Wednesday 9 December 2015

Perjalanan Akhir Si Putera Kesayangan Rakyat


Assalamualaikum semua... seperti yang di janjikan. Aku akan berkongsi istiadat pemakaman Ku Lil. Cuaca pagi 6 Disember 2015 tidak panas dan tidak hujan. Suasana redup berserta awan mendung seolah turut bersedih dengan pemergian Almarhum.
Maaflah aku tak tahu sangat intisari adat istiadat ni. Sebabnya aku pun tak ada di sana. Jenazah Ku Lil disemadikan di Makam Diraja Mahmoodiah (nenek aku pulak disemadikan di tanah perkuburan mahmoodiah. Dekat je)
Sayu hati aku melihat jenazah Ku Lil diusung menggunakan pedati diraja. Namun sayu lagi hati aku melihat wajah Tuanku Sultan dan Permaisuri bersama air mata yang tidak henti mengalir. Ibu bapa mana yang tidak sedih melihat anaknya pergi dahulu sebelum mereka. Aku berhenti seketika dari mengikuti perkembangan semasa istiadat tersebut di kaca tv. Sekadar mahu mengeringkan air mata dan menenangkan fikiran. Sekali lagi, aku menonton tv. Aku seakan kembali ke alam nyata bila aku baru tersedar yang Ku Lil memang sudah tiada.



Oleh disebabkan kemangkatan YAM Tunku Jalil, Kerajaan Negeri Johor diperintahkan untuk berkabung selama tiga hari bermula daripada hari pemakaman. Manakala kerabat pula berkabung selama 7 hari. Sepanjang tempoh berkabung, mereka dikehendaki memakai pakaian yang ditetapkan iaitu Songkok berlilit putih bagi lelaki muslim dan tudung putih bagi perempuan muslim. Bagi yang bukan muslim.. mereka dikehendaki memakai lilitan putih di lengan (kalau tak silap). Bendera negeri juga akan dikibarkan separuh tiang.

Sampai sini jelah aku menulis. Nanti aku akan sambung lagi penulisan aku. Haish mcm bersiri puĺak ye.

Tapi sebelum tu aku nak kongsi gambar sekitar istiadat pemakaman. Walaupun sikit tapi takpelah. Janji ada.





**TO BE CONTINUED**

No comments:

Post a Comment