih, kalau dah jodoh tu..faham-faham ler

5. Andai sesuatu masa nanti semua orang yang korang sayang pergi meninggalkan korang, pada siapa korang akan pergi?
Tuhan yang satu masih ada. Life must go on, so explore, cari yang baru.
Family? I have no idea. Tak pernah nak terbayang lagi sebenarnya :'(

6. Benda paling sengal yang korang pernah buat dalam hidup?
Banyak sangat.
- Balik lewat dari melepak dengan kawan
- Naik motor dengan kawan sewaktu form 2 tanpa pengetahuan ibu-bapa (emergency time tu)
- Cium tangan sendiri tanpa sebab
- Gelak tanpa sebab
- Ketawa tanpa sebab
- Time sebelum exam, tak pernah ulang kaji. TAKPERNAH.
- Bawak masuk toyol masa exam
- Tukar kertas exam dengan kawan time exam bila cikgu leka
- Buat parkour, terjun bangunan 1 tingkat
- Mengorek ngorek hidung di tempat awam kerana terlalu gatal

7. 5 sifat/sikap menarik yang ada dalam diri korang?
- Bagi aku berkawan itu perkara natural
- Aku tak cerewet dalam aspek apa pun
- Open-minded, aku terima teguran orang lain
- Suka mengarut
-blurr
- Pemaaf

8. Warna favourite korang? sebab korang suka warna tu?
disebabkan aku jenis tak memilih, jadi benda ni agak susah.
aku suka warna pelangi. Sebab, warna pelangi ni cantik dan selalunya warna pelangi ni dikaitkan dengan kejadian alam, reflection. Cantikkan ?
ok aku suka warna pastel yang soft, dan aku suka warna gelap sebab nak nampak efek kurus. hahaha!

9. Binatang yang paling korang suka? warna apa? sebab?
Aku dari dulu lagi suka Hamster. Erm, warna putih suci dan aku akan menamakan Milky.
If 2 hamster putih, maka Milky II la.
3? Milky III :D
Hamster ni mempunyai speciality iaitu suka simpan makanan dalam mulut dan suka gulung-gulungkan badan. EII COMEL GILA BA...

10. Andai ditakdirkan korang jadi perdana menteri suatu hari nanti, korang nak terima tak jawatan tu? bagi 5 sebab untuk jawapan yang anda berikan.
Fuh, macam soalan format SPM.

-Aku takkan terima jawatan tersebut.

-Kerana, aku ini bukan dilahirkan untuk menjadi pemimpin.
-Selain tu, aku jugak ada penyakit 'unconfident' dalam memimpin sesuatu.
-Di samping itu, aku gagap untuk berucap. Tu la kejadah ujian lisan BM aku paling rendah.
-Dan, aku tak berminat dalam politik
-Akhir sekali, aku memang tak minat politik. (eh?)

11. Treatment paling baik untuk diri korang?

New York skin solution.
Yes, any problems?
Apakah ? Ya ya, memang betul !!
Tu la sebabnya BM aku takpenah nak A+.

Dibebel oleh, 
Nenek yang lencun baru terjun dari laut Jepun


**THE END**

No Backspace Challenge

aku hari ni nak try buat ataupun tiru da saty blog iaitu aku akan menaip tanpa tekan backspace atau sng creta aku at rh tak k padam apa apa huruf yang error aku harap aku taktulih huruh eh huruf pelik2 iaaut i eh iat iaitu ! wiohh.payah ngat aoih nak tulis tnpa bekspexs ni. aku rasa keyboard ni takbest ah dok tekan menekan sobab sebab dia jadi keras.apa apa pun aku rasa aku nk suro mma aku p beli kyborad ketyboard baru ah salah lagi.kenapa ni.try jugak la nk tap taip menatang ni lahju lahju ahh.tgok tu salah lagi.ee.aku rasa tangan aku nak kebas dh dok tulis ja takhabis habis.apaa paa yg melintas dalam otak aku aku pun tulis termasuk aku terpandang pc ka mouse ka katak ka. oh ya aku dah blank skrg dan saytu peristiwa ni kan.hari ni dan smlm aku rasa sedih sbb secret admire aku tu konon nya kata 8*8*8** tapi sbnrnya penyangak nk mmpos.pedulik hapa dia nak follow aku punya beloggy ni kan.oh ya dia ada kt follower tu.ajhhh nynmpah aku tgok muka dia.(lelaki) ok aku rehat sat 10 minsu minit. FUHH pening penat semua ada gaiss... okayb air amana air? ao apakah yang aku merpeek ni? okay aku kena berhenti ni tapi kenapa aku rasa tangan aku macam tak boleh berhenti ni? om pehlisss berhentiiiiii.....


okay baaaaiaiiiiiiiii

**THE END**

Post Yang Tiada Motif


1. Pernah tak bergaduh dengan orang tersayang, hampa cakap "aku benci kau beribu kali!!" then tutup phone. Tapi korang sebenarnya masih tunggu text dia? Pernah?

2. Pernah tak baling phone semasa cakap dengan seseorang sebab tak tahan kecewa?

3. Pernah tak hampa rasa nak salahkan dewan bahasa sebab takda ayat lain lagi ka nak bagitahu yang aku sayang dia sangat-sangat!!??

4. Pernah tak rasa rindu kat seseorang tu sampai korang tak sedar yang korang tengah menangis?

5. Pernah tak terfikir yang korang ni macam tak sesuai dengan dia? Dan fikir perempuan lain tu lagi baik untuk dia..

6. Pernah tak rasa kita ni 'not the one for him/her' ?

and last

7. Pernah ke aku tetiba jadi lovaholic ni sampai tulis kat blog ? damn~ watafa*


**THE END**

Orang Mengantuk Disorong Bantal, Bila Lapar Makan Ikan Buntal

Assalamualaikum! hey readers!!!

Pernah terfikir tak benda benda yang excited terjadi yang kita tak expect akan jadi? Means err
jackpot lah.
Eh no no.. Not jackpot.. Jackpot tu benda..
alah senang cerita tajuk aku describe everything. Pftt.

1. Korang baru lepas makan di rumah.. dan korang wajib kena basuh pinggan yang belambak tu.
Tetiba '' Eh takpayah basuh pinggan, paip bocor. Sat gi mama nak ambik pinggan-pinggan tu basuh kat balkoni, '' - '' Cool!"

2. Korang nak keluar dengan kawan kawan. Boring sebab duduk rumah sorang-sorang. Tapi ushhh, takda transport n takda sapa nak hantar. Tiba tiba phone bunyi ''Hang nak pi mana mana tak? Mama nak balik rumah n nak keluar balik ni. Lewat petang mama balik. '' - "Awesome!"

3. Korang nak shopping tapi takda berapa banyak duit. '' Hang nak pi shopping mall ni ada duit tak? '' - " Cayalah!''

4. Tengah syok main game tiba tiba datang mama cakap..''Papa tengah duty kat hotel. So kita kena teman papa dinner and tidur hotel 5 star malam ni, ''
- ''LIKE A G6 WOHOO"

5. ''Hari ni bibik takmasak, so kita makan luar'' - '' I love you bibik. ''

6. Aku haus air Horlicks. So "Mama, keluar sat lagi beli horlicks.'' . '' Okay''
10 minit kemudian
'' Nah ambik. '' *sambil hulur hotlink rm 5*
'' Sapa punya ni? '' tertanya aku
'' Hang kan nak hotlink? ''
*aku ambik n redha campur best*

berikut yang terjadi sangatlah jarang terjadi kat aku. Biasalah, aku ordinary.

hahahaha

nota lutut:
ye aku tersangatlah bosan hari ni.

**THE END**

Kes Perempuan Kejar Lelaki, Tak Malu Ke?

Assalamualaikum haiii!

Okay title ni mungkin dapat menaikkan angin seseorang serta memang universal dan selalu sangat kita baca kat Facebook mahupun yang femes sekarang ni Twitter.
Readers are advise. Thank you.

Definisi kejar lelaki ni lebih senang faham perempuan desperate.
Oh ya detail sikit eh PEREMPUAN DESPERATE LELAKI okay ?
Bukan PEREMPUAN DESPERATE PEREMPUAN pelis. Zaman la ni semua orang dah fikir secara keseluruhan dah. Nampak sangat dunia tak lama.

Ok siapa tengok cerita 3,2,1 Cinta?
Kat situ ada diorang punya tagline iaitu nisbah lelaki dan perempuan di masa akan datang ialah
37 : 1
dan dalam cerita tu jugak sama dengan benda apa yang nak aku bincangkan.
Soalan yang berani mati

'' HOI PEREMPUAN TAK MALU KE KEJAR LELAKI ? MACAM SANGAP LELAKI DAH ! ''

ok statement ni agak selalu aku nampak kat kawan-kawan lelaki kat fb yang acah hot.
ingin aku tegaskan kat sini, tak baik la dok kata macam tu. Macam seolah olah kau kata kat mak kau pon ada ok ? OK maaf tiada kaitan.
Persoalannya " Tak malu ke? "

Bagi aku laa kan
perempuan kejar lelaki ni perkara yang normal. (pada zaman sekarang)
Korang pun dah tak heran dah zaman sekarang kalau dah lelaki kahwin 4 kan ?
ye la perempuan pun dah ramai kat dunia ni.
Aaa mesti korang teringat kat Salih Yaakob kan bila aku mengata bab ni ?
eii jangan tipu anyonyonyo.
ok back to topic.
Ramai juga membuat anggapan bahawa perempuan kejar lelaki perkara yang memalukan. Ok aku sokong jugak statement ni sebab ada kalanya perempuan yang jnis kejar lelaki ni selalu mengongkong BF mereka sangat yang terlampau (amboih).
Sampai si BF pun dah naik rimas dan mintak break apa semua pastu berlaku la maki caci pelbagai di FB, Twitter, Wechat dan sebagainya dan berlaku perpecahan and so on. see, banyak sangat perkara yang tak elok jadi.

kesimpulannya ada baik ada buruk.

sekali lagi kepada lelaki yang suka buat statement betina sang** kejar jantan ni, tak payah la nak hot sangat. Saya tahu awak handsome, saya tahu awak berharta. Tapi awak, lelaki ini ditugaskan untuk memimpin. Bukan menghancur remukkan hati perempuan.
Lagipun sehensem mana pun awak, last sekali di makan dek bakteria dalam kubur jugak.
Sekaya mana pun awak, harta tu tak masuk pun dalam kubur awak.
YAA SAYANG SAYANG SEMUA, saya tahu kita lain-lain kubur.. tapi takkan hampa taktahu kita ni kena saling menasihati dalam kalangan sesama Islam kan ?
Ah ustazah pulak aku ?
Biarlah.. benda ni betul. bukan tipu.
Kalau hampa ada rasa nak tegur kesilapan saya di sini harap DM lah dekat twitter ke, instagram ke apa ke k ?
bak pepatah cikgu math form 2 aku

" SELAGI KAMU BERNYAWA, KAMU KENA BELAJAR BELAJAR DAN BELAJAR ! "

ya cikgu saya garang. siap tanda seru pelbagai.


Oh ya, maaf, bukan situasi ini yang aku maksudkan. Geli tak?

**THE END**

Saturday, 5 August 2017

Because I Really Miss You,

Malam ini hatiku terpanggil untuk meluahkan rasa yang telah sekian lama ku pendam dalam lubuk hati ini..

Ku merenung bayangan jauh.. menatap pengertian.. menyelam dasar persoalan.. menyelongkar kemuncak maksud…

Saatku sendirian di dalam kamar..ku rasakan sesuatu persoalan memanggil .. di benak yang paling mendalam sehingga menjadi ralit..semakin jiwa dilanda.. gelora sang penanti..semakin sukar ku fahami..puncanya gelisah ku ini..

kala cinta itu datang menyapa..namun kita masih belum mampu menghalalkannya..kembalikanlah rasa itu pada yg menganugerahkannya..kerana bisa jadi ianya satu ujian dari-Nya untuk menguji seberapa besar dan kuat akan rasa cinta dan keimanan kita kepada-Nya…

ketahuilah wahai sang arjuna..
andai kau jatuh tetaplah bangun..
andai kau sedih tetaplah tersenyum..
andai kau lelah tetaplah tegar..
kerana Allah telah menjanjikan yg terbaik buatmu..mfi..
Insyaallah..amin ya Allah…..

***

okay aku dah lama tak berbahasa berbunga bunga ni tapi bila baca balik, rasa geli pulak. hahaha! Tapi serius do, aku memang rindu gila dekat dia, the way he smile, the way he talk about our passion, the way he explained my characteristic... yang paling aku tak tahan bila ada satu hari tu aku mengadu dekat dia yang aku dekat sekolah alone, like everyone yang kawan dengan aku ni pun they're not truly friend. they don't even care about my feeling blablabla and aku memang rasa nak nangis. then aku cakap dengan dia "sorry, fafa cengeng sikit malam ni. hehehe" then he replied; "takpe tau dah, awak ni jenis orang sentimental.". i'm touched sebab selama ni, ayat ni aku sorang je guna dekat diri aku. oh yea and nurin.

okay lah mintak maaf post kali ni memang tak ada motif sikit. hm.

**THE END**

Wednesday, 2 August 2017

Dari Fafa Untuk



Dear crush.

Assalamualaikum.

Hari tu saya nampak awak. Untuk pertama kali lepas 4 tahun kita tak jumpa (since kem rimup tu). tiba tiba hati saya rasa semacam. dan tiba tiba jugak saya senyum sorang sorang. saya perhatikan awak jalan sampai saya tak sedar saya senyum sorang. sampai saya kena sound dengan kawan saya, 'kau gila ke ape senyum sorang sorang?'. hakhak. malu doe.

sejak hari tu awak jadi crush saya. tiba tiba jugak saya ngada ngada nak layan lagu selow-melow bila teringat kat awak. ni tengah main kan lagu Tajul dengan Wany Hasrita lah ni. haha. and pelase please please rasa diri awak tu bertuah. at least bangga jadi crush saya yang kiut ni. eh. sila lempang saya laju laju. saya tau saya masuk bakul angkat sendiri. xP

Setiap hari saya bangun pagi, otomatik saya teringat kat awak. haih, jin toncit mana awak hantar kat saya ni yang buat saya ingat awak je manjang. bila datang sekolah, orang pertama yang saya cari ialah, awak. sila terharu lagi sekali wahai crush :3 tiap kali saya ingat awak menari lagu Kun Anta time orientasi tu, mesti saya senyum sorang sorang. aah. saya memang suka senyum sorang sorang. nanti short jugak wayar otak ni. lol jk jk. saya sihat lagi lewww :3 cumaaaa dance tu buat awak nampak.............................. comel *tutup muka*

saya suka skodeng awak senyap senyap. hakhakhak. eh skodeng awak tengah jalan ah. bukan skodeng apa. kau jangan nak pikir bukan bukan. aku tembak karang. selagi saya tak nampak awak, selagi tu saya akan cari. well, awak kan sunshine. sunshine kena terangi hari saya. kalau saya tak nampak sunshine, macam mana hari saya nak terang. hikhik. ngada lettew.
Saya ingat lagi mula mula kita bersembang. sebab buku! tak sangka awak suka baca buku macam saya.l minat kita sama lah awak! lepastu saya pinjam buku awak. saya baca banyak kasi siap peluk bawak ke tidur lagi. hikhik
malu tapi mahu. eh. tetibe. malu tapi suka. suka sebab masa cuti saya terisi dengan kehadiran awak. ececeh. gediks nya ayat. tiap hari saya fenfelling lagu hindustan sambil jejoget goyang goyang badan perasan macam aishwarya rai dengan shah rukh khan dalam cerita mohabbatein tu. suwit ke tidok. hmm, ni macam mengada ngada kuasa patratusnampuluhribu dah ni.

"what happens when he's your prince charming, but you're not his cinderella"

sangat menakutkan bila baca statement tu. saya tahu awak dah ada gf. kemain sweet dekat instagram tu. hm. sedih lah awak. saya sedih sangat sampai saya rasa nak peluk awak yang tinggi ni.
hari ni (2 August 2017) hari ke 92 saya crush dekat awak. sekarang, saya nak mengaku kat awak. saya memang suka dekat awak. dulu, kini, dan tak tau sampai bila. *bukan dulu, kini dan selamanya* teruskan lah buat saya tersenyum dengan kehadiran awak di mata saya walaupun awak tak tau yang awak dah buat someone happy. saya suka tengok awak diam diam,*especially the way awak jalan* tapi saya peduli hapee. yang penting saya happy. tak gitu cik kiah? tetibeee.

tapi awak dah tak ada dekat sekolah ni. awak dekat kti sekarang. hm. jaga diri awak. kalau stress jangan lupa cari saya. saya sedia melayan kerenah awak. huhuhuhuhuhu

and even saya tau yang awak tak kan baca entry saya esok, lusa dan seterusnya sampai dah punah habeh entry ni, tapi saya nak tetap cakap kat awak yang awak crush kedua saya selepas Tajul Sedalam Dalam Rindu. Kbai.

*aah. entry ni entry syok sendiri sebenarnya. hadee haku kesahhh xD

enjoy your reading :')

**THE END**